CHAPTER 84 : OVERDRIVE BREAKS
Sila dengar muzik bagi bacaan yang penuh penghayatan
BOOMM!!
KZZT..!
KLONG!!
Luqman terseret ke belakang dan menyedari satu kuasa yang amat kuat,dia tersenyum sinis dan memandang askar tengkorak. Kilat mengalir dengan arus yang kuat,kilat keunguan terhasil dan Luqman tersenyum lalu meluru ke arah askar kegelapan Marvus.
"LIGHTNING CRUSH!!"
Luqman sekelip mata sudah berada di belakang askar tengkorak,lenyap dibakar akibat renjatan kilat ungunya. Luqman tersenyum sinis dan sedar puluhan serigala jadian,meluru ke arahnya dan dia sedia untuk serangan susulan.
Namun seseorang muncul melepasinya,dia terkejut apabila orang itu adalah Khaisa dan gadis idol tersebut menarik nafas kemudian menjerit lalu menghasilkan gemaan kuat. Serigala jadian tersebut hancur bagaikan dibakar,Luqman tergamam melihat kehebatan gadis tersebut.
"Inilah kehebatan ahli elit yang diketuai oleh uncle masa di Akademi?" soal Luqman berbisik sendirian.
"Tak silap lagi,tak hairan jika King mengakui kehebatan gadis ini...." ujar Avalon yang berada di dalam tubuh Luqman.
Luqman tersengih dan mengepalkan penumbuk,puluhan askar kegelapan sekali lagi muncul. Kilat keunguan terhasil dengan bunyi nyaring,Luqman menarik tangannya ke belakang lalu dihayunkan ke hadapan.
"WHIP THUNDER BLAST!!"
KZZRTTT!!
BRAAMM!!
Askar kegelapan terus hancur dengan sekelip mata,namun tidak semua dan Luqman terus melompat ke arah batalion askar itu semua. Luqman mengalirkan kilat ungu pada kaki,dia mengetap gigi dan terus menyerang tanpa henti.
"THUNDER RAPID KICK!!"
KZZT!!
KZZT!!
KRAASSH!!
Khaisa memerhatikan Luqman yang melompat-lompat sambil menghancurkan askar pihak musuh,seketika di udara Khaisa menyedari Luqman berhenti sejenak. Kilat semakin bersinar dan Luqman mengetap gigi,mengumpulkan kuasanya dan sebaik sahaja yakin sudah cukup dengan segera Luqman terbang tinggi.
Khaisa tidak faham akan tindakan anak saudara seniornya,Luqman berhenti di ruang udara yang tinggi. Dia menjunam ke bawah dengan laju,Khaisa sedar dan terus melompat ke belakang dengan segera.
"THUNDER METEORITE..!!"
Luqman menjulurkan kakinya dan menjunam umpama meteor,kilatnya mengalir di seluruh kakinya dan menjunam dengan laju.
"SINGLE BREAKS!!"
BRAAMM!!!
Cahaya kilat keunguan menerangi seluruh kawasan,memaksa Khaisa menghadang matanya dengan lengan. Sebaik sahaja cahaya yang terang itu lenyap,Khaisa menurunkan lengannya dan terkejut kemudiannya. Khaisa terkejut kerana di hadapannya ada kawah gergasi,umpama meteor menghempas bumi dan di tengah-tengahnya ada seseorang baru sahaja berdiri.
"I guess I overdid.." ujar Luqman menyedari apa yang terjadi pada sekitar kawasan.
"This kid... Really is something.." ujar Khaisa pula.
Pada masa yang sama Aminudden bertembung dengan Nero,seluruh kawasan rosak dengan teruk. Perlawanan mereka berlaku dengan begitu lama,tinju dan senjata mereka bertembung serta berlaga.
BOKK!!
KTANG!!
PAKK!!
KTANG!!
DUSSH!!
Nero menarik pedangnya dan melibas secara melintang,Aminudden menunduk ke belakang mengelak dengan segera. Tangannya didepakan kedua-duanya,Nero hanya menunggu serangan susulan pemuda itu.
Aminudden menarik nafas dan mulutnya dingangakan,kemudian dia katup dan pipinya dikembungkan. Nero kehairanan tidak dapat mengagak apa yang ingin dilakukan oleh Aminudden,penumbuknya dikepalkan dan Aminudden terus menyembur api marak keluar dari mulutnya.
"FLAME ROAR!!"
Nero mengetap gigi dan mengelak ke sebelah kiri,dia mengecas kilat pada pedangnya lalu melakukan serangan balas. Aminudden turut mengelak dengan membengkok badan ke belakang,kemudian dia back-flip berulang-kali sebelum terseret jauh dan melibas tembakan apinya.
"Hmph!! Too easy!" Nero mengejek sambil memotong gelombang libasan Aminudden.
"Ouh yeah?" soal Aminudden sudah berada dekat pada Nero.
Nero tergamam sebelum penumbuk Aminudden hinggap di mukanya yang disarung zirah,tindakan Aminudden menyebabkan Nero terdongak dan berundur tanpa sengaja ke belakang beberapa langkah serta menekup zirahnya memandang Aminudden dengan renungan tajam.
"Shoot...kau bertuah sebab pakai zirah..." ujar Aminudden.
Nero tidak suka mengakuinya,tetapi apa yang dikatakan Aminudden ada benarnya dan dia mengalirkan arus kilat pada seluruh tubuhnya. Aminudden kehairanan sebelum tumbukan Nero tepat mengenai perutnya,lalu Aminudden tercampak jauh dan Nero menghalakan tangan ke hadapan.
"Mati..." ujar Nero dengan dingin.
"Huh?" Aminudden memandang ke arah perutnya,lambang milik Nero ada pada perutnya dan bersinar.
