CHAPTER 85 : COURAGE AND LOVE


Nero dalam keadaan berasap melekat pada dinding gunung,dia sudah hilang kesedaran diri. Intan dan Aqirah muncul di belakangnya,Aminudden menghela nafas pendek.

"Dia dah mati ke?" soal Aqirah.

"Entah..." jawab Aminudden.

"Jangan 'entah' dengan kami.. Pergi la periksa..." ujar Intan mengembungkan pipinya.

Aminudden sekadar mengeluh lalu melompat dan mendarat di hadapannya,dia menoleh ke arahnya pedang milik Nero. Terpacak pada tanah dengan kilat mengalir,nafas dihela kemudian Aminudden cuba ingin mencapai pedang tersebut.

KZZT!!!

"ARGH!!!...."

"Abang!" Intan dan Aqirah segera mendapatkan Aminudden yang terbaring kehangusan.

"Putera okay?" soal Aqirah dan Aminudden segera bangun,dia menyelak rambutnya sambil tersenyum dengan bergaya.

"Saya okay..." ujar Aminudden tersenyum bersinar sebelum kepalanya diketuk oleh Intan.

"Sakit la! Apa masalah kau dik?" soal Aminudden menahan sakit.

"Tak ada apa,cuma jelik dengan muka abang macam tu..." ujar Intan.

Perbalahan Aminudden dengan Intan diperhatikan oleh Ikhwan,Rosette sekadar mendiamkan diri dan memandang ke arah Nero yang tidak sedarkan diri.

"Your nephew really strong..my lord.." kata Rosette tersenyum dan Ikhwan pula tersengih.

"Yeah..." balas Ikhwan pendek.

"Okay sekejap!" Aminudden pula menghentikan perbalahan mereka.

"Apa pula sekarang?" soal Intan dan Aqirah hanya menyengetkan kepalanya.

"Apa kata kita tukar tempat? Ini kisah uncle Han,dia protagonist utama...kenapa kita pulak menyemak..." Aminudden berkata dengan selamba.

"Huh? Brother,you sound weird..." kata Intan pula.

"Yeah... Putera,awak tak makan ubat ke?" soal Aqirah dan Intan menekup mulut,dan Aminudden mengetap gigi.

"Mungkin dari kesan renjatan eletrik tadi buatkan otak abang berhenti berfungsi?" soal Intan tersenyum selamba.

"SHUT YOUR MOUTH UP,YOUNG LADY!!"

Farhan dan Modred masih bertarung,serta keadaan sekitar kawasan hancur berderai akibat dari kesan pertarungan dua pahlawan. Empat bilah pedang bertembung,bunyi yang nyaring terhasil dari pertembungan senjata itu semua.

Farhan dan Modred bergerak laju sambil pedang masing-masing berlaga,bunyi hiruk dan pikuk serta gemaan seperti kaca yang pecah terhasil. Libasan bentuk bersilang X dilepaskan oleh Modred,Farhan pula siap sedia menunggu serangan tersebut. Dua bilah pedangnya bersinar hijau cerah,dia menarik kedua pedangnya ke belakang dengan menumpukan kuasa.

"Tuzeman Dual Sword Arts..." cahaya hijau memanjang ke atas udara,Modred tidak dapat mengagak apakah tindakan Farhan seterusnya.

"DRAGON CLAW SLASH HEAVEN!!"

ZRAASSH!!!

Libasan yang kuat dihayunkan dan meluru laju,mematahkan serangan Modred dengan mudah. Manakala Modred pula tergamam,sebelum dia sedar bakal dilanggar dengan serangan tersebut.

"Celaka!!"

BRAAAMM!!!

Letusan dari letupan berhasil dengan kuat,keadaan bumi bergegar dan Marvus yang merasai daya kuasa itu tersenyum sinis. Habuk tebal berkepul terhasil dan Farhan pula hanya menunggu,habuk serta asap tebal mula menghilang kemudian Modred dalam keadaan keadaan bertahan kelihatan.

"Waa..... It doesn't work..." kata Farhan.

"That's hurt damn it..." Modred menurunkan tangannya,gigi diketap rapat dan aura gelap menyelubungi seluruh tubuhnya.

"Apa? Kuasa kekal meningkat..." ujar Farhan.

"Jaga-jaga Han..." Wyvern memberi amaran.

"Setiap kali kau kata macam tu,aku tak suka.." Farhan tersenyum kelat.

Modred menarik nafas panjang kemudian sekelip mata,sudah berada di hadapan Farhan lalu melibaskan pedangnya. Farhan terkejut dan menahan dengan terkial-kial,tetakan pedang daripada Modred begitu kuat sehinggakan Farhan menahan dengan sedaya-upaya.

