[ o n e ]
"psstt.. pstt" soobin memandang ke arah si pemanggil. Thumbs up diangkat tanda dia sudah bersedia.
si pemanggil atau lebih tepat nya jaehwa yang berada dimeja hadapan, mengangkat tangan separas bahu dan mengira dari satu.. dua.. tigaa..
crettttt-
cecair berwarna hitam pekat tersembur keluar dari pen marker tepat ke muka puan jung yang sedang menulis dipapan putih dihadapan.
"HAHAHHAHAHAHAHA" tersembur tawa para pelajar kelas 5-1C. Yewon dan soobin membuat high five, puas hati mereka dapat kenekan guru baru.
"siapa yang buat ni?!" Tengking puan jung. Muka yang dipenuhi cecair hitam pekat diendahkan.
jaehwa mengangkat bahu, buat buat tidak tahu lalu dia kembali gelak.
"soobin, yewon dengan jaehwa yang buat saemm" jawap seorang pelajar yang duduk dibelakang. Hanya dia sorang yang tak gelak dengan apa yang baru jadi sebentar tadi. Dekat mana yang lawak heh?.
jaehwa terhenti dari gelak nya lalu memandang tajam ke arah budak itu. "ape masaalah kau tuduh tuduh kitaorang hah?!"
"tah! Kau ada bukti ke kitaorang yang buat? Kalau takda, duduk diam diam semak je" yewon tersenyum sinis diakhir kata.
"won kau tahan aku cepat, ish geram je aku nak tumbuk muka budak ely ni" soobin membuat muka bengang. Ceh padahal memang diaorang yang buat.
"tch, budak macam korang ni buat salah mana pernah mengaku" sinis ely membalas sambil memeluk tubuh.
"eee- dia ni kan memang nak cabar aku betul lah"
baru sahaje jaehwa nak serang ely "dah berhenti! kamu bertiga sila ikut saya ke bilik kaunseling sekarang!"
jaehwa menatap ely tak puas hati manakala ely tersenyum puas. Bukan selalu dapat menang kalau gaduh dengan diaorang ni.
"kau tengok nanti pendir kau aku bako" ancam soobin, lalu merangkul bahu yewon keluar dari kelas.
yewon mencebik "bilik kaunseling lagi, bosan duh aku tengok muka cikgu botak tu ish! kasi la bilik tidur ke bilik komputer ke best la jugak en en en" soobin menganggukkan kepala nya setuju dengan kata kata yewon.
"tunggu!" mereka bertiga termasuk puan jung menoleh kebelakang "ko-korang nak pergi mana?" soal yeomin yang baru tiba.
"kamu kang yeomin kan? budak yang selalu datang lewat tu, kamu pon sila ikut kami"
"mak aii saemm asal muka cam tepung gomat dah ni? mati mati saya ingat dayang senandung" kata yeomin tak bertapis
"pftt-" jaehwa menahan dari tergelak. "tahan bin tahan" soobin dan yewon memandang tempat lain takut kantoi.
puan jung memandang yang lain sebelum kembali menatap yeomin "kamu jangan nak berloya buruk dengan saya, cepat ikut kami"
"Oraittt" yeomin berlari anak ke arah jaehwa lalu merangkul bahu jaehwa. sebelum berjalan mereka berhigh fave dahulu. jangan contohi mereka.
sampai sahaja mereka didalam bilik kaunseling, masing masing tersengih gembira sebab kawan kawan mereka yang lain juga berada disitu.
"weh korang! kenapa korang ada dekat sini?" soal yewon teruja. cikgu botak yang sedang duduk dihadapan nya bagaikn tidak wujud disitu.
"alah macam tak biasa je, ni kan dah macam bilik bapak kita" jawap byeol dengan unsur memerli yang tersirat.
"kan! apalah kau ni won benda simple pon still nak tanya lagi" sampuk eunjin.
yewon tersengih menganjing "aku saje je nak test korang, mana tahu korang lupa ni bilik BAPAK kita yang tiap ari kita singgah minum kopi" perkataan 'bapak' sengaja ditekan. nak sakitkan hati cikgu botak.
"sengal la kau hahahaha" kepala yewon ditunjul jaehwa
"korang datang sini sebab apa?" soal hyeri. nak tahu jugak apa salah member buat kali ni.
