Bonus : DUGAAN DUA BERADIK DI BULAN PUASA
"Panas....." ujar Luqman menghalang mukanya dari terkena sinaran cahaya matahari.
"Yeah..bro aku rasa sama...haus pulak tu.." kata Aminudden sambil duduk mencangkung,kedua tangannya diletakkan pada lututnya.
Luqman dan Aminudden meronda sekitar kawasan bandar,musim panas telah tiba dan paling menyakitkan hati adalah bulan ramadhan turut tiba seiring dengan kepanasan musim tersebut. Walaupun musim panas adalah bermulanya cuti musim tersebut,mereka masih lagi mengeluh mengenainya.
"Kalau kau tak tahan balik la.." kata Aminudden dan mukanya berpeluh,sambil menelan air liur melihat seorang kanak-kanak menikmati aiskrim.
"Aku tak nak sia-sia kan masa..." ujar Luqman mengesat peluhnya yang mengalir.
"Haa....mesin vending...aku nak beli satu.." ujar Aminudden menuding ke arah mesin vending,Luqman menepuk telapak tangannya.
"Puasa bro...dugaan..." Luqman memujuk adiknya itu.
"Aku bosan la bro...." kata Aminudden mengerutkan dahinya.
"Yang kau ikut aku pasal?" soal Luqman dan Aminudden tersengih lalu dahinya timbul urat menahan geram.
"Kau tanya pasal apa? Pasal apa? First! Kau heret aku keluar paksa ikut kau keluar dari istana,SECOND! Kau kacau masa tidur aku...faham?" jelas Aminudden panjang lebar dan Luqman tiada jawapan.
"Hehe..tidur masa bulan mulia ni tak elok bro..." bidas Luqman dan Aminudden uratnya timbul sekali lagi.
"Aku tidur masa lepas solat zohor la bebal...." kata Aminudden lagi dan Luqman terdiam sekali lagi.
Luqman terus mendiamkan diri tidak mahu mengurangkan pahala adiknya,iaitu dari berterusan marah kepadanya. Dia menyilangkan tangan pada belakang kepala lalu tubuhnya disandarkan pada belakang dinding terbiar,Aminudden pula hanya bangkit dari cangkungannya.
"So kita nak buat apa ni?" soal Aminudden dingin dan Luqman sedikit tersentak mendengar nada Aminudden menyoal.
"Well......" Luqman mencari buah fikiran,jika salah jawapan nahas dia.
"Perhatian pada semua unit! Bank Saga sedang dirompak,mereka menahan tebusan bersama..! Mana-mana unit yang berdekatan sila berikan bantuan!!......"
Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian tersengih,mereka berdua hilang daripada pandangan tanpa sempat sesiapa sedar.
Pada masa yang sama di satu bank yang sedang berlaku kejadian rompakan,para perompak menahan tebusan yang terdiri para kakitangan dan pelanggan di bank itu. Salah seorang itu keluar dari pintu depan bank,bersama seorang tebusan dan ketika itu beberapa polis bersembunyi di sebalik kenderaan mereka.
"Biarkan kami lepas jika nak perempuan ini selamat!!..." Jerit perompak itu dan beberapa rakannya pula sedang menunggu isyarat daripadanya.
"Turunkan senjata kamu...atau kami lakukan kekerasan..." ujar salah seorang polis itu menggunakan pembesar suara.
Tindakan polis itu memberi amaran itu hanya membuatkan perompak itu menembak ke udara,dan tebusan itu menjerit ketakutan serta reaksi para polis menahan geram menggenggam erat senjata mereka masing-masing.
"Tak dengar ke?!...Lepaskan kami...dan perempuan ni akan selamat!!" jerit perompak itu lagi.
"Damn it...." kata polis itu.
"Apa plan kita sekarang kapten?" soal seorang lagi anggota polis yang bersamanya,kapten polis terasa serba-salah diantara menyelamatkan tebusan atau menangkap perompak?
"Die!!...." jerit perompak menembak mesingan riffle miliknya ke arah kapten polis itu.
Saat kapten polis itu dalam ambang maut,seseorang muncul mendarat di hadapannya dengan pantas lalu menangkap peluru tersebut. Kapten polis itu terkejut melihat seorang pemuda berambut putih,muncul serta menyelamatkannya.
"Apa?! Tak mungkin!..'' kata perompak itu terkejut melihat keadaan yang berlaku di hadapan matanya.
"Hah?" rakan perompak yang lain tidak terkecuali.
"Putera Luqman....." ujar kapten polis itu tersenyum lega.
"Yo Chief! Having hard day?" soal Luqman tersengih dan kapten polis sekadar ketawa kecil.
"SIAL KAU RAMBUT PUTIH JANGAN KACAU LA!..." Jerit perompak itu dan cuba menembak Luqman,namun Luqman sekadar tenang melihat tindakannya.
"Using woman as a shield? Talk about cowardness!.." satu suara menegur dan perompak itu mendongak,sebaik perompak itu berbuat demikian satu tumbukan padu mengenai mukanya.
"Very..very..very weak..." kata penyerang itu mendarat sambil mendukung perempuan yang dijadikan tebusan.
"Berlagak....." ujar Luqman menyampah.
"Putera Aminudden...." ujar perempuan itu tersenyum lega,air matanya mengalir dan Aminudden menurunkannya.
