Bawaku Terbang!

SEMASA sedang menabur campuran baja di kebun durian 'Musang King' milik Dr. Lucas Dhaifan bersama pembantunya, Pak Jebat, mereka ditemani oleh siulan burung-burung Kelicap Bukit yang menyanyikan lagu-lagu kedamaian hutan, burung Sewah Tahu yang berterbangan kesini dan kesana mencari pasangan, Burung Belatuk Ara yang sedang mengetuk-ngetuk pepohon cemara. Pastinya suasana kebun durian itu tidak akan sunyi. Kebun durian tersebut juga terletak tidak jauh daripada lokasi Teratak Pusaka tersebut.

     "Sudah lah Pak Jebat. Hari sudah semakin menginjak ke waktu petang. Ayuhlah kita pulang ke rumah." pinta Dr. Lucas Dhaifan yang kepenatan ketika itu. Peluhnya menitik-nitik membasahi dahi sehingga ke pipi sambil berehat-rehat dipondok usang .

     "Baiklah tuan. Saya akan kemas-kemas dahulu." kata Pak Jebat sambil berkemas-kemas bekas-bekas makanan yang telah dibekalkan oleh Ifaat Nadzeera untuk bekalan makanan merarau.

     Selepas selesai sahaja mereka berkemas, mereka pun berjalan ke arah Teratak Pusaka tersebut.

     Langkahan kaki Dr. Lucas Dhaifan terhenti disatu sudut rimbunan pepohon cemara, beberapa meter sahaja daripada pondok usang berkenaan. Kenangan masa silamnya kembali menggamit memori pada putaran otaknya pada petang itu. Episod luka 25 tahun lepas terimbau kembali saat Dr. Lucas Dhaifan melalui kawasan pepohon cemara tersebut yang mempunyai tanah yang berwarna kemerah-merahan itu. Namun, segala dendam yang terpahat dihatinya dahulu kini tinggal ukiran kenangan yang takkan dapat dia lupakan sepanjang hidupnya. Biarlah dia sahaja yang tahu episod kenangan pahit yang pernah mencengkam jiwa. Biarlah rahsia itu terkubur jauh didalam singkapan tanah pamah yang menjadi tunjang kekuatan pepohon cemara terbabit.

     Namun tiba-tiba, bulu romanya meremang dan ternaik sendiri. Bau-bauan wangi daripada pati bunga melati, melur dan juga seroja mula menghinggap ke pelusuk hidungnya. Perasaan seram mula menyelubungi dirinya ketika itu. Dia dapat merasai kehadiran sebuah mahkluk berdekatan tempat dia berpijak.

     "Pulangkan hidup akuu.....Pulangkannn...." bisikan lembut tetapi penuh misteri itu menghinggap lagi ke kuping telinga Dr. Lucas Dhaifan. Terasa seram sejuk dibuatnya.

     Tiba-tiba, Pak Jebat bersuara daripada belakang.

     "Tuan, kenapa berhenti?" Pak Jebat bertanya dengan penuh kepelikkan.

     "Ohh... Takde apa-apa. Ayuh teruskan berjalan."Dr. Lucas Dhaifan tersedar daripada lamunan.

     Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga tiba ke teratak Pusaka tersebut.

***

     Malam itu, Dr. Lucas Dhaifan mengalami mimpi yang aneh sekali lagi. Kali ini dia dibawa terbang dari Teratak Pusakanya itu sehingga ke sebuah ketinggian tertentu. Bajunya terasa dipegang erat daripada belakang, ditarik kuat oleh sesuatu sehingga membolehkan jasad badannya terapung ke udara. Agak tinggi juga jasad badannya dibawa ke langit, hingga tidak kelihatan Teratak Pusaka terbabit.

     Tiba-tiba, selepas terasa jasadnya ditarik daripada belakang dengan kuat, dia terasa genggaman itu dilepaskan perlahan-lahan pula daripada udara yang mempunyai ketinggian tertentu itu sehingga dia terasa free-fall. Jasadnya terasa seperti sedang terjatuh daripada satu bangunan yang cukup tinggi. Kelajuan jatuhannya itu boleh mencapai angka 9.86 km/s-1. Hampir-hampir sahaja terhempas ke atas atap Teratak Pusaka, bajunya terasa ditarik sekali lagi, dan dibawa ke udara, lalu menjalani proses free-fall terbabit. Proses ini berulang-ulang dalam perkiraan Dr. Lucas Dhaifan sebanyak lapan kali.

     Dia terjaga apabila isterinya mengejutkannya yang sedang menggigau sambil menyebut nama 'Dhia' itu. Peluh Dr. Lucas Dhaifan membasahi segenap katil IKEA terbabit. Mimpinya terasa seperti suatu perkara yang benar-benar berlaku. Mujur sahaja ianya hanya sebuah permainan tidur. Mimpi 'free-fall' seperti jatuh daripada bangunan itu cukup-cukup memberi kesan emosi terhadap Dr. Lucas Dhaifan yang sememangnya tidak menggemari sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan ketinggian kerana perasaan gayat.

     "Itulah abang, malam tadi tak basuh kaki, tak baca doa tidur. Kan dah mengigau, mimpi bukan-bukan." bebel Ifaat Nadzeera ketika bersarapan pagi itu sambil menungkan teh panas kedalam cawan.

     "Bacalah. Dah nak mimpi macam tu, nak buat macam mana." kata Dr. Lucas Dhaifan sambil menggigit ketul-ketul jemput-jemput kentang yang masih panas itu.

     "Nie haa, Ifaat nak tanya ni. Sape tu 'Dhia' yang abang sebut-sebut semalam." tanya Ifaat Nadzeera dengan penuh perasaan cemburu.

     "Awak ni, takde sapa-sapa laa. Kan mimpi tu. Spoil mood betul lah nak breakfast." riak muka Dr. Lucas Dhaifan berubah, dengan mencebik kearah Ifaat Nadzeera, dia berlalu pergi ke ruang tamu untuk membaca surat khabar.

     "Elehh, orang tanya sikit pun nak merajuk. Dah tua-tua pun nak sentap." Ifaat Nadzeera membebel sendirian sambil mengemas dapur tersebut.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top