Awan Yang Terpilu!

LANGIT malam terasa gelap gelita lagi menyeramkan. Sinar mentari senja sudah lama tenggelam di ufuk barat. Malam itu, tiada bayangan cahaya rembulan. Yang ada hanya sinaran halilintar memancar-mancar dari arah ufuk timur, yang datang bersama rintik-rintik pertama hujan pada malam yang cukup suram itu. Suasana waktu malam bagi sekitar Kampung Seri Tembaga ketika itu tidak seperti malam-malam yang biasa. Ada sedikit perasaan keseraman dan gementar yang hadir tatkala malam jumaat keliwon yang datang menerpa.

Rintihan suara rayuan kemaafan daripada Dhia Kesumadewi memecah kesunyian larut purnama yang berbumbungkan lembanyung sepoi-sepoi mendung, bakal menghampiri ke cuaca yang hujan itu. Bunyi dedaun cemara yang gugur bertebaran sambil menari-nari suram lalu ditiup bayu malam yang bercampur-campur dengan malam penuh kedukaan usai kedinginan suasana kampung zaman 90-an itu. Kemendungan cuaca seakan-akan seperti sudah mahu menurunkan titis-titis hujan kali yang kedua pula.

"Dhaifan, aku merayu padamu. Aku merayu supaya kamu lepaskan aku. Kasihanilah anak didalam perut ku ini. Engkau maafkanlah daku." Dhia Kesumadewi merayu sehabis daya kepada Lucas Dhaifan. Nada suaranya semakin lama kedengaran penuh kesedihan lagi kekesalan.

"Maaf? Semudah itu engkau meminta maaf kepadaku?" mata Lucas Dhaifan bagaikan sedang diselubungi dendam dan amarah, kemarahannya membuak-buak, mukanya jadi merah padam.

Hanya anggukkan disusuli aliran air mata kekesalan mengiringi perjalanan seorang wanita yang sarat mengandung, yang sedang diheret dengan tangannya diikat sehingga ke sebelah Teratak Pusaka. Wanita itu sedang memujuk rayu jiwa muda sang doktor muda yang penuh gelora dan pilu yang baru pulang dari negeri orang.

"Engkau rentap-rentap tali pengharapanku padamu, Dhia. Engkau patah-patahkan cintaku yang telah membulat, berputik hanya untukmu bagai aku ini tiada maruah dan harga diri." mata Lucas Dhaifan membundar, menahan sebak didada. Terlalu patah hantinya dipermain-mainkan sebegitu rupa.

Dhia Kesumadewi hanya menangis, jiwanya telah diikat kemas, namun cubaan demi cubaan untuk melembutkan hati sang bekas kekasih yang terlalu marah itu hanya menemui kegagalan.

Lucas Dhaifan tidak peduli dengan pujuk rayu Dhia Kesemudewi untuk melepaskannya. Riak wajahnya ketika itu seperti seorang manusia yang tidak berperasaan. Dia tetap gigih mengorek tanah, kaki demi kaki kedalamannya dipinggir pepohon cemara bersebelahan Teratak Pusaka itu dengan menggunakan cangkul. Dendam kesumatnya menjadi obor semangatnya kepada kekuatan kudrat dan jiwa dalam melunaskan agenda terpenting terbabit. Semakin dalam korekannya, semakin diketap-ketap bibirnya tanda hatinya sudah pecah barai. Perasaannya hancur kecewa tidak boleh tertahan lagi.

Dia tidak sangka Dhia Kesumadewi sudah berkahwin dengan jejaka lain ketika dia menyambung pelajaran di Seattle, Amerika Syarikat. Sanggup Dhia Kesumadewi memperbodohkan cinta tulusnya yang dia tatang sepenuh jiwanya sepanjang belajar di tanah Uncle Sam sana. Sanggup dia menahan gelora jiwa ketika berada di sebuah negara yang bebas berhubungan itu, demi perasaan cintanya terhadap Dhia Kesumadewi, seorang gadis Melayu yang amat disayanginya.

Setelah menyiapkan satu lubang besar, dia naik keatas Teratak Pusaka dan mengambil sebilah kapak. Lalu, dia pergi ke tempat di mana Dhia Kesumadewi di ikat untuk membawa jasad hidup wanita mengandung itu ke tepi lubang terbabit.