"Kau kuat,aku suka dan membuatkan aku nak sangat membunuh kau!!...." kata Modred dengan nada suaranya yang berlainan.

"Kau boleh cuba,tapi kau tidak akan berjaya..." kata. Farhan menolak sedikit ke hadapan.

"MANUSIA BODOH!! AKU AKAN CINCANG TUBUH KAU!!....."

Aura gelap kembali menunjukkan rupa sebenarnya,zirah terhasil dan wajah Modred berubah menjadi hodoh. Farhan terkejut dan tersenyum sinis,lalu dia menolak Modred sedikit ke belakang lalu melompat menjarakkan dirinya.

"Akhirnya kau tunjukkan kuasa kegelapan kau? Aku dah lama tunggu..." kata Farhan mengaktifkan kuasanya,aura hijau kecerahan terhasil.

Rambut Farhan berubah putih kepada hijau cerah,matanya juga berwarna yang sama dan aura hijau kecerahan menyelubungi seluruh tubuhnya.

"Now it's time to get SERIOUS!!" Farhan berteriak di perkataan terakhir,dan auranya semakin bertambah kuat.

"YOU WILL DIE!!" Modred turut menjerit dan mereka berdua meluru ke arah satu sama lain.

TANG!!

KTANG!!

ZRANG!!

Pedang mereka berlaga dengan laju serta deras,angin yang kencang terhasil akibat lagaan pedang. Farhan melibaskan pedang dan ditangkis oleh Modred,pahlawan kegelapan itu menyeret pedangnya ke hadapan lalu cuba memotong Farhan.

Pahlawan Naga itu mendongak dan berundur ke belakang,dia menumpukan kuasa dan bilah bersinar. Farhan segera melibas dan melepaskan gelombang memotong ke arah Modred.

ZTANG!!

"KAU TIDAK MAMPU KALAHKAN AKU!!.." Modred merenung Farhan sebagai pedang mereka bertembung.

KTANG!!

"Ouh REALLY? HMPH!!" Farhan melibas pedangnya,Modred tahan dan terseret ke belakang.

Farhan dan Modred berbalas tangkisan sebaik sahaja mereka kembali rapat,ketika itu pertarungannya diperhatikan oleh Fara dari jauh. Alisa turut bersamanya untuk melindungi Fara jika sesuatu berlaku.

Farhan berundur secara back-flip dan mengangkat kedua pedangnya,ke atas dengan dirapatkan secara menyilang kemudian dia jarakkan gaya separuh bulatan. Sebaik dia lakukan gaya tersebut ,dengan segera sepuluh pedang tersusun terapung muncul di atas kepala Farhan.

"Apa?...." Modred terkejut.

Farhan membetulkan posisi dia dan terus meluru ke arah Modred dengan laju,seiring sepuluh pedang yang terapung terus menujah ke arah Modred juga. Modred menahan serangan pedang terbang,dia kaget apabila Farhan sudah hampir dan melibas dari ke kiri.

Modred mengetap gigi dan menangkis dengan pantas,tetapi satu lagi pedang terbang menyerang dari atas. Modred berundur untuk mengelak,kemudian muncul pedang berpusing secara perlahan di udara kemudian berubah laju lalu menetak ke arahnya.

KTANG!!

KRAAKK!!!

"Kuatnya?!..." Modred mengetap gigi sebalik helmet zirah.

Tetakan pedang terbang membuatkan tanah retak dengan teruk,kaki Modred terbenam pada tanah. Tidak cukup dengan itu muncul dua lagi bilah pedang terbang menetak pedangnya. Makin teruk rekahan pada tanah,tiga lagi bilah pedang terbang menetak dan rekahan semakin teruk.

KRAANGG!!

"T-tak g-ggguna.....terlalu kuat...ergh!!..." Modred tidak dapat mengagak,kekuatan Farhan sebegini kuatnya.

Farhan menghela nafas dan wap keluar dari mulutnya,Modred menyedari sesuatu iaitu Farhan berlari ke arahnya. Tangan Farhan memegang erat Sacred Wing Blade dengan kedua tangannya,Modred mengetap gigi muka bengis.

"Tuzeman Swordplay Arts... SINGLE SWING!!" Farhan menghayunkan pedangnya dengan deras.

"TAK GUNA!!...." Modred menjerit geram.

ZRANGG!!

KRAASHH!!

Letusan yang terhasil dari impak hayunan oleh Farhan berlaku dengan kuat,keadaan sekeliling kawasan bergegar dan Ikhwan merasainya. Dia memandang ke satu arah,manakala Arthur yang bersama Lancelot merasai kuasa Modred lenyap.

"Farhan..." Ikhwan berbisik dan Rosette sekadar mendiamkan diri.

"Modred..." Arthur hanya mampu menundukkan kepala.

