7 ; Kim's sabotage
Namjoon memandang satu figura yang amat dikenalinya mula memasuki kediaman Raja. Pelik, bukankah Raja meminta permaisuri menemaninya, mengapa pula gundik Asha pula yang memasuki kamar?
Risau munkin.
Seokjin yang berada dihadapan istana, dipandangnya lama lalu dia mula mengorak langkah ke arah rakan seperjuangannya itu.
"Seokjin-ssi, bukankah Raja meminta permaisuri datang menemani raja? Seingat aku lah." Tegur Namjoon. Seokjin hanya tertawa kecil lalu memegang bahu Perdana menteri muda dihadapannya.
"Permaisuri menolak mentah mentah arahan raja. Baginda patutnya bersyukur, Gundik Asha dapat menggantinya."
Namjoon mengerdipkan matanya berulang kali. Betulkah apa yang diberitahu oleh namja itu? Atau sekadar rekaan? Mana munkin permaisuri berkata demikian.
Kalau permaisuri balu tahu, habislah!
"Kau pasti? Permaisuri tidak seperti itu." Ujar Namjoon mempertahankan permaisuri.
"Maaf, aku tiada masa untuk memujuk permaisuri yang tiada attitude, malah boleh berjalan-jalan disekitar taman dengan Putera Mahkota." Sindir Seokjin lalu tersenyum kemenangan disaat Namjoon mula kalah dalam perdebatan.
Tidak Namjoon tahu, Seokjin tidak menjejakkan kaki ke istana permaisuri mahupun menyampaikan arahan.
"Kalau begitu, aku minta diri dahulu untuk ke pekan. Kau mahu kirim apa-apa ke?" Tanya Namjoon. Seokjin mengeluarkan kipas tangan bewarna pink lalu dikibaskan ke muka. Tangannya lagi satu, memberikan satu uncang duit perak kepada Namjoon.
"Belikan teh dan limau. Aku mahu melawat Permaisuri Balu."
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
"Adinda, sampai sini sahaja lah adinda menghantar kanda. Nanti kanda datang melawat lagi ya." Jimin menghadiahkan senyuman manis ke arah Jyeo.
"Hati-hati dalam perjalanan, kanda Jimin." Kata Jyeo. Boleh pula dia menghantar abangnya tanpa sebarang buah tangan. Jyeo meraba-raba pakaiannnya lalu tangannya segera merampas loket diraja yang terselit di pinggang pada hanboknya.
"Ini, hadiah daripada Joseon buat kanda." Jyeo menghulurkan loket itu kepada putera mahkota dihadapannya. Namun, Jimin hanya membalas dengan satu jentikan di dahi sang permaisuri.
"Jangan jatuh sakit, dinda. Kanda akan pastikan, dinda akan jadi permaisuri kanda satu hari nanti."
"Ada-ada sahaja lah kanda ni. Cari lah wanita lain yang lebih layak. Lawatlah dinda selalu ya." Jyeo memeluk namja yang dianggapnya sebagai abang itu.
Namun Jimin tidak menganggapnya begitu. Tidak pernah sekali.
'Kalau kau buat dia menangis, aku tidak akan teragak-agak untuk rampas Joseon, Min Yoongi.'
Selepas sahaja, kuda yang dinaiki putera mahkota itu hilang dari pandangan, Jyeo dikejutkan dengan tabib istana yang tercungap-cungap mencari nafas setelah penat berlari.
"Tuanku Permaisuri, Raja sedang gering!"
Jyeo membulatkan matanya lalu berlari ke istana utama. Apa yang sudah terjadi? Fikirannya ralit memikirkan kejadian yang menimpa sang raja.
Entah kenapa, dia risau.
Sampai sahaja, di istana utama, satu figura menjelingnya. Tidak lain, tidak bukan Gundik Asha sendiri. Sebelum, kata-kata nista keluar dari gundik cantik itu, Jyeo mengeluarkan jari telunjuknya lalu diletakkan ke mulut.
"Shuh, tidak ada masa untuk bertengkar." Kata Jyeo.
Asha menggulingkan matanya.
"Bagaimana dengan Tuanku Raja?"
Tabib itu menggelengkan kepalanya. Seperti ada yang tidak kena. Mata Raja itu tertutup rapat. Kasihan, dari tadi, berkerut sahaja dahinya menahan kesakitan.
