CHAPTER 94 : NEW POWER

Sila pasang earphone untuk pembacaan penuh berperasaan

FARHAN berdiri dengan aura hijau keputihan cerah,yang meninggi umpama tiang cahayanya sehingga ke langit. Solleh dan Tuzeman mendongak melihat ke arah langit,cahaya milik Farhan hanya diperhatikan dengan senyap.

Jamel menyilangkan tangan dan cakar dibuka,dengan sekali libasan menyilang dilakukan maka hancurlah para askar tengkorak yang mara menyerang. Dia menjeling ke arah tiang cahaya,kemudian dia tersengih dan terus merempuh askar tengkorak.

Luqman dan Aminudden hanya mendiamkan diri,mereka merasai aura Ikhwan menjadi lemah. Mereka berdua berpandangan dan mengangguk faham tanpa berbicara,Luqman dan Aminudden segera berdiri. Solleh sedar tindakan cucunya,dia dan Tuzeman menoleh ke arah mereka.

"Kami nak bantu..." ujar mereka berdua serentak.

Siddiq termengah-mengah dan masih memegang batang sabit,Irfit pula hanya tenang sambil tersenyum melihat gaya Siddiq yang kepenatan. Layla pula kekal di belakang Siddiq,memberi bantuan kepada adik iparnya.

"Penat ke? Permainan hanya baru bermula..." kata Irfit tersengih sambil menghalakan sabitnya,Siddiq tersengih sahaja dan Irfit pula kehairanan.

"Penat? Aku masih boleh teruskannya..." kata Siddiq dan terus meluru ke arah Irfit.

TANG!!

TANG!!

KTANG!!

Sabit Siddiq dan Irfit berlaga dengan sengit,libasan mereka begitu laju dan diperhatikan oleh Layla. Geseran apabila bilah sabit bertembung lalu diseretkan dengan sengaja,Siddiq hanya menarik sabitnya sekali dengan sabit Irfit ke bawah tanah kemudian dikunci.

"Apa?"

DUUUSSH!!

Irfit tercampak jauh ke belakang,sabitnya disepak ke tepi oleh Siddiq. Irfit kembali bangkit menekan pipinya,bisa pada pipi buatkan Irfit mengetap gigi amarah mula kemuncak.

"KAU MEMANG DAH LAMA HIDUP YA? BOSAN DENGAN HIDUP?!! BIAR AKU TAMATKAN RIWAYAT KAU!!" Irfit meluru ke arah Siddiq dengan laju.

DUSSH!!

Satu penumbuk mengenai muka Siddiq secara bertalu-talu,dari muka beralih pada perut dan atas kepala. Siddiq mengetap gigi menahan sakit,kemudian dia cuba melawan namun Irfit memberikan pukulan yang kuat.

"DAMN YOU!! DAMN YOU!! DAMN YOU!!" Irfit menjerit kemarahan.

"SIDDIQ!!" Layla cuba membantu.

"DON'T YOU DARE!!" Irfit menghasilkan parit kecil sepanjang 10 meter di hadapan Layla dengan letupan.

Irfit mencengkam rambut Siddiq dan diangkat,aura gelap pada penumbuknya digenggam. Irfit hanya merenung tajam ke arah Siddiq yang cedera teruk pada muka,Siddiq membuka kelopak mata dengan perlahan-lahan.

"MAMPUS KAU BUDAK!!" Irfit terus menghayunkan penumbuk.

ZRASHH!!

Sekelip mata tangan Irfit terus terpisah dari badan,Siddiq pula terlepas kerana tangan yang mencengkamnya. Irfit memandang ke tepi dan Aminudden sudah berada di sebelahnya,dengan memegang pedang miliknya manakala Luqman sudah menangkap dan memapah Siddiq menghampiri Layla.

"Siddiq!" Layla memapah Siddiq sebaik dihulurkan daripada Luqman.

Layla,boleh kau rawat dia?" soal Luqman dan Layla sekadar mengangguk.

Aura gelap memancut keluar dari kawasan bahu Irfit yang dipotong,kemudian dia menjerit kesakitan dan Aminudden berundur ke belakang. Irfit melutut dan menahan kesakitan,urat dahi dan matanya kemerahan.

"DAMN YOU HUMAN!! YOU WANNA DIE TOO??!" Irfit menjerit dan bangun semula.

"Come to me if you can still fight demon...!" Aminudden menghalakan pedangnya ke arah Irfit.

Irfit mengetap gigi dan aura gelap yang keluar dari lukanya,memanjang dan mengangkat tangannya yang telah dipotong sebentar tadi lalu bercantum semula.

"Ooops..." Aminudden berkata selamba.

"Kau memang buat aku marah..!!" Irfit meluru ke arah Aminudden dengan laju.

TANG!!

Mereka berdua berlaga pedang dan sabit,berhenti sejenak berbalas renungan kemudian terus menghayunkan senjata masing-masing. Aminudden menyeru sebilah lagi pedang,lalu meneruskan hayunan pedangnya. Bunyi nyaring hasil lagaan bilah senjata bergema,Irfit menyongkit sebelah pedang Aminudden dan cuba mencincang perut pemuda itu.

