CHAPTER 66 : THUNDER FLAME DUO


"Apa khabar semua para penonton!!..."

Penonton yang terdiri daripada semua pelajar akademi,bersorak dan seluruh stadium bergegar.

"Nampaknya semua bersemangat untuk pertandingan yang bakal berlangsung!..."

King yang duduk di bilik khas setiap kumpulan,sekadar tersenyum memandang monitor dan tumpu pada nama satu kumpulan.

Lightning Flame Team

Queen hanya mendiamkan diri kerana dia tak setuju dengan perbuatan King,Phantom masuk bersama Bishop yang memegang laptop. Knight pula yang sudah berada di bilik itu,Phantom meregangkan bahunya yang sakit akibat ditumbuk oleh Luqman tempoh hari.

"Kau okay Phantom?" Soal King.

"Urgh...that's hurt..his swing like dragon.." jawab Phantom menahan geram.

"Baiklah sebentar lagi akan berlangsung perlawanan dua pihak...Team lightning flame versus red hot team!..jadi sila bersabar..." ujar pengacara itu dari tempat khasnya.

"Nampaknya lightning flame team ada perubahan pada ahli pasukan dia..."

"Apa?" King kaget dengan kenyataan itu,Phantom turut sama terkejut.

"What the hell..." Phantom mengepalkan penumbuknya.

"Siddiq Al'Lee akan digantikan dengan Azren Al'Said...manakala Nazryn Zah'ira Al'Khairy digantikan dengan Hikari Kanzaki...dua pelajar yang digantikan oleh mereka mengatakan diserang oleh satu pihak...jadi...kita menganggap penyertaan ini diluluskan..." jelas pengacara itu panjang lebar.

"Juga Aqirah Zah'ira Al'Khairy turut digantikan dengan Haikal Al'Jazreen..jadi sama-sama kita tunggu..."

"Damn it!..." keluh King dan Phantom hanya mampu mendiamkan diri.

Queen hanya menggelengkan kepalanya melihat reaksi mereka berdua,Knight dan Bishop sekadar berbalas pandangan lalu mendiamkan diri.

Pada masa yang sama di bilik khas untuk kumpulan Luqman,Azren dan Hikari memerhatikan monitor untuk rujukan. Mereka datang sebagai orang yang menggantikan tempat Siddiq serta Nazryn. Aminudden hanya mendiamkan diri,Luqman turut sama berdiam diri.

Haikal hanya duduk menyandar dinding,memerhatikan dua beradik itu kemudian menghela nafas pendek.

"Jadi...." Azren mula berbicara dan semua mata memandangnya.

"Ini kumpulan yang katakan ahli dia serang Siddiq dan Nazryn?" Soal Azren.

"Ya...tapi kita tak boleh lakukan apa-apa tindakan kerana akademi ni dalam penguasaan mereka,70% dalam genggaman..." jelas Intan dan Hikari mengangguk faham.

"Lagi 30%?" Soal Azren.

"Masih dalam kuasaan kita...tapi jika kita tidak bertindak,kita akan kalah..." Alia bersuara dan Aila mengangguk setuju.

"Jadi kita kena bekerjasama..." jelas Layla dan Laila turut mengangguk.

"Kita kena atur rancangan dengan teliti...jika nak semuanya berjaya.." Nazrul mencelah.

"Jadi untuk pertarungan seterusnya,siapa nak mulakan...?" Azren menyoal ingin tahu.

"Itu serahkan pada kami..." satu suara mencelah dan mereka menoleh.

Sorakan para pelajar memeriahkan suasana di gelanggang,bunyi trumpet dan wisel serta siulan silih berganti kemudian sebaik monitor memaparkan nama dua kumpulan terus senyap.

"Maafkan kerana membuatkan kamu semua menunggu! Sekarang! Masa yang dinanti-nantikan!..."

LIGHTNING FLAME TEAM
VERSUS
RED HOT TEAM

Namun sorakan kembali bergema sebaik melihat susunan pencabar,red hot team menurunkan kelima-lima pencabarnya.

Namun....

Tidak bagi lightning flame team,Luqman dan Aminudden sahaja berada di kotak pencabar. Malah ini membuatkan kumpulan lain,terasa terkejut dengan susunan kumpulan itu.

"Apakah yang berlaku?! Lightning Flame team hanya menurunkan dua pencabar,ini adalah kali kedua mereka membuat susunan gila!...." komen dari pengacara jelas kedengaran.

Luqman dan Aminudden senyum sinis mendengar komen daripada pengacara itu.

"Gila huh?...kami belum tunjuk lagi.." ujar Luqman melangkah seiring Aminudden.

