CHAPTER 95 : ETERNAL GOD EMPEROR FORM
BOOMM!!
BRAAM!!
"Ergh!!..." Marvus keluar dari kepulan asap mengelak serangan tembakan lembing biru Farhan.
Farhan mengejar dalam keadaan terapung dan terbang di atas tanah,Farhan terus lenyap dari pandangan semua orang. Marvus tersentak kemudian dia menoleh kiri dan kanan,mencari di mana Farhan bersembunyi. Aura Farhan lenyap macam itu sahaja.
"Mana uncle pergi?" soal Aminudden mencari-cari kelibat Farhan.
Luqman tidak menjawab dan mengetap gigi,dia tidak sangka yang Farhan mampu melenyapkan aura miliknya. Marvus hanya bertenang di sebalik zirah helmet,dia menumpukan perhatian dan tersedar sesuatu lalu mendongak ke atas. Marvus mengetap gigi kegeraman,merenung ke atas langit. Luqman dan Aminudden turut sama sedar,mereka berdua mendongak ke atas dan terkejut.
"Congrats for finding me..." kata Farhan yang terapung di atas udara.
Marvus mengepalkan kedua penumbuknya dan aura gelap terhasil,kedua-dua tangan dia meliuk umpama menari dan terus melepaskan libasan gelombang ke arah Farhan.
"MAMPUS LA KAU!!" Marvus menjerit dengan kuat.
Farhan tidak berganjak dan hanya memerhatikan gelombang serangan Marvus sahaja,tangannya digerakkan dan terus ditahan hanya dengan sebelah tangan sahaja. Marvus tergamam melihat keadaan tersebut,lalu cahaya terhasil pada tapak tangan Farhan.
"Now my turn.."
Farhan melepaskan tembakan cahaya dari tapak tangan secara bertalu-talu,Luqman dan Aminudden hanya mampu menyaksikan dengan senyap. Tidak lama kemudian Fara muncul secara teleport bersama Alisa,Luqman dan Aminudden menoleh serentak.
"Auntie!" Luqman dan Aminudden berpandangan terkejut dengan kehadiran Fara dan Alisa.
Alisa hanya diam dan wajahnya langsung tiada reaksi,dia melangkah dan Fara hanya membiarkan sahaja dengan reaksi sayu. Alisa berdiri di hadapan Ikhwan yang tidak sedarkan diri,entah kenapa Luqman perasan sedikit reaksi bengang pada air muka Alisa. Permaisuri ais segera melutut dan menghela nafas pendek,Alisa tersenyum kelat dan mengeluh pula.
"Abang rasanya tak payah berlakon lagi boleh?" Alisa berkata selamba.
Ikhwan bangun dan duduk secara bersila,Alisa membuat muka blur dan Luqman terkejut manakala Aminudden mencebik geram. Fara pula terkebil-kebil melihat keadaan itu,Ikhwan kemudian menggeliat dan tersenyum selamba.
"Sedap pula tidur.." sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,Luqman dan Aminudden terjatuh manakala Fara hanya tersengih.
"Uncle apa yang berlaku ni sebenarnya?!" soal Luqman.
"Uncle sengaja terima serangan Marvus,tapi tak ada la teruk sangat sampai boleh pengsan sebenarnya... Tapi nak bangkitkan kuasa Farhan,itu je la caranya.." jelas Ikhwan sambil menoleh ke arah pertarungan Farhan.
"Perlu ke macam tu..?" soal Alisa.
"Hmm?" Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Buat isteri sendiri risau,bagaimana kalau abang pergi betul?" soalan Alisa hanya dibiarkan tidak berjawab oleh Ikhwan.
"ABANG TAHU TAK SAYA TAK NAK KEHILANGAN ABANG?!!" Alisa berkata sambil air mata mengalir,Ikhwan membesarkan matanya terkejut.
Suasana tegang seketika dan Fara hanya mendiamkan diri,Luqman pula sekadar menjadi pendengar bersama Aminudden. Alisa menangis dan kepalanya ditundukkan,Ikhwan hanya menghela nafas pendek dan menggosok kepala berkali-kali. Ikhwan tidak berkata apa-apa tetapi dia menarik lengan Alisa lembut dan memeluknya,Alisa menekup muka pada dada Ikhwan.
