21 ; run away

(Credit pictures to owner)

" Berhenti Permaisuri!" Seokjin mengejar Jyeo dari belakang. Sesungguhnya Jyeo berasa loya. Bukan kerana mengandung.

Tapi dia mabuk kenderaan- i mean like dia mabuk naik kuda.

"Seokjin-ssi beta tidak boleh berhenti. Kuda ni pantas sangat! " Jin cuba memintas berkali-kali tapi tidak berjaya. Jin sudah tiada akal lagi mahu menghentikan kuda terpantas Joseon itu macam mana lagi.

Saat itu juga, Jin menguatkan hatinya, walaupun sebenarnya dia takut juga mahu melaksanakan misi itu, dia perlu juga. Dia harus selamatkan Puterinya.

Jin mula mendekatkan diri dengan kuda tersebut lalu dia lompat ke belakang Jyeo. Degupan jantungnya berdetak dengan laju apabila dia selamat mendarat. Tangannya tangkas mengawal kuda itu. Sedar tidak sedar Jyeo dan Seokjin seperti tidak sengaja berpelukan.

Namun, Jyeo hanya mendiamkan diri.

"Dia selamatkan aku?" Bisik hati Jyeo. Seokjin memberhentikan kuda itu ke tepi dengan berhati-hati. Kalau di zaman moden, Seokjin boleh jadi Abang Pilot I love you gitu!

"Kenapa lari?" Tanya Jin sambil membelai kuda dihadapannya. Jyeo senyap kerana dia ingat menteri itu bercakap dengan kuda.

" Tuanku?"

" Hoseok yang larikan beta tanpa penjelasan yang kukuh." Mereka berdua menatap wajah masing-masing. Tiada sebarang bunyi melainkan bunyi cengkerik dan haiwan liar dihutan pada waktu malam.

" Patik akan bawa Tuanku lari ke sempadan. Jangan beritahu yang lain." Kata-kata Seokjin menimbulkan tanda tanya.

Tiba-tiba sahaja lelaki yang kasar kepadanya sepanjang dia tinggal di istana, kini membantunya lari.

Amajin

" Ada cottage kat sana. Patik pergi periksa dulu- "

Jari Jyeo menangkap lengan baju Seokjin. Ada ke patut lelaki itu meninggalkannya di tengah-tengah hutan berseorangan.

" Jangan tinggalkan beta sendirian." Tangan mulus milik Jyeo diraih Jin lalu mereka berjalan ke arah rumah terbiar yang dijumpai Seokjin.

Nampak macam rumah terbiar tapi keadaannya seperti terjaga. Seokjin mengetuk pintu rumah tersebut berkali-kali. Tetapi tiada sesiapa yang menyahut ataupun membuka pintu. Jyeo memandang ke sekeliling rumah itu.

Hutan. Ada pokok. Ada juon.

Kejap.

Ju-JU WHAT

" ARGH! ARGH!" Jeritan yang keluar dari mulut Jyeo mengejutkan Seokjin. Figura hitam yang Jyeo lihat tadi mula menghampiri mereka berdua. Satu demi satu langkah.

" Apa kamu berdua buat dekat hutan ni? Nak pergi sempadan eh?" Tanya orang tersebut.

Figura tersebut membersihkan muka dengan air yang ditadahnya, sekaligus mencuci segala kehitaman yang melekat. Tak Jyeo sangka, yang lelaki itu mempunyai wajah yang agak kacak diserikan lagi dengan gigi arnab.

" Aku Jungkook." Dia menawarkan salam perkenalan kepada Jyeo namun dihalang Seokjin.

" She's married."

Ekspresi Jungkook berubah, cepat-cepat dia mengambil balik tangannya. Jyeo hanya tersenyum melihat telatah comel dan gatal Jungkook.

" Ok straight to the point, boleh kami tinggal dekat rumah ni?" Tanya Seokjin sambil berpeluk tubuh.

" Boleh tapi ladies tidur dalam. Gents tidur luar." Kata Jungkook lalu masuk ke dalam rumah tetapi dihalang Seokjin dengan tangan panjangnya.

" Ingat kau pun lelaki. Luar." Jungkook menepuk dahinya sendiri. Betul lah kata orang tua-tua zaman dahulu.

Kata-kata memakan diri.

Kini, dia akan menghabiskan saki baki malam bersama seorang lelaki ditengah-tengah hutan tanpa sebarang perlindungan. Jyeo yang malas mahu melihat pertengkaran yang bakal terjadi, memasuki rumah itu dengan kadar segera.

" Kau jangan nak peluk-peluk aku eh." Jin memberi amaran kepada Jungkook. Jejaka Juon itu tidak mahu mengalah lalu menolak si Jin.

