8 ; jyeo
"A-argh, sakitnya." Yoongi merehatkan tengkuknya pada tab mandi tersebut. Dia melihat wanita yang tersengguk-sengguk dari tadi, mengantuk agaknya. Sedang dia mahu beredar dari tab mandian itu, dia dikejutkan dengan kedatangan permaisuri yang mukanya comot dek kerana terlalu dekat dengan api.
"Cheona, patik ambilkan persalinan buat tuanku, tunggu sekejap ya." Jyeo melepaskan minuman herba itu ke meja berdekatan lalu bergegas untuk mengambil persalinan untuk raja itu.
Yoongi berjalan dengan perlahan-lahan, menahan kesakitan yang terasa di lengannya. Air minuman yang hendak disajikan oleh permaisurinya, terus diteguk rakus. Dek kerana kepahitan yang teramat, yoongi terbatuk-batuk lantas mengejutkan gundiknya.
"T-tuanku dah bangun? Nak Asha urutkan?"
"Tak perlu, beta nak berehat di kamar. Balik ke istana kamu sendiri." Titah sang raja. Asha akur lalu beredar dari bilik itu. Apa boleh buat? Itu arahan. Tidak mahu dia menyerabutkan kepala raja berdarah beku plus panas baran.
Jyeo yang baru sahaja sampai, terkejut melihat cawan yang berada di atas dulang, sudah jatuh ke tanah.
"Tuanku dah minum? Ah, mestilah sudah. Cawan sudah kosong. Maafkan patik kerana bertanya soalan bodoh. Ini patik bawakan persalinan-
Pinggang Jyeo diraihkan lembut oleh lelaki yang bergelar raja itu. Yoongi memandang bibir pucat permaisurinya lalu satu jari diletakkan di atas bibir munggil tersebut.
"Bila kita berdua, panggil sahaja dengan gelaran kasual. Aku penat mahu berbeta-patik dengan kau, Ara."
'Jadi nama aku Park Ara?'
"A-awak b-boleh lepaskan saya. Saya tak bersiram lagi. Seharian saya bakar ubat untuk awak."
"Kau yang buatkan?"
Jyeo mengangguk. Lalu satu ciuman diberikan oleh Yoongi. Jyeo yang terkejut dengan ciuman itu terus menolak raja itu lembut. Automatik, tangannya memegang bibir yang baru sahaja dicium.
"Apa yang awak buat ni?"
"Aku nak kau rasa kepahitan ubat tu."
Apakah? Pada zaman moden, kita ada chocolate kiss, tak sangka pula zaman dulu ada medicine kiss!
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
Yoongi termenung sendiri di dalam kamarnya. Menyendiri walaupun mempunyai isteri yang ramai. Pada saat ini, dia tidak boleh mempercayai siapa-siapa pun. Even, penolong kanannya sendiri.
Entah kenapa dirinya mengimbas masa dahulu. Pada saat dia ditabalkan malah ketika itu juga ayahanda dan bondanya diserang dengan cara halus.
Flashback 5 years ago,
"Putera Mahkota, jemput menikmati santapan daging lembu hadiah daripada Kerajaan Yuan." Kata Seokjin.
Yoongi yang sedang ralit membaca buku sajak milik Ayahandanya, hanya sekadar memasukkan sudu besi ke dalam mangkuk makanannya. Sedang dia mahu menyuap nasi dan daging berkenaan, matanya tercacap ke arah sudu besi yang semakin menghitam.
"Tuanku!" Seokjin menepis sudu tersebut daripada sempat memasuki mulut putera mahkotanya.
"Cakap, Jin. Daging dan nasi ni dihantar kepada setiap ahli keluarga diraja?"
"Hanya Tuanku Raja, permaisuri dan Putera mahkota sahaja dibenarkan makan."
Automatik, Yoongi melompat dari singgahsananya lalu bergegas ke istana utama. Sempat juga Putera itu mengambil busur dan panah sebagai langkah berhati-hati.
Bulat mata Yoongi melihat kedua orang tuanya dikerumuni oleh pembantu dan penasihat diraja pada ketika itu. Gugur jantungnya melihat Raja yang masih bernyawa dan mengisyaratkan putera itu supaya mendekatinya.
"Ayahanda sudah tidak lama, ingat permainan istana tidak mudah- uhuk! Uhuk!"
"Ayahanda, bertahan. Tabib akan sampai tak lama lagi."
"Yoongi, jadilah pemangsa sebelum kamu menjadi mangsa. Jangan akur pada cinta." Mata Raja itu berkedip-kedip menahan sakit diracun. Yoongi memegang tangan orang tuanya tanda penghormatan terakhir lalu beredar dari istana.
Membawa hati yang lara,apabila kehilangan kedua orang tuanya yang disayangi. Dari jauh dia sudah nampak Permaisuri Balu merangkap nendanya dalam perjalanan ke istana.
Permaisuri itu jatuh ke tanah melihat Yoongi dengan ekspresi muka yang sedih.
"YoonHwa! Anak bonda.." Nendanya itu dengan pantas berlari masuk ke istana utama.
Tidak lama selepas itu, angkatan tentera sujud di hadapan Yoongi simbolik setuju dengan perlantikan Putera Mahkota sebagai Raja.
"Hidup Raja Yoongi!"
Ketika itu, lahirlah Raja ais beku yang memerintah Joseon hingga ke hari ini.
End of Flashback
"Siapa yang menyerang hendap aku tempoh hari? Anak panah ini adalah anak panah yang sama menyerang aku 2 tahun lepas."
Yoongi membuka laci meja dan mengambil satu anak panah yang persis di tangannya lagi satu. Mindanya ralit memikirkan tentang serangan yang dilakukan.
Semuanya secara tiba-tiba dan tidak bercorak. Masa juga seperti random. Siapakah yang disebalik kesemua serangan ini?
Yoongi pun pening.
"Anak panah ini pun aneh. Tidak terlalu tajam kerana sudah dicelup racun yang menghakis." Kata Yoongi lagi.
"Tidak kira siapa pun kau, aku akan cari kau sampai lubang cacing."
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
Seokjin menyelak muka surat buku itu berkali-kali. Itu bukan buku biasa-biasa. Itu adalah buku catatan terakhir bondanya sebelum dibunuh.
Pintu perpustakaan itu dibuka memperlihatkan Asha dengan lenggang lenggok berjalan ke arah abangnya di sudut bilik yang agak terpencil. Seokjin hanya mampu menjeling tajam ke arah Asha yang lambat.
"Apa rancangannya?" Tanya Asha.
"Tidak perlu tahu. Aku cuma mahu kau mendampingi tuanku 24/7. Faham?" Jelas Seokjin lalu buku catatan itu diberikan kepada Asha.
"Ini buku bonda, kenapa?"
"Aku ada tulis rancangan itu pada buku itu. Jika kau pandai, kau faham. Jika tidak, kau baliklah ke muka surat asal."
Seokjin bangun dari posisi duduknya lalu membetulkan pakaiannya yang berkedut. Dia bergegas keluar, meninggalkan Asha yang masih terkaku mencari jawapan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top