CHAPTER 74 : TWO PRINCES
Imej Felicia pada imej
Ikhwan berdiri di atas bangunan yang tinggi,angin bertiup kencang dan rambutnya mengikut aliran anginnya. Felicia dan beberapa spirit animal yang lain,berdiri di belakangnya salah seorang mempunyai sembilan ekor berwarna merah gelap.
"Jadi tuan putera bila nak kami lakukan tindakan? Kami tahu tuan putera nak hapuskan The Chess itu...." Ujar gadis berekor sembilan sambil memeluk tubuh,wajahnya masih tidak kelihatan.
"Aku dah janji dengan anak saudara aku,tidak akan lakukan apa-apa untuk kali ini..." Jawab Ikhwan dan gadis berekor sembilan itu hanya tersenyum sahaja.
"Tapi itu tidak bermakna kita tidak akan lakukan perkara lain..." Tambah Ikhwan tersengih.
"Kami sedia menerima arahan,Sixth..." Seorang lagi spirit animal bersuara,berambut hitam anak mata kemerahan.
"Aku nak kamu semua lindungi anak saudara aku dari jauh,bantu mereka jika benar-benar dalam kesusahan...." Arahan yang dikeluarkan oleh Ikhwan membuatkan si ekor sembilan tersenyum.
"I see.... Why don't do it by yourself? I mean you're strong enough to take care of them?" Soal si gadis musang ekor sembilan itu.
"Like i said before....it's a promise..." Jawab Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Apa yang Sixth katakan itu betul,Recca.." Felicia bersuara.
"Felicia..." Gadis musang ekor sembilan itu memandang ke arahnya.
"Memang betul kata awak Recca,Sixth boleh uruskan mereka tanpa bantuan kita tetapi kita kena faham musuh kali ini bukan sembarangan...musuh kita yang bakal hadapi adalah benih kegelapan dari raja segala kejahatan Marvus..." Jelas Felicia dan gadis spirit animal yang lain mengangguk faham.
"Ouh begitu tapi...." Recca mengangguk faham.
"Ya?...." Soal Felicia selamba.
"Kenapa kau melekat dengan Sixth sahaja!" Jerit Recca tidak puas hati melihat Felicia memeluk lengan Ikhwan.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek,kemudian melepaskan lengannya dari pelukan Felicia secara lembut. Kepala Felicia diusap lembut,kemudian kepala Recca pula dan gadis musang merona merah. Reaksinya diperhatikan dua gadis spirit animal,anak mata berwarna merah dan seorang lagi berwarna biru.
"Dia nak dilayan macam pet...." Ujar gadis mata biru.
"Ya...jelas sekali..." Gadis mata merah mengangguk setuju.
Angin bertiup lembut dan rambut Ikhwan beralun mengikut aliran angin,dia tertanya jika raja kegelapan bangkit mampukah dia menanganinya?
"Siapakah Marvus?..." Soal gadis kucing anak mata warna oren cerah.
Ikhwan sekadar tersenyum kelat dan mendongak ke langit,ahli skuad Ghost hanya memandangnya termasuk Felicia dan Recca.
"Kamu pernah baca sejarah seribu tahun yang lepas?..." Soal Ikhwan memandang ke arah gadis separuh haiwan itu.
"Maksud tuan?" Soal gadis kucing bermata oren cerah itu.
"Pernah dengar nama Raphael?..." Soal Ikhwan lagi.
"Kalau tidak silap dia tergolong dalam puak naga seribu tahun yang lepas bukan?..." Soal Recca.
"Yup... Dia dikatakan pernah membantu puak manusia demi keamanan dunia..salah satu naga berjuang dengan Chronos satu ketika dulu...." Jelas Ikhwan lagi.
Seribu tahun yang lepas puak manusia dan haiwan mistik tidak sependapat,oleh kerana itu perang sering berlaku dan banyak korbankan nyawa. Puak naga pula berlainan ingin perang ini selesai tanpa tumpahkan darah,lalu puak naga masuk campur diketuai oleh Chronos naga terkuat zaman itu. Namun perang masih tidak menunjukkan tanda ingin berakhir,akhirnya puak naga mengambil keputusan untuk tidak masuk campur lagi.
"Raphael mempunyai adik bernama Zera.." Jelas Ikhwan.
"Zera? Ibu pengasas kita?" Soal Recca.
"Ya benar..." Jawab Ikhwan dan semua terkejut.
"Jadi moyang Sixth...." Felicia mencelah.
"Ya....naga mampu hidup beribu tahun,sebab itu Iskandar mampu hidup sehingga dia berikan kuasa pada aku..." Jawab Ikhwan dengan bersahaja.
"Ini bermakna Sixth mampu hidup seribu tahun?..." Soal Recca.
"Who know?" Ujar Ikhwan tersenyum memejamkan matanya.
Suasana menjadi sunyi sepi kemudiannya,Felicia dan Recca hanya memerhatikan raja naga yang tersenyum sendirian. Bagi mereka itu sesuatu yang jarang dilihat,angin bertiup lembut dan dingin.
"But prince Luqman and prince Aminudden is really cute...hehe.." Recca berkata sambil memeluk tubuh.
"Recca they're not your toy okay...." Gadis bermata oren itu menggelengkan kepalanya.
"Ala Noir...." Recca memandang ke arah gadis bermata oren cerah atau Noir dengan membuat muka simpati.
"No mean no.."
"Ala...."
Ikhwan hanya ketawa kecil memerhatikan gelagat mereka berdua,mereka berlima menoleh ke arah Ikhwan dengan serentak kehairanan.
