15 ; nugu
"Siapa kau?" Tanya Hoseok lalu memberikan roti kepada Jyeo.
"Kim Jyeo dari Bukit Won. Badut." Jawab Jyeo, lemah. Tangannya sedaya upaya memasukkan roti kedalam mulut. Permaisuri yang sebenar sudah kembali, kini identitinya dipersoalkan.
Adakah dia bakal mati?
"Maafkan aku, sebab tak dengar penjelasan kau. Kau dengan tuanku permaisuri, serupa sangat." Luah Hoseok lalu memberikan lagi roti kepada Jyeo.
"Aku pun terkejut juga. Hoseok?"
"Aku dengar. Cakaplah apa kau nak cakap, Jyeo." Hoseok tidak dapat bertentang mata dengan Jyeo, hanya sekadar melihat ke lantai penjara.
"Aku akan mati ke?" Tangisan mula kedengaran. Jyeo tak nak mati. Lagi-lagi pada umur yang sangat muda. Hoseok segera mengelap air mata wanita kasihan itu lalu menepuk lembut belakang Jyeo, untuk menenangkannya.
Kesalahan Jyeo berat.
Hukumannya adalah mati.
"Tuanku Raja mesti akan lepaskan kau."
"Percayalah."
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
"Selamat kembali, Tuanku Permaisuri." Sapa Asha dengan lemah lembut apabila Ara berjalan melepasinya. Langkah Ara terhenti, lalu senyuman senget dia tampal dimukanya.
"Kim Asha, Gundik kelas pertama. Pregnant?" Sindir Ara.
"Ara-ssi, dengar dari mana? Betul, aku pregnant dengan anak Tuanku Raja. Dengar cerita badut yang mirip dengan muka kau, pregnant juga."
Ara menghayunkan tangannya ke arah muka Asha, namun dihalang Yoongi. Asha tersenyum puas apabila serangan Ara dapat ditepis, malah ditepis oleh baginda Raja.
"Bergegas ke istana sunyi, Park Ara. You deserve it." Ara menggulingkan matanya lalu berjalan meninggalkan Asha dan Yoongi.
Ya, Ara dihukum oleh Permaisuri Balu atas kesalahan meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan Permaisuri. Nasib baik, takhtanya tidak dicabut atas dasar hubungan diplomatik Goryeo-Joseon.
Tapi, perasaan Yoongi bercampur. Melihat kedua-dua, Ara dan Jyeo, dia lebih menyayangi Jyeo. Ah, dia sudah tidak tahu lagi!
Apa nak jadi, jadi lah.
Perbicaraan Jyeo esok, antara hidup atau mati. Walaupun dia Raja, dia harus mendengar kata-kata yang lain juga. Tak, dia harus selamatkan Jyeo tidak kira apa pun terjadi.
"Hoseok, kau dah bagi dia makan?" Tanya Yoongi kepada Hoseok.
"Sudah tapi, dia menangis."
"Dia tak nak mati?"
Hoseok menganggukkan kepalanya. Setiap banduan begitu, takut akan mati. Tapi kes Jyeo lain, bukan salah dia berpura-pura. Dia diheret sendiri ke kancah diraja.
"Kalau hukuman dia gantung, larikan dia. Jauh dari Joseon dan Goryeo. Faham?"
Hoseok mengangguk faham. Dia tahu, Yoongi cinta akan Jyeo. Raja Joseon menyukai seorang badut yang menyerupai Permaisurinya sendiri. Malah, sudah meniduri wanita suci itu.
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
Derapan kaki seseorang mula didengari oleh semua orang dipenjara itu. Jyeo yang sedang tidur, hanya memekakkan telinga. Dia harus prepare diri sendiri, sama ada hidup atau mati keesokan hari.
Kalau dia hidup, dia bakal menghabiskan saki-baki hidupnya di gerigi penjara. Membesarkan puteranya sendiri. Sedar tidak sedar, bajunya diselak dari belakang oleh seseorang.
Orang itu tersentak apabila melihat belakang badan Jyeo. Dia menutup mulutnya sendiri, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Adik?"
Jyeo yang hanya mampu memusingkan badannya, terkaku melihat pendua- permaisuri yang mempunyai wajah yang cukup sama dengannya.
"A-adik? Tuanku merepek apa?" Kata Jyeo, menepis tangan Ara yang menyentuh mukanya.
"Kakak akan keluarkan kau dari sini, once kau keluar, please jangan datang ke Joseon lagi. Jangan libatkan diri dengan hal diraja. Faham?" Bisik Ara tegas.
"Macam mana, aku takut." Suaranya bergetar sedikit menahan sebak. Walaupun tuduhan, Ara yang buat. Tapi kesalahannya berpura-pura menjadi permaisuri adalah salah.
"Aku akan usahakan. Bertahan je. Untuk anak kau juga." Ara membelai perut Jyeo yang masih kempis. Muka adiknya yang selang 5 tahun lagi muda itu, merupakan amanat terakhir bondanya.
Kini, dia sudah menjumpai si kecil Aro, tapi dengan situasi yang agak tidak kena. Kalau bondanya melihat, tentu dia murka. Adiknya sendiri, berada di dalam penjara Joseon.
"Takpe, aku takkan apa-apa di sini. Kau lari sejauh yang munkin." Dia tahu, Jyeo pasti hendak lari bersamanya. Namun, dia masih ada dendam kesumat.
Punca mengapa dia lari dari istana, punca kenapa dia menghilang, berminggu-minggu.
"Tuanku Raja sayang sekali dekat kau, Aro. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Cara dia pandang kau hari ini.
"Kalau dia sayang aku, kenapa dia tak backup aku tadi. Kenapa dia sendiri tak datang ke sini."
"Pasti ada sebabnya." Pujuk Ara.
"Dia tak sayang kat aku. Dia heartless. Dia jahat." Ara mengelap air mata Jyeo. Dia pun mengelap air matanya sendiri. Dia sudah merangka rancangan.
Munkin bakal melibatkan nyawanya sendiri. Apa function dia hidup pun kan? Dia bakal terkurung didalam tawanan Joseon.
Untuk kembali ke Jimin, mesti dia bakal menghadapi cabaran yang lagi besar.
"Dekat meja kakak, ada surat. Tolong hantarkan ya?"
"Apa maksud kakak?"
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
"Perbicaraan Kim Jyeo, atas kesalahan berpura-pura menjadi permaisuri."
Maka muncullah Jyeo dengan pakaian putih yang comot dengan kotoran. Kali ini, dia dibicarakan atas namanya sendiri.
"Hukuman gantung, tuanku!"
"Gantung badut bodoh ini!"
Semua sebulat suara, mahu menggantung Jyeo sampai mati membuatkan Yoongi terdiam. Dia melihat Ara yang kekal dengan riak wajah sejuknya.
"Kim Jyeo."
Suara Yoongi bergema satu istana. Jyeo masih tidak mengangkat mukanya.
"Gantung di khalayak ramai pada esok hari." Yoongi masih dengan rancangannya untuk menangguh-nangguhkan hukuman buat Jyeo.
"Gantung sahaja aku." Akhirnya Jyeo mengeluarkan suaranya.
"Tapi.. aku nak bawak Jang Eunhee mati sekali dengan aku."
Apakah rancangan yang dirangka Jyeo dan Ara?
Kenapa nama Eunhee dipetik dan bukan Asha?
Ara suka Jimin?
.
.
.
[TO BE CONTINUED]
Kalau semua murung, saya pun murung sebab takde sape komen hurmmmm
Majuk ah ceni
Joke joke, esok aku update kalau comment cecah 30.
Amacam masyuk tak tawaran aku
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top