14 ; the truth

"Katanya, Joseon menang dengan kutipan buruan sebanyak 17 Rusa 6 Kancil." Kata salah seorang pembantu istana yang baru sahaja menghantar makanan ke arena.

Dengan itu, kesemua pembantu didalam dapur bersorak gembira kerana kerajaan mereka dapat merampas kedudukan Yuan yang kukuh di atas carta.

Nampaknya Raja sombong itu balik ke negaranya dengan tangan kosong! Padan muka.

Sejak tiga hari yang lalu, Jyeo banyak menghabiskan masa di dalam istana, membuat persalinan baharu buat Yoongi. Bila dapat tahu, dia menang, entah kenapa hatinya bersorak gembira.

Cinta eh?

Sedang Jyeo menjahit,pintu istananya diketuk kuat dan bertalu-talu. Wenrui lagikah? Belum sempat Eunjin mahu membuka pintu, Seokjin dengan para askar sudah mencerobohi istana itu.


Dengan sekadar memalingkan mukanya, Seokjin dapat membuat satu istana itu digeledah oleh askar-askar. Jyeo dan Eunjin hanya terpaku di singgahsana melihat kemusnahan yang dilakukan.

Entah apa silapnya.

"Tuan Kim, kami jumpa ini."

Peti coklat yang tidak pernah dilihat Jyeo dibuka lalu dihempas ke lantai istana itu. Dia yang tidak boleh terus berdiam diri, berjalan ke hadapan Seokjin.

"Kenapa sepahkan istana beta? Atas dasar siapa kamu bertindak biadap!"

"Beta yang arahkan. Kamu ada apa-apa masalah tentang itu, Permaisuri?" Permaisuri Balu yang entah dari mana, tiba-tiba sahaja muncul dihadapan mereka berdua bersama Asha dibelakang.


"Tapi mengapa?"

"Permaisuri masih mahu berdalih? Saya jumpa biji bunga matahari liar yang beracun dalam istana tuanku. And guess what? Asha hampir keguguran sebab biji itu!"

Muka Seokjin bertukar merah dan urat di tengkuknya mula kelihatan disebabkan amarah yang menguasai. Asha yang pucat, tampil kehadapan, menghalang Seokjin yang baran.

"Abang, tidak munkin Permaisuri yang buat." Tangan Asha ditepis Seokjin.

"Siapa lagi yang cemburu dengan berita kamu mengandung, bukti sudah jelas. Kita jumpa racun di istana perempuan ini."

"Pengawal, tangkap permaisuri. Hari perbicaraan akan berlangsung esok." Putus Permaisuri balu.

"Nenda, ini semua perangkap-" Rintih Jyeo sambil meronta-ronta daripada pegangan pengawal.

"Kamu. Stay dekat line kamu. Jangan pernah panggil beta, nenda."

"Tolonglah percaya!"

"Tolong!"

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

"Percayalah, tuanku permaisuri tak buat semua tu!" Eunjin merintih kesakitan apabila rotan buluh mengenai pehanya.

"Buka mulut, beritahu perkara sebenar Eunjin." Arah Pembantu Kim Chi sebelum memukul peha Eunjin lagi.

Asha mengangkat tangannya tanda berhenti. Buat apa mahu lama-lama menyeksa kalau jawapan yang sama diberitahu. Malah, bukan permaisuri yang lakukan, dia sendiri yang meletakkan racun di dalam airnya. Peti itu? Dia sendiri bayar sida-sida yang tamakkan duit untuk meletakkannya di dalam istana.

Semuanya, atas rancangan jahat Permaisuri balu dan Asha yang mahu menyingkirkan permaisuri.

"Humban Eunjin bersama tuannya."

"Baik Cik Asha." Kata pengawal disitu.

Asha kemudiannya menapak keluar dari penjara tersebut. Sudah masanya untuk memberitahu Tuanku Raja perihal kesalahan permaisuri.

Kalau jatuh hukuman buang negara, lagi bagus!

"Aku tak salah. Lepaskan.." Rayu Jyeo. Jauh disudut hati, dia menyesali setiap tindakannya. Dia menyesal berpura-pura menjadi permaisuri. Munkin, ini karma yang menimpanya.

Segala memori bersama Yoongi mula bertapak di kotak fikirannya. Satu demi satu muncul membuatkan tangisannya semakin menjadi-jadi.

"Love me back lah!"

"Pelik lah, kejap garang, kejap baik, kejap aum."

"Janji?"

"Lepaskan Permaisuri! Baginda tidak keluar dari biliknya! Mana munkin dia meracuni Tuanku-"

.
.
.

|tcc 2020|

.
.
.

