CHAPTER 12 : IN HOSPITAL
Lana terkedu mendengar apa yang diceritakan oleh anak muridnya,kemudian dia hanya mampu menekup mukanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku,dia telah diculik dan dikawal oleh Agnes.
"Guru tak tahu pun apa yang berlaku..." ujar Lana.
"Its okay...itu bukan salah guru..." Ikhwan tersenyum.
Selama tujuh tahun dia hilangkan diri,tidak dia diculik oleh Agnes. Lalu tubuhnya dikawal sewenang-wenangnya oleh Agnes.
"Tapi..." Lana mula bersuara kembali.
"Huh? Aduh!" Ikhwan kehairanan kemudian kepalanya diketuk dengan tiba-tiba oleh Lana.
"Kamu pukul kuat sangat!!" Keluh Lana menunjuk penumbuknya.
"Aik guru sendiri yang suruh kan?" Kata Ikhwan bersahaja.
"Awak nak bunuh guru kamu sendiri ke?" Lana berkata lagi dan Ikhwan tersengih.
"Eh...bukan ke masa mula-mula saya jumpa guru,kata guru saya tidak mampu mencederakan guru?" Usik Ikhwan tersengih.
"Err...." Lana terdiam dan wajahnya merah padam malu dikenakan oleh anak muridnya sendiri.
"Tapi..." Ikhwan tersenyum.
"Ikhwan?" Lana menunggu kata-kata anak muridnya.
"Saya rindukan guru...jujur katakan saya menangis semasa guru hilang..." ujar Ikhwan jujur.
Lana terkedu dengan kata-kata anak muridnya,Ikhwan menggaru pipinya tersenyum. Dia teringat kembali wajah kecil Ikhwan semasa berusia 20 tahun,degil dan agresif.
Anak murid pertamanya dan terakhir,dia tidak pernah mengajar sesiapa kecuali Ikhwan.
"Yeah...I miss you too..." kata Lana.
"Stare....." Ikhwan menyedari sesuatu dan menoleh ke arah pintu.
"Alisa?" Ikhwan terkejut Alisa menjengah kepalanya,merenung ke arah dia.
"Hmm? Siapa dia?" Soal Lana kepada Ikhwan yang sedang menarik Alisa berjumpa dengannya.
"Kenalkan guru...ini Alisa,Alisa Darweez...isteri saya..." ujar Ikhwan dan Lana tercengang.
"I-isteri?" Lana menyoal dan tersengih.
"Alisa..kenalkan guru saya,Lana Al'Ibrahim...dia ibu kepada Siddiq dan isteri pada Lee Al'Ahmad.
"Apa khabar guru? Selamat berkenalan.." ujar Alisa menunduk hormat pada Lana.
"Yeah..same here..." ujar Lana masih terkejut.
"Jadi..." Ikhwan dan Alisa memandangnya serentak sebaik Lana menegur.
"Kamu dah berkahwin...jadi.." Lana cuba meneka.
"Yeah..kami sudah ada anak,usia dia lebih kurang dua bulan.." jelas Ikhwan dan Lana terkejut.
"Kenapa guru?" Soal Ikhwan lagi melihat Lana menekup mukanya.
"Tak..tak ada apa-apa..." balas Lana.
Namun dalam fikirannya,dia masih terkejut dengan kenyataan itu.
Masa betul-betul bergerak laju...
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Luqman menghela nafas pendek,dia masih ditahan wad. Atas arahan ayah dia,Luqman mengingati semula kata-kata bapa saudaranya.
Sehingga kamu benar-benar pulih,baru dilepaskan...
"Hantu punya pak cik,dia yang sebabkan aku cedera macam ni.."
"Salahkan orang lain pulak,kalau kau tak menyibuk masa pak cik kau tengah berlawan..kau tak akan kena take control!..." suara Razor kedengaran.
"Razor...grr.." Luqman mencebik.
"Apa? Tak puas hati?.." Razor berkata lagi.
"Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau...diam boleh tak?" Luqman mula merengus geram.
Razor yang berang dengan sikap Luqman,cuba ingin memarahinya namun ditahan oleh Kirin. Razor menoleh ke arahnya,Kirin sekadar menggelengkan kepalanya tanda abaikan sahaja.
"Luqman?" Satu suara menegur dan Luqman menoleh ke arah suara itu.
"Aila...." Luqman agak terkejut dengan kehadiran Aila.
