CHAPTER 24 : THE CHESS BEGAN THE MOVEMENT
Reena dan Iris masih menguruskan mesin kawalan bagi bilik latihan visual,Haikal termengah-mengah dan Farhan masih berdiri tenang.
Ikhwan pada masa itu berada di sebuah bilik,seperti sedang menjalankan latihan secara bertapa. Alisa memerhatikan dari tepi,rambut Ikhwan sedikit demi sedikit tiba-tiba berubah putih salji.
Akif pula sedang menggodam sistem milik kumpulan kelab The Chess,dia tersengih teruja dan cermin matanya bersinar akibat terkena cahaya monitor.
Azren dan Intan pula turut berlatih,di satu lagi bilik latihan visual. Aqirah turut menyusul dan Siddiq sedang menemani ibunya,Lana membeli belah dan Laila turut menemaninya. Lana sekadar tersenyum memerhatikan Siddiq bersama Laila,dia terfikir siapa gadis itu? Teman wanita Siddiq?
Kling!
"Selamat petang...hah! Tuan putera!!" Seorang gadis comel terkejut dengan kehadiran Luqman dan Aminudden.
"Selamat petang Chloe...lama tak jumpa..." kata Luqman.
"Selamat datang kamu berdua..." ujar seorang lelaki di kaunter barista.
"Hi abang Rasif!" Sapa Aminudden pula.
"Apa kecoh-kecoh ni? La kamu berempat rupanya,mana pak cik korang?" Soal Arjuma muncul di sebelah dari dalam dapur.
"Beat me...dari tadi tak nampak.." jawab Luqman.
"Tuan putera...selamat datang.." seorang gadis muncul mungkin lebih kurang sebaya Rasif dalam 22 tahun.
" Hi kak Nina..." Aminudden mengangkat tangannya.
"Nak makan ke? Nak makan pergi ambil mana-mana tempat yang kamu suka..dan order..." ujar Arjuma kembali masuk ke dalam dapur.
Chloe pula kembali ke kaunter pembayaran,Rasif pula mengelap gelas dengan teliti.
"Siapa dua orang gadis ni?" Soal Nina tersenyum.
"Girlfriend.." Aminudden menjawab selamba,Alia tersipu-sipu malu.
"Huh?..err..." Luqman dan Aila sekadar tersenyum sahaja tidak berani memberi jawapan.
Arjuma tersenyum sinis menjeling Luqman,Aila hanya menundukkan kepalanya segan kerana kata-kata Aminudden.
"Huh? Oi! Apa maksud jelingan uncle tu!?" Luqman menyoal bengang kerana dipandang sinis oleh Arjuma.
♎♎♎♎♎♎
"Baiklah ini kopi yang kamu pesan tuan putera...dan juga chocolate blend..untuk gadis manis.." Rasif pekerja Arjuma,bertanggungjawab sebagai Barista menghidangkan minuman.
"Terima kasih abang Rasif.." ujar Aminudden tersengih.
"Thanks..." kata Luqman mengambil gelas berisi coklat,lalu menghulurkan pada Aila.
"Terima kasih Luq..." ujar Aila tersenyum.
"Hey Am..." ujar Alia menarik lengan baju Aminudden.
"Ya?.." sahut Aminudden.
"Gadis tu..manusia ke?" Soal Alia menuding jarinya pada gadis telinga musang yang sedang duduk di kaunter pembayaran.
"Ouh miss Chloe? Dia Human Fox..separuh manusia separuh binatang..ataupun dipanggil Spirit Animal..." jelas Aminudden.
Alia mengangguk faham dan memerhatikan Chloe dari jauh,gadis musang itu sedar Alia sedang memerhatikannya lalu dia melambai sambil tersenyum.
"She's cute right?" Soal satu suara dan mereka berempat memandang serentak.
"Abang Hairil!.." Luqman dan Aminudden serentak memanggil si empunya suara.