"Dhaifan.... maafkan aku Dhaifan kerna membuatkan hatimu kecewa. Semua ini sudah diatur keluarga ku. Aku tidak bisa berbuat apa-apa." Dhia Kesumadewi merayu buat kali yang terakhir. Nadanya kelihatan sayu tanda sudah menyerah pasrah kepada ketentuan Ilahi.

"Sudahlah Dhia...setelah engkau hancur-hancurkan tiang-tiang kepercayaanku yang telah aku bina atas sebidang perasaan cinta sejati, setelah engkau patah-patahkan ranting-ranting kesabaran yang aku cipta sepanjang berada di tanah orang, engkau meminta kemaafan hari ini? Mana belas kasihanmu Dhia semasa hati aku diremuk-remukkan setelah mendapat tahu perkhabaran yang engkau bakal dikahwinkan? Mana pergi secebis perasaan belas kasihanmu padaku tika aku terlantar sakit berbulan-bulan mengenangkan insan satu-satunya insan yang aku cinta sanggup mengkhianati cinta sejati ini? Mana belas kasihanmu Dhia pada waktu itu? Mana?!" Lucas Dhaifan meluahkan rasa isi hatinya yang terpendam lama jauh dilubuk sanubarinya.

Kata-kata Lucas Dhaifan sedikit sebanyak memberi pukulan hebat kepada Dhia Kesumadewi yang sedang meratap menangis merayu memohon supaya dilepaskan.

"Inilah....inilah dia insan yang bernama Dhia Kesumadewi. Engkau hanya ingat akan kekejaman aku pada engkau, walaupun sekecil biji sawi. Namun, engkau tidak pernah mengaku dan terlupa akan kekejaman yang engkau lakukan terhadap aku, walaupun sebesar bulan purnama. Engkau takkan pernah mengaku!" Lucas Dhaifan yang sedang menajamkan bahagian kepala kapak dengan pengasah tadi sempat mengherdik Dhia Kesumadewi yang sedang merayu meminta simpati.

"Dhaifan, maafkanlah aku. Jika engkau marahkan aku, engkau buatlah apa sahaja yang engkau mahu terhadapku, tetapi usahlah diapa-apakan anak yang aku sedang kandung ini. Aku merayu kepadamu, Dhaifan..... " Dhia Kesumadewi tidak putus asa untuk terus merayu kepada Lucas Dhaifan.

Namun, rayuan kesedihan Dhia Kesumadewi itu tetap tidak didengar. Lucas Dhaifan seakan telah dirasuk oleh bayangan iblis syaitan dimana jiwanya telah dihitamkan oleh semangat syaitan pembunuh yang dahagakan lelehan darah seorang perempuan mengandung. Kemanusiaan dalam diri Lucas Dhaifan telah mati akibat kecewa cinta. Dia hanya mahu menguasai Teratak Pusaka.

Tiba-tiba, tanpa diduga, dalam keadaan hujan lebat yang membasahi segenap kawasan Teratak Pusaka terbabit, kapak yang diangkat oleh Lucas Dhaifan menyinggah terus ke leher Dhia Kesumadewi.

Prappp!!

Bunyi bilah kapak menembusi otot-otot leher luar, pembuluh darah sehingga memasuki rongga tekak Dhia Kesumadewi membelah kerancakan bunyi Guruh yang sambung-menyambung di langit gelap ketika itu.

Maka, terpancutlah darah merah pekat daripada leher Dhia Kesumadewi sambil matanya terjuling keatas. Sedikit cebisan daging Dhia Kesumadewi akibat hentakan kuat kapak pemotong daging mengenai baju dan seluar Lucas Dhia anda.

Maka, terkujurlah sebuah jasad mengandung tak bernyawa. Dengan pantas, perut Dhia Kesumadewi dibelah oleh Lucas Dhaifan, oleh kerana dia mempunyai ilmu dan teknik-teknik dalam bidang perubatan, lalu keluarlah seorang bayi lelaki yang masih hidup. Lalu bayi itu menangis menjerit-jerit, seperti anak kematian emaknya.

Mayat Dhia Kesumadewi kemudianya ditanam dibawah pepohon cemara ditepi Teratak Pusaka tersebut, manakala bayi lelaki Dhia Kesumadewi itu ditinggalkan di sekitar surau yang terdekat.

Kehilangan Dhia Kesumadewi menjadi suatu misteri buat penduduk kampung yang tidak terjawab sehingga ke hari ini. Lucas Dhaifan pula terus menghilangkan diri ke Kuala Lumpur pada malam itu juga untuk memulakan kehidupan yang baru.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top