9 ; play with me

Jyeo melihat istana dihadapannya milik insan yang bergelar permaisuri balu merangkap nenda kepada raja. Jantungnya berdetak dengan laju memikirkan apa yang bakal terjadi dalam istana itu sebentar sahaja lagi.

"Tuanku? Sejak bila berada disini?" Kata Jyeo yang baru sahaja notice kehadiran lelaki itu ditepinya.

"Sejak kau mengelamun tengok istana buruk ni, sudah mari masuk."

'Istana buruk?? Memang sah lelaki ini tak pernah turun ke kampung'

Yoongi melihat Jyeo yang masih kekal di tempatnya. Automatik, dia menghulurkan tangan buat wanita dihadapannya. Jyeo yang masih terkejut dengan sifat baik Raja tersebut, perlahan-lahan mengambil tangan itu.

Pembantu istana membulatkan mata mereka melihat scene tersebut. Pada waktu itu juga, bunga-bunga yang seperti meraikan pasangan itu mula jatuh ke tanah, dibawa angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Burung-burung pula berkicauan mengikut irama melodi yang sungguh sedap telinga mendengar.

Apabila mereka berjalan memasuki istana dengan berpegangan tangan, asha menjeling seperti mengeluarkan pancaran laser. Nasib tak juling!

"Sembah hormat kepada Permaisuri Balu." Kata kedua-duanya serentak. Seokjin yang berdiri di tepi hanya menutup mata menahan sabar.

"Permaisuri, kamu lambat ke majlis beta."

"Beta yang suruh permaisuri tunggu beta di halaman hadapan istana Orkid. Jikalau mahu murka kepada Permaisuri, murka juga kepada Beta, nenda." Ujar Yoongi mempertahan Jyeo.

Majlis itu seperti biasa dipenuhi dengan bodekan Asha dan Eunhee. Gundik lain pula hanya menguntumkan senyuman mesra sepanjang masa. Raja pula mengekalkan muka sejuk bekunya. Majlis teh yang diadakan setiap minggu sungguh membosankan. Isinya sama sahaja.

Tanya Asha bagaimana dengan kandungannya.

Tanya Jyeo, bila nak mengandung.

Tanya itu. Tanya ini.

Ah, bosannya!

"Kau bosan?" Jyeo mula sedar dari lamunan pada saat jarak muka lelaki hanya 1 inci darinya. Jyeo hanya mengangguk perlahan mengenangkan nasib, jantungnya yang hampir keluar dari sangkar rusuk apabila disergah sebegitu rupa.

Ish! Sudahlah dia dapat rasa pipi dia makin menghangat. Aduh, buat malu sahaja dihadapan lelaki berpangkat raja itu.

"Kalau aku kata sesuatu, kau sebut ya." Kata Yoongi sebelum berdiri dan beredar dari tempat duduk lalu menuju ke arah nendanya.

"Nenda tanya sebentar tadi, bila permaisuri mahu mengandungkan anak Beta, bukan?"

Permaisuri balu hanya mengangguk, mengiyakan apa yang ditanya cucunya.

"Banyak yang berlaku sebelum ini, dan kami pun tiada masa untuk berjumpa."

"Apa yang kamu mahu jelaskan?"

"Kami mahu bersama harini dan sekarang. Sila beri kami restu untuk keluar dari majlis teh ini."

.
.
.

|tcc 2020|
.
.
.

"Kenapa awak buat alasan macam tu? Semua orang pandang kita pelik tahu?" Jyeo mula menyuarakan pandangannya. Tidak setuju dengan cara Yoongi untuk keluar dari majlis teh.

Berkesan memang berkesan. Kalau ditangkap menipu satu hal pula!

"Tenang permaisuri, kita bukannya buat betul-betul pun. Unless.. kalau kau nak, aku boleh je bagi." Kata Yoongi lalu membuka pakaiannya sebelum dihalang oleh jeritan Jyeo.

"Oi, jangan jerit."

