CHAPTER 32 : CONFESSION

Luqman berlari keluar daripada kafe sambil diperhatikan oleh Arjuma,kemudian dia sekadar menghela nafas pendek dan bangkit dari kerusi. Dia beredar dari meja itu kemudian langkahnya terhenti,dia memandang ke arah Nina dan Hairil yang tersengih.

"Korang sengih pe? Nina tu meja pergi kemas!.." tegas Arjuma berbicara.

"Baik boss!.." Nina segera menabik hormat padanya dan segera mengemas meja yang kotor.

"Kau tu berdiri sini buat apa? Pergi dapur sana la!.." kata Arjuma pada Hairil,Rasif sekadar tersenyum kelat dan ketawa kecil.

"So..boss problem solve?" soal Rasif.

"I don't know...aku cuma bagi nasihat..selebihnya pada dia.." ujar Arjuma memandang ke luar kafe,Rasif sekadar tersenyum simpul sahaja sambil mengangguk.

Aila berdiri memandang ke arah langit,hujan lebat dan hari sudah lewat malam. Dia mula risau pada Luqman,timbul kekesalan dia tidak mengendahkan Luqman. Dia patut sedar kerana semua itu bukan salah Luqman,kemudian dia menyedari kehadiran Ikhwan berjalan ke arahnya.

"Risaukan Luqman?..." soal Ikhwan dan nadanya dingin.

"Huh? Master?.." Aila kehaitanan.

"Kenapa kau nak risaukan dia...? Bukan ke kau tidak endahkan dia seminggu ni?" soal Ikhwan dingin dan Aila terdiam tidak mampu melawan.

"Anak saudara aku risaukan kau,dan ini balasan dia dapat?" tambah Ikhwan lagi.

"Tidak..bukan macam tu..." ujar Aila dan ketika itu Alisa memerhatikan dari jauh,Alia turut bersamanya begitu juga Aminudden.

"Apa yang master buat...?" soal Alia dan cuba ke arahnya,namun ditahan oleh Alisa.

"Miss Alisa?..." Alia kehairanan.

"My uncle has a reason for doing that..." ujar Aminudden memerhatikan keadaan itu.

"Kau suka tengok dia sakit?.." soal Ikhwan.

"Tak...bukan..." Aila matanya mula berkaca.

"Seronok buat dia rasa bersalah?..." soal Ikhwan bertubi-tubi.

"Tak...hentikan..." pinta Aila.

"Aku tak akan hentikan.." ujar Ikhwan merenungnya.

"Stop it...please...i beg you..." pinta Aila.

"Ouh you begging me? How bout my nephew? Adakah rayuan dia untuk memberikan penjelasan didengari kau?!..." ujar Ikhwan lagi menekan gadis itu.

"Why aren't you reply? Spill it!.." Ikhwan menekannya lagi dan melangkah ke arahnya serta menghampirinya.

Aila menekan dadanya dan langkahnya berundur ke belakang,sehingga dia bersandar pada dinding dan tiada ruang untuknya melarikan diri.

"Tell me...seronok ke permainkan perasaan orang lain?" soal Ikhwan tanpa belas ehsan.

"Tell me...." ujar Ikhwan.

"Hentikan....." pinta Aila mula menangis.

"BERITAHU AKU! SERONOK KE PERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN?!!..."

"TIDAK!! ITU BUKAN NIAT SAYA!!..."

Jeritan Aila membuatkan Alisa dan Alia terkejut,Ikhwan dan Aminudden sudah tahu perkara ini akan berlaku. Pada masa ini Luqman baru tiba di pagar utama istana,Ikhwan menyedari kehadirannya dan tersenyum simpul namun kembali serius.

"Itu bukan niat saya...tidak bermaksud nak buat Luqman seperti itu...saya terlalu kecewa,kerana identiti saya...saya takut...takut dipanggil senjata...orang ramai jadi takut apabila tahu identiti sebenar saya..." Aila menerangkan sambil teresak-esak.

"Jadi beritahu saya Aila..." Ikhwan masih bersuara dingin,Aila mendongak dan memandang ke arah lelaki itu.

"Adakah Luqman melihat awak sebagai senjata?.." soalan itu membuatkan Aila tersentak dan dia langsung tidak sedar tentang itu.

"Saya....." Aila cuba memberikan penjelasan namun Ikhwan menahannya.

"Tentang bagaimana dia pandang awak sebagai siapa..biar dia sendiri yang beritahu..." ujar Ikhwan tersenyum dan menoleh ke satu arah,Aila terkejut apabila menoleh ke arah yang sama Ikhwan toleh.