"Abang masih hidup,masih bernyawa dan masih bernafas...." ujar Ikhwan mengusap rambut kepala Alisa.
Ikhwan perlahan-lahan bangun sambil memeluk Alisa,dia menghela nafas pendek kemudian menoleh ke arah Luqman dan Aminudden.
"So bagaimana situasi?" soal Ikhwan.
"Kesatria-kesatria kita masih bertahan di semua lokasi...." kata Luqman membaca maklumat dari smartdigitalphone miliknya.
BRAAAMMM!!!
Perbualan mereka berhenti apabila letupan kedengaran,Ikhwan dan yang lain menoleh ke arah bunyi tersebut. Marvus dan Farhan masih lagi bertarung,mereka merenung tajam antara satu sama lain.
Marvus menghasilkan bulatan magis gelap di bawah tapak kakinya,zirahnya pula mula diselubungi aura gelap dan matanya bersinar merah. Marvus menghasilkan sekali lagi bulatan magis di belakang badannya,bulatan dinaikkan tinggi ke udara dan terus menembak laju ke arah Farhan.
Farhan pula sekadar mendecih dan menghasilkan perisai prism,tembakan sepantas cahaya ditahan mudah oleh Farhan. Marvus terkejut melihat keadaan itu,penumbuknya dikepal erat dan dia menggigil kemarahan.
Marvus meluru ke arah Farhan dengan pantas,sekelip mata Marvus sudah berada di hadapan Farhan lalu menghayunkan sepakan kakinya. Farhan hanya mengiringkan badannya ke tepi,serangan Marvus tersasar begitu sahaja. Marvus tidak puas hati dan menghayunkan penumbuk seberapa pantas yang boleh,Farhan menahan dengan kepantasan yang sama.
Marvus menambahkan kelajuan serangannya,Farhan hanya tenang dan menepis serangan Marvus. Farhan mencengkam penumbuk Marvus,lalu sebuku penumbuk mengenai muka Marvus yang dilindungi oleh zirah helmet. Farhan menyambung lagi serangan susulan dengan menyerang menggunakan lembing yang digunakan sebentar tadi.
TUSSH!!
"ARGHH!!..." Marvus menjunam dengan lembing yang pacak pada perutnya bersarung zirah.
KRAANGG!!!
Tanah merekah dengan teruk dan hampir hancur akibat hempasan badan Marvus,dia kembali bangkit dengan kemarahan yang menyelubungi jiwanya dan merenung tajam ke arah Farhan.
"I'M GOING TO LOSE FROM MERE HUMAN LIKE HIM?! I CAN'T ACCEPT THIS!!" Marvus menjerit seiring dengan aura gelap menelannya,semakin lama semakin membesar.
Farhan tersentak dan aura gelap yang marak,lama kelamaan membentuk menjadi seekor naga hitam keunguan. Ikhwan dan Alisa serta Luqman terkejut,Aminudden bersiul tersenyum kelat dan Fara hanya mampu tergamam.
"KAU AKAN TERIMA KEMATIAN DENGAN CARA MENAKUTKAN!!!..." Marvus menjerit dengan ngauman yang menakutkan.
"Apa benda tu? Besarnya...." ujar Luqman menyoal.
"Itu bentuk sebenar Marvus..." kata Ikhwan dan Alisa hilang kata-kata.
Fara merapatkan kedua tangan,dia berdoa agar Farhan selamat. Aminudden pula menoleh ke arah Siddiq,dia segera meluru ke arah rakannya.
"Siddiq kau pergi dari sini!!" kata Aminudden.
"Kau gila? Kau suruh aku pergi,bagaimana dengan kau?!!" soal Siddiq tidak puas hati.
"Kami akan bertahan di sini..." kata Luqman pula sudah berada di belakang Aminudden.
"Tapi-?" Siddiq terkejut kerana Aminudden menghalakan tangan padanya.
"Aku tak peduli sama ada ini arahan putera... Aku akan kekal!!"
"INI PERMINTAAN KAMI SEBAGAI SAHABAT!!" Aminudden meninggikan suara dan Siddiq terkedu.