"sebab lambat la kot" yeomin menggaru kepala nya. dia pon tak pasti sebab apa dia kena ikut sekali.
"kau memang selalu lambat tak pelik la ermm" kata eunjin selamba.
"eh, apa pulak? kira untung la aku datang sebelum rehat tau. kalau tak, lepas rehat baru aku sampai"
"heh untung sangat" eunjin poker face. malas nak layan perangai member sorang ni.
soobin membuat muka sedih sesedih nya "kitaorang kena tuduh prank saemm jung dekat kelas tadi, hmm apa la nasib kitaorang selalu kena tuduh"
"sian korang hmm nasib kita memang macam ni" byeol mendakap badan soobin lalu menyeka air mata palsu nya.
Cikgu botak menggelengkan kepala melihat mereka. penat tiap hari dia kena hadap perangai loya buruk diaorang ni "kamu semua tolong hormat kami dekat sini boleh tak?"
mereka semua diam tak menjawab.
"tak apalah puan jung awak boleh bersihkan diri dulu, masalah mereka biar saya handle okey?" kata cikgu botak. dia faham sangat perasaan guru guru yang pernah jadi magsa tujuh sekawan ni, memang rasa nak nangis. puan jung mengangguk lalu berjalan keluar.
"ha cikgu nak kasi denda apa pulak dekat kitaorang lepas ni?" soal jaehwa, sebelah kening nya diangkat.
Cikgu botak mengeluh seketika "saya tak akan denda kamu semua, tapi saya nak pindah kan kamu semu-"
"SIYES LA PINDAH?! YEAYYYY DAH TAK PAYAH HADAP MUKE CIKGU BOTAKKK!!" soobin melompat keriangan, diikuti oleh byeol dan yeomin.
Cikgu botak belike:- ada yang mampos anak orang ni kang
"korang lek lek dulu, denga dulu kata kata terakhir cikgu botak sebelum dia nak meninggal" kata hyeri.
"EH?! CIKGU DAH NAK MENINGGAL?! ADA CIKGU BARU LA NANTI KAN?! YEAYYY CIKGU BARU!" kini giliran eunjin pula melompat sambil menepuk nepuk tangan gembira.
baru sahaja yewon nak ikut eunjin melompat- "SUDAH KAMU SEMUA JANGAN NAK MELAMPAU SANGAT!" teriak cikgu botak. meja dihentak kuat membuatkan mereka bertujuh tersetak dan duduk diam tak berani nak bersuara.
"baik, denga betul betul. saya akan pindahkan kamu semua ke kelas khas"
"alaa cikgu.. kitaorang bukan oku nak letak dalam kelas khas" sampuk jaehwa. gila ke nak letak dalam kalas khas, diaorang semua sempurna zahir batin tau cuma otak jela yang rosak sikit.
"jangan menyampuk bila saya tengah bercakap"
"Okey!" jaehwa membuat thumbs up lalu meletakkan jari dibibir ala ala tengah zip mulut.
"nanti dalam kelas tu akan ada lapan orang wakil dari university of arts, yang akan pantau kamu semua dan akan ajar kamu semua macam mana nak jadi orang yang lebih berguna"
"ayat dia macam kita ni teruk sangat siot" bisik byeol ditelinga soobin.
"ok, kamu semua boleh amek beg masing masing dan pergi ke blog B. dekat sebalah stor sukan tu ada kelas kosang haa dekat situlah kelas kamu. dah cepat berambus"
mereka semua berdiri lalu keluar dari bilik kaunseling dengan muka tak puas hati sebab kena halau. sebelum keluar sempat soobin memberi ancam kepada cikgu botak "cikgu tengok nanti pendir cikgu koyak"
-
"BAPAK AHH NI KE KELAS NYA?! sendu gila duh" kata yeomin kecewa tengok kelas mereka yang kipas pon ada satu je.
"aku nak duduk sini!" pantas eunjin berlari ke arah meja yang teletak dibawah kipas.
"alahh mana aci doo, aku pon nak duduk situ" bantah hyeri.
"ahh tadek tadek siapa cepat dia dapat" meja dipeluk erat tak nak sesiapa rampas.
jaehwa malas nak layan dia pon pergi ke arah meja belakang sekali.
