22 ; snake


" Hoseok, iringi Putera Mahkota Goryeo ke sempadan dan tutup jalan keluar masuk Joseon. "

" Yoongi, adik aku tak bersalah-"

Jimin cuba untuk menyentuh Yoongi tetapi cubaannya gagal apabila lelaki itu menepis tangannya. Pernafasan Yoongi turun naik, tidak terkawal. Manik-manik peluh muka kelihatan didahi sang Raja.

Sungguh ini pertama kali, Jimin melihat keadaan Yoongi sebegitu.

" Bawa Raja ke biliknya. Biar Beta take in charge." Permaisuri balu mengarahkan konco-konconya membawa Yoongi ke bilik. Pelik sekali, lelaki tersebut tidak berbalah mahupun meronta dengan arahan nendanya.

" Selepas ini, Goryeo tidak ada kena mengena dengan Joseon. Permaisuri Ara akan dicabut makhkotanya dan akan diganti dengan... " pandangan Permaisuri balu tercacap kepada satu-satunya pilihan hati.

" Asha."

Apabila namanya dipanggil, Asha tanpa segan silu menaiki singgahsana. Jimin yang menyaksikan kekalutan dalam istana itu segera ditarik oleh Panglimanya.

" Kita kena cepat." Kata Hoseok. Jimin masih tidak mahu balik. Dia tidak mahu hubungan diplomatik itu terhenti begitu sahaja. Dia perlukan penjelasan Yoongi.

"Putera, kita akan bincang dengan Raja. Baik kita balik sebelum pintu sempadan ditutup." Wonho sudah naik ke atas kuda lalu mengiringi Puteranya.

Tiba-tiba sahaja, Hoseok memberhentikan kudanya. Melihat satu figura yang dihormati menghalang jalan.

" Jimin, kalau aku jumpa adik kau. Aku akan seksa dia cukup-cukup. Jangan sampai aku jumpa dia." Kata Yoongi yang dipimpin askarnya. Walaupun dia masih lemah, dia masih dapat memberi amaran kepada Jimin.

" Yoongi, Jyeo tak salah. Pasti ada sesuatu yang cuba mengapi-apikan hubungan kau dan Jyeo."

" Aku paling benci pengkhianat. Tapi sekarang, aku benci cinta. Kau dengan kerajaan kecil kau boleh berambus!" Teriak Yoongi kuat. Wonho mahu menghunus pedangnya tapi dihalang Jimin.

" Baik. Aku akan berambus. Tapi kalau kau sentuh walau sehelai rambut Park Aro, kepala kau akan jadi hiasan Istana Goryeo-"

" Try cowards."

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Jyeo, kenapa kau lari dari istana eh?" Tanya Jungkook. Jyeo menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Manalah dia tahu, tiba-tiba sahaja dia dilarikan.

" Pakaian orang disini, lain sungguh. Tidak seperti Joseon." Ujar Jyeo membuatkan Jungkook tersenyum sehingga menampakkan gigi arnabnya.

" Kau nak aku belikan sehelai?" Tawar Jungkook. Tapi raut wajah Jyeo mula suram, sehingga menimbulkan kerisauan kepada Jungkook.

" Simpan sahaja duit awak, saya ada duit." Dengan muka tidak bersalah, Jyeo mengeluarkan wang Joseon. Alahai Jyeo! Jungkook menepuk dahi sendiri melihat wanita dihadapannya yang bangga dengan duit Joseon.

" Eh ada papan notis. Jom tengok mana tahu ada tawaran kerja." Jungkook menarik tangan Jyeo dengan lembut ke arah papan notis dihadapan restoren. Tidak ramai waktu itu, jadi agak mudah untuk mereka melihat.

Selalunya bersesak!

" J-jyeo?"

" Ya? Kenapa Jungkook?" Tanya Jyeo sebelum ternganga melihat poster wajahnya di papan notis tersebut. Paling tidak sangka, bukan Joseon yang mencarinya.

Raja Yuan gatal semasa di Pesta memburu mula 'memburu' dirinya. Jyeo dengan pantas berlari ke lorong apabila melihat tentera Yuan melakukan rondaan.

Aduh bila dia mahu berhenti berlari!

" Jyeo-ah kenapa semua orang nak buru kau ni? Kau bunuh Raja mana sampai kena buru 2 negara."

" Aku pun tak tahu kenapa weyh, aku takut. "

Jyeo mengesat peluhnya sambil mengurut kakinya yang penat berjalan sejak semalam. Tidak dia sangka Jungkook tiba-tiba memeluk sambil menepuk-nepuk belakang Jyeo.

