11 ; hunt for love
Jyeo mengambil tempat duduk di tempat khas untuk para permaisuri dan gundik. Tapi, rata-rata pemerintah negara masih solo dan bujang trang-tang-tang, membuatkan Jyeo hanya ditemani gundiknya sahaja.
Disebelahnya, tidak lain tidak bukan, Asha yang menggayakan persalinan hanbok putih dan bercorak bunga merah. Manakala gundik yang lain, memakai persalinan rasmi yang cantik mata melihat.
"Negara lain tidak seperti Joseon. Masing-masing tidak mempunyai Permaisuri mahupun seorang gundik." Jelas Asha apabila dia melihat muka Jyeo yang dari tadi memerhati sekeliling kawasan menonton itu.
"Ouh, begitu. Patutlah beta tidak nampak satu pun tandu putih dari negara lain." Kata Jyeo.
"Bagaimanalah, boleh bujang sedangkan muka mereka ditatah halus oleh Tuhan." Eunhee menyampuk. Asha mengeluarkan kipas tangannya lalu memukul lembut Eunhee.
"Jaga sikit mulut, Eunhee. Kadang-kadang mereka sudah kahwin, tapi pihak istana yang tidak mahu menguar- uarkan perkahwinan dan identiti permaisuri." Jelas Asha lagi.
"Mengapa?" Tanya Jyeo.
"Sebab mereka datang dari golongan bawahan, tidak layak untuk menjadi Permaisuri negara. Kahwin pun sebab mahu beri anak kepada Raja." Jawab Asha dengan tone serius. Jyeo menelan air liurnya.
"Bila aku nak blah dari kekusutan ni?"
Percakapan mereka berdua sedari tadi diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Dari segi pemakaiannya, jelas ternyata dia bukan orang biasa-biasa.
"Kim Taehyung." Satu suara memanggil membuatkan dia berpaling ke suara itu.
"Park Jimin, Putera Mahkota Goryeo memanggil ku dengan nama? Bukankah itu agak biadap?" Perli Taehyung. Tangan Jimin, menggeletar.
Bukan takut, tapi hendak menumbuk.
Insan dihadapannya itu, bukan calang-calang orang. Pemerintah Empayar Yuan yang terkenal dengan sistem ekonomi yang maju pada ketika ini. Negara besar Goryeo sepertinya pun tidak dapat menandingi.
"Maafkan patik. Tapi, jagalah mata tuanku sikit. Orang yang Tuanku suka itu, milik Raja Joseon."
Taehyung tergelak besar. Jimin memandang lelaki itu pelik. Tiba-tiba sahaja mahu gelak, sudah tidak waras kah?
"So what? We shall see who will win her dearest heart, Park.." Taehyung memegang bahu lelaki itu lalu berbisik ke telinganya.
"Kau pun suka dekat adik tiri kau kan? Lets see who will win."
.
.
.
| tcc 2020 |
.
.
.
"Pertandingan ini, disertai oleh 6 negara besar di tanah Korea dan China. Tahun ini, Joseon menjadi Tuan Rumah."
Semua memberi tepukan kepada Namjoon. Namun, raut wajahnya berubah kepada serius.
"Tahun ini Raja Joseon berbesar hati menerima apa sahaja hadiah yang pemenang mahukan. Jadi beritahu apa yang kamu mahu."
Jimin dan Taehyung saling berpandangan antara satu sama lain. Hanya satu 'benda' yang ada dalam fikiran. Namun, mereka berdua perlu berentap dalam pertandingan tersebut untuk merebut satu-satunya hadiah yang mereka impikan.
Puteri Goryeo merangkap Permaisuri Joseon.
Taehyung mengangkat tangannya. Namjoon menganggukkan kepala tanda memberi kebenaran kepada Raja muda itu memberitahu hasratnya.
"Beta nak, Permaisuri Joseon."
Berderau darah Yoongi mendengar hasrat Raja Empayar Yuan itu. Tangannya digenggam, giginya diketap kuat. Agak biadap mahu meminta permaisuri orang, tidak malu kah?
"Raja Yuan, maaf tapi isteri beta bukan untuk dijual." Kata Yoongi, tenang. Taehyung yang bermuka tembok itu hanya berdecit apabila permintaannya ditolak.
