CHAPTER 45 : AMINUDDEN VS NAZRUL
Imej Nazrul pada media di atas
"Baiklah sekarang kita kena pilih orang yang berkebolehan untuk kumpulan kita..." Aminudden berkata dengan tersengih.
"So kena berapa orang?" soal Luqman pula.
"Jadi dia kata berapa pun tak kisah kan.." Siddiq menyoal.
"Rasanya macam tu..." kata Nazryn pula.
"Tapi mereka benarkan lima pemain sahaja sekali perlawanan.." Aqirah mencelah,Intan mengangguk setuju.
Aila dan Alia sekadar menjadi pendengar dan Ikhwan pula hanya mendiamkan diri sahaja,dia membelek telefon miliknya tanpa menghiraukan apa yang dibincangkan oleh Luqman bersama rakan-rakannya.
"Uncle ada cadangan?" soal Luqman menoleh ke arah Ikhwan.
"Hmm? Ada tapi kena tunggu kejap.." jawab Ikhwan tersenyum.
Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka kehairanan dengan kata-kata Ikhwan. Apa rancangan bapa saudaranya kali ini? Tiba-tiba bunyi pintu dibuka menarik perhatian mereka,Jamel muncul disusuli Layla dan Leila kemudian seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali.
"Lambat betul la kau sampai!" Ikhwan berkata.
"Kau yang bagi teks tiba-tiba suruh cari candidate! On the spot pulak tu!.." Jamel bengang dengan kata-kata Ikhwan.
"Hehehe..." Ikhwan sekadar tersengih.
"Uncle mereka bertiga tu..." Luqman mencelah.
"Maaf tak beritahu..uncle minta Jamel cari beberapa orang yang sesuai yang boleh menyertai kamu semua..." jelas Ikhwan dengan memandang ke arah Jamel.
"Boleh jelaskan apa yang berlaku?" soal Layla menyilangkan tangannya.
"Erm...Siddiq?" Laila menghampiri Siddiq.
"Laila...awak pun kena panggil dengan master Jamel?.." soal Siddiq dan Laila mengangguk.
Pelajar lelaki itu sekadar menyeluk tangannya pada saku seluar,dia mendiamkan diri dan memerhatikan setiap orang yang berada di situ. Dia tidak faham apa yang berlaku,Jamel menjeling ke arahnya dan tersenyum sinis.
"Jadi Jamel ni siapa pula?" soal Ikhwan menoleh ke arah pelajar lelaki itu.
"Hoi kau kenalkan diri..." Jamel menegur pelajar lelaki itu.
"Maaf...nama saya Nazrul Al'Bahar..kelas 3-C...salam perkenalan.." pelajar itu memberi pengenalan diri sambil menunduk hormat pada yang berada di situ.
"Ouh Nazrul rupanya..." kata Jamel mencebik sambil mengangguk perlahan.
"Jangan cakap kau main heret dia je.." Ikhwan muncul di sebelahnya dengan tiba-tiba,Jamel tersentak tambah menelan air liur.
"Hehehe...." Jamel tersengih dan Ikhwan tersenyum riang sambil menyalakan api birunya.
DUSSH!!
"Ayarkk!!..." Jamel tercampak melekat ke dinding.
"Baiklah nama kamu Nazrul? Kamu tidak menyertai pertandingan itu?" soal Ikhwan.
"Memang nak sertai tapi tiada siapa nak mengajak saya.." jawab Nazrul.
Ikhwan mengangguk faham dan memandang ke arah Luqman,mengerti dengan maksud bapa saudaranya Luqman tersenyum mengangguk memberi kebenaran Nazrul boleh menyertai mereka.
"Tapi kamu boleh berlawan? Apa jenis Spirit Beast kamu?" soal Ikhwan.
"Wild Bear...saya berlawan cara tinju tangan.." jelas Nazrul dan Ikhwan tersenyum.
"Jadi Aminudden!..." Ikhwan menoleh ke arah Aminudden.
"Huh? Saya?" soal Aminudden kehairanan.
"Nazrul..." Ikhwan menyentuh bahunya.
"Ya?" Nazrul membalas.
"Kamu akan berlawan dengan dia..." ujar Ikhwan tersenyum memandang ke arah Aminudden.
Nazrul terkejut kemudian memandang ke arah Aminudden,Luqman dan Aila berpandangan. Alia hanya mendiamkan diri tersenyum menoleh ke arah Aminudden,putera itu sekadar tersengih sahaja sebaik mendengar kata-kata bapa saudaranya.
"Menarik..." ujar Siddiq dan Nazryn mengangguk setuju.
"Aku simpati pada pelajar tu.." Aqirah berkata dan Intan hanya tersenyum sahaja.
"Hmm....aku nak tengok sekuat mana putera..." Layla berkata jujur.
"Heh..." Jamel yang dalam keadaan terbalik menyandar pada dinding tersengih.
Bilik Latihan Visual
Aminudden melagakan kedua penumbuknya dan api memercik,Alia memandang dari tempat penonton yang dipasang pelindung. Luqman dan Aila turut berada bersebelahannya,Siddiq pula duduk bersebelahan Laila. Layla pula berada dipertengahan Aminudden dan Nazrul,Ikhwan dan Intan di bilik kawalan.
"Kamu sudah sedia?" soal Jamel yang juga di bilik kawalan bersama Ikhwan.
"Yeah!.." jawab Aminudden dan Nazrul mengangguk sahaja.
