CHAPTER 50 : FIGHT!


BOOOMMMM!!!!

"KNOCK OUT!!...WINNER TEAM THE CHESS!!!..." Jeritan lantang komentar pada perlawanan pembukaan,kumpulan The Chess sudah mendapat kemenangan pertama mereka.

Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan dari tempat penonton,para pelajar ramai bersorak dengan kemenangan The Chess. Siddiq hanya menghela nafas pendek,kemudian menyilangkan tangan pada tubuhnya.

"Mereka kuat gak ea?" soal Nazrul.

"Semestinya kalau tak,mana mungkin mereka mampu menguasai 70% akademi ini.." ujar Nazryn pula dan Aqirah hanya mengeluh sahaja.

"Kuat huh? Aku nak cuba lawan boleh?" soal Aminudden tersengih dan Luqman mengetuk kepalanya.

"Hentikannya...kita kena low profile sampai turn kita..." ujar Luqman.

"Hehe...apa salahnya...lagipun diorang cuba serang kita tempoh hari..." kata Aminudden mengusap kepala sambil tersengih.

"UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA DIMINTA TEAM LIGHTNING BERSIAP SEDIA!..." Kedengaran pengacara pertandingan berkata untuk perlawanan seterusnya.

"Alright..now its our turn..." ujar Luqman memandang ke arah Aila.

"Lets keep going..." kata Aminudden pula tersenyum ke arah Alia.

Aila dan Alia sekadar tersenyum mengangguk,Aqirah dan Nazryn turut mengangguk begitu juga Siddiq serta Nazrul. Luqman dan Aminudden berpandangan,kemudian berlaga penumbuk dan tersengih.

"Lets crack this up!.." kata Luqman.

"Absolutely...." Aminudden membalas.

"PERLAWANAN SETERUSNYA TEAM LIGHTNING AKAN BERLAWAN DENGAN TEAM RAGAN!!...SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERTARUNGAN MEREKA!!.." tambah pengacara pertandingan itu lagi.

"Haih bising betul...hmm...bang boleh bagi settle kan semua?" soal Aminudden menoleh pada Luqman.

"Kenapa pula?..." soal Luqman kehairanan.

"Aku nak lepas geram..." jelas Aminudden memandang ke arah gelanggang.

"Huh? Kalau macam tu yang kau nak..tapi jangan melebih sangat.." kata Luqman dan Aminudden sekadar tersengih licik.

"WOOO? APA YANG BERLAKU? LIHAT PADA SKRIN!!..TEAM LIGHTNING CUMA MENYUSUN SEORANG PEMAIN SAHAJA...YANG BAKI SEBAGAI BANTUAN SAHAJA! APA MUSLIHAT MEREKA?....." Pengacara memberi komen.

Seluruh pelajar yang sedang menyaksikan pertempuran bakal tiba,turut terkejut dengan penyusunan Luqman namun itu bukan perkara pelik bagi rakan kumpulan yang lain. King dan Queen dari kumpulan The Chess sekadar ketawa mengejek,namun tidak bagi Knight kerana dia merasakan aura yang berlainan daripada Aminudden.

"Oi..kau sorang je ke? Biar betul ni...boleh ke kau lawan kami berlima..." kata pemain pertama kumpulan Ragan,namun Aminudden hanya tersengih.

"Wanna try?" soal Aminudden tersenyum sinis,pemain pertama terhenti gelak dan mula meluat.

"Don't get to cocky!!..." jerit pemain pertama itu meluru ke arah Aminudden.

Aminudden hanya tersengih sambil mengelak tumbukan pemain pertama itu,setiap serangan musuh Aminudden elak dengan mudah. Luqman dan yang lain sekadar duduk menyaksikan pertarungan itu,tiada sedikit riak risau pada wajahnya.

"TENGOK! PEMAIN AMINUDDEN HANYA MENGELAK SETIAP SERANGAN LAWAN..APA YANG DIA INGIN LAKUKAN?...." Soal pengacara itu teruja.

"Heh...buat apa? Let me show to you..hmph!.." Aminudden menangkap penumbuk pemain pertama.

"Apa?" pemain pertama terkejut.

"Serangan kau kosong..hmph!!..." kata Aminudden melakukan gerakan.

Aminudden mengilas tangan lawannya kemudian kepala lawan pula dihentak sekuat hati pada lantai gelanggang,impak hentakan itu membuatkan pelindung pada gelanggang itu goyah buat sementara waktu.

"Hmm...." Aminudden melepaskan tangan lawan,sebaik memastikan lawannya sudah tidak sedarkan.

"Heh...show off..." ujar Siddiq tersengih dan Intan yang bersama Aqirah sekadar bersorak kecil.

"KNOCK OUT!! FIRST ROUND WINNER!!..." Lantang komentar itu memberi kata-kata.

Jeritan seluruh pelajar yang menyaksikan pertarungan itu memenuhi stadium akademi,Stella dan Elizabeth yang menonton perlawanan itu dari skin sekadar tersenyum. Aminudden menyedari dua orang pemain berdiri di hadapannya,dia hanya menghela nafas pendek.

"Oi...ini bukan melanggar peraturan ke?" soal Aminudden pada pengacara.

"Tidak sebab dinyatakan boleh buat apa sahaja untuk menang..." jawab pengacara dan Aminudden sedikit terkejut kemudian dia menggosok belakang kepala.

