CHAPTER 6 : BAD NEWS?

"Festival Mentari akan ditangguhkan?!" Jerit Luqman dan Haikal,Natasha menutup telinganya begitu juga dengan Aila.

"Kenapa korang ni?" Soal Nazryn kehairanan.

"Entah tu? Tiba-tiba je menjerit,bukan dibatalkan pun.." ujar Natasha pula mencekak pinggang.

"Tangguh...ala baru nak enjoy festival..." kata Siddiq kecewa.

Luqman mengangguk kecewa,Haikal pula meletakkan dagunya di meja. Muka kecewa jelas kelihatan,keluhan dilepaskan dan Natasha pula sekadar menggelengkan kepala.

Aila sekadar mendiamkan diri,membaca novel yang dibelinya tempoh hari.

Tiba-tiba kedengaran pintu kelas dibuka.

"Huh?" Mereka menoleh serentak.

"Amin?" Luqman kehairanan dengan kehadiran adiknya,Aminudden.

"Waa...itu kan pelajar baru yang kalahkan Razed bukan?" Kedengaran suara pelajar perempuan berbisik.

"His cute..huh?" Pelajar perempuan terus terdiam,melihat Alia turut bersama Aminudden.

"What'sup brother?" Soal Luqman.

"Uncle dengan auntie datang,diorang nak jumpa.." ujar Aminudden.

"Eh?"

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Alisa meneliti bunga yang ditanam,Ikhwan sekadar memerhatikan dengan tersenyum. Mereka kini berada di taman bunga akademi,menunggu Luqman dan Aminudden serta dengan yang lain.

Beberapa pelajar yang melalui kawasan itu melihat pasangan itu,jika lelaki memandang ke arah Alisa dan pelajar perempuan pula memandang ke arah Ikhwan.

"Yo uncle,sorry lama tunggu.." sapa Luqman sebaik tiba.

"Heh..tak apa.." balas Ikhwan.

"Auntie Alisa..." Aila menghampiri Alisa,Alia menyusul sambil tersenyum.

"So ada apa cari kami?" Soal Luqman.

"Sini tak sesuai untuk berbincang..jom ke tempat lain.." Luqman serba-salah.

"Kau bukan minat pun nak belajar...dah jom!" Kata Ikhwan menarik belakang kolarnya,mengheretnya pergi sambil disusuli yang lain.

"Ala.." rungut Luqman.

"Hehehe.." Alisa sekadar ketawa kecil.

Ikhwan sekadar tersengih sahaja,Alia hanya kehairanan dengan sikap lelaki itu. Aminudden pula sedar sikap Alia,kemudian mencuit bahu gadis berambut merah itu.

"Kenapa?" Soal Aminudden.

"Err...." Alia serba-salah.

"Just spill it.." kata Aminudden lagi.

"Bapa saudara awak...dia memang ada versi lain ke?" Soal Alia dan Aminudden sekadar tersenyum.

"Dia ada masa tegas,serius dan dingin..." Alisa tiba-tiba mencelah dan Alia menoleh ke arahnya.

"Tapi jika dia sudah mengambil keputusan,tiada sesiapa pun dapat menghalangnya..." jelas Alisa sambil tersenyum.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Akhirnya mereka tiba di tingkat teratas bumbung akademi,Luqman sekadar memerhatikan keadaan permandangan dari tingkat atas.

"So? Nak bincang pasal apa ni?" Soal Luqman memandang ke arah bapa saudaranya.

"Sebelum tu,bagaimana keadaan tubuh kau?" Soal Ikhwan.

"Huh? Okay je.." jawab Luqman dan Ikhwan mengangguk faham.

"Ada sakit kat mana-mana?" Tambah Ikhwan lagi,Alisa turut memandangnya dengan riak air mukanya yang serius.

"Apa hal ni?" Soal Aminudden.

"Tiada apa-apa...jadi masih okay lagi.." kata Ikhwan berkata sendirian.

"Itu je ke nak cakap? Kalau itu sahaja,saya nak balik kelas.." ujar Luqman dengan selamba.

"Aku ada kata dah habis ke?" Soal Ikhwan nada suara berubah dingin.

"Erk..." Luqman dan Aminudden terkedu mendengar nada suara Ikhwan itu.

"Buat masa ni uncle tak boleh nak jelaskan,tapi uncle akan beritahu juga nanti.." ujar Ikhwan.