"Macam mana keadaan awak?" Soal Aila menuju ke arah katil Luqman.
"Saya dah okay la..tapi pihak hospital masih tak benarkan saya discharge.." kata Luqman merungut.
Aila tersenyum sahaja dan ketawa kecil,Luqman kehairanan kerana ini dia tidak membuat jenaka rasanya.
"Apa yang kelakar sangat?" Soal Luqman.
"No..nothing..jangan la marah,ada hikmahnya awak diletakkan dalam wad...biar berehat panjang.." ujar Aila tersenyum.
"Lagipun saya percaya badan awak masih sakit lagi kan..." ujar Aila menepuk lembut lengan Luqman.
"Ergh!.." Luqman menahan sakit.
"Tengok? Betul kan saya cakap?" Soal Aila dan Luqman sekadar mendiamkan diri.
"Tapi bagaimana awak boleh tahu?" Soal Luqman.
"Pandangan mata saya..." jawab Aila pada soalan Luqman.
"Mata?"
"Ya..mata saya boleh mengesan orang itu cedera dalaman atau tidak.."
"Ouh...."
"Seperti awak sakit yang amat,berwarna merah pekat dan kalau mula beransur reda warna itu akan pudar..."
"Bagaimana untuk tahu orang itu sihat pula?"
"Warnanya berwarna hijau cerah..."
Luqman mengangguk faham dengan penjelasan Aila,dan menghela nafas pendek. Aila hanya menggelengkan kepala,dia duduk di kerusi yang disediakan.
"Begitu juga dengan orang yang mempunyai aura negatif...saya mengesan dan melihatnya..." sambung Aila lagi.
"Waa...that's Cpu-biologi ability?" Soal Luqman.
"Perhaps?"
"Heh..."
"Hey Luqman..." Aila memanggil nama Luqman.
"Emm? Kenapa Aila?" Luqman memandangnya.
"About your question....I.." belum sempat Aila sempat menghabiskan ayatnya,seseorang muncul membuka pintu.
"Ha...ada pun.." ujar suara yang mengganggu.
"Alia?" Luqman agak terkejut,melihat kehadiran Alia tanpa ditemani Aminudden.
"Hey bang Luqman...macam mana keadaan abang? Dah okay?" Sapa Alia tersenyum.
"Err...belum okay lagi,by the way..where's Aminudden?" Soal Luqman kehairanan.
"Ouh dia..lawat orang dari Black Cobra tu..." jawab Alia dan Luqman serta Aila terkejut.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Aminudden berdiri dari tingkap kaca tebal dan lebar,di mana di hadapannya sebalik cermin itu terlantar Noar di katil. Seperti yang dijanjikan Raffie,Noar turut dirawat.
"Ah!" Satu suara terkejut menegur.
"Huh?..." Aminudden menoleh dan Susan yang memegang sejambak bung ros berdiri di hadapannya.
"Hai..." sapa Aminudden tersenyum sambil mengangkat tangan.
"Emm..." Susan sekadar mengangguk kepala,lalu memasuki bilik tersebut.
Aminudden memerhatikan Susan yang meletakkan bunga,lalu menggantikan bunga yang sudah layu pada bekas bunga. Keadaan Noar semasa dibawa ke hospital,agak kritikal dan doktor menyatakan jika lambat sedikit Noar sudah meninggal dunia.
"Huh..." Aminudden meraup mukanya,menyesal kerana mencederakan Noar.
"Simpati pada musuh? Kau begitu naif..." Falcon bersuara.
"Dia bukan musuh Falcon,bukan lagi...mereka berdua adalah manusia..." jelas Aminudden beredar meninggalkan kawasan tersebut.
Falcon hanya menghela nafasnya,kemudian dia menyedari seperti ada orang memerhatikannya dari jauh.
Pada masa yang sama,seseorang berambut pendek tipis. Memerhatikan Aminudden dari sudut yang tidak dikesan sebelum beredar,pemuda itu sempat berselisih dengan Nurul iaitu sepupu Ikhwan.
Nurul menoleh ke belakang dan memerhatikan sahaja pemuda itu beredar,dia merasakan satu aura berlainan daripada pemuda itu.
"That young man...isn't..." Nurul kemudian menghela nafasnya.
"No...it couldn't be.." Nurul menggelengkan kepala,lalu segera meneruskan langkahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top