CHAPTER 75 : LAYLA THE SEVEN WAR LORD
Azren memusingkan kedua bilah pedangnya,dan seorang meluru ke arahnya lalu mereka berlaga pedang. Azren menahan secara silang dan melibas membuatkan pencabarnya terheret ke belakang semula,kali dia pula menyerang.
TANG!
KTANG!!
TANG!!
Pada masa yang sama pertarungan Azren disaksikan oleh Luqman dan Aminudden,serta Aila dan Alia juga dengan yang lain-lain dari tempat bilik khas mereka. Ikhwan dan Yusri turut menyaksikan pertarungan tersebut dari bumbung stadium,Yusri sekadar tersengih melihat corak perlawanan Azren.
"Itu lawan Azren? Memang nahas la..." Soal Yusri tersengih.
"Agree...." Jawab Ikhwan berkata sambil tangannya disilangkan.
Azren mengelak setiap teknik tujahan pedang jenis fencing,kadang-kala Azren menangkis tapi dia lebih suka mengelak.
TING!!
TING!!
Azren mendecih dan terus menangkis,pedang itu menyeret pada bilah pedangnya dan Azren memukul perut pihak musuh dengan sikunya.
Tepat!
Pihak lawannya tercampak jauh berguling beberapa kali di hujung gelanggang,Yusri memejamkan sebelah mata tanda seperti merasai kesakitan pihak lawan Azren.
"Urgh...." Pihak lawannya bangun dengan terkial-kial.
Azren hanya berdiri dengan tenang,Avesta kepala kanan melihatnya dari dalam tubuhnya hanya menghela nafas pendek.
"Kau tak nak guna kuasa aku?...." Soal kepala tengah.
"Tak perlu... Perlawanan remeh macam ni tak layak untuk libatkan kau...." Azren berkata sambil memusingkan pedangnya.
"Suka hati kau la macam tu....." Avesta kepala kiri berkata sambil menghela nafas pendek.
Pihak lawannya mengumpulkan kuasanya dan auranya menyelubungi seluruh tubuhnya,Azren tetap tenang memerhatikan tindakan pihak lawannya. Pada masa yang sama King memerhatikan perlawanan itu dengan wajah yang serius,Knight hanya tenang memeluk tubuhnya sambil memejamkan matanya.
Adakah dia tidur?
Tidak,kerana dia sudah tahu siapa yang akan menang.
"Argh!!!" Pihak lawan itu terus meluru ke arahnya dengan laju.
"Heh...." Saat pihak lawan hampir ke arah Azren,seseorang muncul melompat dari belakang Azren.
Intan menunjukkan diri dan mendarat di hadapan Azren,lantas muncul ketulan ais yang tajam menusuk-tusuk ke arah pihak lawan. Namun seorang lagi pihak lawan muncul menyelamatkan kawannya,tusukan ais berjaya dielak.
"Serangan awak lambat tuan puteri..." Azren berkata dengan selamba pergi di sebelahnya.
"Senyap la...fokus pada perlawanan..." Intan bengang dengan kata-kata tunangnya.
Dua orang pihak lawan itu bersiap sedia melancarkan serangan,Azren segera ke hadapan Intan dan serangan seperti peluru berpandu dilepaskan oleh pihak lawan. Azren segera melibas dan menolak setiap serangan itu,Intan menarik nafas pendek kemudian aura putih kebiruan menyelubunginya.
Gelanggang menjadi beku sedikit demi sedikit,aura dingin merebak sekitar kawasan sehingga menjadi kabus. Pihak lawan terkesima melihat keadaan itu,Luqman dan Aminudden turut terkejut. Aila dan Alia ternganga,Nazrul dan Haikal terkedu manakala Layla dan Hikari sekadar berdiam diri.
TANG!!
PANG!!
KRANG!!
Bunyi kedengaran namun tidak dapat dilihat aksi mereka,apa yang berlaku di dalam dan kedengaran bunyi orang menjerit.
"Itu teknik kembar kau la Wan...." Yusri berkata sambil memandang ke arah Ikhwan.
Tiada reaksi daripada Ikhwan namun jelas kelihatan dia tersenyum,sambil menyilangkan tangan pada dadanya kemudian menghela nafas pendek.
"Kau licik Iris..." Kata Ikhwan.
"Woo! Apa dah jadi? Seluruh gelanggang dipenuhi kabus..." Pengacara mula berbicara tercengang termasuk ahli the chess.
"Nampaknya mereka benar-benar serius nak menang...." Phantom berkata sambil tersengih.
Tidak lama kabus mula beransur hilang,dan pihak lawan lightning flame team telah rebah kedua-duanya. Para penonton semua terkedu,tidak tahu apa yang berlaku. Ikhwan dan Yusri sekadar tersenyum,Luqman dan Aminudden berpandangan.
"What the heck is goinggggg....its team lightning flame victory!!!...." Pengacara yang mulanya tergamam akhirnya mengumumkan kemenangan.
Penonton bersorak sebaik mendengar pengumuman,Queen hanya memerhatikan Intan dari monitor. Dia menggigit bibir dan King menyedarinya,kemudian King tersenyum sendirian.
"I never think our little sister can advance like this..." Luqman berkata dan masih terkejut.
"Indeed bro... That techniques is auntie Iris's...." Aminudden berkata.
"Biar betul....." Luqman kaget.
