CHAPTER 42 : KANZAKI SISTERS
Imej bagi Yumi Kanzaki(kiri) dan Hikari Kanzaki(kanan) pada media
Sebuah tasik yang tenang dan agak sunyi persekitaran,kerana terletak di kawasan kampung yang telah lama ditinggalkan. Derapan tapak kaki kedengaran dan kelihatan dua orang berjalan di lorong kampung ditinggalkan,Horrus dan Sillica memantau keadaan sekitar kawasan.
Horrus sedar air muka Sillica yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku,namun dia mengambil keputusan dengan mendiamkan diri sahaja tidak mahu bersuara. Kerana ditakuti apabila dia memberi pandangan,Sillica tidak menerima dengan apa yang dikatakan.
"Tak guna...." rungut Sillica sendirian,Horrus menghela nafas pendek.
"Sudah la tu...lagipun awak patut tahu situasi kita bukan.." pujuk Horrus tersenyum kelat.
"Jadi awak nak biar dia perlekehkan kita?!!" Bentak Sillica.
"That's enough Sillica...jika dia nak bunuh kita masa tu dia dah buat.." jelas Horrus dan Sillica terdiam,Horrus mengingati semula apa yang berlaku semasa di pulau terbiar itu.
Sedang mereka mendiamkan diri dengan tiba-tiba Horrus merasai satu aura,dan satu serangan dilakukan kemudian Horrus mendukung Sillica lalu melompat mengelak serangan misteri tersebut. Sillica terkejut dengan tindakan Horrus,mukanya merona merah malu.
"Siapa tu? KELUAR!" Sillica berkata lantang sebaik diturunkan dari dukungan oleh Horrus.
"Well...well looks what we got here..." satu suara gadis tegas nadanya menegur.
Mereka berdua melakukan posisi bersiap sedia,menunggu individu yang menyerang mereka menunjukkan dirinya. Horrus kemudian menyedari seseorang mendarat di atas bumbung,apabila diamati dia mengenali orang tersebut yang berada di atas bumbung rumah kosong tersebut.
"Aku rasa dia Hikari Kanzaki..." ujar Horrus berbisik.
"Yeah..sebab orang yang menyerang kita tadi lain aura dia..." jawab Sillica membalas bisikan Horrus.
"Apa yang korang bisikkan huh?" Horrus dan Sillica menoleh ke arah suara yang menegur mereka.
"Jadi kau Yami? Tak..." Horrus berkata dengan merenung gadis tersebut.
"Yumi Kanzaki...." sambung Horrus lagi dan gadis dipanggil Yumi itu mengetap gigi,Hikari seperti menyedari sesuatu begitu juga Horrus.
"Damn it!..." jerit Yumi.
"Huh?...." Horrus dan Sillica terkejut dengan reaksi mukanya.
BOOOMMMM.....!!!!!!
Tanpa sempat Horrus dan Sillica melakukan apa-apa tindakan,satu letupan dahsyat berlaku di kampung terbiar itu dan menyebabkan kerosakan yang amat teruk. Hikari pula yang berjaya mengelak letupan itu mendarat di kawasan berdekatan,dia hanya tergamam kerana tidak menyangka kakaknya akan meletupkan kampung itu.
"Grr...huh!.." Yumi mendesah dan mendongak ke atas,kerana Horrus dan Sillica berjaya mengelakkan diri mereka.
"Bertenang Yumi Kanzaki...kami datang bukan sebagai musuh.." Horrus cuba menenangkan Yumi,Sillica hanya mendiamkan diri sahaja.
"Apa tujuan korang datang huh?!" sekali lagi dia mengaktifkan bulatan magis,lalu serangan berbentuk laser menyerang Horrus.
"Haa...nampaknya tak boleh bincang huh?" kata Horrus melompat mengelak serangan Yumi dengan mudah,Sillica awal-awal sudah mengambil tempat penonton jauh sedikit.
Serangan Yumi umpama peluru berpandu menyerang Horrus tanpa henti,kadang kala Horrus menangkis namun dia lebih mengelak sahaja. Air mukanya yang tenang membuatkan Yumi semakin marah,dan melakukan serangan dengan lebih deras.
BOOM!!
BOOM!!
BOOM!!
"Hmm...." Horrus terus mengelak dan mengelak.
"BERHENTI MENGELAK DAN LAWAN AKU!!!...." Jerit Yumi berang.
"Your face when angry...really cute.." kata Horrus selamba muncul di hadapan Yumi.
"Huh??..." Yumi tersentak dan Horrus mengacukan pistol putih keperakan tepat di kepalanya.
"Boleh kita berbincang?..." soal Horrus dengan renungan tajam,Hikari dan Sillica muncul serentak di kiri serta kanan Horrus serta Yumi berdiri.
"Kakak...." Hikari kemudian menghela nafas lega,Yumi mengangkat tangan tanda akur.
"Good..." Horrus menarik semula senjatanya,kemudian simpan pada bekas senjatanya semula.
Mereka mengambil satu tempat di tepi tasik dan kebetulan kerusi serta meja kebetulan turut ada,mereka mengambil tempat duduk masing-masing namun Horrus dan Yumi duduk berasingan. Hikari kelihatan risau dengan kakaknya,Sillica hanya menghela nafas pendek.
"Jadi apa yang kau nak bincangkan? Kenapa nak jauh dari adik aku?" soal Yumi dan Horrus menggelengkan kepala.
"Sabar cik adik..." Horrus mengeluarkan satu telefon visual dan diletakkan di hadapan Yumi.
"Huh?...." Yumi kehairanan kemudian monitor visual diaktifkan,dia terkejut apabila imej Ikhwan muncul di hadapannya.
"Raja Naga?...." Yumi tersentak begitu juga Otharus dalam dirinya.
"Greeting Kanzaki-san...." Ikhwan berkata sambil tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top