[ t w o ]

"okey, dalam kotak ni ada nama kitaorang. korang kena buat cabutan, nama siapa yang korang dapat means itu lah mentor korang faham?" jelas hongjoong.

"dah macam cabutan bertuah siakk" soobin excited nak mulakan. "ni bukan cabutan bertuah, ni cabutan malang" kata eunjin malas.

"kau yang pepandai cakap malang tu sila cabut dulu" arah hongjoong. eunjin rolling eyes, dengan malas nya dia maju kehadapan.

tangan dicelupkan kedalam kotak, lalu dia mencapai kertas yang paling atas. "nah" kertas bertukar tangan.

"jung wooyoung" panggil hongjoong. wooyoung melangkah setapak kehadapan "yep!"

eunjin rolling eyes sekali lagi "mamat kuat perasan ni heh" lalu ia kembali ke tempat duduknya.

"kau duduk sana shuh shuh" halau wooyoung. hyeri mencebik "asal pulak"

"hah aku lupa, mentor korang akan duduk sebalah korang" tambah hongjoong.

"pape jelah" eunjin meletakkan kepala ke atas meja lalu memejamkan mata nya.

dengan terpaksanya hyeri duduk di meja depan. cis! baru nak happy dapat duduk bawah kipas melepas pulak sebab mamat pendek ni.

"kau tak payah duduk lagi, meh sini cabut pulak" arah hongjoong

hyeri akur. kotak digoncang kuat "orang yang jadi mentor aku mesti kena hensem. kalau tak hensem mohon jadi kuli"

members ateez ada yang tersedak, ada yang control macho dan ada yang buat bodo je.

"choi jongho! siapa kau angkat tangan cepat" denga je namanya dipanggil, spontan jongho angkat tangan dengan muka blurnya.

"ermm tadek la hensem mana, ha bolela dari tadek en. dah moh duduk" hyeri kembali ke tempatnya diikuti jongho yang sedang poker face.

"okey siapa seterusnya?" soal hongjoong

laju soobin angkat tangan "aku! aku!" dengan tidak dipelawanya, pantas dia pergi ke hadapan lalu mencapai satu kertas

"gelojoh nya budak ni.. aku tak ngaku dia member aku" bisik byeol ditelinga yeomin

memang keje kau bisik je en byeol. dah boleh jadi shyton part time.

"YEAYYY!! AKU DAPAT MATAHARIII OYEAH OYEAH" soobin joget kepak ayam dihadapan. tak reti behave budak ni.

"aku suka ahh budak cani!!" kata san excited, dia pon join soobin joget kepak ayam.

yang lain belike:- dah pahal dua beruk ni.

"duduk la njir rimas aku tengok korang ni" marah jaehwa.

"maap cited sangat" soobin dan san tersengih. san dengan selamba badak airnya merangkul bahu soobin. soobin kaku. selama ni mana pernah lelaki pegang pegang dia, dia kan lonely haha.

"apa name kau? aku lupa tadi" soal san sambil berjalan ke arah tempat duduk soobin.

yewon yang tahu dirinya bakal dihalau, pantas berdiri dan menuju kehadapan. baru sahaja die ingin membuat cabutan-- "eh eh, ni lagi tak reti menyabau" kata hongjoong.

"asal? nanti kau tanya jugak en siapa nak volunteer cabut pulak" balas yewon dengan muka datar.

"haah.. tapi sila datang kalau orang suruh je. dah pergi tempat duduk kau balik" hongjoong memeluk tubuh

yewon bengang. malas nak membalas, dia pon akur saja. baru je dia nak duduk-- "im yewon, sila maju kehadapan untuk membuat cabutan" ujar yunho yang dari tadi diam tak bersuara.