Namun Aminudden lebih pantas menangkis dengan sebelah lagi pedangnya,Irfit mendecih kegeraman dengan tindakan Aminudden dan mengeluarkan aura gelap dari seluruh tubuhnya. Aura hitam menyelubungi tubuhnya,dia terus melibaskan hayunan aura hitam kegelapan ke arah Aminudden.

"BURNING WAVES!!" Aminudden turut melakukan perkara yang sama.

BOOMM!!

Dua serangan yang hampir sama berlaga dan menghasilkan impak yang kuat,asap turut tidak terkecuali dan Aminudden hanya menunggu sahaja. Irfit meluru keluar dari kepulan asap tebal tersebut dan meluru laju ke arah Aminudden.

TANGG!!

TANGG!!

Sekali lagi mereka berlaga senjata,bilah pedang bergerak laju langsung tidak kelihatan hujung bilah pedang masing-masing. Aminudden menghayunkan serentak dua bilah pedangnya,Irfit tangannya terangkat ke atas udara dan Aminudden mencampakkan Irfit sekali lagi ke belakang.

"DAMN YOU!!" Irfit bangkit semula.

"Of course..." kata Aminudden sendirian.

"Its this keep going,we gonna get tired bro..." Luqman menegur sebaik berhenti di sebelah Aminudden.

"I know but that guy,that guy is no shit!!.." kata Aminudden menjawab kata-kata Luqman.

"Yeah I know that..." Luqman menjawab dengan menyeru pedang Dark Matter.

Aminudden menyeru pedang jenis katana dari ribuan jenis pedang dia ada,sejak dia diberikan Pedang Ribuan. Aminudden mula menggayakan bentuk setiap pedang Ribuan Pedang,nama Ribuan Pedang sudah ditukar kepada Ribuan Senjata Keramat.

"Ribuan Senjata Keramat,Pedang Katana...!" Aminudden memegang pedang katana yang kemas bersarung.

"NONSENSE,HUMAN JUST A STUPID AND SELFISH!!" Irfit mengerang kegeraman.

"You wrong.. Human can change,they help each other..." ujar Luqman.

"What?" Irfit merenung ke arah dua beradik.

"My brother is right,that's why you can't beat us..."

"THAT'S ENOUGH!!"

Irfit menjerit dan terus meluru ke arah mereka berdua,Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian mengangguk. Luqman berasimilasi dengan Avalon,dan Aminudden dengan Flare. Aura mereka berdua menyelubungi tubuh masing-masing,aura Luqman berwarna ungu cerah dan Aminudden merah bercampur biru.

"ARGHHHH.....!!!" Irfit menjerit sekuat hati,meluru laju ke arah Luqman dan Aminudden.

"HMMPH!!"

Luqman dan Aminudden pula sebaik yakin telah bersiap sedia,mereka berdua terus meluru dengan sepantas kilat. Tempat yang mereka berdiri hancur sebaik mereka berdua bergerak,pedang Luqman pegang dengan erat manakala Aminudden hulu pedangnya digenggam rapi.

"TWIN BLADE!! CROSS SLASH!!!"

ZRASSHH!!

ZRAAPP!!

Luqman dan Aminudden sekelip mata berada di belakang Irfit,malah dengan kesan hayunan bersilang X pada tubuh Irfit depan serta belakang. Luqman menghayunkan pedang beberapa kali memusingkan senjatanya,Aminudden pula kembali menyarung pedangnya secara perlahan-lahan.

"Peratusan untuk selamat,0 percent.." kata Siddiq masih terbaring melihat ke arah Irfit,Layla hanya mendiamkan diri sahaja.

"Damn you human....argh!!" Irfit berkata-kata kemudian tubuhnya hancur dengan sekelip mata.

Luqman dan Aminudden memerhatikan hakisan tubuh Irfit,sebaik hilang dari pandangan mata terus sahaja Aminudden terduduk mengeluh kepenatan. Luqman pula hanya tersenyum kelat memerhatikan adiknya.

DUSHH!!

DUSSH!!

"ERGH!!...." Marvus terseret ke belakang,dia merenung tajam ke arah pihak lawan.

Farhan berdiri megah dan aura hijau yang meliuk hingga ke langit,kekal ada bersama Farhan tanpa berkurangan. Marvus bagai tidak percaya kerana baru sahaja tadi,Farhan berlawan dengan sukar menentangnya tetapi kali ini berlainan.

"Kau masih tidak faham Marvus?" soal Farhan.

"Apa?" Marvus kurang faham.

"Kami berlawan untuk melindungi orang yang kami sayang,orang yang penting bagi kami... Sebab itu kami menjadi kuat..!"ujar Farhan.

Luqman yang terbang sambil memapah Siddiq,bersama Aminudden mendarat di tempat Ikhwan rebah. Siddiq dilepaskan begitu sahaja dan jatuh ke tanah sambil tertonggeng.

Layla pula membantu askar Mentari bertahan,melawan askar kegelapan pihak musuh yang mara.

