CHAPTER 47 : AMINUDDEN VS IKHWAN
TANGGG!!
TANGGG!!
Aminudden dan Ikhwan berlaga pedang serta impak lagaan itu menghasilkan angin kuat,perlawanan mereka diperhatikan oleh Alisa serta Alia. Aminudden terseret ke belakang dan memandang ke arah bapa saudaranya,Ikhwan sekadar menggamit tangan tanda datang serangnya sekali lagi.
Aminudden hanya dengan air mukanya yang serius,terus menyeru salah satu pedang dari Ribuan pedang dan meluru ke arah Ikhwan. Aminudden yang hampir dekat ke arah Ikhwan,melompat ke atas dengan pantas dan Ikhwan terkejut.
"Hmph!!..." Aminudden melibas pedangnya,Ikhwan segera pusing dan menahan serangannya.
TAANNNGGGG!!!
SREEETTTT!!!!
Ikhwan pula yang terseret ke belakang kali ini,sang naga hanya sekadar mencebik dan mengangguk kagum dengan prestasi anak saudaranya itu. Alisa dan Alia hanya memerhatikan dengan mendiamkan diri,tidak lama kedengaran pintu terbuka dan dua orang wanita itu menoleh ke arah bunyi tersebut.
"Farhan..." Alisa terkejut dengan kehadiran Farhan.
"Yo..what'sup?" sapa Farhan.
"Mana Fara?" soal Alisa.
"Dia ada tapi sekarang dengan kak Reena..." jelas Farhan dan Alisa hanya mengangguk sahaja.
"Err....miss Alisa siapa dia?" bisik Alia pada Alisa.
"Ouh..kamu berdua belum berkenalan secara berdepan sangat kan..." kata Alisa pula dan Farhan sekadar tersenyum sahaja,Alia pula hanya mengangguk.
"Kenalkan Farhan Al'Tuzeman..sepupu Ikhwan dan juga salah seorang dari Lima Naga Elemen..." jelas Alisa dan Alia terkejut kemudian dia menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Its okay...angkat kepala kamu..." ujar Farhan tersengih kemudian menyedari Ikhwan dan Aminudden sedang berlawan.
"Apa yang berlaku?" soal Farhan.
"Nothing just mock battle..." kata Alisa pula.
"Huh?..." Farhan kehairanan.
Aminudden dan Ikhwan berbalas tinju,pergerakan mereka amat pantas dan Ikhwan pula tersenyum dengan kemajuan anak saudaranya. Aminudden menghayunkan kakinya,Ikhwan tepis kemudian dia tolak anak saudaranya ke belakang. Aminudden mendesah kemudian api merahnya diaktifkan,Ikhwan tersenyum turut menyalakan api merahnya.
"Ikhwan masih gunakan api merahnya?" soal Farhan.
"Apabila berlatih je dia gunakan..." balas Alisa.
"FEATHER FLARES!!..." Aminudden menghayunkan serangan.
"DRAGON TRIGGER..." Ikhwan turut membalas.
BOOOOOMMMMMMMM!!!!!!!
Letupan berlaku dengan kuat dan habuk serta asap terhasil,menyebabkan menghalang pandangan Farhan serta Alisa dan Alia terhalang. Habuk dan asap mula beransur hilang,mereka nampak Ikhwan serta Aminudden masih bertarung dengan menggunakan pedang.
TANGGG!!!
TUNGGG!!
KRANGG!!
"Good Am..keep it up!" Ikhwan memberikan kata-kata sokongan.
"ARGHH!!!..." Aminudden terus mengasak dan Ikhwan menangkis kemas.
TAASSS!!
PAAKKK!!
DAKKK!!
Farhan tersengih kagum dengan ketangkasan Aminudden,tinju mereka berdua bertembung dan tiada banyak perbezaan. Ini kerana teknik tempur Aminudden sama seperti Ikhwan,lagipun Ikhwan sendiri yang mengajar teknik itu pada Aminudden. Kerana Aminudden memiliki kuasa elemen sama sepertinya,iaitu api merah dan juga api biru.
"Okay Am..go to blue flame.." kata Ikhwan.
"Huh? Alright..." Aminudden terkejut kemudian tersengih,rambutnya berubah biru laut.
"Woo..." Farhan teruja kagum dengan keadaan itu.
Aminudden terus memusingkan badannya sebelum melakukan tumbukan,Ikhwan tersenyum dan turut melakukan tumbukan. Lagaan dari dua tumbukan itu menyebabkan impak angin kuat,Alia memerhatikan dengan penuh kagum.
"Miss Alisa..." Alia menoleh ke arah Alisa.
"Yeah Alia? What's it?" soal Alisa.
"Aminudden memang macam tu ke bila bertarung?" soal Alia pula dan Alisa tersenyum,begitu juga Farhan mendengar soalan Alia.
"Aminudden apabila bertarung sikapnya akan berubah,dari main-main ke serius...dia menghormati bapa saudaranya..dan nekad untuk menjadi kuat...sama seperti suami saya.." jelas Alisa.
"Ikhwan mewariskan pedang dia..bernama Pedang Ribuan...pada Aminudden.." tambah Alisa dan Alia mengangguk faham,kemudian memandang ke arah Aminudden dan Ikhwan yang sedang berlawan.
"Hmph!!..." Aminudden menyeret ke belakang,kemudian muncul bilah pedang yang beribu jumlah.
"Heh....bring it on!..." ujar Ikhwan menghasilkan pedang dari api birunya,matanya yang merah kehitaman berubah biru.
"Ignite!! Thousand Sword!!.." teriak Aminudden.
"HMMPHH!!!...." Ikhwan segera bersiap sedia menerima serangan Aminudden.
TANGGG!!!
TUSSSH!!!
PANGG!!!
KRANGG!!!
TANGGG!!!!
Semua tujahan pedang yang ribu itu ditangkis oleh Ikhwan,serangan Aminudden yang deras itu menyebabkan Ikhwan menghasilkan sebilah lagi pedang. Aminudden menambahkan kelajuan serangannya,dia tahu bapa saudaranya mampu menangkis semua serangan.
"Heh....hmph..." Ikhwan menyeru Sacred Royal Blade sambil sebelah tangan kirinya menangkis pedang yang datang menyerang.
"Hehe..." Aminudden senyum kelat.
"HAH!!!..." Ikhwan terus menghayunkan pedang besarnya itu.
ZUUUWWOOOOOSSSSH!!!!!!!
FWWWOOOOOSSHHHH!!!!!!!
Pedang yang beribu itu terus lenyap dari pandangan,Aminudden menghadang pandangan matanya dari terkena rempuhan angin kencang dengan tangannya. Angin terhasil dengan kuat sekali,sehingga Aminudden terseret beberapa meter.
Sebaik tangannya diturunkan dia membuka matanya,kelihatan Ikhwan menarik pedang dan meletakkan pada bahu kanannya. Sambil tersenyum ke arah Aminudden yang terkebil-kebil,Aminudden pada mulanya terkejut kemudian tersengih sambil menggelengkan kepalanya.
"I guess impossible..huh?" kata Aminudden tersenyum.
"Keep try..." ujar Ikhwan dan Aminudden kehairanan.
"Because you'll never give up..right?" sambung Ikhwan dan Aminudden tergamam,Farhan dan Alisa tersenyum. Alia hanya mengepalkan penumbuknya,Aminudden tersengih sambil ketawa kecil.
"OF COURSE!!.." Jerit Aminudden dan Ikhwan tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top