CHAPTER 2 : FARHAN VS SAMUELL

Aku tidak boleh tumpukan perhatian dalam kelas langsung,siapa budak lelaki malam tadi yang aku jumpa?

Bagaimana dia boleh lepasi kawalan istana yang ketat,aku menghelas nafas panjang dan melontar pandangan ke luar tingkap.

Fallen?

Apa tu?

Budak lelaki tu cakap ada dalam badan aku,perkara ni boleh buat aku pening kepala.

Ding dong ding!

"Huh?" Aku terkejut mendengar bunyi loceng.

"Baiklah kelas..rujuk pada saya jika ada yang tidak faham..jadi itu sahaja buat masa ni..." kata guru yang mengajar ketika itu.

"Faham tuan!.." kata para pelajar serentak,aku hanya menghela nafas pendek.

"Oi..kau Okay tak?" Soal Haikal dengan tiba-tiba.

"Huh? Aku biasa je..kenapa?" Aku menjawab menoleh ke arahnya.

"Bukan apa,dari pagi tadi kau muka masam je.." jelas Haikal.

"What are you? Psychic?" Soal aku dan bangun dari tempat duduk.

"Err..." Haikal kehairanan.

"Aila,jom balik.." kata aku menoleh ke arah Aila.

"Emm...okay..." jawab Aila pendek.

Tetapi aku mengambil keputusan untuk meronda sekitar bandar Green City,mencari sesuatu yang minat di hati untuk dibeli.

"Hoaahh...belajar teori,surely are boring..." kata Aminudden.

"Magis asas penting okay?" Kata Alia.

"Heh...saya lebih suka bertempur hand-to-hand...dari magis.." jawab Aminudden selamba.

"Magis penting juga Aminudden..." Aila mencelah dan aku sekadar tersenyum.

"Setiap pahlawan perlu tahu basis magic,untuk mengetahui had limit Joule Point kita..." kata Aila dan Aminudden sekadar mengangguk sahaja.

"Yes...yes..the point is,we have to be careful when using Joule Point?" Balas Aminudden.

"Yes..that's correct.." jawab Aila dengan muka tidak berperasaannya.

"Mana member kau tu bang? Dia tak join pulak?" Soal Aminudden.

"Haikal ke? Kenapa? Bukan kau takut dengan dia ke?" Soal aku tersengih.

"As if..." balas Aminudden.

"Dengar macam tuan Farhan ajak dia training..." kata aku dan Aminudden membesarkan mata.

"Tuan Farhan? Haikal? Training? No way..." kata Aminudden terkejut.

"Well after our fight...Haikal minta tuan Farhan untuk menerimanya sebagai anak muridnya.." jelas aku.

"Then? Tuan Farhan just accept like that?" Soal Aminudden lagi dan aku sekadar mengangguk sahaja.

Aku masih teringat ketika Haikal bersungguh-sungguh memujuk ayah saudara sepupu aku,Farhan hanya menggelengkan kepalanya dan mungkin kesian melihat Haikal merayu kepadanya. Akhirnya Farhan menerimanya sebagai anak murid,jadi apa yang diajar oleh uncle Farhan?

"None of them is my concerns..." rungut aku sendirian.

♊ ♊ ♊ ♊

Farhan berjalan sekitar kawasan lembah gunung ganang,dia dan Fara diminta oleh Ikhwan menyiasat sesuatu. Haikal turut serta kerana kawasan lembah tersebut,begitu gelap keadaannya. Mereka memasuki lereng gunung,seolah-olah waktu malam kerana begitu gelap.

"Woo...its dark over here..." kata Haikal teruja.

"Jangan main-main..kita tak tahu apa yang ada di menanti di hadapan.." ujar Farhan pula.

"Baik!" Balas Haikal.

"Bagaimana Fara? Ada kesan apa-apa?" Soal Farhan dan Fara menggelengkan kepalanya.

"Memang ada kesan kuasa gelap..tapi saya tak tahu arah mana..." ujar Fara dan Farhan sekadar menghela nafas pendek.

"This isn't going nowhere..we should head back..for now..." ujar Farhan dan Fara serta Haikal mengangguk faham.

Mereka bertiga lantas keluar dari kawasan lembah tersebut,kemudian Haikal menyedari sesuatu dan meminta Farhan serta Fara berhenti dengan mendepakan sebelah tangan kanannya.

Samuell berdiri bersama Noar,merenung tiga orang itu. Samuell memandang ke arah Farhan yang membuat reaksi muka selamba,kemudian dia tersenyum sinis.

"Kau Farhan Al'Tuzeman? Salah seorang Lima Naga Elemen?" Soal Samuell menuding jarinya ke arah Farhan.

"So what if I am..?" Ujar Farhan menyilangkan tangannya.

"Nama aku Samuell,dan dia adalah Noar..kami berdua dari Neo Black Cobra.." kata Samuell.

