CHAPTER 11 : MOTHER & SON

Serangan Ikhwan itu berjaya memaksa Agnes keluar semula dari tubuh Luqman,namun perkara itu tidak semudah yang dijangka. Agnes cuba mendapatkan semula tubuh Lana,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Aku tidak akan mengalah!" Kata Agnes meluru ke arah Lana yang tidak sedarkan diri itu.

"Hngh..!!" Aila cuba menghalang.

"Ke tepi budak!!" Agnes menjerit namun Aila tidak berganjak.

"Kau nak mati awal ya?.." Agnes cuba menyerang Aila.

"Hmm..." Ikhwan menembak api tepat mengenai Agnes.

Agnes tercampak jauh dari Lana dan Aila berada,Luqman mengerang sakit dan kembali bangkit. Agnes menoleh ke arahnya,kemudian dia sekali lagi tergamam merasai aura bunuh daripada Ikhwan.

"Cuba cederakan family aku?" Soal Ikhwan berjalan ke arahnya.

"Aila awak okay?" Soal Luqman menghampirinya.

"Patut saya yang tanya..." kata Aila.

Tidak lama selepas itu,Luqman dan Aila ketawa kecil. Mereka menoleh ke arah Ikhwan yang sedang menahan marah,tangannya diselubungi api yang marak.

Ikhwan mengangkat sebelah tangan kirinya,api merah terhasil dengan marak serta air yang ada di sekeliling tersejat. Air hujan tidak mampu menyentuhnya,Agnes menggigil ketakutan.

"Ha..ha..."Agnes segera melarikan diri.

Ikhwan tidak berkata apa-apa,kemudian apinya dijulang ke atas. Bebola gergasi terhasil dan bahangnya dirasai,biarpun hari hujan tetap terasa kepanasan. Raffie nampak dengan jelas bola gergasi tersebut,Zeo dan Luna berpandangan.

"Hmph!" Ikhwan terus baling ke arah Agnes yang cuba melarikan diri.

"Tidak..." Agnes tergamam.

"Sun Destroyer..."

BOOOMMMM!!!!

Hujan masih lagi turun,namun tidak selebat sebelum itu. Ikhwan mendukung Lana menuju ke empangan,Luqman pula dipapah oleh Aila.

"Hey uncle...lain kali jangan la teruk sangat...sakit tahu tak?!" Luqman bengang.

"Kau yang mintak kan.." balas Ikhwan.

"Yelah..tapi janganlah kuat sangat.." kata Luqman lagi.

Sebaik tiba di kawasan hadapan empangan,kelihatan Raffie dan yang lain menunggunya. Ikhwan menghampiri Siddiq yang terkejut,melihat keadaan Lana dan air matanya mengalir menangis terharu serta ditenangkan oleh Aqirah.

"Good job Ikhwan.." kata Raffie.

"Nah...good job everyone.." kata Ikhwan pula dan Raffie sekadar menggelengkan kepala.

"Huh..hari yang panjang.."Aminudden berseloroh.

"Yeah betul tu..." balas Alia.

"Balik nanti nak tidur rehat puas-puas...!" Intan tersenyum selamba.

"Aku kena masuk wad..." kata Luqman dan yang lain ketawa,Aila sekadar tersenyum.

"Aku kena tinggal sini uruskan sistem.." kata Nabill.

"Aku dengan Luna akan tolong.." kata Zeo.

"Thanks.." Nabill tersengih.

"Ibu..." Siddiq mengusap rambut ibunya,air matanya mengalir deras tidak mampu menahan sebak.

"Akhirnya awak dapat jumpa ibu awak semula...good for you Siddiq.." ujar Aqirah memegang bahu Siddiq.

"Terima kasih Aqirah.." balas Siddiq.

Hujan reda pada jam berikutnya,Lana dibawa pulang dan dirawat di hospital kerajaan Mentari. Lee yang berada di luar negara,segera pulang apabila dihubungi dan mendapat khabar baik itu. Siddiq sepanjang masa berada di sebelah ibunya,Ikhwan memesan biarkan Siddiq menjaga ibunya.

Susan dan Noar ditempatkan bilik sama dengan Samuell,Noar dirawat oleh kerajaan Mentari atas arahan Ikhwan. Malah Stella terkejut dia bertemu semula dengan kakaknya. Samuell diberi pilihan sama ada ingin berkhidmat dengan kerajaan Mentari,di bawah pengawasaan Ikhwan dan dia bersetuju.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Pandangan mata yang gelap,sedikit demi sedikit mulai terang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling,dia tahu tempat ini. Dia berasa di dalam wad,kemudian menoleh ke sebelah. Dia terkejut kerana wajah anaknya,Siddiq yang lena tertidur berbantalkan lengannya.