"Apa maksud uncle?" Soal Luqman tidak faham,Ikhwan sekadar tersenyum.

"Baiklah...korang sedia maklum pasal festival negara ini bukan?" Soal Ikhwan mengalihkan topik.

"Ya tapi di akademi,kena tangguh bulan depan..." ujar Aila.

"Ya betul tu..mengecewakan..." sambung Luqman.

"Bukan hanya di akademi sahaja..." jawab Ikhwan menyilangkan tangannya.

"Huh?" Empat remaja itu memandang Ikhwan serentak.

"Hujan diramalkan akan berlarutan selama sebulan...jadi segala aktiviti festival seluruh tempat di negara ini terpaksa ditangguh..." jelas Ikhwan.

"Eh?!" Empat remaja itu tersentak terkejut mendengar berita tersebut.

"Jika kita tak ambil pusing..besar kemungkinan empangan antara sempadan Green City dan Gadget City akan pecah..." jelas Alisa mencelah.

"Ehh?!!" Luqman dan Aminudden terperanjat mendengar penjelasan itu.

"Sekarang ni empangan mengalami masalah...jadi Nabill dari Gadget City telah dipanggil untuk memeriksa apa yang patut.." kata Ikhwan lagi menambah.

"Susah kalau begitu uncle..." kata Aminudden.

"Yeah...lagi-lagi Neo Black Cobra nak serang empangan..." sebaik mendengar maklumat itu,Luqman hanya mampu terkedu.

"Ba-bagaimana..uncle boleh tahu hal tu?" Soal Luqman.

"Hasil soal-siasat.." jelas Ikhwan pendek.

"Ha?" Aminudden dan Luqman berpandangan,begitu juga Aila dengan Alia.

Pada masa yang sama,di bilik soal-siasat kelihatan seorang remaja duduk di kerusi dan meja di hadapannya. Samuell dari salah seorang ahli Neo-Black Cobra,dia ditangkap ketika cuba merampas pedang Farhan. Malahan yang menangkapnya Farhan sendiri,Samuell menjeling ke arah cermin dan di sebalik cermin itu Farhan sedang berdiri menyilangkan tangannya sambil memerhatikan remaja itu.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Bilik Soal-siasat

FARHAN memerhatikan Samuell yang duduk diam,tidak bersuara dari sebalik cermin kaca. Selepas disoal Samuel pada mulanya berkeras,namun sebaik sahaja Farhan masuk barulah dia ingin bekerjasama.

Menurut maklumat yang didapati dari soal siasat,Samuell mengatakan Leon atau Lana yang dirasuk oleh Agnes ingin memusnahkan empangan Mentari. Empangan besar pemisah sungai Grean City dan Gadget City.

KLANK!

"So dia ni salah seorang dari Neo-Black Cobra.." satu suara menegur dan Farhan sekadar menjeling sahaja.

"Ya..nama dia Samuell.." ujar Farhan.

"Heh...macam itu.." ujar lelaki itu lagi.

"Jadi tuan panglima Zach Ibanez.." Farhan memandangnya.

"Huh?" Lelaki dipanggil Zach itu hanya kehairanan.

"Apa tujuan tuan datang sini? Ini bukan masalah tuan..." kata Farhan tenang.

"Kau...siapa nak tentukan ini bukan masalah aku atau tidak? Kau tu tiada pangkat di sini..jadi baik kau jaga mulut kau tu!" Zach membidas dan Farhan tersenyum.

"Biar aku jelaskan siapa dia.." belum sempat Farhan menjawab,satu suara menegur.

"Fifth...." Zach terkejut dengan kehadiran Raffie.

"Nama dia Farhan Al'Tuzeman..ring any bell?" Kata Raffie.

"Farhan...huh?! Farhan Al'Tuzeman? Salah seorang Lima Naga Elemen dan juga sepupu kepada putera negara?!" Zach terkejut dan hilang kata-kata kemudiannya.

"Jadi kau la panglima yang biadab Ikhwan ceritakan dua tahun lepas tu? Kenapa la tak pecat je...haih.."

"Err....err..." Zach masih kelu lidahnya untuk berkata-kata.

"Jadi sebabkan dia ada title sama dengan adik aku,pangkat dia juga lebih tinggi dari kau..faham?" Raffie mencelah.

"Ya!!" Zach menunduk hormat dan terus keluar dari bilik tersebut,mukanya berpeluh-peluh ketakutan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top