"Kenapa Sixth ketawa?" Soal Felicia.
"Tengok kamu semua ceria macam ni,buatkan saya lega..." Jawab Ikhwan dan mereka terkebil-kebil.
"Bandingkan masa saya dan Farhan serta Amien selamatkan puak kamu dua tahun lepas...." Tambah Ikhwan lagi dan mereka berlima menundukkan kepalanya.
"Thanks for saving us my lord..." Noir berkata sambil tersenyum dan yang lain mengangguk.
"No biggie...." Jawab Ikhwan tersenyum.
♚♚♚♚♚♚♚
Luqman meregangkan ototnya dan pinggangnya dihayun ke kiri serta ke kanan,Aminudden melakukan push-up beberapa kali kemudian bangun semula. Kakinya dihayunkan memukul angin,lantas hayunan terakhir dilakukan dan menghasilkan angin yang kuat meniup.
Luqman pula menumbuk beberapa kali memukul udara,hembusan nafas dilepaskan dan tangannya diturunkan. Manakala dari jauh beberapa mata memerhati dari bilik kawalan bilik latihan visual,Aila dan Alia duduk di mesin kawalan. Juga Azren berdiri menyandar dinding,Intan hanya duduk memerhatikan dari monitor.
"Kenapa mereka tak buat apa-apa?" Soal Nazrul.
"Shh....." Alia meletakkan jari telunjuk pada bibir tanda memintanya diam.
Layla pula hanya duduk di kerusi panjang,bersebelahan Intan dan juga Hikari sambil tangannya disilangkan ke belakang sambil kaki pula silang panggung.
Luqman menyeru dagger miliknya dan memegang erat kedua-duanya,dia membuka kekudanya dengan kilat mengalir sekeliling tubuhnya. Aminudden pula menyeru pedang ribuan miliknya,dicapai salah satu pedang dan turut membuka kekuda untuk bersedia.
Field changed!
Abandoned city
Luqman dan Aminudden berbalas renungan,angin bertiup lembut dan kedua pihak terus meluru antara satu sama lain.
TANG!!
TANG!!
Percikan api terhasil sebaik dua senjata bertembung,gerakan dua remaja melibas amat pantas sehingga menghasilkan angin yang kencang.
TANG!!
TANG!!
"Kau curi tulang ke bang?" Soal Aminudden sebaik mereka berlaga sekali lagi.
"Heh aku latih macam biasa la!" Luqman membalas sindiran adiknya itu.
"Heh..." Aminudden berundur ke belakang,bilah pedang berapi merah marak.
"Hup! Ha...." Luqman berpusing akrobatik beberapa kali ke belakang,bilah dagger bersinar dengan renjatan kilat.
Aminudden tersenyum menyeringai dan menarik pedangnya ke belakang,Luqman menumpukan kuasanya dan kilat semakin kuat menyelubungi tubuhnya.
"Royal Sword arts...CROSS SLASH!!"
"Thunder arts.....TWIN LIGHTNING!!"
BRAMMM!!!
BOOMMM!!!!
Angin dan asap tebal terhasil akibat lagaan dua teknik,Luqman dan Aminudden menghadang impak itu dengan tangan masing-masing.
"Heh not bad bang...." Aminudden berkata.
"Aku baru je nak warm up..." Luqman berkata dengan meluru ke arah Aminudden.
"Heh...so do I..." Aminudden turut melakukan perkara yang sama.
TANG!!!
TANG!!!
Luqman dan Aminudden terus berasak di dalam asap yang tebal,kilat dan api memancar sekitar kawasan. Nazrul tergamam dengan keadaan itu,dia berjalan ke hadapan untuk memerhatikan pertarungan.
"M-mereka senyum...." Nazrul berkata melihat Luqman dan Aminudden yang bertarung dengan reaksi senyuman terukir di mulut masing-masing.
"Mereka menikmatinya..." Intan berkata dengan tiba-tiba,semua mata memandang ke arahnya termasuk Aila dan Alia.
Intan menggaru-garu kepalanya dan Azren tersenyum menyilangkan tangannya,sambil memejamkan matanya membiarkan Intan ingin berbicara.
"Apa maksud tuan puteri?" Soal Nazrul.
"Drop that 'tuan puteri' thing,baiklah balik ke topik asal..mereka berdua dah lama berlatih di bawah ajaran guru yang sama..sebab itu mereka mampu tersenyum kerana mereka sudah biasa berlatih bersama...." Jelas Intan tersenyum menyaksikan pertempuran dua orang abang kandungnya.
"Hiargh!!..." Luqman melibas dan Aminudden menahan namun tercampak.
"Heh!" Aminudden mengimbangkan tubuhnya,kemudian menyeru puluhan pedangnya terapung di udara.
"Alamak ni yang malas ni...." Luqman menggaru kepala melihat puluhan pedang di sekeliling ruang udara di mana Aminudden berada.
"Ignite!!" Aminudden menghalakan tapak tangan ke hadapan.
"Bring it on!!" Jerit Luqman.
BRAMMM!!!!!
"Ha.....ha...haa..."
Luqman dan Aminudden terbaring bersebelahan tercungap-cungap,mereka menghabiskan Joule Point mereka dalam jumlah yang baik.
"Wei bang... Ha... Ha..." Aminudden berkata menoleh ke arah abangnya.
"Apa... Ha... Ha..." Soal Luqman.
"Aku rasa kita... Ha...ha.."
"Yeah seri...."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top