"Apa yang kau nak dari guru aku ha?" Soal Haikal.

"Diam! Aku tak cakap dengan kau..." kata Samuell kembali memandang ke arah Farhan.

"Serahkan Silver Katana...kalau tidak mahu dicederakan..." ujar Samuell menghulurkan tangannya.

"Untuk apa kau inginkan pedang tu?" Soal Farhan.

"Its for ULTIMATE SACRED WEAPON!!.." bentak Samuell dengan nada yang kuat,Noar masih mendiamkan diri.

"Ultimate Sacred weapon?" Soal Farhan kehairanan.

"Untuk menguasai dunia,kami perlukan senjata terkuat..dari seluruh pelosok dunia..untuk meneruskan cita-cita ketua kami Zahhak Nightwing...." ujar Samuell.

"Kami..."

"Okay berhenti di situ..sakit telinga aku nak tadah ucapan kau.." kata Farhan mengangkat tangannya.

"Apa?" Samuell terkejut mankala Noar masih mendiamkan diri.

"Every villain I ever meet is the same,nagging around before defeated.." ujar Farhan mengorek telinganya.

"Kau...." Samuell mula berang.

"Hati-hati Sam..dia berlainan dengan lawan sebelum ni.." kata Noar memberikan peringatan.

"Kau diam..sebaik sahaja kau dah hilang tangan sebelah,kau tiada harga..lebih baik duduk tepi.." kata Samuell dan Noar terdiam.

Farhan sekadar melangkah ke hadapan,Haikal hanya memerhatikan sahaja. Farhan menyeru pedangnya,Haikal tergamam melihat bilah pedang berwarna perak bersinar itu.

"Kau nak ini kan?" Soal Farhan sambil menghunuskan pedangnya ke arah Samuell.

"Marilah datang ambil.." kata Farhan lagi.

"Sial kau!!" Samuell menarik senjatanya.

"Tengok kan Fara untuk aku budak.." ujar Farhan.

"Huh? Baik tuan!" Jawab Haikal dan Fara sekadar menggelengkan kepala.

"Hiah!!" Samuell meluru ke arah Farhan dengan laju.

TANGGG!!!!

HUUUHHH....

"Woo...not half bad.." kata Farhan tersenyum.

"Huh? Grrr...hiyarghh!!" Samuell menolak Farhan ke belakang.

Samuell mengasak Farhan dengan serangan pedangnya,setiap teknik dipraktikkan untuk menetak Farhan. Namun semuanya hanya sia-sia,malah Farhan seolah-olah tidak terkesan dengan serangan Samuell.

"Hiyarghh!!" Samuell terus menerus mengasak Farhan.

"Hmm...? Not bad..." puji Farhan dan perbuatannya hanya menyimbah minyak pada api.

"Tak guna!!!" Jerit Samuell.

TANG!!

KANG!!

ZUNG!!

Farhan yang menahan dan menangkis serangan Samuell itu,hanya dilakukan sebelah tangan kirinya sahaja. Perbuatan dia hanya membuatkan lawannya naik darah,Haikal tergamam dan kagum dengan kekuatan Farhan.

"He's...he's strong..." kata Haikal.

"Of course..the name of Five Element Dragon its not just for the show.." kata Fara tenang.

"Hah...Will you just give up?" Soal Farhan mula bosan.

"Shut up! Hiyarghh!!" Samuell terus mengasak Farhan tanpa henti.

"Huh..." Farhan menarik keluarkan telefon pintarnya lalu mendail satu nombor.

"Hello Wan..aku ni,sekarang aku berdepan dengan salah seorang ahli Neo Black Cobra...kau nak aku bunuh ke macam mana?" Kata Farhan.

"Jangan bunuh..kau tangkap bawa ke istana...kalau ada teman,tangkap sekali.." suara Ikhwan kedengaran di corong telefonnya.

"Roger!.." balas Farhan tersenyum.

"Berani kau hina aku! Lawan aku betul-betul la!!" Kata Samuell melibaskan pedangnya.

Farhan segera mengelak dengan memusingkan badannya,dan terus ke belakang Samuell. Farhan segera menghentak belakang kepala Samuell,dengan belakang pemegang pedangnya dan Samuell terus rebah tidak sedarkan diri. Manakala Noar sudah melarikan diri,Farhan hanya menghela nafas pendek

"Well I guess that's it huh? Hey budak!" Farhan memanggil Haikal.

"Huh yes sir?!" Jawab Haikal berlari ke arahnya.

"Kau tolong angkat budak ni,bawa ke istana.." kata Farhan menuding ke arah Samuell yang sedang pengsan itu.

"Huh?" Haikal tercengang.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶

















Siap update episode 2 dari chapter 1,jadi apa pandangan kalian?

Tinggalkan komen dan vote di.ruangan yang disediakan.

Yang ikhlas
Wanzeneth.

Juga pada wattpad yang tengah menggila..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top