Bayangan Waris Pulang!
SEMASA sedang berehat-rehat dianjung Teratak Pusaka terbabit sambil melihat Pak Jebat sedang membersihkan laman tumahnya itu, Dr. Lucas Dhaifan terperasankan seseorang yang lalu lalang dihadapan rumahnya. Sesekali, pemuda yang wajahnya saling tak tumpah dengan wajah wanita yang pernah dibunuhnya itu memandangnya dengan tajam.
"Pak Jebat, siapakah yang lalu lalang dihadapan tadi yer?" Dr. Lucas Dhaifan bertanya dengan penuh tanda tanya.
"Owh.. itulah namaya Redra Thabary. Anak angkat Pak Abu yang duduk kat sebelah masjid tu." jawab Pak Jebat ringkas.
"I see. Jarang nampak budak ni kat kampung ni. Tu yang saya tanya. Ingatkan menantu siapa! Ha ha" Dr. Lucas Dhaifan berseloroh, menutup sejarah lama nya.
"Ishh. Tak lah. Budak tu bujang lagi. Baru habis belajar dari UM. Tapi sekarang kerja kat kilang papan si Hycarl kat hujung kampung tu." ulas Pak Jebat dengan panjang lebar.
"Owh yeke... Bercerita pasal si Hycarl tu, dia sekarang kat mana?" Dr. Lucas Dhaifan bertanyakan kepada musuh lamanya, Luke Hycarl kepada Pak Jebat.
"Luke Hycarl sekarang dah tak duduk sini dah. Lepas bininya mati dulu, dia banyak merantau mencari pelabur, kadang-kadang je dia balik kampung. Dengar cerita, sekarang dia kat Guangzhou, China. Nak cari pelabur untuk kilang kayunya kat sini. Lagipun, dia dah dapat title datuk dah." kata Pak Jebat seperti kedengarannya bergosip yang memperolehi maklumat melalui sembang kedai kopi.
"Ooo... Bagus laa. Habis, lepas bininya mati, dia tak kawen lain?" soal Dr. Lucas Dhaifan kepada Pak Jebat.
"Ishhh.. tak lah. Perasaan cinta pada bininya masih ada walaupun dah lebih 20 tahun bininya mati. Sekarang pun dia dah seusia kamu dah. Lagi satu, ada ura-ura kata si Redra Thabary tu anak si Datuk Luke Hycarl nie. Entah lah. " mulut Pak Jebat terkumat-kamit memperkatakan perihal Redra Thabary dan si Luke Hycarl.
Tiba-tiba, Ifaat Nadzeera muncul daripada belakang sambil membawa hidangan kopi beserta kuih muih untuk santapan merarau pada petang itu.
"Apa nie cerita kawen-kawen lain ni haa." sensitif sungguh ayat itu kepada deria pendengaran si Ifaat Nadzeera itu.
"Tak lah. Nie haa cerita pasal kawan lama saya nie. Bussinessman yang berjaya, duda pulak tu. Dah laa dapat pangkat datuk dah. Tu yang saya tanya Pak Jebat kawan saya tu tak kawen ke lepas bininya mati berpuluh tahun dulu." terang Dr. Lucas Dhaifan kepada Ifaat Nadzeera panjang lebar. Nampaknya penjelasan itu telah memuaskan hati isterinya yang tercinta itu.
Sambil menuangkan air kopi o dicawan terbabit, Ifaat Nadzeera hanya mampun tersenyum memperlihatkan gelagat suaminya yang menggelabah ketika menceritakan perihal kahwin itu.
"Abang, nak tahu tak?" Ifaat Nadzeera cuba berteka-teki sambil menyerahkan cawan berisikan air kopi o kepada Dr. Lucas Dhaifan.
"Apa dia?" Dr. Lucas Dhaifan sengaja bertanya. Dia seperti sudah boleh mengagak apa yang si Ifaat Nadzeera itu ingin sampaikan.
"Si Nisa tu." Ifaat Nadzeera sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Dia balik?" teka Dr. Lucas Dhaifan sambil menghirup kopi o yang bancuh isterinya.
"A'ha. Dia cuti 5 bulan. Tadi baru dia call saya." kata Ifaat Nadzeera yang seperti tidak sabar menanti kepulangan anak gadisnya itu.
"Habis, siapa yang amik dia kat pekan?" tanya Dr. Lucas Dhaifan sambil memandang kearah Pak Jebat yang sedang menyiram pokok bunga.
"Dia dah tempah Uber siap-siap. Orang-orang kampung sini jugak katanya. Takyah lah risau." Ifaat Nadzeera menenangkan suaminya.
Mereka pun menjamah minum petang terbabit.
"Pak Jebat, meh sini makan. Sudah-sudah lah tu." Dr. Lucas Dhaifan berteriak kearah Pak Jebat, memanggil untuk menyertai makan petang mereka.
"Baiklah." Pak Jebat pun menutup kepala paip lalu turut serta dalam acara minum petang yang ringkas itu.
Cuaca petang itu redup-redup sahaja, sambil angin-angin sepoi bahasa bertiup lembut menuju ke pipi mereka.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top