"Dia macam gemuruh je.." kata Aqirah dan Nazryn turut perasan.
"Sedia...." Layla mengangkat tangannya,Nazrul mengaktifkan sarung tangan zirahnya berbentuk seperti cakar harimau.
"Wooo....." Aminudden teruja.
"MULA!!!..."
Sebaik perkataan MULA disebut Aminudden terus meluru ke arah Nazrul dengan laju,penumbuk dihayunkan sepantas yang mungkin dan gemaan bunyi yang kuat terhasil. Aminudden sedar betapa kuat zirah cakar yang digunakan oleh Nazrul,Luqman juga sama namun Aminudden tidak mudah mengaku kalah.
"ORAHHH!!!..."
"HMMPH!!!..."
DUSSHHH!!
DUSSHHH!!
PAKKKKK!!!
"Not bad..." puji Aminudden mengibaskan tangannya,Nazrul hanya mendiamkan diri lalu membuka langkah bersiap sedia.
Aminudden menguatkan tenaganya dan menyeru senjatanya,Ribuan Pedang namun hanya sebilah sahaja kali ini. Nazrul menyedari kuasa Aminudden berubah serentak,dia terkejut dengan perubahan itu.
"Here I come!!" Aminudden terus meluru ke arah Nazrul dengan laju.
"Hmmph!!..." Nazrul bersiap sedia menyambut serangan Aminudden.
TANGGG!!!
PANGGG!!!
TANGG!!!!
Luqman dan yang lain terkejut apabila Nazrul mampu menyaingi kekuatan Aminudden,Ikhwan tersenyum sahaja namun masih terlalu awal untuk menentukan keputusan. Aminudden menghayunkan pedangnya dan Nazrul menahan dengan sarung tangan zirah miliknya,Aminudden menyeru sebilah lagi.
TANGGGG!!!
TANGGGG!!!
ZINGGG!!!!
"Woo....budak tu boleh saingi kekuatan Aminudden..." puji Jamel.
"Its to earlier for decide..." kata Ikhwan.
"Apa takut nak terima hakikat ke...ada orang lebih kuat dari anak murid kau..." ujar Jamel tersengih dan Ikhwan hanya mendiamkan diri,Intan turut sama tidak berkata apa-apa.
"Tch!...dia boleh tahan dan saingi kekuatan aku..dalam level ini..baiklah.." Aminudden mengatur langkah dengan pantas dia sudah berada di belakang Nazrul.
"Got ya-urghh!!!..." belum sempat Aminudden melakukan serangan,satu pukulan curi mengenainya dan terpelanting jauh.
"Apa?..." Luqman terkejut begitu juga yang lain.
"Aminudden!.." Alia mula risau dan bangun dari duduknya.
Nazrul berdiri tegak dan jelas di belakangnya seekor beruang besar tiga kali ganda daripadanya,Ikhwan sedar beruang itu yang menyerang Aminudden secara hendap dan Ikhwan mula risau. Jamel sedar reaksi Ikhwan dan ketawa sinis,Layla yang berada di medan pertempuran turut terkejut.
"Harap dia okay..." ujar Nazrul sendirian.
"Risau anak murid kau ke..." usik Jamel namun Ikhwan mendiamkan diri.
"Aduh.....sakit.." Aminudden bangkit dari jatuhnya.
"Mana mungkin.." Nazrul terkejut dengan keadaan Aminudden yang tiada apa-apa kesan.
"Jadi itu Spirit Beast kau ke? Menarik...." ujar Aminudden lagi sambil melenyapkan pedangnya.
Luqman tersenyum dan Aila hanya ketawa kecil sahaja,Alia menghela nafas lega dan kembali duduk. Siddiq tersengih dan Laila pula kehairanan serta kagum,Layla hanya mampu tergamam dan pada masa yang sama rambut Aminudden berubah menjadi merah.
"I guess this is it.." kata Nazryn dan Aqirah mengangguk setuju.
"Now I'm fired up!..." Aminudden tersengih sambil mata merahnya merenung Nazrul dengan tajam.
"Get ready Nazrul...aura dia berbeza..." ujar Wild Bear,Nazrul hanya mengangguk dan menelan air liur.
"Masa untuk panggang beruang..." kata Aminudden tersengih.
"Eh?..." Wild Bear tersentak.
Aminudden dengan pantas sudah berada di hadapan Nazrul,tanpa mengambil ruang satu tumbukan dihayunkan. Nazrul segera menahan tumbukan itu,namun tidak mengelakkan dia tercampak. Wild Bear terkejut namun dia menyerang Aminudden,tetapi Aminudden menahan dengan sebelah tangan sahaja serangannya.
"APA?!..." Wild Bear tersentak.
"Take this!.." Aminudden menggenggam dengan kuat tangan Wild Bear.
DUSSSHHHH!!!!
"Oi Jamel..." Ikhwan bersuara dan Jamel menoleh ke arahnya.
"Kau tanya aku risau ke tak bukan?..." soal Ikhwan lagi dan Jamel hanya mendiamkan diri.
"Kau betul aku risau,tapi bukan pada Aminudden..tapi pada budak baru tu...sebab Aminudden bila dalam bentuk itu bermakna dia serius..." jelas Ikhwan lagi dan Jamel tersentak.
"Wild Bear..." Nazrul terkejut apabila Spirit Beast miliknya kembali masuk tubuhnya tanpa dia seru kembali.
"Now...just you and me...shall we continue?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top