"Am? Luqman?" Siddiq menutup mulut serapatnya,kemudian dia terus beredar pergi.
Marvus berubah bentuk naga yang besar,serta askar gelap keluar dari pintu portal berwarna gelap keunguan. Khaizo mendarat di sebelah Ikhwan,Alisa mengesat air mata dan menarik nafas panjang kemudian dia helakan.
"Mak aih... Besor gedabak...!!" Khaizo berseloroh.
"Kau sampai..." ujar Ikhwan dan Khaizo tersengih.
"Ish event seronok ni..." kata Khaizo mengangkat tukul gergasinya,Ikhwan hanya tersenyum kelat dan menggelengkan kepala.
"Baiklah Fara,balik ke Pusat Arahan...tunggu kami di sana..." ujar Ikhwan memandang Fara.
"Tapi..." Fara keberatan dan Ikhwan memandang ke arah Alisa,faham maksud suaminya dia menghampiri Fara.
"Fara..." kata Alisa memegang kedua bahu Fara.
"Kakak?" Fara kehairanan.
"Ini adalah peperangan,Fara kamu tidak mampu berlawan ramai... Farhan tidak mampu melindungi ketika dia bertarung dengan Marvus..." jelas Alisa mengusap pipi Fara,dia menoleh semula ke arah Ikhwan.
"Abang..." panggil Alisa dan Ikhwan kehairanan.
"Saya akan bantu Central,pastikan bersihkan semua okay?" ujar Alisa tersenyum manis dan Ikhwan tersengih.
"Heh jangan risau...abang ada back-up yang cukup di sini...." ujar Ikhwan menuding ibu jari pada Khaizo dan yang lain.
Alisa hanya tersenyum dan lenyap teleport bersama Fara,Ikhwan tersenyum sahaja kemudian berubah reaksi serius sebaik memalingkan badan dan menghadap ke arah askar kegelapan yang mara.
"Han...." sapa Ikhwan dan Farhan yang mendarat menoleh ke belakang serta terkejut.
"Wan,kau bila sedar..?" soal Farhan tidak percaya,malah kecederaan Ikhwan telah pulih.
"Lama dah tapi tidur kejap..." balas Ikhwan selamba.
"Celaka punya sepupu..." kata Farhan bengang.
"Relax,aku tolong..." ujar Ikhwan melangkah dan membelakangkan Farhan sambil merenung Marvus.
"Kau?! Kau hidup lagi?!!...." Marvus terkejut apabila Ikhwan berada bersama Farhan.
"Aku dah cukup nak bagi muka...kali ini masa untuk serius...." Ikhwan berkata dengan aura cahaya kebiruan menyelubungi tubuhnya.
Seluruh tubuh Ikhwan diselubungi oleh cahaya putih yang begitu terang,sekelip mata askar kegelapan hampir separuh hancur sekelip mata. Marvus mengerang kesakitan apabila cahaya itu menerangi seluruh kawasan,malah membuatkan dia berundur beberapa tapak ke belakang.
"Ikhwan....?"
Cahaya mula kembali pudar dan Ikhwan kembali kelihatan,tetapi penampilan berubah berbeza dan dia kembali dengan kuasa penuh setaraf dewa naga. Luqman dan Aminudden tergamam,Khaizo bersiul dengan bentuk baru Ikhwan.
"What a monstrous power...." kata Solleh dan Tuzeman hanya tersengih.
"Ini kuasa Ikhwan?" soal Aswandy dan Reezal sekadar mendiamkan diri,Yusri dan Raffie berpandangan.
Reena hanya memerhatikan dari jauh Marvus yang dalam bentuk naga,saiz besar naganya amat luar biasa sehingga dapat dilihat dari jauh. Iris memegang tangan Reena,mereka hanya meneruskan bertahan di lokasi yang ditentukan.
"B-bentuk apa ni?!!..." soal Marvus mengetap gigi.
"ETERNAL GOD EMPEROR FORM..."
Ikhwan memejamkan mata dan membuka kelopak mata,nafas dilepaskan secara teratur dan Farhan tersengih hairan. Dia tidak menyangka Ikhwan menyembunyikan kuasa sebenarnya,aura Ikhwan begitu berbeza dan tenang. Farhan menarik nafas dan dihelakan,dia berjalan dan berdiri di sebelahnya.
