CHAPTER 44 : SCHOOL TEAM FIGHTER COMPETITION
Luqman duduk di tingkat bumbung teratas akademi beralaskan kain tikar,menyandar pada dinding serta menyedut minuman air dalam kotak. Aila muncul membuka pintu membawa bekalan makanan,disusuli oleh Aqirah dan Intan. Luqman hanya memerhatikan tiga orang gadis itu datang ke arahnya,Aila duduk dan meletakkan makanan di hadapan Luqman.
"Sorry susahkan awak.." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Nah...tak apa lagipun adik awak ada.." Aila membalas.
"Tapi sepatutnya saya beli makanan di kafeteria..." kata Luqman pula.
"Its okay...kafeteria tak sesak sangat.." Aila berkata lagi.
"Tapi..." Luqman menghela nafas berat.
"Tak apa la bang kak Aila nak tolong..." satu suara menegur dari atas pondok di mana mereka berada,Aminudden berjerangkang kakinya bergoyang perlahan sambil selamba menyedut air dalam tin.
"Oi...kau buat apa dekat atas tu birdbrain? Turun!" Luqman berkata dengan muka blur,Intan dan Aqirah berpandangan kemudian ketawa kecil.
Alia pula muncul dari pintu penghubung tingkat atas serta tingkat yang lain,Aila sekadar memandang ke arahnya dan memberi sapaan dengan senyuman manis.Menyedari Aminudden yang sedang bergayut pada bumbung pondok,Alia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Hup! Yo brother!.." Sapa Aminudden sebaik mendarat ke bawah.
"Haish kau ni...tinggalkan Alia sorang-sorang apa hal?..." Luqman menghela nafas pendek.
"Apa pula aku tinggalkan dia..." kata Aminudden mengangkat kening.
"Alia datang sorang-sorang naik sini.." jelas Luqman.
"Nah dia yang nak short cut...saya malas nak melompat-lompat.." Alia mencelah dari belakang,Luqman terkejut dan Aminudden tersengih.
"Mana Nazryn?" soal Aminudden.
"Abang katanya nak lepak kat kafeteria dengan Siddiq.." jawab Aqirah dan Aminudden mengangguk sahaja.
Alia menghulurkan bungkusan makanan pada Aminudden,mereka berkumpul untuk makan bersama umpama berkelah. Sebenarnya di tingkat bumbung mereka berada,ada kamera tersembunyi namun tidak perlu dirisaukan kerana ianya di bawah pengawasan Yusri.
Stella dan Elizabeth berjalan melepasi koridor,kemudian mereka menyedari satu pintu terselak dengan automatik. Akif keluar dengan menguap panjang sambil menggeliat,kemudian Akif sedar Stella dan Elizabeth memerhatikannya.
"Hi..." sapa Akif.
"Err...professor..apa yang professor buat di dalam tadi?" soal Stella.
"Tak payah la professor kalau awak orangnya kak Stella.." kata Akif menguap sekali lagi sekali,Elizabeth pula hanya mendiamkan diri dan Akif memandangnya kemudian tersenyum.
"Hah?..." Elizabeth mukanya merah padam.
"Huh?...ouh ya professor,apa yang awak tengah usahakan?" soal Stella.
"Saya dah cakap jangan panggil 'professor'..saya tengah uruskan senjata baru bagi putera Aminudden...." ujar Akif dan Stella serta Elizabeth tersentak.
"Senjata baru untuk putera Aminudden?" soal Stella.
"Yup...Sixth minta saya rekanya..." jawab Akif
"Apa maksudnya tu?" soal Stella.
"Ia masih lagi dalam ujian...jadi masih belum boleh beritahu lagi.." jelas Akif lagi dan Stella serta Elizabeth berpandangan.
"Baiklah saya ada kelas nak diajar...haih leceh betul..kenapa la aku kena buat dua kerja?" ujar Akif membebel dan beredar sambil diperhatikan oleh dua orang gadis itu.
"New weapon for Aminudden?" soal Stella.
♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓
Ikhwan berdiri di atas bangunan yang amat tinggi,dari tempat dia berada jelas kelihatan Luqman sedang berehat bersama Aminudden serta yang lain. Dia sekadar tersenyum dan berharap tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku buat masa ini,Luqman menggigit dan menguyah sandwich dengan sopan.
"Luqman ini air teh..." Aila menghulurkan air minuman panas.
"Alia nanti balik kita berlatih jom?" Aminudden berkata girang,Alia sedikit terkejut kemudian mukanya merah.
"Boleh...a-apa salahnya..." jawab Alia dan Aminudden tersengih,Intan dan Aqirah berpandangan kemudian tersenyum.
Sedang mereka berbual rancak dengan tiba-tiba satu monitor besar muncul di tengah-tengah akademi,Luqman dan Aminudden berhenti dari terus berbicara kemudian fokus pada monitor tersebut. Aila dan Alia tidak terkecuali,begitu juga Intan dan Aqirah.