"Adoi!" Siddiq menahan sakit.

"UNCLE!!" Luqman dan Aminudden berlari ke arah Ikhwan yang tidak sedarkan diri.

Ikhwan masih tidak sedarkan diri,Luqman dan Aminudden mengetap gigi kemudian merenung ke arah Marvus dengan pandangan mata membunuh.

"SIAL KAU DEMON!!"

Luqman dan Aminudden mengeluarkan aura yang kuat serta deras,kuasa mereka keluar dari tubuh badan bagaikan ribut yang bertiup. Marvus terkejut dengan keadaan tersebut,Farhan mendepakan sebelah tangan tanda isyarat pada mereka jangan masuk campur. Luqman dan Aminudden hanya terpaksa menurut kemudian melenyapkan aura mereka.

"Kau dah nampak Marvus? Inilah kuasa melindungi orang yang penting bagi kami semua..." jelas Farhan.

"Mengarut,kerana sebab itu sahaja?! Adik aku mati kerana sifat pentingkan diri manusia!!" Marvus menambahkan kuasa dan zirah mula menyarung tubuhnya.

Farhan terkejut dengan kuasa milik Marvus,dia tidak menyangka Marvus mampu meningkatkan kuasanya. Farhan mengepalkan penumbuknya dan dia tidak akan mengalah dengan begitu mudah,satu sentuhan pada belakang badannya terasa dan sebaik ditoleh ke belakang tiada sesiapa di belakangnya. Ikhwan masih tidak sedarkan diri,Farhan kembali memandang ke hadapan dan terkejut apabila Marvus sudah berada hampir denganya.

Libasan pedang gelap dihayunkan,Farhan melakukan back-flip mengelak ke  belakang. Farhan terus menyeru pedangnya,dia terus merempuh Marvus kemudian menolak jauh ke belakang. Marvus mengeluarkan aura gelapnya dan membuatkan Farhan tercampak ke belakang,dia mendecih kerana kali ini Marvus menjadi semakin kuat.

"Damn it,how am I going to defeat him? If that monster keep increasing his power!!" kata Farhan bermonolog.

Kenapa tidak mahu aktifkan kuasamu?

"Huh?" Farhan terkejut kerana satu suara menegur.

Serulah aku dan aku akan membantu tuan mengalahkan anasir di hadapan mata..

"Siapa kau?" soal Farhan dan Wyvern hanya mendiamkan diri,kerana seseorang terapung di hadapannya.

Aku adalah kuasa yang tidur dalam diri kamu wahai tuanku,serulah nama aku...hanya itu cara menyeru aku...

"Aku tak tahu nama kau!" kata Farhan dan dia mengelak serangan Marvus,pada masa yang sama Ikhwan ketika itu tidak sedarkan diri membuka mulut.

"Eternal Sky..."

Farhan membesarkan matanya dan menoleh ke arah Ikhwan yang masih terbaring,nafas ditarik secara teratur oleh Farhan dan bulatan corak magis jenis elemen angin mula terhasil di bawah kaki Farhan.

"COME FORTH,ETERNAL WIND SKY!!!" jerit Farhan menghalakan tangan ke udara.

Tiang cahaya terhasil dan tubuh Farhan ditelan oleh cahaya tersebut,Marvus tidak mampu mara kerana tiang cahaya itu menghalangnya. Tiang cahaya mula menghilang,Farhan mula kelihatan dan kali ini penampilannya berbeza dari biasa. Rambut Farhan berubah warna menjadi perak kelabu,sedikit garisan biru pada rambutnya kelihatan.

Marvus tergamam dari sebalik zirah gelapnya,dia tidak percaya kerana kuasa yang dirasainya begitu kuat. Farhan menghela nafas panjang, penumbuknya digenggam kuat lalu melepaskan aura yang kuat. Luqman dan Aminudden serta Siddiq yang baru bangun,tergamam dengan aura milik Farhan.

"Wooo...ini kuasa baru uncle Farhan? Sound like badass..." ujar Aminudden dan Luqman hanya mendiamkan dirinya.

"ETERNAL SKY KING FORM..." Farhan bersuara dingin.

"THIS IS BULLSHIT!!" Marvus meluru ke arah Farhan dengan laju.

Farhan hanya menghela nafas pendek,dia menghasilkan lembing berwarna biru dan aura mengalir keluar. Farhan terus merejam lembing dengan segera,Marvus mengelak biarpun bergeser pada helmet miliknya lalu dia tercampak.

BOOOMMMM!!!

LETUSAN yang besar terhasil di tempat yang mana lembing itu kena,Marvus berhenti dari bergerak lalu menoleh ke belakang. Marvus kembali memandang ke hadapan,Farhan hanya mendepakan kedua tangan dan lembing yang sama terhasil dengan banyak serta terapung di belakang Farhan.

"Not enough... Here more for you..."






















Sorry guys sbb published then unpublished.

Sebab aku nak betulkan dan tambah sedikit yang kurang,sekarang okay aku dah published for real.

Enjoy your reading!

Please vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top