"Akak boleh berjalan? Tiada cedera?" soal Aminudden dan perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Bagus...baik akak pergi selamatkan diri..." ujar Aminudden lagi dan perempuan itu mengangguk faham lalu dia pergi menyelamatkan dirinya.
"Good..sekarang tinggal beberapa orang di dalam..." kata Luqman melagakan dua penumbuknya,Aminudden meregangkan lehernya.
Aminudden memejamkan matanya dan merasai aliran angin,apakah tujuannya untuk berbuat demikian dan apa muslihatnya kali ini? Sebaik matanya dibuka Aminudden tersenyum licik,Luqman tersengih melihat reaksi adiknya.
"Ada enam orang....dua orang di balik dinding yang kita sedang lihat ni.." ujar Aminudden menuding ke satu arah dinding berdekatan.
"Ouh...okay..." Luqman menyeru Dagger miliknya,lalu dibaling laju sehingga tercacak pada dinding sehingga tembus menunjukkan bilah dagger itu.
"Apa?" Perompak yang sedang bersembunyi itu terkejut.
"Now for a little shocking!..." kata Luqman tersengih sambil mengenyitkan matanya.
"Haih...acah cool..." kata Aminudden mengusap belakang kepalanya.
TaP!
Petikan jari dilakukan oleh Luqman dan dagger miliknya bercahaya dengan tiba-tiba.
"Eh?" Perompak yang bersembunyi kehairanan dengan bilah dagger yang bercahaya.
KZZZZZTTTTT.......!!!!!!!
"ARGGGHHHH.....!!!!!!!!"
"Hehe....two down..." ujar Luqman tersengih.
"Four to go!..." Aminudden berkata seiring dengan Luqman meluru masuk ke dalam bank.
Aminudden merempuh masuk dan kelihatan seorang perompak terkejut menyedari kehadiran,perompak itu melancarkan tembakan bertalu-talu namun Aminudden hanya menangkap setiap peluru sehingga habis.
Perompak itu cuba mengisi semula peluru namun Aminudden tersengih,ribuan bilah pedang terapung di belakangnya dan terus dilancarkan serangan meluru ke arah perompak.
TASKK!!
TASSK!!
TASSK!!
"Hehehe....." perompak itu ketawa sambil menangis ketakutan,kerana pedang Aminudden sengaja sasarkan mengenai dinding membentuk setiap tubuhnya.
Luqman pula berhadapan dengan dua orang perompak,mereka tanpa teragak-agak menembak secara bertalu-talu tanpa memikirkan keadaan tebusan. Luqman hanya mengeluh lemah dan mengaktifkan kuasa elektromagnetik,dan ribuan peluru yang cuba menembusinya kini berada dalam kawalannya.
"APA??..." Jerit dua perompak itu serentak.
"Heh..." Luqman hanya memetik jari dan peluru itu jatuh bagaikan hujan.
Para perompak itu keduanya mengisi semula peluru namun Luqman sudah berada di hadapan mereka berdua,kedua perompak tergamam dengan gerakan pantas remaja itu dan menyedari kilat pada tangan Luqman.
"Bulan puasa merompak huh? Memang cari nahas!" ujar Luqman bersiap sedia melakukan serangan penamat.
"CROSS RUSH!!!..." Dua perompak itu terus rebah tidak sedarkan diri.
"Bagus..sekarang perompak terakhir...hmm..." Luqman memandang sekitar kawasan,sambil memeriksa para tebusan dan kesemuanya dalam keadaan baik.
Saat Luqman memeriksa para tebusan satu susuk tubuh melompat ingin menyerang hendapnya,namun Aminudden muncul dengan sepakan melangit tepat mengenai mukanya dengan tapak kasut Aminudden.
DUSSSSHHHH....!!!!
"Nak serang abang aku? Awal seribu tahun la..!!" kata Aminudden menyeringai.
Akhirnya perompak kesemuanya berjaya ditangkap atas kerjasama dua beradik putera diraja,Luqman dan Aminudden kemudiannya beredar sebaik semua sudah selesai.
Namun..
Mereka lakukan satu kesilapan besar hari ini...
Gruuuu~~~~~
"Argh....akibat gunakan kuasa..kita makin lapar..." kata Luqman dan Aminudden mengangguk setuju,mereka melepasi pintu pagar istana dan para kesatria yang berkawal kehairanan dengan keadaan mereka.
"Apa kena dengan awak berdua ni?" soal Aila melihat keadaan Luqman dan Aminudden terbongkang,di atas kerusi bilik rehat istana sambil memegang perut.
Ikhwan turut berada di situ bersama Alisa sekadar memerhatikan sahaja,kemudian dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya
"Hmm.....awak okay Amin?" soal Alia risau.
"Yeah...just hungry..." Jelas Luqman dan Aminudden serentak,Aila dan Alia berpandangan kemudian ketawa kecil memahami keadaan sebenar.
"Lama lagi ke nak berbuka ni? Halahai...." kata Luqman sendirian.
"Lagi tiga jam..sabar.." Ikhwan memberi jawapan,Alisa hanya tersenyum melihat keadaan dua beradik itu.
"Huwaa!!! Lagi teruk!!...."
Yo its me wanzeneth moga terhibur dengan bonus khas untuk akhir bulan puasa ini
Aku mengucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR sahaja la ya(sebab batin memang tak akan ada..)
Teruskan beri komen serta pandangan dan moga esok menjadi hari raya yang bermakna buat kita.
Okay chow!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top