"Oi...putera takut ke lawan dua orang?" soal pemain kedua dan pemain ketiga sekadar tersengih licik.

"Takut? Buat apa takut pada orang lemah macam korang?" soal Aminudden selamba dan dua orang pemain dahinya berkerut timbul urat.

"Hahah..." Luqman sekadar ketawa kecil,Alia hanya tersenyum sahaja.

"KURANG AJAR! SERANG!!..." kata pemain ketiga itu pula dan serentak mereka berdua menyerang Aminudden.

Aminudden hanya menghela nafas pendek kemudian,apinya menyala marak dan anak matanya berubah merah.

"Falcon Arts Style...." Aminudden mengambil nafas panjang,diatur secara perlahan.

Saat dua orang musuh hampir dengan sekelip mata Aminudden hilang daripada pandangan,King dan Queen terkejut manakala Knight pula memegang erat pemegang pedangnya.

Aminudden muncul semula di antara dua pemain itu,menyebabkan pemain kedua dan ketiga terkejut. Lantas serangan kaki dan tangan mengenai pipi masing-masing,menyebabkan dua orang pemain kumpulan Ragan terpelanting ke luar gelanggang.

"Mirror Damage..." kata Aminudden.

"NICE FINISHING!! SERANGAN AMINUDDEN BEGITU PANTAS SEHINGGA TIDAK DAPAT DISEDARI OLEH LAWANNYA...."

"Apa yang berlaku?.."

"Pantas!..."

"Dia mesti main trick tu..."

Para pelajar yang menyaksikan ada yang bersorak,ada yang gusar dengan kehebatan Aminudden namun itu tidak menggoyahkan putera helang yang berdiri gah di atas gelanggang.

"Oi...kau..." Aminudden memanggil ke arah ketua kumpulan lawannya.

"Huh? Apa kau nak?" soal ketua kumpulan Ragan.

"Kau nak serang..? Serang serentak..cepat..aku tak ada masa ni..." kata Aminudden selamba.

Ketua kumpulan Ragan pada mulanya ingin marah,namun terhenti apabila dia seperti melihat seekor helang berapi seluruh tubuh merenungnya. Umpama ingin menelan seluruh tubuhnya,anak mata Aminudden kemerahan merenungnya.

Akhirnya kumpulan Ragan menarik diri kerana ketua kumpulan Ragan takut dengan daya dunuh yang dikeluarkan oleh Aminudden,Luqman tahu tindakan adiknya sekadar menghela nafas pendek sahaja.

"Good job brother..." ujar Luqman melagakan penumbuknya.

"Thanks...." balas Aminudden tersenyum.

"Jom balik aku lapar la..." kata Siddiq.

"Makan je dia tahu..." Nazryn hanya mengelengkan kepala sahaja.

Pada masa yang sama seseorang memerhatikan Luqman yang sedang berbual dengan kawan-kawannya,lambang Mentari tertera jelas pada bahu baju sebelah kirinya dan rambutnya beralun sebaik ditiup angin lembut.

Seorang perempuan rambutnya berkilat,anak matanya hitam kejernihan.

Rambut hitamnya disisirkan ke belakang dan mendongak ke atas,mata hitam jernih tidak berkedip memerhatikan burung berterbangan di udara. Dia tersenyum sendirian melihat keadaan akademi setelah lama merantau,dia pulang kerana mendapat panggilan daripada Ikhwan.

"Fallen..huh?" kata perempuan itu.

Lokasi yang berbeza seorang gadis berjalan lemah,matanya seolah-olah mati dan berjalan lemah sehingga tiba di satu tempat. Tubuhnya lemah dan menggigil,keadaannya diperhatikan sepasang dan apa yang mengejutkan gadis itu terus rebah.

Kling!

"Haih....nak pengsan tempat lain la.." ujar Arjuma mengerutkan dahi.

"Haish boss ni...tak elok la..." kata Nina dan memeriksa keadaan gadis itu.

"Huh?..." Arjuma seperti menyedari sesuatu kemudian terus membuat satu panggilan.

Ikhwan memandu kereta agak laju menyusuri jalanraya bandar Green City,Alisa hanya duduk di sebelah sekadar mendiamkan diri dan belakangnya Farhan mengekori menunggang motorsikal bersama Fara.

"Kenapa ni bang?" soal Alisa.

"Arjuma call..." jelas Ikhwan.

"Kenapa?"

"Hikari Kanzaki...adik kepada Yumi Kanzaki pengsan di hadapan kafe dia..."

"Huh...sebab?"

"Arjuma kata budak tu kena serang dengan sesuatu..."

"Sesuatu? Contohnya?"

"Mungkin Agnes..."

Pada masa yang sama gadis yang dikatakan sebagai Hikari,terbaring pada katil yang disediakan oleh Arjuma dan dijaga oleh Nina. Arjuma hanya memerhatikan dari tepi melihat keadaan Hikari,luka pada tubuhnya baru sahaja dirawat olehnya.

"Akak....Yumi..." ujar Hikari dalam tidak sedar,Arjuma mendengarinya kemudian mendesah.

"Ikhwan mana kau...cepat la sikit..." ujar Arjuma mengerutkan dahi.






Apa yang berlaku pada Hikari kenapa dia mendapat luka?

Sesuatu yang berlaku pada kumpulan Horrus?

Stay tuned for the next episode........


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top