"Ouh begitu, tapi adakah tuanku berasa yang kerajaan Joseon akan kalah? Sebab itu, Tuanku takut mahu meletakkan Permaisuri dalam bidaan?" Sindir Taehyung sambil melirik ke arah khemah yang menempatkan perempuan yang dicintainya.
"Cukup Raja Yuan." Namjoon menyampuk tetapi Yoongi hanya sekadar mengangkat tangan tanda menyuruhnya tenang dahulu.
"Isteri beta, bukan permainan untuk bidaan. Lagipun, isteri beta mengandungkan Putera Mahkota Joseon, Empayar Yuan mahu terimakah anak itu?" Ujar Yoongi. Seokjin dan Asha yang mendengar apa yang keluar dari mulut Yoongi,tergigit lidah sendiri.
Permaisuri? Mengandung?
Taehyung pula hanya mengangguk lalu memandang Jyeo yang sudah menunjukkan riak tidak selesa kerana menjadi topik utama.
Malah turut dicadangkan sebagai Hadiah!
"Kacak tapi bodoh."
Jyeo merasakan, lelaki dari Yuan itu mempunyai niat yang tidak baik dengannya. Kalau ada Shin, mesti dia akan beritahu siapakah jejaka dari Yuan terbabit.
Rindunya..
"Permaisuri, usah takut. Raja Yuan hanya bergurau." Hoseok menundukkan sedikit badannya tanda hormat. Sebenarnya, ini adalah atas arahan Namjoon untuk melindungi permaisuri dari sebarang ancaman.
Mendengar pujukan Hoseok, bukan membuatkan dia tenang, malah lagi panik. Sudah terang lagi bersuluh, Raja itu memandangnya dengan pandangan seductive aum aum begitu.
Dia kata GURAU?
"Protect gundik yang lain, biar aku jaga Tuanku Permaisuri." Arah Hoseok tegas kepada pasukan tenteranya. Asha pula hanya tenang melihat 'peluang' dihadapan mata.
Raja Yuan pun mahu berebut. Menyampah!
"Rileks, Raja Joseon. Beta hanya bergurau. Beginilah, Beta mahu satu peti emas dan 2 peti perak." Kata Taehyung tetapi masih tidak menanggalkan smirknya.
Yoongi menggulingkan matanya lalu menganggukkan kepala tanda setuju. Jimin yang dari tadi memerhati, menunjukkan riak tidak selesa. Makin banyak pula pesaing.
Sapa suruh tersuka dekat adik sendiri!
"Baiklah, sebelum pesta memburu dijalankan, pihak dapur istana telah mengadakan santapan. Diminta agar keenam-enam kerajaan beredar ke dewan diraja." Putus Namjoon apabila dia merasai suasana semakin tegang dan membuatkan masing-masing tidak selesa.
Raja Yuan itu betul-betul tidak masuk akal!
.
.
.
|tcc 2020|
.
.
.
"Tuanku Permaisuri, pergilah bawakan buah anggur kepada Raja." Kata Eunjin yang membawa sedulang anggur. Jyeo membulatkan matanya.
Eh eh suami aku, kau pula yang lebih ye-
Jyeo membawa dulang itu lalu mendekati Yoongi yang sudah bersiap dengan pakaian memburunya di atas seekor kuda putih. Yoongi yang melihat Jyeo dengan dulang, terus turun dari kuda itu.
"Awak jemputlah makan." Kata Jyeo kerana sedari tadi mereka merenung sesama sendiri. Awkward pula!
"Tak nak." Yoongi memandang Jyeo dengan pandangan serius.
"Unless kau tolong suapkan."
.
.
.
TO BE CONTINUED
Taehyung dah tunjuk belang.
Yoongi makin suwit!
Korunk ni sweet lah, sanggup comment,vote,letak dalam rl, bagi yang aye tak reply jangan sedih-sedih, skksksks
Sumpah aku rasa terharu bila korang semua sanggup baca cerita ni, thanks a lot!
Bagi silent reader, aye mengucapkan ribuan terima kasih sebab naikkan views juga!
Everything you guys did in this ff is totally amaze me, im not a good author but i will try my best. Semoga anda meneruskan membaca ff ini walaupun yoongi nanti buat hal eh?
😋😋 eh terspoil lak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top