Anak terbuang!
"CERITAKANLAH, Pak Abu. Ceritakanlah kembali kepadaku apa yang berlaku kepada orang tuaku, ibuku dan bapaku. Tersangatlah ingin aku mendengarnya daripada mulut mu sendiri." ujar Redra Thabary kepada Pak Abu, insan yang telah bertahun-tahun mengasuh dirinya sedari kecil budak lagi.
Riak muka Pak Abu tiba-tiba berubah. Ada keredupan asing jelas terpancar daripada rona-rona wajah orang tua itu. Anak kornea matanya seakan-akan memainkan kembali rakaman minda dan suara latar tentang peristiwa yang berlaku sejak 25 tahun lepas. Sungguh, rahsia ini tidak pernah diceritakan lagi kepada sesiapa, waima orang terdekat dengan Pak Abu sekalipun.
"Ketika itu, engkau masih di dalam kandungan perut ibumu lagi. " Pak Abu memulakan bicara.
"Sumpah, aku tidak tahu apakah masalah yang sedang dihadapi oleh ibumu, Red. Suatu petang yang sunyi, sambil berjalan sekali bersama kandungannya yang sedang meniti penghujung usia sembilan bulan iaitu kamu, Red, dia datang ke rumah di tepi masjid ini dalam keadaan yang tergesa-gesa. Bajunya compang-camping dan tidak terurus. Riak mukanya sugul seperti bimbang kan sesuatu. Matanya cengkung, seperti seseorang yang menanggis setiap malam."
"Sambil datang , ibumu membawakan kotak kecil bersampul biru berpokoldot biru tua ini kepadaku seraya berkata,
Pak Abu, andainya aku hilang tanpa khabar berita, andainya ada anak terbuang di mana-mana, andainya pertemuan kita sampai disini sahaja, ambil lah anak itu, namakan lah anak itu dengan nama yang baik-baik. Asuhlah dia baik-baik, Pak Abu. Berilah kotak ini pada ulang tahun kelahiran nya yang ke-25. Jagalah dia baik-baik untuk ku.
"Sumpah, aku terkedu mendengarkan kata-kata ibumu pada waktu itu. Tidak ku sangka petang itu lah kali terakhir aku bertemu dengan ibumu sebelum dirinya hilang tanpa khabar berita." cerita Pak Abu sambil mengesat air matanya yang meleleh akibat kesedihan menceritakan kisah lama.
Air mata Redra Thabary juga menggelanggang bagai hulu sungai ditimpa kepala air apabila memperdengarkan kisah yang diceritakan oleh Pak Abu. Sungguh, cerita-cerita sebegini mana mungkin dapat diempang walau air mata jantan sekalipun.
"Oh Red! Ibumu, kalau engkau melihat wajah ibumu, engkau akan melihat seorang wanita yang lemah lembut, wanita yang tenang dan sabar, seorang wanita yang mencerminkan seorang gadis desa yang berperwatakan sangat menenteramkan hati dan jiwa, yang di sudut alis matanya terletak pengharapan ayahmu." Pak Abu mengesat air matanya dengan tisu.
"Bagaimana pula dengan ayahku, Pak Abu? Pak Abu tidak pernah sekalipun menceritakan perihal ayah ku walaupun berkali-kali didesak oleh ku." soal Redra Thabary pula.
"Red... Bukan lah Pak Abu tidak ingin menceritakan perihal ayah kandungmu, tetapi bukan masanya. Akan ku ceritakan nanti apabila tiba masanya" Pak Abu mengakhiri perbualan itu dan berlalu pergi.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top