"LIGHTNING CRUSH!!"
"This must be hurt..."
BRAAMM!!!
Letupan kuat berlaku dan gegaran kuat dirasai oleh Luqman,dia memandang ke arah di mana daya kuasa milik adiknya berada.
"Jangan mati dik..." ujar Luqman.
Nero hanya memerhatikan kawasan letupan,renungan dingin yang tajam jelas kelihatan dari sebalik zirah topengnya. Dia memalingkan tubuhnya dan menghela nafas pendek,langkah diorak dan ingin beredar namun daya bunuh yang kuat terasa dengan begitu deras.
"Perasaan apa ni?" soal Rosette pada masa itu bersama Ikhwan.
"Give them hell.." kata Ikhwan pula dan Rosette kehairanan.
Nero tergamam melihat keadaan itu,aura kuat keluar daripada tubuh Aminudden. Mata Aminudden bersinar dari sebalik mukanya yang ditutupi kegelapan,Nero berundur dua langkah ke belakang dan dia sedar sesuatu.
"Kenapa aku menggigil?" soal Nero melihat tangannya yang bergetar.
Aminudden dalam keadaan tubuhnya membongkok dan pedangnya yang berpuluh itu lenyap,tangannya dikuak dan jari-jemarinya digayakan dalam gaya ingin mencakar. Nero menarik nafas dalam-dalam,dia menghunuskan pedangnya yang mengalir arus kilat.
"AKU SALAH SATU SEVEN DARK KNIGHT,TAKUT DENGAN BUDAK MENTAH?!!" Jerit Nero geram.
Suasana tegang dan kawasan di situ bagaikan menjadi sunyi,Intan dan Aqirah memerhatikan keadaan itu dengan penuh kejutan. Intan bagaikan tidak percaya melihat aura abangnya,kerana ini adalah kali pertama Aminudden tunjukkannya.
"Putera macam hilang kawalan.." ujar Aqirah.
"Apa?" soal Intan terkejut.
DUSH!!
"URGH!!" Nero tersentak apabila Aminudden bergerak pantas,serta penumbuknya hinggap pada perutnya.
Aminudden mencengkam muka Nero yang disebalik zirah,lalu hempas ke tanah dan Aminudden melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada Nero.
"ARGH!!"
DUSH!! DUSH!!
DUSH!! DUSH!!
"GET LOST!!"
Nero menjerit dan seiring kuasanya meletus,Aminudden yang sedang berada dalam hilang kawalan terseret berundur ke belakang. Pada masa itu Aminudden berhenti bergerak,Nero bangkit dan menarik nafas panjang.
Nero mengaktifkan kuasanya dan seluruh tubuhnya diselubungi aura kilat,dia yakin mampu menang dan kalahkan Aminudden. Namun Aminudden yang bagaikan hilang kawalan,berdiri tegak dan aura yang menyelubungi seluruh tubuhnya kembali memasuki badannya semula.
"Ahhh... Refreshing,almost lost control..." ujar Aminudden.
"Apa?" Nero kehairanan,kerana aura yang menakutkan hilang dari pandangan matanya.
"Lets go to the final round..." kata Aminudden melagakan penumbuknya.
"Its no use,without that power you will never defeat me..." ujar Nero dan Aminudden membesarkan matanya.
Nero tersentak apabila Aminudden sudah berada di sebelah kirinya,dalam posisi gaya bertinju dan dihayunkan penumbuknya. Tepat mengenai zirah bahagian pipi,akibat tumbukan daripada Aminudden menyebabkan Nero tercampak ke kanan lalu melekat pokok gergasi.
"Gahakk!!" Nero muntah darah dan belum sempat dia melakukan apa-apa tindakan,Aminudden sudah rapat padanya dan ingin melakukan serangan susulan.
Zirah Nero retak dan hancur,dia mengetap giginya manakala Aminudden sudah melancarkan serangan tumbukan tinju secara bertubi-tubi.
"EAT THIS DEMON!!"
DUSH!! DUSH!!
DUSH!! DUSH!!
DUSSH!!
Tumbukan tinju yang tidak terkira dilepaskan,zirah keramat milik Nero semakin lama ia menerima tumbukan bertubi-tubi itu menjadi mereka. Aminudden tetap meneruskan tumbukannya,lengan,bahu,dada dan seluruh tubuh dihujani ribuan penumbuk.
Akhirnya zirah milik Nero hancur,namun Aminudden langsung tidak mahu berhenti. Tumbukannya umpama meriam gatling yang menembak tanpa henti,dia sedar harus memberi penamat dan menarik penumbuknya ke belakang. Api marak pada penumbuk pada tangan kanan,Nero sedar tindakan Aminudden tetapi dia tidak mampu melakukan pergerakan kerana sudah menahan kesakitan.
"OVERDRIVE BREAKS!!"
Tumbukan penamat diberikan,tepat mengenai perut Nero. Pahlawan kegelapan itu tercampak umpama peluru,dia merempuh puluhan pokok sebelum melekat pada dinding gunung.
"Apa tu?" soal Aqirah terkejut dengan serangan Aminudden,Intan tidak mampu menjawab.
"Itu ialah Overdrive Breaks...serangan yang basic dari Thousand Fist uncle.." ujar Ikhwan yang muncul dengan tiba-tiba,Rosette turut bersamanya.
"Uncle!"
Aminudden masih dalam gaya penumbuk terakhir,dia termengah-mengah dan menarik tangannya kemudian berdiri tegak. Aminudden membuka mulut dan terus bersila,sambil menghela nafas sekuat hati.
"Kebas tangan aku!!"
Hey guys I'm back
But still not in the mood
Idk why
But please give me ur support
For me to recover my spirit
Please vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top