" Siapa pula nak peluk kau ha!"

" Orang hutan."

" Orang tua."

" Juon."

" Jin toncet."


.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

Flashback

" Keinginan kita sama." Kata Taehyung sambil bersandar di dinding rumah Jin. Setiap inci menteri kanan Joseon itu diperhatikan. Tiada yang menarik hatinya.



"Apa yang Tuanku nak saya buat?"

Taehyung tergelak kecil. Cekap betul Menteri dihadapannya menangkap semua kiasan yang dilemparkan. Tidak sia-sia Joseon melantik Kim Seokjin sebagai Menteri hal ehwal istana.

" Bawa Park Ara ke sempadan. Biar aku uruskan Min Yoongi."

" Apa sebenarnya yang kau nak?" Tanya Jin, curious dengan otak geliga Raja Yuan itu.

" He will hate her, trust me."

End Of Flashback

Sampai sahaja di puncak bukit, Jin memandang Puteri Goryeo itu sekali lagi. Jungkook memandang situasi itu dengan perasaan cemburu. Kalau lah dia ada kekasih hati.

" Patik hantar sampai sini. Lari jauh-jauh. Jangan sampai konco permaisuri balu tangkap."

Jyeo mengangguk sahaja. Jungkook dengan tiba-tiba sahaja muncul di tengah-tengah mereka berdua.

" Tuanku ikut lah patik ke Yuan."

Terus kepala Jungkook dipukul dengan kuat Seokjin. Kalau begitu, makin senang Raja Yuan mahu jejaki permaisurinya.

Kerja gila!

" Tak mengapa Jin. Kalau beta ke Goryeo. Mereka tetap akan jumpa. Mari Jungkook kita jalan. Selamat tinggal Seokjin."

" Selamat tinggal."

" Cinta."

.
.
.

|Tcc 2020|

.
.
.

Cawan yang berisi teh sudah jatuh mencium lantai istana. Wajah ketat Raja itu menyebabkan seluruh istana sunyi seperti tanah perkuburan. Hanya bunyi ketukan jari Raja Yoongi kedengaran.

" Racun ni hanya boleh ditempah dekat pasaran gelap." Kata Wonho, memeriksa sudu yang bertukar warna. Jimin datang menghampiri singgahsana Yoongi lalu berdiri ke tepi sahabat lamanya.

" Wonho tutup semua jalan keluar masuk. Make sure tiada siapa in and out -"

Sekumpulan tentera datang menghadap Yoongi. Ketua mereka meletakkan sesuatu di atas mejanya. Serbuk racun yang hampir meracuni Min Yoongi.

" Mana kamu jumpa?" Soal Jimin.

" Stor Permaisuri." Kini Permaisuri balu bangun dari posisi duduknya.

" Dari awal lagi pihak Goryeo mahu membunuh satu-satunya takhta Joseon-"

"Nenda jaga mulut tu." Bidas Yoongi. Wonho dan Jimin yang asalnya Goryeo turut terasa dengan statement yang dilepaskan Permaisuri balu. Mentang-mentang mereka di negara dia, boleh pula mengata. Depan depan pula tu!

" Ingat Yoongi. Siapa yang bunuh mendiang ayahanda kamu. Mendiang Min Yongtae."

Urat ditengkuk Yoongi mula kelihatan. Jelas sekali, dia mahu menahan amarahnya. Memikirkan semula pengkhianatan yang paling dia tidak sangka.

" Beta ingat."

" Bonda beta yang bunuh ayahanda." Sambung Yoongi, menahan marah.

" Siapa yang dapat menangkap Permaisuri Beta, hidup-hidup. Beta akan anugerahkan dia pangkat. Bersurai." Titah Yoongi lagi membuatkan Asha dan Permaisuri balu tersengih kerana-

Kemenangan berada sedikit lagi dihadapan mereka.

Jimin memegang dadanya. Benarkah Jyeo yang melakukan cubaan membunuh?Dia pun tak tahu. Dia hanya dapat mendoakan adiknya dari jauh.

Kini permainan si batu api Kim Taehyung bermula.

Mampukah setiap karakter dapat lepas dari permainan kejam Raja Yuan?

Stay tuned

.
.
.

TO BE CONTINUED

Haii apa perasaan anda selepas baca chap ni? Terkejut? Terciduk? Terhibur dengan Jinkook?

Selepas chapter ini, akan ada part yang rasa nak mengamuk so prepare yourself tomorrow.

Sedar tak sedar TCC dah sebulan terima kasih sebab sokong ff ni

Votes,comment juseyo❤️





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top