CHAPTER 5 : MOCK BATTLE

Luqman meregangkan ototnya,kali ini mereka berada di dalam kelas fizikal atau kelas tempur. Satu kelas melakukan regangan badan bersama-sama,kali ini kelas Luqman dan Aminudden bergabung.

"Jadi kali ini kelas kau dengan kelas aku ha?" Soal Luqman.

"Nampaknya macam tu la.." balas Aminudden.

Sedang para pelajar berbual kosong,Luqman dan Aminudden pula berbincang mengenai sesuatu.

"Aku lupa nak beritahu,seminggu lepas ada penceroboh masuk istana.." ujar Luqman.

"Seriously? Apa yang dia nak?" Soal Aminudden pula.

"Dia tak ambil apa-apa..tapi dia cakap perkara yang pelik.." kata Luqman memegang dagu.

"Like what...?" Soal Aminudden lagi.

"Dia suruh hati- hati,dan tanya kuasa dalam badan..malah yang lebih pelik lagi dia sebut Fallen..." kata Luqman.

"Fallen?" Aminudden kehairanan.

Sedang Luqman dan Aminudden berbincang,para pelajar riuh dengan tiba-tiba. Mereka mengambil keputusan untuk menghentikan perbincangan,kemudian memandang ke arah kawasan yang menarik perhatian.

"Alamak..." ujar Luqman.

"Ouh boy..." Aminudden bersiul teruja.

"Baiklah semua sila ambil posisi masing-masing..kumpul pada kelas yang asal.." pengajar itu adalah Jamel.

Aminudden segera kembali ke kelasnya,kemudian Aila muncul berdiri di sebelah Luqman. Gadis itu sekadar memerhatikan Luqman secara diam,Jamel dan Luqman berpandangan. Jamel tersengih dan Luqman mula rasa tidak sedap hati.

"Kenapa aku rasa tidak sedap hati ni.." ujar Luqman sendirian.

"Baiklah kelas 3B dan kelas 2A.." Jamel memberi kata-kata pengenalan.

"Seperti yang korang tahu,nama aku Jamel...Jamel Jawa..aku akan bertindak sebagai pengajar sementara bagi musim luruh.." Jamel menyambung kata-katanya.

Para pelajar berbisik antara satu sama lain,Luqman dan Aminudden sekadar mendiamkan diri. Aila dan Alia pun turut sama,Siddiq dan Haikal hanya berpandangan. Natasha pula hanya menghela nafas pendek,Jamel menarik nafas pendek lalu dihelakan.

"Jadi kita akan mulakan mock battle...siapa yang ingin jadi pertama..." kata Jamel memandang para pelajarnya.

Seluruh pelajar berpandangan,tidak ada seorang berani tampil. Luqman hanya menghela nafas pendek,Aila pula sekadar memandang Luqman.

"Saya!" Seseorang bersuara dan semua mata memandangnya.

"Aminudden?" Luqman kehairanan.

Aminudden berjalan selamba ke arah Jamel,Alia hanya mampu menghela nafas pendek dan menggelengkan kepala.

"Good...sorang lagi?" Soal Jamel sambil menyilangkan tangannya.

"Kau tak nak ke?" Soal Siddiq pada Haikal.

"Kau gila ke? Aku tak nak mati awal.." jawab Haikal.

"Sini...saya akan jadi pencabarnya.." satu suara mencelah dan semua memandangnya.

"Hmm..okay,siapa nama kau?" Soal Jamel.

"Nama saya Razed..daripada kelas 3B.." ujar pelajar itu.

"Siapa pula tu?" Soal Luqman dan Aila merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Luqman..aura lelaki itu.." ujar Aila.

"Kenapa dengan aura dia..biasa saja saya rasa.." jawab Luqman kehairanan.

Aila tersentak kerana dia melihat aura gelap,menyelubungi tubuh badan pelajar bernama Razed itu. Kenapa cuma dia sahaja yang dapat nampak? Dia menoleh ke arah Alia,dan reaksi Alia mengangguk. Ini bermakna Alia turut boleh mengesan aura tersebut?

