Angin Syurga!

SUASANA sekeliling seakan-akan sebuah taman yang begitu indah dengan pepohon cemara, daunya menari-nari perlahan-lahan ditiup angin kabus pagi, diselangi bunyi kicauan pelbagai jenis burung dan riang-riang hutan. Sebuah binaan kota istana yang cukup tersergam indah lagi mempersonakan dibahagian hadapan taman indah terbabit.

     Bahagian dinding binaan terbabit bertahtakan ratna mutu manikam berwarna Amber Magenta, dengan bahagian bumbungnya diperbuat daripada ratna manikam Diopside biru, disetiap anak tangga pula tersingkap ratna manikam berwarna Blue Aquamarine, tiang serinya diperbuat daripada ratna manikam berwarna Beryls hijau, manakala dibahagian luarnya tersergam indah pancuran air yang jernih yang diperbuat daripada permata lutsinar lalu tebingnya diikat dengan tembaga semberani, sehingga boleh membias pancaran sinar matahari ke sekeliling taman yang cukup indah itu.

     Didalam kolam pancuran pula boleh diperlihatkan pelbagai jenis ikan Betta Imbellis, Betta Splendens dan juga Trichopsis vittata yang mempuyai pelbagai warna dibahagian badan mereka di lepas di dalam nya.  Maka, teratai dan telepok terbentang di seluruh permukaan kolam pancuran terbabit bagi menahankan daripada panas haba silauan cahaya matahari yang menyinar. Di sekeliling kota istana itu tersergam pagar yang diperbuat daripada batu merah, putih, hijau dan kuning. Maka, dilebur dengan kapur mengerlap asli rupanya daripada kejauhan. Di bahagian atas pagar itu dihunjamkan besi mahalela dengan pelbagai senjata dek rupanya, seperti ranggas berkilauan apabila terkena sinaran matahari itu. Pintunya diperbuat daripada tembaga suasa dan perak berkemuncakkan emas bertatahkan mutu manikam berumbai-umbaian nilam puspa ragam sari yang dikarang diatas batuan singgahsana puteri.

     Disudut taman yang cukup indah pula, pelbagai jenis tumbuhan buah-buahan seperti pokok epal, strawberi, buah oren serta pokok ceri merah dengan pelbagai saiz mewarnai disegenap kawasan taman berkenaan. Disetiap reranting pokok terbabit, terdapat sarang-sarang burung dan burung-burung pelbagai spesies pula bernyanyi dan bersiulan mengikut rentak alam . Antara spesies yang kelihatan antaranya adalah burung Sewah Rajawali Bermisai (Hierococcyx vagans), Berek-berek Senja (Merops leschenaulti), Kelicap Sepah Raja (Aethopyga siparaja) dan juga Bangau Kecil (Egretta garzetta). Bangau Kecil (Egretta garzetta) itu sedang bermain-main disekitar kolam cetek yang terdapat pada taman terbabit, sambil menangkap sejumlah ikan spesies Betta Imbellis, Betta Splendens dan juga Trichopsis vittata.

     Samar-samar dari sudut taman yang dilitupi kabus yang agak tebal, Redra Thabary dapat melihat susuk tubuh seseorang yang sedang memetik buah epal merah daripada pokoknya. Daripada bahagian belakang, dapat dilihat rambut ikan mayang susuk tubuh terbabit, memakai sepersalinan putih sutera bersama selendang baldu berwarna biru. Susuk tubuh berkenaan sedang asyik memetik buah-buahan epal berbabit. Mulut Redra Thabary seakan-akan terkunci untuk memanggil susuk tubuh terbabit, namun semakin lama, semakin mendekati susuk tubuh terbabit. Redra Thabary menyentuh bahagian belakang insan terbabit, dan sekilas pandang, insan terbabit berpaling dan tersenyum lalu menyapa nama Redra Thabary.

     "Red.... Aku ibumu, Red." ujar susuk tubuh berkenaan seusai sahaja berpaling menghadap Redra Thabary.

     Redra Thabary tidak membuang masa. Dia terus memeluk insan yang sudah terlalu lama dirinduinya itu. Airmatanya tergenang, teguh mengalir daripada bahagian celahan kelopak alis matanya lalu turun ke sudut bibirnya. Namun, dia tidak peduli. Dia terlalu merinduinya ibunya, dia tidak pernah bertemu ibunya.

     Dia tidak pernah mendapatkan curahan kasih sayang daripada seorang insan yang bernama ibu. Dia tidak pernah mendapatkan nasihat-nasihat mahupun teguran daripada seorang insan yang bernama ibu. Di kesempatan itulah, dia dapat mendakap puas-puas insan yang telah mengandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari dan melahirkannya.

     Jiwanya terasa seolah-olah terbang dibawa angin syurga yang amat-amat diharapkannya. Perasaan kegembiraan dapat bertemu dengan seorang insan yang bergelar ibu itu sudah tidak dapat tertanggung lagi, walaupun pertemuan itu berlaku di alam apa dan mana sekalipun.