"Luqman,Aminudden dan Khaizo..." Ikhwan bersuara dan mereka bertiga memandangnya.
"Hancurkan askar dia,aku dan Ikhwan akan hapuskan naga besar tu..." Farhan pula mencelah.
"Ha... Okay...." Khaizo hanya mengangguk dan Luqman serta Aminudden juga mengangguk.
Farhan dan Ikhwan berpandangan kemudian mengangguk,mereka terus terbang ke udara dan terapung di hadapan muka Marvus. Si Naga Kegelapan hanya merenung mereka berubah,Farhan dan Ikhwan turut memandang Marvus.
"Kau ada kata-kata terakhir? Fallen dragon?" soal Farhan menyeru lembingnya.
"JANGAN PANGGIL AKU DENGAN NAMA ITU!!...." Jerit Marvus.
"Kau mengalihkan haluan dari Puak Naga,dan menjadikan dunia original huru-hara...apa alasan kau?..." Ikhwan menjawab seiring membidas.
Marvus tidak menjawab dan membuka kepaknya,lalu dikibaskan dan Ikhwan segera menghasilkan perisai corak bulatan magis tulisan purba naga. Farhan pula menghasilkan puluhan lembing,beribu terapung di belakang Farhan dengan jumlah ribuan.
"SPEAR BLAST!!..."
Serangan lembing yang laju menujah ke arah tubuh Marvus bertalu-talu,Marvus mengerang kesakitan dan Ikhwan pula memusingkan tapak tangannya. Bulatan magis bercorak terus menembak umpama peluru berpandu,Marvus semakin tambah sakitnya akibat serangan susulan Ikhwan.
Farhan terus bergerak sepantas kilat,satu tujahan perut Marvus sehingga naga itu terpelanting jauh. Farhan sekali lagi bersama Ikhwan,terus terbang laju meluru ke arah Marvus yang masih terbaring. Marvus bangkit semula dan terkejut apabila Ikhwan sudah rapat,penumbuk tepat diberikan pada pipinya.
Farhan pula bergerak di atas dan kepala Marvus dihentak,naga gelap terus terjatuh pada tanah dan Marvus kembali bangkit mengaum sekuat hati. Farhan terbang berundur ke belakang,Ikhwan pula menghasilkan cahaya bentuk kepala naga berwarna biru laut. Farhan pula mengangkat tangan ke atas udara,bebola angin berwarna hijau cerah membentuk di ruang udara.
"TAK GUNA!!.." Marvus ingin menyerang balas.
"Jangan harap,GOD EMPEROR CANNON!!!" Ikhwan melancarkan serangan terlebih dahulu.
"CYCLONE DESTROYER...!!" Farhan membaling serangannya pada Marvus.
"HAAA!!!...." Marvus menembak dua serangan,dia menyerang balas serangan Farhan dan Ikhwan.
ZWOOSHH!!
ZRASSHH!!!
BRAAAMMM!!!
Serangan mereka bertembung menghasilkan impak letupan yang begitu kuat,Khaizo dan Aminudden serta Luqman terkejut dengan keadaan itu. Khaizo membenamkan tukulnya untuk dijadikan sokongan,Luqman dan Aminudden mencacakkan pedang masing-masing untuk mengelakkan mereka berdua tercampak jauh. Askar kegelapan pula terus hancur terhakis dari hasil serangan mereka bertiga.
"BERTAHAN KIDDO!!" Khaizo memberi peringatan pada Luqman dan Aminudden.
SERANGAN daripada Farhan,Ikhwan dan Marvus membuatkan seluruh kawasan menjadi putih. Khaizo dan Luqman serta Aminudden turut ditelan cahaya putih tersebut,semuanya diselaputi cahaya terang yang menyilaukan.
Apa yang terjadi selepas itu..?
Hey guys
Its me Wanzeneth
How's this chapter going?
Interesting and make your heart pounding?
Hahaha..
The battles will continue
Just stay for the next chapter
Your lazy author
Wanzeneth
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top