"Sembah hormat kepada Raja Joseon!" Kata salah seorang menteri. Yoongi berjalan ke atas singgahsana dengan raut wajah serius. Permaisuri balu dan kesemua gundik diraja menghadiri perbicaraan Jyeo.

Atas kesalahan yang dia sendiri tidak buat.

"Bawa dia masuk." Arah Seokjin.

Kemudian muncul satu figura yang amat dirindui Yoongi. Mukanya polos tanpa makeup dan perhiasan. Bajunya putih dan dihiasi dengan kotoran.

'Maafkan aku.' Kata Yoongi dalam hati

Flashback 1 jam awal

"Nenda tak kira, kesalahan tetap kesalahan. Yoongi wake up! Dia cuba nak racun isteri kamu dengan racun keguguran sekaligus mandul! Zuriat Joseon boleh hilang macam itu sahaja."

Yoongi mengurut-ngurut pelipisnya. Pening. Baru sahaja balik dari pesta memburu, dia sudah perlu menghandle perbicaraan buah hatinya sendiri.

"Nenda jangan tuduh."

"Bukti depan mata, Seokjin yang geledah istana perempuan goryeo tu." Tempik Permaisuri Balu, tidak puas hati dengan jawapan cucunya.

"Perempuan Goryeo tu, Permaisuri Joseon. She is higher than you, Queen Dowager." Yoongi beredar dari istananya untuk menuju ke penjara.

Dia perlukan penjelasan.

End of Flashback

"Park Ara, didapati bersalah atas kesalahan cubaan membunuh Gundik Asha." Setiap bait-bait perkataan samar samar ditelinga Jyeo yang lemah. Dia tidak diberikan makanan, dia lapar, penat dan inginkan keadilan. Sumpah dia tidak buat. Tapi nak buat macam mana, bukti sudah menunjukkan dia

Yang bersalah.

"Bukti semua dah ada. Tuanku Raja, tarik balik gelaran Permaisuri dari Park Ara dan hantar dia kembali ke Goryeo." Permaisuri Balu memberikan cadangan.

"Tetapi, tidakkah itu akan membuat hubungan diplomatik antara Goryeo dan Joseon, terputus?" Tanya salah satu menteri.

"Daebi Mama, sila tarik balik cadangan anda." Hoseok berkata sambil tersenyum, dapat juga dia memalukan orang tua kerepot tidak sedar diri itu.

"Bahkan, Park Ara mengandungkan Putera Joseon." Tambah Namjoon, membela Jyeo.

"Maaf tapi dia bukan Ara." Semua menoleh ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, mukanya seiras Permaisuri yang diikat.

"Apa?"

"What the.."

"Nani?"

"Memiliki muka yang sama dengan Permaisuri, sangatlah berdosa. Tambah- tambah lagi, kamu berpura- pura menjadi beta!" Ara menampar Jyeo, kuat sekali sehingga Jyeo terbaring tidak sedarkan diri.

Yoongi yang terkaku disinggah sananya, tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya berlaku dengan pantas sekali.

Perempuan yang dia nodai, bukan isterinya. Malah perempuan yang tidak diketahui asal-usulnya. Apa kau sudah lakukan ni Yoongi?

Ara sebaliknya terkejut dengan Jyeo yang mirip sekali wajahnya, ini tidak boleh jadi. Dia mesti fikirkan rancangan baharu. Bila-bila masa sahaja Permaisuri boleh jadikan perempuan itu sebagai senjata untuk menjatuhkan dirinya.

Dia harus siasat, tapi dia harus berbuat sesuatu agar Permaisuri balu tidak mengesyaki sesuatu.

"Humban dia ke dalam penjara atas kesalahan copypaste muka Permaisuri." Kata Ara muktamad menyebabkan badan fragile Jyeo diseret kembali ke penjara.

Namun, Hoseok yang mendapat isyarat dari Yoongi bergegas merampas Jyeo.


"Jangan biadap dengan kaum wanita."

Hoseok mendukung Jyeo ke penjara. Walaupun hanya beberapa minggu, dia seakan-akan sudah jatuh hati- bukan jatuh cinta tapi sayang akan Permaisuri ini. Dia yang bersalah, membawa Jyeo yang tidak tahu apa-apa ke kancah permainan diraja.

"Maafkan aku."

.
.
.

TO BE CONTINUED

Ara dah balik guys
Kenapa dia balik doo


Double update nak?

Credit to Aidan Kim
for pictures😍



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top