"Awak ni pelik lah. Kejap, beku. Kejap, marah-marah. Kejap, aum-" Omel Jyeo membuatkan Yoongi tergelak sendiri. Dia membuka topi dan melepaskan rambutnya yang pendek. Tidak seperti kebiasaan raja-raja lain yang membela rambut panjang.

Seperti mahu bersaing dengan permaisuri masing-masing pula!

"Hei, diam."

Yoongi menunjukkan ke arah pintu istananya. Terdapat 2 bayang-bayang yang sepertinya mahu mengintip perbuatan mereka berdua. Jyeo hanya membuntangkan mata terkejut.

DAH KENAPA MAHU PASANG TELINGA?! KALAU BETUL MEREKA BUAT BAGAIMANA??

"Sekarang ni apa?" Jyeo memandang Yoongi dengan pandangan penuh tanda tanya. Bayangkan ada orang pasang telinga nak tahu apa kau buat dalam bilik.

Ksksksk haru sungguh!

"Kau mendesah ah, aku goyangkan katil. Ok ready set go." Tanpa persetujuan Jyeo, Yoongi terus memberikan arahan bertalu-talu. Terus dengan menekup mukanya yang kemerah-merahan menahan malu, dia mengeluarkan bunyi-bunyi yang agak sensual.

Yoongi memandang Jyeo, terkejut.

"Shit, adik aku-"

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

Jyeo memicit-micit bahunya yang lenguh. Matanya terkedip-kedip menahan ngantuk apabila membaca nama-nama deligasi luar yang bakal bertandang untuk pertandingan memburu kancil eksotik di hutan Joseon.

Sebagai Permaisuri yang palsu, dia harus berbuat persiapan rapi agar tiada kesilapan yang dibuat.

Haih, penat jadi fake.
Anda bila lagi?

"Tuanku Permaisuri? Patik datang bawakan teh." Pembantu Shin meletakkan dulang berisi teko dan cawan. Dia duduk dihadapan meja itu lalu merasa sedikit teh itu. Apabila didapati air itu tiada racun, barulah pembantu itu menuangkan teh lalu diberikan kepada Jyeo.

"Apa nama penuh awak Shin?"

"Shin Sekyung, Tuanku."

Haruman teh yang amat dikenali Jyeo membuatkan tangannya automatik menolak cawan itu jatuh dari meja belajarnya.

"T-tuanku??"

"Teh halia? Lepas ini,beta tidak mahu teh halia dihantar ke Istana Mawar lagi, faham?" Tegas Jyeo. Bukan apa, dia alah dengan halia. Lagi-lagi apabila dicampur dalam teh.

"Tuanku?"

"Ya, Sekyung?"

Sekyung duduk berhadapan dengan meja belajar Jyeo. Pembantu itu tersenyum manis ke arah Jyeo.

"Kenapa senyum-senyum begitu?" Tanya Jyeo, debaran yang dirasai ditambah dengan senyuman manis pembantu istana itu, fuh boleh jatuh jantung Jyeo hari ini.

Bikin suspens tidak henti-henti.

"Ini pertama kali, patik mendengar Tuanku Raja dan Permaisuri melakukan hubungan intim. Biasanya asyik menayangkan muka sejuk beku masing-masing. Patik gembira selepas ini, gundik dan permaisuri balu.." pembantu itu mengalirkan air mata, sambil memegang kerongkongnya yang bertukar kehijauan.

"Tidak akan kacau Permaisuri lagi." Sekyung rebah dihadapan mata Jyeo. Rupa-rupanya, air teh halia itu diletakkan dengan racun yang membunuh orang kanannya pada malam itu.

Jyeo perlahan-lahan menggoyangkan badan si mati. Air tangisan seperti tidak keluar.

"Beta baru tahu nama kamu, maafkan beta Sekyung."

"Maafkan aku Sekyung."

.
.
.

TO BE CONTINUED

Sweet moments! And sad moments.
Asha? Biarlah dia berehat. Asyik kena kecam je. Penat dia.

Taehyung dan Jungkook akan beraksi tak lama lagi. Tunggu je wokeyh!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top