     "Ibu tahu Red rindu ibu sangat. Dakaplah puas-puas, anakku." Dhia Kesumadewi tahu anaknya itu terlalu merindukannya.

     Air mata Redra Thabary tetap masih mengalir. Dicium pula tangan ibunya sambil penuh dengan perasaan sebak didada.

     "Ibu tahu tak... Red tak pernah berpeluang pun cium tangan ibu Red di pagi hari raya macam insan-insan lain buat. Dua puluh lima tahun, ibu. Red pun tak boleh nak melawat ibu di pagi raya sebab Red tak tahu pun ibu kat mana." Redra Thabary terus mendakap ibunya sambil menangis seperti anak kecil yang berumur dua tahun. Suasana yang hening dikawasan taman terbabit dilatari dengan bunyi-bunyian kicauan burung-burung dan juga riang-riang hutan dikawasan taman terbabit, manakala kabus pagi pula memukul lembut kedua-dua jasad terbabit.

     "Ibu tahu, nak. Red anak yang baik dan soleh kan? Red kena rajin-rajin berdoa, berzakat, beramal, berbuat amal jariah, bersedekah dan sedekahkan ayat-ayat al-Quran kerana Red lah satu-satunya nyawa ibu, pewaris amal budi di dunia. Red jangan sedih-sedih, ya?" Dhia Kesumadewi menitip beberapa pesanan dan nasihat supaya Redra Thabary terus beramal dan berbuat baik dimuka bumi ini.

     "Baiklah ibu. Red selalu sedekahkan surah Al-Fatihah, surah Yassin kepada ibu, macam yang Pak Abu bagitahu sejak dulu. Red pun selalu bersedekah kat masjid, berzakat pendapatan dan buat amal jariah kat kampung. Tapi Red rindu ibu sangat-sangat." ujar Redra Thabary sambil teresak-esak menangis seperti anak kecil. Dhia Kesumadewi mengesat air mata Redra Thabary sambil tersenyum.

     "Bagus. Red insan yang kuat kan? Red kena kuat dan tabah untuk hadapi cabaran ni. Red kan lelaki sejati." Dhia Kesumadewi mengusap-usap ubun-ubun kepala Redra Thabary sambil tersenyum. Redra Thabary dapat merasakan satu perasaan asing hadir apabila akhirnya dapat bertemu dengan sang ibunya, satu perasaan yang mana sebuah perasaan kehilangan itu sudah semakin berkurangan, dengan cita-citanya yang mahu bertemu dengan ibunya seakan-akan sudah tercapai, walaupun di alam mimpi sekalipun.

     "Ibu, kenapa ayah tinggalkan Red dengan Pak Abu? Sampai sekarang Red nak tahu jawapan daripada Pak Abu." Redra Thabary melontarkan soalan kepada ibunya.

     "Red, Red kena terima hakikat tentang segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Jangan salahkan Pak Abu, Pak Abu tak bersalah dalam hal ini. Jangan tekan dia. Pak Abu cuma melunaskan amanat ibu sahaja. Red dengar sahaja nasihat daripada Pak Abu, ya? Pasal ayah Red, nyawa Red akan berada dalam bahaya jika penduduk kampung mengetahui yang Red adalah waris sah kepada ayahmu."

     "Penduduk kampung akan membunuh mu pula. Usahlah mencari jawapan daripada Pak Abu, dia tidak mengetahui apa yang ayahmu ketahui. Red anak yang soleh kan? Sampai masa, tibanya waktu, segala-galanya akan terbongkar jua. Red usah risau ya, nak?" Dhia Kesumadewi mengulas panjang tentang persoalan yang sedang bermain difikiran Redra Thabary.

     "Baiklah ibu. Red, akan dengar nasihat ibu. Lagi satu, Red nak tanya. Kat mana letaknya pusara ibu ya? Red mahu melawat pada hari terakhir ramadan, sekurang-kurangnya, dapatlah melepaskanlah rindu dihati dalam menghadapi bulan syawal nanti." Redra Thabary bertanya tentang keberadaan pusara ibunya.

     "Kamu carilah pepohon cemara di sekitar te..."

     Assolatukhairuminannaum...

    Assolatukhairuminannaum...

     Redra Thabary terjaga daripada tidurnya. Airmatanya tak semena-mena mengalir membasahi disegenap bantal busuknya dan juga selimut. Perasaan rindu terhadap ibunya masih tak tertanggung lagi, dan sedikit demi sedikit dapat dikurangkan selepas pertemuan di alam mimpi tadi.

     Namun, dia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan beribadah kepada Allah SWT iaitu solat subuh di surau berdekatan rumah Pak Abu itu. Dia berdoa agar dapat dipertemukan dengan arwah ibunya lagi, seperti mimpi yang baru sahaja dilaluinya. Masih terngiang-ngiang di otaknya tentang nasihat-nasihat yang telah ditempelkan oleh arwah ibunya didalam mimpi berkenaan.

     "Semoga arwah ibu, Allahyarhamah Dhia Kesumadewi tenang disana dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah."

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top