" Takpe, sekarang kau ada aku. Aku akan ada kat sisi kau. You can lean on me. "

Air mata Jyeo mula bertakung mendengar kata-kata tersebut dari Jungkook. Segala bebanannya, segala keperitannya kian menghilang. Tidak Jyeo sangka, mamat yang selalu buat lawak semasa perjalanan ke Yuan, kini menjadi namja yang faham akan keadaannya.

Faham akan statusnya sebagai pelarian yang diburu 2 negara besar.

" Aku kan kawan baik kau."

.
.
.

|Tcc 2020|

.
.
.

" Tuanku, makan eh."

Asha meletakkan satu dulang makanan ke atas meja. Yoongi memandang sekilas dulang makanan itu. Langsung tidak berminat. Dia masih trauma.

Jantungnya masih berdetak pantas. Macam mana kalau ada racun dalam makanan itu? Macam mana kalau dia mendapat nasib yang sama seperti ayahandanya?

Ya. Yoongi mengalami trauma dengan permainan Raja. Hampir setiap Raja dibunuh dengan kejam menggunakan racun. Dia mengurut dadanya untuk menenangkan degupan yang laju.

" Tuanku nak patik urut?"

Fikiran Yoongi menidakkan tawaran Asha, namun entah kenapa dia seperti give in dengan setiap kata-kata yang datang dari mulut Permaisuri baharu itu.

Asha yang tadi menawarkan urutan, kini dia duduk di atas riba Raja itu. Tangan lembut asha mengelus wajah,turun ke dada lalu membuka satu persatu butang dibaju.

" Panas kan? I will help you." Kata Asha memandang tepat ke arah mata coklat yang diidaminya bertahun-tahun.

" Please."

Asha tersenyum kemenangan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yoongi.

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

" Bodoh , cari dia sampai jumpa." Taehyung menyepak segala benda yang menghalang jalannya. Walaupun sebenarnya tidak menghalang,dia tetap akan menyepak.

Semua yang berada di ruang utama istana hanya terdiam melihat Raja mereka mengamuk hanya disebabkan perempuan.

Side Effect terlalu lama single agaknya.

" Tetapi Tuanku, putera mahkota masih tidak dapat dijejaki-

" Beritahu aku, kau cari pakai mata atau kau cari pakai kepala lutut? Mustahil anak haram tu boleh menyorok sampai berbulan-bulan tak dijumpai."

Taehyung menunjal kepala menterinya itu kerana tidak memberikan solusi malah menambahkan lagi pening kepalanya.

" Report mesti ada pagi esok. Bersurai."

Maka semua menteri dan sida-sida bersurai apabila diberikan arahan. Mereka kenal sangat Raja mereka bagaimana. Baran. Kalau ada isteri mesti bertukar comel.

Tapi..

Syaitan tetap syaitan.

.
.
.

|Tcc 2020|

.
.
.

" Jimin, apa jadi?" Ara bergegas ke arah Jimin apabila mendengar pintu istana itu dibuka. Jimin meneguk air liurnya. Takkan dia nak cakap, seluruh negara memburu adik mereka.

" Sayang, no lies between us." Lembut sahaja wanita itu memujuk Park Jimin. Tangan besar Jimin diraih.

" Joseon cari Jyeo. Entah kenapa, Yuan cari you."

Ara mengeluarkan keluhan berat. Memang sah, dia dan adiknya akan menjadi pelarian. Tapi dia kekal selamat jika berada di Goryeo.

Tapi bagaimana dengan Jyeo?

" Kita kena cari Jyeo. I kenal sangat Taehyung, dia baran. Mintak tolong yoongi-"

" Goryeo dan Joseon dah isytihar putus hubungan. Yoongi hampir kena racun-"

" Patutlah." Ara memeluk Jimin, mendengar setiap degupan jantung milik buah hatinya. Dia risau. Dia takut. Dia baru sahaja jumpa si kecil Aro.

Dia tahu, trauma Yoongi bagaimana. Dia juga tahu, sikap Taehyung. Kesimpulannya, Jyeo dah tiada, jalan keluar.

Tapi, benarkah?

Jyeo tiada jalan keluar?

.
.
.

TO BE CONTINUE

HAPPY 1K VOTES❤️❤️❤️
Terima kasih sebab sudi baca dan sudi comment dan sudi tekan star kecik tuu.

Jadi apa perasaan selepas baca? Sakit hati? Terasa sweet sweet sebab Jyeokook?

Vomment juseyo✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top