Izinku Pergi!
SEUSAI selesai sahaja membuat pekerjaan sampingan iaitu menjadi pemandu Uber, Redra Thabary pun kembali ke rumah ayah angkatnya, Pak Abu, yang terletak di hujung kampung berkenaan, bersebelahan masjid jamek kampung itu. Di saat bunyi unggas-unggas malam yang bernyanyi riang menemani perjalanan pulang Redra Thabary, bunyi cengkerik hutan pula mengiringi langkahan masuk Redra Thabary ke dalam rumah Pak Abu.
Seusai sahaja Redra Thabary membersihkan diri, dia pun melangsaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, menunaikan solat Isyak. Sepanjang malam itu, hatinya terasa sebak dan sayu. Perasaan sedihnya meronta-ronta bertandang, bagaikan ada sesuatu yang sedang bermain-main dilubuk hatinya, mindanya. Dia perlu merehatkan dirinya. Tubuhnya dihempaskan ke permukaan katil yang maha empuk itu. Tangannya disilangkan keatas dahinya, manakala matanya dipejam erat-erat.
"Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku sejak bertemu dengan si Ainun Nisa itu." getus hati nya yang gelisah itu. Bulu romanya kian menaik kerana sedang melayan perasaan yang terkurung itu.
"...wujudnya satu sempadan halus yang memisahkan antara garis-garis rindu dengan titik-titik dendam kesumat...." jiwanya meronta-ronta gelisah.
"...suatu perasaan yang bercampur-baur antara perasaan kesedihan yang terlalu mendalam dengan seorang anak yang dahagakan kasih sayang seorang ibu..." tiba-tiba air mata jantannya mengalir tika dia sedang berkhayal sendirian memejam mata diatas katil.
Dan dengan perlahan, Redra Thabary terus terlelap lalu dapat dirasai dirinya berada di alam mimpi tika khayalannya semakin meliar ke suatu destinasi yang berbeza.
***
Seperti diepisod-episod sebelum ini, semasa berada di halaman Teratak Pusaka tersebut, dia dapat melihat seorang wanita muda, cantik rupa parasnya. Dia perasan, wajahnya itu cukup dia kenali, namun dia sudah terlupa dimana dia melihat rupa paras tersebut. Dengan berpakaian kebaya putih, berselendang putih, duduk disisi tangga yang dipagari bunga-bungaan ros dan bougenvilla, wanita itu kerap tersenyum ke arah Redra Thabary ,seolah memanggil-manggil dirinya.
Pada ketika itu, tiada kata-kata mahupun lafaz dapat dituturkan. Semacam ada suatu hubungan pertalian darah antara dia dengan wanita muda itu, tetapi dia tidak pasti. Semacam ada sesuatu yang ingin wanita muda berkebaya putih itu ingin sampaikan serta perkatakan. Bau aroma bunga-bungaan melati dan melur juga cukup harum dengan suasana seolah-olah berada didalam alam mimpi yang fana'.
Redra Thabary sedar, dia sememangnya sedar ada perhubungan darah dengan wanita muda berkebaya putih berkenaan. Dia sudah teringat, wajah wanita yang dilekat didashboard kereta Axianya amat serupa dengan wajah wanita berkebaya putih ini. Dalam beberapa waktu, dia hanya mampu mengalirkan air mata sambil berdiri berdekatan wanita muda berkebaya putih terbabit. Sebuah perhubungan seakan antara ibu dan anak yang membuatkan air matanya semakin laju.
Wanita muda itu hanya mengusap-usap ubun-ubun dan wajah Redra Thabary, tersenyum lalu berlalu pergi kearah pepohon cemara yang berada di tepi Teratak Pusaka terbabit. Dalam beberapa ketika, Wanita muda berkebaya putih itu masih tetap tersenyum kearah Redra Thabary meskipun jasadnya semakin menghilang dicelahan pepohon cemara yang merimbun itu. Tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan Redra Thabary ketika itu.
***
Azan subuh dari masjid sebelah rumah Pak Abu memecahkan kesunyian suasana dingin di awal pagi hari. Kokokan ayam jantan peliharaan pak Abu mengejutkan Redra Thabary. Kelihatan basah bantal yang menampung kepalanya ketika tidur itu akibat linangan air mata kerinduan yang terlalu mendalam terhadap ibunya. Dia bangkit daripada tidur lalu termenung. Termenung memikirkan detik-detik mimpi indah yang diulitnya sebagai permainan tidurnya sepanjang malam itu.
"Andai bagusnya jika bantal itu boleh merakam detik-detik indahku menemui arwah Ibuku di alam mimpi ini." getus hati Redra Thabary sambil mengelap sisa-sisa tahi matanya sebelum bangkit untuk menunaikan solat Subuh di masjid sebelah rumah Pak Abu itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top