"babinya lah perangai.." masam habis muka yewon bila diperlakukan seperti itu.

baru je yewon nak masukkan tangan kedalam kotak. tangannya dipukul oleh seseorang "SAKIT LA BODOH! asal kau pukul tangan aku HAH?!" marahnya. tangan diusap beberapa kali.

yunho sengih tak bersalah "bia aku je jadi mentor kau"

"lantak korang ahh, nyampah aku nak layan" dengan api yang membara dihati, dia kembali ke tempat duduknya diikut yunho yang sedang tersenyum puas.

"seterusnya, korang yang duduk berdua tu" denga je ayat hongjoong, pantas yeomin bangun dengan senyuman tak boleh nak dibrainkan.

"asal dia pandang aku siot" bisik yeosang ketelinga seonghwa "aku rasa ajal kau dah nak sampai lah sang.. bawak mengucap bebanyak" kata seonghwa membuatkan yeosang tak sedap hati.

sedar tak sedar yeomin telah pon berada dihadapan yeosang. matanya dikecilkan memadang yeosang atas bawah.

"eh eh pendek, kau dah kenapa pandang dia macam tu?" soal hongjoong. dia tahu sangat yeosang tengah gelabah.

tiba tiba yeomin tersenyum kembali "aku nak dia jadi mentor aku!" dah macam pyscho pon ada.

"eo? kenapa pulak? cabut la dulu" ujar yeosang  sedaya upaya taknak gagap. kang kalau dia gagap nampak sangat la dia seram dengan yeomin ni.

"eleh dengan yeomin pon nak takut" ejek jaehwa. kawan mereka yang lain pon mula boo kan yeosang.

yeosang rasa tercabar "tch, kenapa aku nak kena takut dengan budak terencat macam dia ni?" yeosang memegang lengan yeomin lalu diheret ke tempat duduk kosong dihadapan yewon dan yunho. "YEAYYY!" sorak yeomin macam budak kecik

"joong, aku nak jadi mentor budak biadap tu" ujar seonghwa. masing masing pandang seonghwa macam nak telan.

"yang mana satu? dedua tu memang biadap kan" soalan hongjoong membuatkan jaehwa dan byeol rasa nak bunuh orang sekarang ni.

jari ditunding ke arah jaehwa "dia tu"

"ohh orait. so settle eh" baru sahaja hongjoong dan seonghwa nak bergerak ke tempat partner masing masing, mingi bersuara "abis aku macam mana?"

"alah kau jadi la lead"

"ohh okey noted!"

"tepi la sakit" arah seonghwa dengan nada suara yang ditinggikan.

"kau dah kenapa?" Jaehwa memandang seonghwa tajam. "tepi jelah lamak aii banyak soal pulak" malas dia nak cari gaduh. jaehwa akur duduk di meja sebelah "dah puas?"

seonghwa tersengih mengejek "puas sangat" jaehwa rolling eyes lalu memandang ke tempat lain. malas nak layan laki batak attention ni.

manakala dimeja hadapan.

"eh pendek, kau memang pendek eyy? kenapa kau pendek? tak bosan ke jadi pendek?" soal byeol betubi tubi membuatkan hongjoong bengang sebab dipanggil pendek.

"sekurang kurangnya aku tinggi dari kau"

"eleh tak gentle ahh laki pendek macam kau ni"

"tak susahkan kau pon kan kalau aku pendek sekali pon?"

"uishh mengaku siot pendek"

"dah ahh kau diam tak payah banyak bunyi"

"lalalala- opsss terbunyi"

hongjoong mengeluh. belum apa apa lagi dia dah penat nak layan kerenah byeol. dah nampak masa depan seketul hongjoong.

"okey, kelas pertama kita hari ni adalah jeng jeng jeng CARA CARA NAK TEGUR ORANG" dengan semangat mingi berkata

"WHUTTTTT"

"SIYES LA NJIR"

"MACAM BEBUDAK SIAA"

"KITAORANG TAHU LA MACAM MANA NAK TEGUR ORANG!!"

"balik balik sekolah tutup sebab carbonara"

"INI SEMUA DUSTA BELAKA"

"AKU TERLALU PANDAI UNTUK DUDUK DALAM KELAS NI"

-

Tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top