Seorang pemuda berambut warna perang gelap,dan anak matanya berwarna kuning keemasan cerah. Memandang mereka sambil tersenyum,Aila dan Alia terpinga-pinga kerana tidak mengenali lelaki itu.
"Siapa mereka berdua ni?" Soal Hairil memandang ke arah Aila dan Alia.
"Kenalkan ini Aila Darweez..ini pula gadis rambut merah ni Alia Darweez.." ujar Luqman wakil kenalkan diri untuk dua orang gadis itu.
Hairil sekadar tersenyum namun Aila dan Alia sekadar menunduk hormat,Arjuma sekadar memerhatikan daripada jauh di sebelah Chloe.
"Its been a while my prince,how you been?" Soal lelaki bernama Hairil itu sambil tersenyum.
"Good...hey abang Hairil,lama tak nampak mana pergi?" Soal Luqman.
"Ouh...abang pergi bercuti..ada urusan sedikit..." jelas Hairil tersenyum.
Luqman mengangguk faham,Aminudden hanya tersenyum sahaja. Alia melihat ke luar tingkap,memerhatikan keadaan jalan raya di hadapan kafe. Aila hanya menghirup coklat yang dipesannya,tidak mahu masuk campur perbualan Luqman dan Aminudden serta Hairil.
♎♎♎♎♎♎♎
Satu tempat di mana kawasan gudang lama,yang telah ditinggalkan dan beberapa orang remaja duduk di meja berbentuk bulatan. Ruffles turut ada bersama mereka,dan juga lima pelajar yang telah dikalahkan oleh Aila turut ada juga.
"Nampaknya ada orang berani mencabar kita.." ujar seorang remaja,mungkin ketua mereka.
"King...apa tindakan awak?" Soal seorang remaja perempuan.
"Jangan risau Queen..kita akan hantar beberapa orang kelas Pawn untuk mengajar mereka..." kata remaja dipanggil King itu.
"King...aku tidak setuju..." ujar seorang remaja berkaca mata hitam.
"Kenapa pula? Apa alasan kau Phantom?" Soal King menongkat pipinya.
"Kamu tengok lima orang level Pawn taraf S seperti mereka tak mampu nak kalahkan seorang perempuan..." ujar remaja digelar Phantom menuding jari pada lima pelajar itu.
King dan Queen berpandangan,mereka mula terfikir logic pada kata-kata Phantom. Tidak lama kemudian kedengaran tepukan tangan,mereka memandang ke arah bunyi tepukan.
"Hahaha...menarik Phantom..aku suka pemikiran kau.." ujar seorang lagi remaja berambut panjang paras bahu,dan disisir ke belakang.
"Bishop...aku gembira kau setuju dengan aku..." ujar Phantom tersenyum.
"Jadi apa perancangan kau?" Soal Bishop pula.
"Aku nak minta kau godam maklumat pelajar ini..." ujar Phantom.
"Luqman Al'Reezal...perkara senang sahaja,apa yang kau nak aku lakukan?" Soal Bishop.
"Aku nak kau tengok dan cari siapa ahli keluarga dia yang lemah,dan serang.." ujar Phantom.
"Untuk apa?.." soal Bishop tersenyum sinis.
"Untuk memberi amaran la..." jelas Phantom sinis dan Bishop tersengih licik.
"Menarik...kau tak mahu turut serta? Knight?" Soal King menoleh ke arah seorang pelajar rambut belah tengah.
"Huh...I'm not interested..." ujar remaja dipanggil Knight dan beredar.
"Heh..." King sekadar tersenyum sinis.
"Biarkan dia..nanti dia akan berminat untuk sertai plan kita..." kata Queen tersenyum.
"Aku tahu tu..." ujar King ketawa kecil.
KING
QUEEN
PHANTOM
KNIGHT
BISHOP(HACKER)
BISHOP(RUFFLES)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top