"Aila...." Luqman berjalan dalam keadaan sedikit kebasahan akibat hujan lebat.

"Maaf kerana tekan awak macam ni Aila.." kata Ikhwan masih memandang ke arah Luqman.

"Huh?..." Aila kehairanan tidak faham.

"Semua apa yang dilakukan oleh suami saya itu adalah untuk tahu apa yang awak fikirkan..." satu suara menegur dari belakang Ikhwan,Alisa serta Alia dan Aminudden muncul.

"Kamu semua..." Luqman sedikit terkejut dan tidak tahu apa yang berlaku.

"Miss Alisa...semua..." Aila mengepalkan penumbuknya,Ikhwan memegang kepala Aila dan mengusapnya. Aila memandangnya dan Ikhwan pula tanpa kata-kata,sekadar tersenym dan beredar kemudian Aminudden menyusul.

"Jadi Luqman...." Alisa menoleh ke arah Luqman.

"Huh?..." Luqman memandang ke arah Alisa.

"Rasanya kamu dah faham bukan? Apakah perasaan kamu pada Aila?" soal Alisa sambil tersenyum.

"Jangan jadi lembab..abang kena terus terang dengan Aila!.." kata Alia kemudian beredar.

"Err...." Luqman sekadar tersengih.

Alisa sekadar tersenyum sahaja dan menyusuli Alia,Luqman memerhatikan mereka berdua beredar sehingga tidak kelihatan bayang. Luqman dan Aila berpandangan antara satu sama lain secara serentak,kemudian melarikan wajah masing-masing.

"Err...master kata awak nak katakan sesuatu.." kata Aila gugup.

"Ah...yeah..." Luqman berjalan ke arah teduhan di mana Aila berada.

Luqman duduk di kerusi panjang yang disediakan di situ,Aila masih tidak memandangnya dan Luqman sekadar menghela nafas pendek. Air menitis dari rambut Luqman dan hujan di luar masih turun dengan lebat,Aila pula tidak melakukan apa-apa.

"Tidak apa la..saya hanya beritahu jika awak benar-benar selesa..dengan saya.." kata Luqman bangkit dari kerusi panjang itu.

Aila tersentak dan memandang ke arah Luqman yang ingin beredar pergi,dia segera menarik baju Luqman dan langkah pemuda itu terhenti dari terus melangkah.

"Apa awak buat?" soal Luqman.

"Bukankah awak nak beritahu sesuatu pada saya?" soal Aila pula.

"Apa gunanya jika awak tidak mahu memandang saya?" kata-kata Luqman membuatkan Aila tersentak dan kembali mengingati perbuatan dia sebelum ini.

"Setiap kali buat macam tu...hati saya sakit...jadi apa gunanya..." ujar Luqman lembut namun hatinya sebak,tetapi kata-katanya sudah membuatkan Aila menitiskan air matanya.

"Jika awak nak teruskan macam tu...saya akan lakukannya..." sambung Luqman lagi.

"TAK!! TOLONG JANGAN LAKUKANNYA!! SAYA MINTA MAAF...!!" Aila memeluk belakang badan Luqman.

Tangisan Aila semakin kedengaran dan Luqman memegang tangan Aila yang sedang memeluknya,ditarik perlahan untuk dilepaskan kemudian Luqman memalingkan badannya menghadap Aila.

"Wajah ini..ya wajah inilah saya rindukan...riak muka yang saya tidak jemu untuk saya tatap..." ujar Luqman menyentuh pipi Aila dengan kedua tapak tangannya.

"Maafkan saya...maafkan saya..." Aila merayu untuk kemaafan.

"No...its not your fault..." bidas Luqman menggelengkan kepalanya,kemudian dahinya dirapatkan pada dahi Aila.

"Aila Darweez...I'm in love with you..." ujar Luqman sambil menatap mata merah cerah milik Aila,gadis itu tersentak matanya membulat kemudian tersenyum mengangguk.

"Em...emm! Me too....I'm in love with you..." Aila menjawab dengan air matanya mengalir laju,air mata kegembiraan.

Ikhwan yang memerhatikan keadaan itu dari jauh,sekadar menghela nafas lega dan isterinya Alisa mengusap lengannya.

"You are good actor..."

"Like I got another choice.."






You wanzeneth here..

sorry la jika story agak hambar dan tiba-tiba love story plak..

hahaha...jangan marah aku ya...

by the way bagaimana setakat ini penceritaan..

boleh difahami?

Thanks for 2k viewer dan teruskan sokongan korang

tanpa korang siapalah aku di dunia wattpad

chiaw!

Asalamualaikum!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top