3 ; dugeun-dugeun
Mata Jyeo terkelip-kelip memandang hidangan yang dihidangkan oleh pembantu-pembantu istananya. Bermacam jenis juadah yang mampu mengenyangkan satu bandar, tersedia di hadapan matanya.
"Tuanku Permaisuri, jemput makan. Kami sudah memeriksa dengan teliti makanannya." Kata pembantu Shin lembut.
Jari Jyeo terkial-kial memegang chopsticks emas yang disediakan disebelah pinggannya. Biasanya dia akan makan menggunakan chopstick biasa-biasa sahaja. Namun kali ini dia menggunakan versi emas!
Bukan calang-calang peralatan istana ini. Mahu makan pun, disediakan dengan emas.
"Kalian tidak mahu makan sekali?" Tanya Jyeo, sedikit tidak selesa dipandang sebegitu rupa.
"Tidak mengapa Tuanku, patik dan orang suruhan yang lain akan makan sisa lebihan tuanku." Ujar Pembantu Shin membuatkan Jyeo tersedak sendiri. Seraya itu, Jyeo mengisi pinggannya dengan lauk, tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
"Beta sudah meletakkan apa yang beta mahu makan di pinggan beta, kalian boleh bawa juadah ini ke dapur semula." Arah Jyeo menyebabkan pembantu istana dihadapannya memandang satu sama lain.
Gembira? Jyeo pun tidak tahu.
"Tuanku, tidak boleh begini. Patik dan yang lain perlu tunggu sehingga tuanku habis makan."
Dengar sahaja apa yang diujarkan Pembantu Shin, terus Jyeo dengan lahap tanpa tata tertib mengunyah dan memasukkan segala lauk dalam mulutnya.
"Urm! Sedap, sudah boleh kemas. Cepat, cepat palliwa. Jangan habiskan masa dengan perkara sebegini." Terus pergerakan di dalam istana itu sungguh kelam kabut membuatkan Pembantu Shin hanya melihat permaisurinya lama.
Permaisurinya agak lain daripada sebelum ini. Mengapa ya?
"Tuanku Permaisuri, Perdana Menteri Kim mahu berjumpa!" Kata lelaki di hadapan istana, membuatkan Jyeo cepat-cepat mengunyah saki-baki sisa makanan di mulut.
Namjoon menunduk hormat kepada permaisurinya lalu menyerahkan satu scroll diraja kepada pembantu Shin.
"Tuanku, berita baik. Tuanku Raja ingin meluangkan masa bersama di istana utama dengan tuanku malam ini." Kata Pembantu Shin setelah membaca isi kandungan yang ditulis dengan tulisan cina.
Ah sudah, dia mana faham tulisan cina!
"Baiklah. Kamu boleh bersurai." Namjoon kemudiannya menunduk lalu beredar dari istana. Terus pembantu Shin berlari ke arah Jyeo lalu tersenyum gembira.
"Patik tidak sabar mahu menghias Tuanku pada malam ini! Tuanku mahu pakai warna apa hari ini?"
"Merah tetapi tidak terlalu merah, boleh?"
Pembantu Shin hanya menganggukkan kepalanya. Seraya itu, dia mengeluarkan satu kotak yang diperbuat daripada kayu dari almari lama dihujung bilik.
"Tuanku, perhiasan ini khas dari keluarga diraja Goryeo, cantik sekali hiasan ini. Patik pakaikan kepada tuanku, ya?"
Jyeo mengikut sahaja apa yang Pembantu Shin cadangkan. Kalau dia yang pilih nanti, serabai sungguh. Maklumlah dia dari kecil tidak dipakaikan perhiasan.
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
"Apa! Permaisuri diminta meluangkan masa di istana utama? Malam ini? Selepas dia buat hal? Kalian biar benar!" Asha seperti tidak dapat percaya dengan keputusan sang raja. Patutnya dia yang dipilih untuk meluangkan masa bukan si permaisuri yang semakin hari, semakin melupakan tanggungjawab.
"Cik Asha, jangan risau, tuanku raja mahu berbincang kerana dalam tempoh 2 minggu lagi, keluarga diraja Goryeo akan melawat Joseon." Pujuk Menteri Kewangan. 3 menteri yang lain hanya meng-iyakan apa yang dikatakan olehnya.
"Perihal berita kehilangannya? Thats not a good one but i totally hate it the fact that he choose her over me." Asha mengepal-ngepalkan penumbuk bersaiz s itu, geram dengan pesaingnya.
Statusnya sebagai gundik, tidak akan kukuh jikalau raja dan permaisuri mempunyai connection yang baik. Anaknya pada masa akan datang tidak akan mendapat tempat di keluarga diraja.
Dia harus berbuat sesuatu. Tapi apa?
"Menteri, fikirkan cara untuk hapuskan permaisuri, but in cara yang halus, arra?"
"Baik Cik Asha."
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
.
"
Kedatangan permaisuri!" Ketika berita ketibaannya diseru, jantung Jyeo seperti tidak henti henti mengepam darah. Detakan jantungnya meningkat 2 kali, tidak 4 kali ganda lebih tinggi dari sebelum ini.
Nervous!
"Masuk." Suara garau lelaki yang dipanggil raja itu kedengaran lalu Jyeo berjalan memasuki kamar diraja.
Kelihatan Yoongi sedang berdiri di atas singgahsananya sambil memandang tepat ke arah jiwa penakut milik Jyeo. Jyeo terkebil-kebil memandang sang raja. Takut, dipandang sebegitu.
"Keluarga kau akan melawat kau 2 minggu dari sekarang, and you know what's that mean?"
Jyeo menggeleng membuatkan satu pedang tajam dihunus dan diletakkan di leher mulusnya. Yoongi memandang wanita dihadapannya dengan jelingan tajam.
"Beta tak suka geleng, angguk atau decitan. Jawab kalau beta suruh, permaisuri."
"Whats that mean, king?" Jyeo menjawab dengan hati yang berat. Kalau raja itu tahu, selama ini dia membahannya ketika membuat persembahan, munkin sudah dipancung.
Dengan permaisuri pun sudah main acu acu pedang, apatah lagi, dirinya yang berkelas rendah.
Oh my!
"Hubungan Goryeo dan Joseon tak pernah baik. Baik selama ini pun, sebab perkahwinan kita." Yoongi berhenti seketika lalu menarik Jyeo ke dakapannya
"But you ruin all of it. And why not i kill you at this rate?" Jantung Jyeo seperti mahu terkeluar dari sangkar rusuk apabila mendengar perkataan mati.
Benar orang kata, menipu mesti ada akibatnya. Jyeo takut!
"You cant kill me, King." Jyeo berkata untuk merayu agar nyawanya tidak melayang begitu sahaja.
"Why?" Tanya Yoongi sambil mengetatkan lagi gripnya yang makin longgar.
"Cause you love me."
.
.
.
[TO BE CONTINUED]
Selamat hari raya!
Duit raya berapa tu ><
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top