"Nanda sore?(Apa tu?)" soal Siddiq dan Nazryn mendongak terkejut.
"Japanese?" soal Akira yang kebetulan berada berdekatan dengan mereka berdua.
"Iya..iya..iya!...(bukan..bukan...bukan..." kata Siddiq menoleh ke arah Akira.
"Apa benda pula tu..." Ikhwan memerhatikan dari jauh.
"Stella...itu..." Elizabeth menunjukkan monitor yang terapung itu.
"Nampaknya mereka sudah mula bergerak.." kata Stella.
Luqman dan Aminudden tertanya-tanya apa yang terjadi,tetapi mereka terpaksa menunggu supaya tidak mengeruhkan keadaan. Monitor yang skrin berwarna putih tiba-tiba muncul wajah King,Luqman dan Aminudden tersentak. Manakala Ikhwan hanya mendesah sahaja,kemudian dia mengeluarkan telefon visualnya.
Telefon visual pintar @ Smatphone virtual milik Ikhwan
"Wahai para pelajar bangsa bawahan...salam khabar aku berikan..." ujar King dari tempat yang tidak dikenal pasti.
"Apa? 'Pelajar bangsa bawahan'? Dia tu tinggi sangat ke?" soal Aminudden.
"Kalau tidak silap King adalah anak kepada salah seorang pegawai tinggi bandar ni.." Aqirah memeriksa data menggunakan telefon visual pintarnya.
"Apa? Jadi dia boleh hina orang sesuka hati?" ujar Luqman tidak puas hati.
"Tujuan aku menunjukkan diri hari ini adalah mengumumkan School Team Fighter Competition akan dimulakan dalam masa terdekat..." King menyambung kata-katanya.
"School Team Fighter Competition?..." Siddiq menggaru kepalanya.
"Interesting...." Aminudden mula teruja.
"Peraturan mudah sahaja kamu boleh gunakan apa sahaja cara,namun bila pihak yang kalah akan memberikan barang berharga dia pada si pemenang...tidak kira apa barangnya atau perjanjiannya...juga terpulang ahli kumpulan kamu berapa ramai...namun dalam pertandingan cuma lima sahaja yang boleh dikeluarkan..." jelas King dengan panjang lebar.
"Woo..." Intan kagum.
"Kami dari The Chess adalah pencabar terakhir pada si pemenang,jadi berikan cabaran yang menarik wahai pelajar bangsa bawahan.." kata King dengan nada menghina,Luqman mula geram dengan kata-kata King.
ZUOOSHH!!
KRRONNG!!!
BOOMMM!!!
"Huh..?!!" Luqman terkejut apabila monitor besar itu ditembak oleh sesuatu dan meletup dengan kuat,malah menjadi debu tanpa sebarang serpihan.
"Apa yang berlaku?" soal King terkejut apabila siarannya terputus.
"King ada orang musnahkan monitor kita.." kata Bishop turut terkejut,King menahan geram.
"Haa....annoying...." satu suara menegur belakang Luqman dengan tiba-tiba,mereka menoleh ke arah suara tersebut dan tersenyum.
"Uncle!..." Intan menghampiri Ikhwan begitu juga Aqirah,Ikhwan sekadar tersenyum mengusap kepala kedua gadis itu.
"Uncle..." Luqman dan Aminudden serta Alia dan Aila menyusul.
"Uncle yang letupkan tv besar tu?" soal Aminudden dan Ikhwan tersenyum selamba.
"Cool!!..." Aminudden menunjukkan isyarat ibu jari.
"Aku menyampah sebenarnya tapi ini juga satu peluang yang baik.." Ikhwan mula bersuara.
"Apa maksud uncle?..." soal Luqman.
"Kau sendiri dengar kan apa jenis peraturan diberi?" soal Ikhwan dan masing-masing mengangguk.
"Lebih kurang si kalah berikan barang berharga pada si pemenang.." jelas Luqman dan Ikhwan mengangguk tersenyum.
"Lagipun mereka menguasai 70% di akademi ini,huh?" Aila mula sedar sesuatu dan memandang ke arah Ikhwan.
"Bijak Aila...." puji Ikhwan dan semua mata memandang ke arah Aila.
"Apa maksudnya uncle?" soal Aminudden.
"Apa yang uncle awak nak katakan,jika kita berjaya kalahkan The Chess akademi ini akan kembali normal...." jelas Alia dan Ikhwan bertepuk tangan.
"Ouh..macam tu..." Aminudden berkata sinis.
"Hmm...." Luqman menghela nafas pendek dan memandang ke arah bapa saudaranya yang memandangnya dengan tersenyum.
"Jadi kita kena berlatih.." ujar Luqman dan Aila mengangguk setuju.
"Heh..." Aminudden tersenyum sinis,Alia pula sekadar menggelengkan kepala.
"Nampaknya kena berlatih..." ujar Alia tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top