"Anak kau pilih jalan tu,kau tak boleh salahkan diri kau..." Lancelot berkata sambil menyentuh bahu Arthur.

Farhan mencacakkan pedang besarnya,dia hanya memerhatikan keadaan tempat serangannya. Asap dan habuk tebal memenuhi permandangannya,Farhan merenung kawasan dipenuhi asap dengan berjaga-jaga.

"Kau memang kuat..." suara Modred yang garau kedengaran,Wyvern tersentak dan Farhan mendiamkan diri.

"Kau mencabar aku manusia?!!..." Modred mengibas tangan dengan kuat,habuk dan asap berterbangan lenyap.

Modred muncul semula dalam keadaan bersarung zirah hitam,aura gelap menyelubungi seluruh zirah dan tubuhnya. Farhan mengangkat semula pedangnya,dia tersentak apabila Modred sudah bergerak di hadapannya.

"Pantas!..." jerit Farhan di dalam hati.

"MATI!!...." Jerit Modred sambil melibas pedangnya.

KRAANNG!!!

Farhan melambung jauh dan terhempas ke tanah,namun Farhan berjaya mengimbang badan dan mendarat dengan selamat. Dia mengangkat kepala dan sekali lagi terkejut,kerana Modred sudah berada di hadapannya sambil ingin menghayunkan pedang.

Farhan mendecih dan pedang terbang menyusur,lalu menujah dan membatalkan serangan mengejut Modred. Tusukan demi tusukan membuatkan Modred berganjak semakin jauh ke belakang,Farhan mengangkat pedangnya dan mengayakan ingin melakukan gaya tusukan.

Nafas dihelakan dan wap keluar,musim sejuk sudah menerjah dan Farhan membesarkan mata lalu meluru ke arah Modred yang dalam mod kuasa kegelapan. Tetakan dilakukan dan pedang Farhan serta Modred bertembung,bunyi nyaring kedengaran dengan begitu kuat sekali.

"Power up huh?!" soal Farhan tersengih.

"Fool! You dare to challenge me? Lord Modred Pendragon?!...." soal Modred pula sambil pandangan dia dan Farhan bertembung.

"Anything dangerous threatening to Mentari,I'll be there and PROTECT!!" Farhan menjawab dan menolak Modred ke belakang.

Modred menjerit kemarahan dan mereka sekali lagi berlaga pedang,tetakan berbalas tetakan dan impak yang kuat membuatkan sekitar kawasan hancur. Fara menyaksikan dengan penuh debaran,risau akan Farhan iaitu suaminya.

TANG!!

TANG!!

ZTANG!!

Modred berang dan kehairanan kerana Farhan semakin kuat,malah setiap kali pedang mereka berlaga dia dapat rasakan kekuatan pemuda itu memberikan tekanan padanya.

"Kenapa?..." soal Modred tidak faham.

KTANG!!

"Bagaimana?..." Tetakannya dapat ditangkis mudah oleh Farhan.

"HOW'S MERE HUMAN LIKE YOU CAN BE THIS STRONG?!!!...." Soal Modred mengetap gigi.

"The answer is simple..." ujar Farhan sambil tersenyum,wajahnya tidak kelihatan.

Modred menghayunkan pedang secara menegak ke bawah,Farhan terus berpecah dan mengepung Modred dalam bentuk bulatan jika dilihat dari atas. Modred tersentak dan Farhan yang menjadi ramai menarik nafas serentak,kemudian serentak dihelakan dengan perlahan.

"Tuzeman Secret Techniques...."

Semua imej bayang klon itu menyerang Modred secara bergilir,serangan Farhan lakukan secara menyilang dengan laju. Sebaik tamat melakukan serangan bayang imej klon akan lenyap. Lebih pantas dari pandangan mata kasar,Modred tidak mampu bergerak dan Farhan yang kembali menjadi seorang terus meluru ke arahnya.

Modred terasa bagaikan akan dibelah oleh cakar seekor naga gergasi,apabila melihat Farhan yang sudah hampir ke arahnya. Pedang katana di dalam genggamannya,hulunya dipegang dan semuanya berlaku dengan pantas.

"DIMENSION WIND BLADE!!"

Farhan bergerak ke belakang Modred dengan sepantas cahaya,Modred tergamam dan Farhan perlahan-lahan menyarung pedangnya. Sebaik hampir seluruhnya pedangnya disarung,Farhan terhenti dan pedangnya menunjukkan sedikit bilahnya.

"Ini penamatnya..."

TAK!!

Sebaik pedang katana sepenuhnya disimpan,dan bunyi pedang disimpan kedengaran zirah Modred hancur serta dia cedera teruk dengan darah memercik. Modred rebah dan tidak mampu bergerak,Farhan menoleh ke arahnya dengan muka yang tenang.

"Its courage and love..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top