29 ; explain


" Bodoh Hoseok, aku tak mati lagi." Yoongi memegang luka dilengannya, masih mengalir darah akibat pedang tajam mendiang Taehyung.

Ya. Taehyung mati.

" Alah saja je, nak tengok Jyeo risau-" kepala Hoseok dipukulnya kuat. Pasangan kekasih itu berpandangan antara satu sama lain.

Awkward.

" Good morning." Yoongi menyapa Jyeo, namun dia dipukul Jyeo dengan kuat.

" Stop buat hati saya suka dekat awak lagi, Yoongi." Jyeo memeluk badan namja itu kuat, Yoongi sekadar tersenyum lalu menepuk perlahan belakang Jyeo.

" Explain." Ujar Jyeo membuatkan Yoongi tersenyum.

Flashback

2 jam berlawan pedang, akhirnya Yoongi dan Taehyung jatuh kepenatan. Taehyung mula bangun, lalu diikuti Yoongi. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Yoongi mahu mengambil semula buah hatinya, manakala Taehyung mahukan kedua-dua buah kerajaan.

" Kau nak tahu tak Yoongi? Aku tak pernah suka kan permaisuri kau. Aku bermain sahaja dengan mereka berdua. "

Yoongi mengetap giginya.

" Kau haiwan, Kim Taehyung. " Yoongi menyerang Taehyung dengan sepenuh kudrat yang ada, pedangnya mengenai kaki Taehyung.

Sekaligus, membuatkan Taehyung terduduk. Pedang diletakkan di leher Taehyung, Yoongi tidak mahu membunuhnya.

" Sekarang beritahu aku, mana Ah Yoo." Taehyung tersenyum senget sambil terbatuk-batuk darah.

" Aku takkan biarkan kau bahagia. Selamat tinggal Min Yoongi."

Taehyung mengambil pedangnya lalu dicucuk ke jantung. Yoongi tersentak dengan perbuatan berani mati Raja Yuan itu.

" Ah Yoo akan hilang buat selama-lamanya."

End Of Flashback

Usai sahaja Jyeo membersihkan luka Yoongi, dia terduduk apabila mengetahui bahawa anaknya akan hilang. Buat selama-lamanya.

" Mana Asha. Awak patut balik."

" Dia dah mati." Ujar Yoongi, dengan riak wajah serius.

Jyeo membulatkan matanya, Asha dah mati? For real?

" Ara tikam dia masa dalam perjalanan ke Yuan. Sekarang tinggal aku dengan Jihoon. Mesti kau takkan pandang single father macam aku kan? "

" Kalau Jihoon tiada pun, saya takkan kahwin dengan awak. " Kata Jyeo. Yoongi sekadar tergelak kecil.

" Aku terkena sihir dia. Sorry for everything."

Jyeo terdiam mendengar perkataan maaf yang senang sekali keluar dari mulut lelaki. Nak kata dia serik? Munkin tak. Munkin ya. Dia pun sudah gila.

Benda gila apa lagi yang akan terjadi?

" Beri saya masa."

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Aro, welcome home." Raja Goryeo memeluk anak bongsunya itu. Jimin dibelakang, hanya tersenyum melihat anak beranak yang sudah lama terpisah. Nenda Park juga yang mendapat berita kepulangannya terus terduduk melihat Jyeo.

Semua kerabat diraja di Goryeo menyambut baik kedatangan Jyeo. Dia dilayan seperti bayi. Ada yang mencubit pipinya. Aduh sakitlah!

" Ya, Aro dah balik."

Yoongi di Joseon, bermain-main dengan anak lelakinya. Melihat keindahan Joseon dari istana itu. Walaupun, dia kini bergelar duda anak satu.

Ouh lupa nak selitkan, dahulu semasa Asha memerintah, semua gundik sudah dibuang istana. Ada yang dari kerabat diraja sudah dihantar semula.

Ya, kini Raja Joseon singlet!

Segala apa yang berlaku seperti cepat sekali. Asha yang bermimpi menjadi permaisuri sudah menjadi permaisuri walaupun hampir setahun. Cinta Yoongi pun dia dapat eventho, semuanya hasil sihir Taehyung.

" Jihoon, maafkan ayahanda. Bonda Jyeo tidak mahu bersama ayahanda pada waktu ini."

" Tidak perlu berdrama Yoongi, lambat laun hati dia nak juga dekat kau. " Seokjin mengambil tempat duduk di tepi Raja Joseon. Sempat juga dia melihat anak saudaranya di pangkuan Yoongi.