"Patik rasa, panah yang digunakan pembunuh upahan itu, dicelup dengan racun."
"Rendamkan tuanku ke dalam tab mandi berisi air panas. Asha, jaga Cheona. Tabib, follow me."
Asha tersengih sendiri. Mimpi apa, permaisuri itu membiarkan dia bersama tuanku raja? Ah tidak mengapa. Peluang di hadapan mata!
.
.
.
|tcc 2020 |
.
.
.
"Selamat sejahtera, Tuanku Permaisuri balu." Sapa Seokjin lembut. Wanita berusia 60-an itu hanya menghirup tehnya lalu menggunakan bahasa isyarat kepada pembantunya untuk meninggalkan mereka berdua sendirian.
"Kamu mahu apa lagi, Ketua Istiadat? Jikalau ada konco-konco Raja yang dapat tahu kamu mengunjungi beta, tidakkah pecah rahsia kita nanti-"
"Ini perihal Permaisuri, Tuanku." Permaisuri itu tergelak kecil. Malah matanya menunjukkan wajah yang riang.
"Well, apa yang kamu ada?"
"Permaisuri tidak bersama Tuanku Raja disaat dia gering. Bukankah sikap itu jatuh hukum derhaka?" Seokjin mengipaskan dirinya menggunakan kipas tangan merah jambu, dengan lemah lembut.
"Sudah beta agak. Puteri Goryeo itu langsung tidak menepati taraf keluarga diraja Joseon. Jika bukan sebab perjanjian damai, beta tidak mahu keturunan Goryeo ke sini."
"Patik ada cadangan yang bernas. Tetapi memerlukan sokongan besar,tuanku." Akhirnya Seokjin menyuarakan hasratnya melawat Permaisuri balu.
"Buat sahaja lah apa-apa. Beta akan cover kan untuk kamu sekiranya apa-apa terjadi."
"Menjujung kasih tuanku-"
"Adik kamu pregnant? Anak raja?" Tanya Permaisuri Balu sebelum Seokjin sempat melangkah keluar. Seokjin tersenyum lalu mengangguk, mengiyakan pertanyaan tersebut.
"Lahir sahaja, Putera itu. Hasut Tuanku Raja untuk menjadikan dia Putera Mahkota. Automatik, Adik kamu akan menjadi Permaisuri Kehormat. Kamu pun tahu bukan apa nasib menjadi anak gundik?"
Seokjin menelan air liurnya yang pahit. Menelan fakta yang sudah lama dikuburkan.
"Patik faham, Nenda."
"Bonda kamu dulu pun kalah dengan Mendiang Haerin. Kamu pun mahu kalah dengan Permaisuri sekarang? Ubah takdir kamu adik beradik Jin." Pesan Permaisuri Balu itu keras. Ternyata, ada kisah dan dendam kesumat yang disimpannya rapi.
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
Jimin memasuki ruang perancangan dan disambut oleh beberapa komander dan panglima Goryeo. Dia duduk di kerusi yang agak lain dari yang lain memandangkan dia merupakan ketua.
"Putera, kami dimaklumkan bahawa pertahanan di seluruh negara Joseon amat dikawal rapi." Kata Panglima yang agak kacak disitu.
"Tiada cara lain untuk masuk ke Wonho?"
Wonho hanya menggelengkan kepalanya. Jimin melepaskan keluhan berat. Jika tiada satu pun titik lemah, bagaimana dia mahu memulakan rancangannya.
"Putera, Kerajaan kecil di bawah naungan Joseon, Silla agak lemah memandangkan mereka masih baru." Satu cadangan dibuat tetapi ditempis oleh Panglima Im.
"Silla sudah merangka 'Hwarang' yang datangnya dari anak-anak menteri yang berpotensi tinggi. Agak susah mahu tembusi juga." Ujarnya membuatkan Jimin sudah mati akal mahu meneruskan rancangan.
"Begini lah Tuan Putera, kita tunggu dan lihat sahaja. Lagi bagus jika Tuan Putera sudah ditabalkan nanti."
"Baik, kita postponed dahulu rancangan itu. Bersurai."
'Tunggu sahaja aku rampas semuanya dari kau. Joseon, Yeona. Semua akan berada dalam genggaman Park Jimin.'
"Im a bad guy."
.
.
.
TO BE CONTINUED
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top