"Siddiq...." kata dia mengusap rambut anaknya yang sedang lena.

Lana mengusap rambut Siddiq,tidak lama kemudian remaja itu tersedar dan Lana tersentak. Siddiq mengangkat badannya,matanya digosok dan sebaik diturunkan tangannya. Anak matanya tepat memandang wanita di hadapannya,Lana tersenyum kelat melihat reaksi anaknya.

"Err...hai Siddiq..lama tak jumpa.." kata Lana tersenyum pahit,air mata Siddiq kembali mengalir.

"Siddiq? Siddiq okay tak? Huh?" Siddiq tidak berkata apa-apa,lalu terus memeluk Lana dengan erat.

"Ibu..Siddiq rindukan ibu..." ujar Siddiq.

Lana tergamam dan air matanya jatuh,membalas pelukan anaknya dan tangisan kedua beranak itu mula kedengaran. Ketika itu di luar wad,Luqman yang turut ditahan wad meronda dengar suara tangisan itu. Dia mengenali suara itu dan sekadar tersenyum sahaja,kemudian berlalu pergi.

Lee akhirnya tiba dan buat sekian lamanya,Lana bertemu semula dengan suaminya. Lee mengucapkan terima kasih pada Ikhwan kerana menyelamatkan isterinya,Siddiq pula mula menerima ayahnya semula. Tanpa Siddiq sedari,sepasang mata memerhatikannya dari jauh.

Sedang ayah dan ibunya berbual,Siddiq mengambil keputusan untuk melawat Luqman namun hampa kerana Luqman sudah menghilangkan diri. Dia akhirnya duduk seorang diri di kafeteria,sedang dia mengelamun seseorang menghampirnya.

"Hai...seorang sahaja?" Sapa satu suara.

"Ya..sorang..je huh?" Siddiq tergamam.

"Hi..boleh saya duduk sini?" Soal gadis itu.

"Laila? Apa awak buat..uniform tu?" Soal Siddiq terkejut.

"Ouh..ini,teehee...cantik tak?" Soal Laila sambil memusingkan badannya,menunjukkan uniform miliknya.

"Ya..ya..cantik,kejap bukan itu maksud saya!!"

"Maaf...hehe..saya kerja di sini.." ujar Laila.

"Eh? Kerja? Maksud awak part-time?" Soal Siddiq dan Laila tersenyum mengangguk,melihat senyuman Laila membuatkan Siddiq mukanya merah padam.

"Siddiq?" Satu suara menegur,Siddiq dan Laila serentak menoleh.

"Ayah..."

"Bual dengan kawan?" Soal Lee menghampiri mereka berdua.

"Ah saya minta diri dulu.." ujar Laila.

"Tak apa,saya tak lama.." kata Lee tersenyum.

"Ayah? Ada urusan penting ke?" Soal Siddiq.

"Yeah..tapi jangan risau,ia tak lama..okay jaga girlfriend kamu elok-elok!" Kata Lee dan beredar.

"Oi ayah!!" Siddiq mukanya merah padam,kemudian menoleh ke arah Laila.

Laila menggigit jari dan kakinya menguis lantai,mukanya merah padam dan mengintai ke arah Siddiq.

"Damn you dad...she's blushing!!..." kata Siddiq dalam hati.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Ikhwan memerhatikan keadaan luar hospital dari tingkap,dia hanya menghela nafas pendek. Kemudian menoleh semula ke arah gurunya,Lana yang tersenyum memandangnya.

Ikhwan berjalan mendekati katilnya,kerusi ditarik dan duduk memandang gurunya yang sekian lama tidak berjumpa. Lana mengusap muka anak muridnya,rambutnya pula diusap perlahan dan air matanya gugur lagi sekali.

"Kamu dah besar..." ujar Lana dan Ikhwan mengangguk tersenyum.

"Its been a while..guru.." kata Ikhwan membalas pegangan tangan gurunya.

"I miss you a lot..." ujar Lana menatap air muka Ikhwan.

"Yeah me too..." balas Ikhwan lagi.

"Guru percaya selama guru hilang,mesti ada banyak perkara berlaku bukan?" Soal Lana dan Ikhwan tersenyum.

"Yeah memang banyak..." ujar Ikhwan menjawab soalan Lana.

"Beritahu la guru..."

"Ia akan ambil masa..."

"Takpe..guru sudi mendengarnya.."

"Baiklah...if you insist...mari mulakan..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top