" Kau nak tahu tak Yoongi, kau akan tetap jadi nombor satu dia tahu?" Yoongi menepuk perlahan belakang rakannya yang dia kenali sejak menggalas tugasan sebagai Putera mahkota.

" Terima kasih beri aku peluang." Ujar Seokjin, menatap wajah Yoongi lama. Raja itu hanya tergelak kecil, lalu sengaja menyepak kaki lelaki itu.

" Kau tu abang tiri aku,Jin. Aku dulu ingat, aku anak tunggal. Sekarang aku ada abang. Tak ke elok macam tu?"

" Aku bodoh sangat Yoongi, aku buta sebab balas dendam. Tak sangka pula, Raja Yuan itu gunakan aku." Ujar Jin, melihat pemandangan matahari terbenam.

Cantik sekali. Semua cerita berakhir dengan pengakhiran yang indah kan?

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Beta serahkan Joseon kepada Kim Seokjin." Yoongi memberikan cop mohor kepada Jin yang kelihatan segak dalam persalinan yang pernah dipakainya.

Jin memegang bahu adik tirinya. Entah mengapa, mahu turun dari takhta. Entah apa yang merasuki sehingga menyerahkan Jihoon kepadanya. Yoongi juga menyerahkan Yuan kepada pemilik asalnya sekali, Jeon Jungkook. Biarlah Jeon kelapa itu mengenal erti tanggungjawab.

Tapi, Jin tahu.

Matlamatnya hanya satu, mahu menawan hati Kim Jyeo kembali.

" Yoongi, goodluck, aku tahu hati dia dah lembut."

[GORYEO]

" Kenapa Ara bawa Aro kesini?" Soal Jyeo memandang kakaknya yang tiba-tiba mahu menghirup udara segar. Kedua-dua puteri tersebut berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing gagal dalam percintaan.

Ara gagal, kerana jatuh cinta dengan abang sebapa. Seluruh kerabat Goryeo menentang perkahwinan mereka. Manakala Aro gagal dalam percintaan yang berliku-liku.

Macam-macam telah terjadi.

" Kalau lah, Ara tak lari malam tu. Kalau lah Jyeo tidak datang ke rumah Aurora. Kalau lah-"

" Kakak takkan jumpa kamu. Dan Ah Yoo takkan lahir." Jawab Ara pendek. Jyeo memandang pemandangan di puncak bukit.

" Jyeo." Satu suara garau mula menyampuk dalam perbualan adik beradik itu. Ara hanya tersenyum, lalu beredar secara perlahan-lahan.

" Apa Tuanku nak?"

" Im no longer a king, for you." Jyeo memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Namja ini? Sanggup lepaskan nama? Deminya? Jyeo terdiam membuatkan Yoongi mengeluarkan keluhan. Rancangannya tidak berjaya, lagi sekali.

Yoongi segera bergerak meninggalkan Jyeo sebelum terhenti.

" Tapi awak still my king. Cheona."

Jyeo berlari ke arah Yoongi lalu memeluknya erat. Yoongi buat pertama kalinya, menitiskan air mata apabila mencium haruman yang dia rindui.

Tangan mereka bertaut sendiri, satu ciuman lama diberikan Yoongi kepada Jyeo.

Namun, Jyeo pelik, lelaki itu seperti tidak bergerak. Jyeo memegang bahu lelaki itu, memberikan sokongan sebelum matanya membulat. Mata lelaki itu terpejam rapat. Jyeo membaringkan lelaki itu ke atas rumput. Nadi lelaki itu diperiksa, tetapi tiada denyutan.

" Yoongi, kita baru jumpa.." Jyeo menggoncangkan badan Yoongi dengan kuat.

" Jangan lah mati!"

" Min Yoongi bangun lah, tak lawak lah. Yoongi!"

" Please, please, please jangan mati. Kita tak jumpa Ah Yoo lagi.." Jyeo meraung dihadapan jasad tidak bernyawa itu.

.
.
.

TO BE CONTINUED

Aip aip belum lagi! So sebelum chapter last, apa perasaan anda?

Weyh weyh esok dah last chap TT yang pasal rumour ada TCC chapter 2 tu urm akan diusahakan

HAHAHAHHAHAH.

So apa yang membuatkan anda stay membaca ff noob ni hiks. Maaf tak dapat bagi ending yang korang suka or storyline menghanat.

Terima kasih❤️







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top