24 ; the queen


" Anak.. Bangun."

Kelopak mata Jyeo perlahan-lahan dibuka, orang pertama yang dilihatnya ialah seorang wanita yang berpakaian seperti kerabat diraja. Jyeo cuba untuk mengubah posisi baringnya kepada duduk, namun tidak berjaya.

Wanita dihadapannya hanya menghadiahkan senyuman lalu membantu Jyeo duduk.

" Cantik, no wonder all the kingdoms is after you." Katanya sambil memerhatikan setiap inci wajah yang diidami Raja. Jyeo mengeluarkan keluhan berat.

" Boleh saya tahu? Saya dekat mana? " Tanya Jyeo, sopan.

" Istana Yuan, sayang. "

Tiba-tiba sahaja sekumpulan pembantu istana datang membawa pelbagai pakaian dan aksesori. Tidak dilupakan peralatan mandian untuk Jyeo membersihkan diri. Dia memandang wanita berusia 40-an itu dengan pandangan tidak percaya.

" Tuanku Ryu, sila beri arahan kepada anak buah patik." Kata Ketua mereka. Rahang Jyeo automatik jatuh, status wanita dihadapannya ini jauh lagi tinggi darinya.

" Tidak silap beta, kamu Puteri Goryeo kan? Tidak manis untuk Yuan menikahi puteri mereka tanpa sebarang mas kahwin. Hantarkan 7 peti besar berisi emas kepada
mereka."

" Tapi Tuanku, patik-

" Cinta boleh dipupuk, anak beta baik orangnya. Kamu Ara kan? Puteri Ara yang digembar-gemburkan sejak bertahun lamanya. "

Jyeo terpukul dengan statement itu. Dia tak nak hidup dengan identiti kakaknya lagi. Dia tak nak menyusahkan sesiapa lagi. Dia tak nak. Cukup kakaknya menderita atas perbuatannya. Cukup Jungkook hidup menjaganya selama ini.

Sudah,cukup!

" Patik bukan Ara, patik Park Aro."

Maharani dihadapannya seperti tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Jyeo.

" T-tak munkin."

.
.
.

|Tcc 2020|

.
.
.

" Jadi selama ni awak tahu saya bukan Ara?" Jyeo memandang tepat ke arah iris mata Taehyung. Macam mana Taehyung tahu, dia pun tak tahu.

" I know. Aku dah stalk kakak kau lama dah. Tak sangka pula, adik dia pun not bad." Bibirnya digigit,
menambahkan lagi aura seksi Raja negara besar itu. Tetapi, Jyeo tidak sedikit pun kesah.

Lelaki memang gatal kan?

" What do you want from me? Cakap biar jelas. I know you want Ara not me."

Taehyung menunjukkan isyarat 'okey' kepada Jyeo, tanda mengalah. Lelaki itu mula membuka satu demi satu frama lukisan yang disorok dengan kain merah.

Lukisan itu, sungguh mengkagumkan Jyeo. Setiap details yang pelukis itu gambarkan tidak dapat diterangkan bagaimana.

" Aku nak kau." Kata- kata Taehyung mengejutkan Jyeo. Mata lelaki itu memandangnya dengan pandangan lembut dan tidak seperti sebelum ini. Tangannya diraih.

" Be my Queen dan.."

" Semua kesakitan kau akan hilang. Aku akan percaya kau. Defend kau dari ancaman. Aku akan selesakan kau. We will live happily together." Taehyung memegang bahu Jyeo lalu tersenyum manis.

" Aku takkan paksa kau, Jyeo. Tapi apa yang aku boleh janji, aku takkan buat apa yang Yoongi buat dekat kau."

Jyeo mengerutkan dahinya, nama yang dia tidak mahu ingat. Kini diingati. Diulang. Dia nak move on.
Cinta apa kalau saling tidak percaya antara satu sama lain.

Bukan sekali, malah dua kali.

Selama 9 bulan dia bertarung menyembunyikan diri dari askar
Yuan, askar Joseon.

" J-janji?"

Inilah masanya. Untuk dia lupakan Min Yoongi.

Benarkah pilihannya?

JyeoTae?

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Tuanku, ada surat dari Yuan." Namjoon datang menghadap Raja dengan scroll emas. Kalau Namjoon tidak memberitahu surat itu dari mana, dia sudah tahu terlebih dahulu. Lihat sahaja Scroll emas, itulah scroll milik Yuan.

" Apa isinya?" Tanya Yoongi di atas singgahsana. Namjoon membuka scroll itu membuatkan dia terkejut dengan isinya.

" Taehyung? Kahwin?"

" Ya, Raja Yuan akan memperkenalkan Permaisuri Yuan kepada mata dunia minggu hadapan. Kenapa Tuanku berkata sedemikian?"

" Taehyung cuma syok dekat seorang ini sahaja...

Namjoon menjongketkan keningnya. Kata-kata Raja seperti terhenti begitu sahaja. Tidak pernah pula dia lihat lelaki yang bergelar raja itu sebegini rupa. Biasanya straight forward sahaja.

" Dia nak apa yang aku ada."

" Dan dia boleh ambil, sebab aku tak perlukan pengkhianat."

Yoongi mengorak langkah keluar dari istana itu meninggalkan Namjoon sendiri. Dia perlu fokus pada kehidupan barunya.

Dia, Asha dan Jihoon.

Tapi benarkah keputusannya itu?

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Jungkook, kau ada isteri ke? Banyak betul hanbok kau ada dalam rumah ni. Ke kau ni sebenarnya mak nyah?" Wonho dengan selamba badaknya mengeledah rumah Jeon Kelapa.

" Nyah, aku tolong orang. Baik kan orang macam aku ni. Pelarian aku tolong, traveller macam Tuanku dengan kau pun aku tolong."

Jimin seperti menangkap sesuatu dari mulut Jungkook, terus membuat isyarat tangan untuk Jungkook mengulang balik ayatnya.

" Aku tolong orang."

" Yang bahagian akhir." Arah Jimin. Wonho dan Jungkook melihat antara satu sama lain.

" Traveller macam tuanku?"

" Depan sikit."

" Pelarian."

Perkataan itu terngiang-ngiang dalam fikiran Jimin. Kalau betul Jungkook suka tolong orang. Mesti dia pernah tolong Jyeo.

" Kau kenal Kim Jyeo?" Wonho yang pantas menangkap perbuatan Tuannya tadi, terus bertanya kepada Jungkook perihal Jyeo.

" Lebih dari kenal. Tapi aku pun tak tahu dia dekat mana. Sebab tadi dia pergi ke hutan. Tenangkan diri." Jawab dia innocent.

Wahai Jeon kelapa,
Yang berdiri depan awak tu.
Abang Kim Jyeo!

" Kerahkan askar Goryeo mencari di hutan tu, Wonho."

" Baik."

Dengan itu, pada waktu ini, Jungkook tahu, dia messed up.
Totally messed up.

.
.
.

TO BE CONTINUED

So apa perasaan? Rasa nak tumbuk semua watak dalam ni?

Nak ketuk semua dengan kuali pink jin? Jom marey.

Apa yang jadi seterusnya?
Stay tuned❤️







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top