"Something not right..will happen.." ujar Aila menoleh ke hadapan semula,Aminudden dan Razed berbalas renungan.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Suasana sunyi-sepi sebaik sahaja Aminudden dengan rela,mengambil giliran yang pertama dalam latihan tempur. Jamel berada di tengah antara Aminudden dan Razed,Luqman memerhatikan daripada tepi. Alia dan Aila sekadar mendiamkan diri,Razed tersenyum sinis.

"Aku akan belasah kau..." kata Razed dan Aminudden hanya tenang membalas renungan lelaki itu.

"Baiklah...kamu berdua dah bersedia?" Soal Jamel mengangkat sebelah tangan kirinya.

"Ya!" Jawab Aminudden dan Razed serentak.

"Sedia..." Jamel menarik nafas.

"MULA!!" Jamel menghayun tangannya ke bawah,kemudian dia melompat ke belakang.

Razed terus meluru ke arah Aminudden dengan pantas,satu penumbuk diberikan dan Aminudden menangkis serta menepis ke kanan. Razed tidak berhenti di situ,lalu menyambung serangannya.

Razed menyerang dengan pantas,tidak memberi ruang pada Aminudden untuk mengambil nafas. Alia memerhatikan sahaja setiap langkah lelaki bernama Razed,para pelajar yang lain teruja melihat perlawanan itu.

"Heh.." penumbuk dihayunkan oleh Razed,Aminudden mengelak ke tepi.

Namun..

DUUSSH!!

"Eerggh....gahakk!!"

Serangan itu hanyalah umpan,serangan sebenarnya menggunakan lutut tepat mengenai perut Aminudden. Luqman dan Jamel agak terkejut,nampaknya Razed bukan sembarangan lawan.

"Heh..mana lagak kau semasa ucapan tu?" Kata Razed megah dan Aminudden sekadar mendiamkan diri sambil memegang perutnya.

"Aku akan tamatkannya dengan mudah!!" Kata Razed bergerak pantas meluru ke arah Aminudden.

Razed menghayunkan penumbuknya,namun Aminudden mengelak dan melompat secara berpusing lalu mendarat di belakang Razed.

"Nak lari jangan harap!" Razed menghayunkan kakinya.

DUSHH!!

"Argh..!!" Aminudden terseret namun berjaya mengimbangkan badannya.

"Amin!" Luqman mula risau namun Aminudden sekadar mengangkat tangannya tanda dia tidak apa-apa.

Razed tersenyum sinis,mengejeknya namun Aminudden sekadar menghela nafas dan mengibas bajunya.

"Dapat pukul satu dan dua..dah berlagak...haih.." ujar Aminudden.

"Apa?" Razed kehairanan dengan reaksinya.

"Cara kau berlawan,kekuatan dan kelajuan...mengecewakan aku.." ujar Aminudden.

"Kau...heh,cakap begitu sebab kena pukul..." balas Razed.

"Well itu aku memang sengaja.." bidas Aminudden.

"Ha?" Razed terkejut sekali lagi.

"Dan tengok pada reaksi kau..aku rasa kau tak pernah jumpa musuh sebenar..." tambah Aminudden dan Luqman tersengih sahaja.

"Kau diam!!" Razed meluru pantas ke arah Aminudden.

Razed melakukan serangan bertubi-tubi,namun semua serangannya itu dielak dengan mudah oleh Aminudden.

"Apa? Hiargh!!" Sekali lagi hayunan kaki dilakukan,Aminudden sekadar mengelak ke belakang.

"Ha..." tapak tangan Aminudden menyentuh pada belakang badan Razed.

"Apa?..." Razed terkejut cuba melakukan serangan balas.

"To slow! WIND BLOW!!"

TUUUSSSP..!!!!

"Argh!!" Razed tercampak jauh ke depan,Jamel sekadar bersiul sahaja.

"Hah...hah...ha...apa tadi tu?" Soal Razed sendirian.

"Itu adalah Wind Blow,melakukan tekanan tolakan pada tangan..dan mencampak musuh jauh dari lokasi.." Aminudden memberi jawapan dan berjalan ke arah Razed.

"Apa?" Razed terkejut.

"Guru!..boleh saya belasah dia?" Soal Aminudden menoleh ke arah Jamel.

"Sure..kita ada Healer,jadi tiada sebarangan masalah.." jawab Jamel selamba,Razed terkejut dan menoleh ke arah Aminudden.

"Now its my turn.." kata Aminudden melagakan penumbuknya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top