"Ya...semasa uncle Ikhwan dan auntie Iris kalahkan perompak hutan,auntie gunakan teknik ni la...serta racun...." Jelas Aminudden.
"Racun dengan kabus... Kabus beracun!" Haikal berkata sambil tersengih,dua beradik itu memandangnya dengan muka blur.
"Itu kitorang tahu la!..." Serentak dua beradik itu menjawab.
"Hmph!" Intan segera beredar menuruni dan Azren memerhatikan tunangnya beredar,kemudian mengangkat bahu dan mengekori dari belakang.
"Huh?..." Azren mendongak ke atas bumbung bangunan.
Dia terkejut dengan kehadiran Ikhwan dan Yusri yang sedang berbual dia atas bumbung stadium,namun dia hanya membiarkan sahaja dan terus kembali mengekori Intan.
"Baiklah...." Layla dan Hikari bangkit dari tempat duduknya.
"I guess its our turn isn't?...." Hikari berkata sambil tersenyum.
Intan dan Azren melangkah masuk ke dalam bilik,Layla dan Hikari keluar serta berselisih dengan mereka. Luqman dan Aminudden serta Aila dan Alia,Haikal serta Nazrul hanya memerhatikan Layla dan Hikari pergi.
"Alright guys its time for round two!! Tag-team battle!! Two on two!...."
Layla dan Hikari berjalan secara beriringan tanpa bersuara,air muka masing-masing serius tanpa terukir sedikitpun senyuman. Pihak lawan sudah berada di gelanggang,Layla hanya tersengih melihat pencabarnya.
"Kami akan balas dendam apa yang kawan kau buat pada kawan kami!!" Jerit salah seorang daripada mereka,kemdian mereka terus menggunakan mod zirah pada tubuh masing-masing.
"Mereka serius...." Hikari berkata sambil menggaru kepala.
"Hey Hikari isn't? Boleh tak beri saya uruskan mereka berdua?..." Soal Layla tersengih dan Hikari kelihatan terkejut,kemudian menghela nafas pendek.
"Sure... Silakan...." Hikari menunduk hormat tanda memberi laluan.
"Thank you.." Layla maju ke hadapan kemudian muncul cahaya gelap berbentuk manusia,Berserker.
"Kau sorang je ke? Mampu ke lawan?" Ujar pihak lawan cuba memprovok,Layla tersenyum sinis.
"Korang akan menyesal kerana pandang rendah pada aku..." Ujar Layla pula.
"Apa?" Pihak lawannya menyedari tekanan dari Layla.
"Armor equipment,full body...servants Berserker...." Berserker badannya bercahaya gelap,dan meresap ke badan Layla.
Aura gelap itu sedikit demi sedikit menunjukkan bentuknya,aura yang kuat menolak angin kencang bertiup ke arah pihak lawan. Pedang hitam bercorak dicacakkan ke lantai gelanggang,Luqman dan Aminudden terkejut sampaikan bangkit dari kerusi.
"Heh...." Ikhwan dan Yusri sekadar tersenyum sinis melihat keadaan itu.
"Holy shit...." Haikal mendesah tersengih manakala Nazrul tergamam.
"Heh..." Azren hanya mampu tersengih,Intan sekadar mendiamkan diri.
"That form..." Alia menelan air liur,Aila hanya mampu mendiamkan diri.
Layla Berserker Armor
"King! That's....!" Phantom terkejut dan Knight hanya mendiamkan diri.
"Nampaknya ahli mereka bukan terdiri dari sembarangan orang...." King menelan air liur.
Layla menarik pedang yang dicacakkan itu dari lantai gelanggang,pihak lawan segera meluru ke arahnya biarpun perasaan takut bermain di fikirannya. Mereka menyerang secara berdua dan Layla menahan kedua serangan pedang tersebut dengan kemas.
TANG!!
TANG!!
KTANG!!
ZRANG!!
Layla menahan setiap serangan dengan kemas,bagaikan menari di atas gelanggang dia meyambut setiap serangan pedang pihak musuh.
"What the? Dia mampu tangkis setiap serangan kita?" Salah satu ahli dari pihak lawan terkejut.
"Baiklah...." Layla berundur beberapa tapak ke belakang,pedangnya muncul aura gelap pada bilahnya.
"Alamak!...Len! Berundur..." Kawan si pihak lawan memberi amaran.
"Apa?...." Pihak lawan bernama Len itu kehairanan.
Layla pula mengambil langkah untuk maju ke hadapan,dan melibas ke arah Len yang terkejut dengan tindakannya. Libasan demi libasan dan hayunan demi hayunan dilakukan,Len hanya mampu menangkis setiap serangan sehingga tangannya mula terasa kebas.
"This girl...." Len mula rasa ketakutan.
"This is the end!..." Layla mengangkat pedangnya menegak di hadapan wajahnya.
Len menggigit bawah bibir dan rakannya juga mula terasa kekalahan,aura gelap menyelubungi seluruh tubuhnya kemudian beralih ke bilah pedangnya.
"Darkness......" Layla menarik pedangnya ke belakang.
"Siap sedia Ral! Kita akan sambut!" Len tidak mahu kalah dan mengumpulkan kuasanya,rakannya Ral hanya mampu mengikut arahan.
"Sword....." Aura gelap semakin kencang tekanannya.
"Here she come!" Len menelan air liur.
"Ouh boy...." Hikari tersenyum kelat.
"BREAKER!!!....."
ZWOOSHH!!!!!
BOOOMMM!!!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top