"Yeah...masa untuk berikan amaran pada The Chess..." kata Aminudden dengan air muka yang serius.

Lima pencabar dari red hot team hanya mendiamkan diri,kemudian dua daripada mereka terus meluru ke arah dua beradik itu dengan laju.

"Kau ambil kiri Am..." ujar Luqman kilatnya menyelubungi tapak tangannya.

"Aku tahu la...." balas Aminudden api merahnya marak di tangan kiri.

Dua pencabar itu segera melancarkan serangan pantas,Aminudden menundukkan badannya kemudian terus melompat ke atas salah seorang pencabar.

Manakala Luqman mengepalkan penumbuknya,kilat terus mengelilingi tubuhnya. King dan Phantom terkejut dengan aura yang dikeluarkan oleh Luqman. Pencabar seorang lagi menghayunkan penumbuknya,namun Luqman menangkap tangan dan mencekak kolar lawannya.

"FIRE RUSH!" Aminudden menumbuk belakang badan musuh.

"Woohoo!! Look at that blow..so painful!..."

KRONGG!!

BRAMM!!!

Musuh terus rebah dengan sekali serangan balas oleh Aminudden,tiga lagi rakannya kaget dengan situasi tersebut.

"ELECTRICITY EXPLOSION!!"

KZZZZTTT...!!!!

"ARGHH!!!...." Pihak lawannya mengerang kesakitan.

"Urgh...that's must be hurt..." komen pengacara itu.

Pencabar terus dilepaskan dan rebah ke lantai,Aminudden pula membetulkan jaketnya dan mereka berdua memandang ke arah tiga lagi pencabarnya yang masih tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Korang nak serang tak? Atau nak serah kalah?" Soalan Aminudden membuatkan tiga orang wakil pihak lawan marah.

Tanpa membuang masa salah seorang daripada mereka terus meluru ke arah dua beradik,Luqman meregangkan ototnya kemudian memegang bahu kanan adiknya.

"Aku uruskan yang ni,kau selesaikan dua orang lagi kat belakang tu..." arah Luqman.

"Roger...." ujar Aminudden senyum sinis,kemudian hilang dari pandangan.

Luqman dan pencabar itu berbalas tinju,dia menyedari corak serangan yang ini berlainan.

"I see....kau berlainan dari yang dua tadi.." ujar Luqman dingin.

"You will lost if underestimated us!" Kata pihak lawannya itu.

"Never intended.." balas Luqman menepis setiap serangan pihak lawannya.

"But..." Luqman dengan pantas terus melakukan serangan secara back-flip.

DUSSHH!!

"Urgh!..." pihak lawannya mengusap dagunya menahan sakit.

"Now I'm in bad mood..." ujar Luqman.

"Huh? Urgh!!..." pencabar itu diberikan serangan siku,tepat ke hulu hati dengan kuat.

"Elbow thrust...."

Luqman memandang ke arah di mana Aminudden diasak dua pihak lawan,dia hanya menghela nafas pendek dan memerhatikan adiknya sahaja.

"Kau memang berani nak serang kami serentak!..." kata pencabar itu.

"Tapi keberanian tak cukup nak kalahkan kami!!" Pencabar seorang lagi bersuara.

Aminudden mengelak dan menangkis setiap serangan,air mukanya jelas dia sengaja membiarkan diasak. Alia dan Aila menyaksikan dari dalam,Azren menyilangkan tangan dan Intan hanya mendiamkan diri. Nazrul pula sekadar menyaksikan dengan khusyuk,Layla pula sekadar menghela nafas pendek.

Laila dan Hikari duduk bersebelahan,mereka hanya berbalas senyuman sahaja.

"Korang ni cukup makan tak?" Soal Aminudden dengan muka selambanya.

"Huh?" Serentak dua pencabar kehairanan.

"Korang serang macam pondan..." ujar Aminudden tersenyum sinis.

"KURANG AJAR KAU?! HUH?" Salah seorang pencabar yang mula ingin marah,tergamam apabila Luqman muncul dengan pantas.

"Ouh crap! Ken!.." seorang lagi ingin membantu,Aminudden tersenyum sinis.

"Oi...turn your back from enemy huh?" Aminudden berkata dingin.

"Apa?"

"Falcon ultimate technique! FALCON CROSS CLAWS!!"

Aminudden melibas bentuk X dengan menggunakan tangannya.

"Dragon ultimate technique! DRAGON RUSH!!"

Serangan padu dengan kekuatan tujahan Luqman menggunakan kaki kanannya.

DUUUSSHH!!!!

ZRAASSSHH...!!!!

"ARGH!!!..."

"WINNER!! TEAM LIGHTNING FLAME!!..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top