"aku nak ni" byeol duduk di hadapan jaehwa manakala soobin lebih berminat duduk ditepi tingakap "tepi tingkap pon sodap, boleh usya mamat sem lalu"
"nak duduk sebelah kau bin!" kata yewon.
"byeol sini kosong kan aku duduk sini lah" byeol memandang yeomin dengan poker face nya. "kau ada nampak orang duduk sini ke? takda kan. duduk jelah lamak aii sejak bila pandai mintak izin" yeomon tersengih "tanya je"
"hyeri kau duduk jelah tepi eunjin tu hakalah susah sangat" arah jaehwa. dari tadi tak abis lagi rebut tempat duduk.
"haah kan kenapa aku tak terpikir dari tadi? ha okeylah duduk sini jelah" dengan selamba hyeri duduk macam takda buat salah.
sedang mereka tengah berbincang macam mana nak bakar dan koyak kan spender ely dan cikgu botak, tiba tiba terdengar bunyi derapan tapak kaki sedang masuk kedalam kelas mereka.
teserlah lapan lelaki yang tamfan belaka bersusun diri didepan papan putih.
soobin tak boleh duduk diam, dia mula gelabah. pempuan ni memang pantang nampak lelaki sem sikit dia akan jadi ulat bulu jadian.
mereka terkebil kebil memandang lelaki dihadapan mereka. mana tak nya sekolah ni hanya khusus untuk perempuan sahaja kenapa tiba tiba ada lelaki pulak ni?
ke dorang khunsa?
"annyeonghasayo!" ucap lelaki itu serentak sambil membow beberapa darjah.
"siapa korang ni? muka sorang sorang macam penyangak je " soal hyeri.
"kitaorang yang akan ajar korang macam mana untuk menjadi orang yang lebih berguna. nama aku jongho" jawap jongho tenang. nasib awal awal cikgu botak dah pesan jangan koyak dengan ayat budak budak ni.
byeol menyiku nyiku lengan yeomin yang duduk disebelahnya "kau denga ayat dia tu, mesti cikgu botak yang ajar" yeomin mengangguk setuju. "nanti kita kenakan dia pulak nampak macam nak sangat tu"
"aku hongjoong korang boleh panggil joong kalau rasa panjang nak type"
"aku wooyoung yang paling hensem dan sexy antara yang lain" dia tersenyum menggoda diakhir kata. mohon cair.
"confident syial mamat ni" kutuk eunjin sambil membuat muka jijik. wooyoung buat tak denga sebab dia rasa eunjin dengki.
"aku choi san, mohon minat aku sebab aku hensem"
"erghh! mata aku silau duh tengok dia" soobin acah sakit mata.
pakk!
"apa syial ketuk kepala aku" soobin mengusap kepala nya yang diketuk oleh yewon beberapa kali "kau tu over sangat asal njir"
"aku yunho, ni seonghwa and yeosang. jangan tanya kenapa aku intro kan dorang kalau tak nak kena baling" yunho tersenyum comel, bia pon ayat last macam nak cari gaduh.
"aku mingi kalau nak panggil baby pon boleh" kata mingi sambil membuat aegyo.
"BOOOOOOOOOOO" satu kelas bergama sebab dorang serentak boo kan mingi.
"ceh nak gurau sikit pon tak boleh" mingi menguis nguis hujung baju yeosang, acah merajuk.
"aku tampo kau ni kang" yeosang poker face.
"aku rasa kalau macam ni lah perangai korang, kitaorang boleh ajar diri sendiri kot" jaehwa menongkat dagu.
"tch, sekurang kurang nya kitaorang tak kurang ajar dengan orang tua" sinis seonghwa membalas.
jaehwa naik bengang dengan ayat seonghwa "apa masalah kau hah?"
"dah la hyung takkan dengan perempuan pon nak gaduh. tak gentle la" ujar jongho nak selamat kan keadaan.
"dah dah, sekarang korang kenalkan diri masing masing dulu and kita akan tentu kan siapa mentor siapa" arah hongjoong.
mereka satu persatu bangun untuk kenal kan diri dengan malas nya. macam budak budak siot nak kena kenal kan diri bagai ni.
-
Tbc.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top