CHAPTER 79 : QATARIZ VS LANCELOT Part 1
TANG!!
KTANG!!
Qatariz terseret ke belakang,dia tersengih memandang Lancelot meluru ke arahnya. Pedangnya dilibas ke arah Qatariz,dan pemuda berambut putih mengepalkan penumbuknya.
"What a persistent foe..." Qatariz menarik keluar kerambit,lantas sekali lagi tetakan mereka bertembung.
TANG!!
TANG!!
Dia menumbuk bilah pedang Lancelot,dan pedang milik Lancelot berubah arah. Saat itu Qatariz tersenyum sinis dan api merah darah menyala dengan marak,lalu tumbukan padu dilepaskan tepat mengenai muka Lancelot yang tidak berperasaan itu.
"Ada lagi,RODEO DRIVE!!" Qatariz menumbuk dagu Lancelot sehingga melambung bersama ke udara.
Lancelot hanya dengan reaksi dingin melemparkan senjatanya,lalu tangan Qatariz dicengkam dan menghempas Qatariz ke tanah.
"Ouhoo now he's know how to fighting in close combat?" soal Qatariz sebelum mengelak tujahan kaki Lancelot.
PRAK!!
KRAAK!!
Qatariz didesak namun dia tidak menunjukkan tanda terdesak,lantas lengan Lancelot ditumbuk dan muka Lancelot pula dihadiahkan satu penumbuk padu. Tumbukan padu daripada Qatariz,membuatkan Lancelot terpelanting merempuh dinding gunung.
"Not yet!!"
Api merah darah menyala di tangannya,Qatariz menembak bagaikan tembakan laser keluar dari tangan berulang-kali. Letupan berlaku dengan teruk,Lancelot bangkit dengan kuasa penuh dan meluru ke arah Qatariz.
"Bring it on!!"
DUSHH!!
DASHH!!
DUSHH!!
Tumbukan mereka berdua berlaga,dan tanah merekah dengan teruk. Sehingga terjadi bentuk bagaikan kawah semakin lama semakin membesar,namun tiada tanda mereka ingin berhenti. Qatariz melibas kaki begitu juga Lancelot,dan sekali lagi mereka berlaga tinju.
"Biarpun dikawal,dia tetap hebat!.."
Qatariz berkata di dalam hati,kemudian dia berpusing ke atas dan tumbukan Lancelot tersasar. Pada masa itu Qatariz menggunakan kesempatan menghentam Lancelot sehingga terbenam ke tanah sehingga meretak dengan teruk.
"Hup!" Qatariz mendarat tidak jauh dari tempat Lancelot dibenam,tidak mengikut apa yang Qatariz rancangkan kerana Lancelot bangkit semula.
"Tentulah,Seven Deadly Knights..." ujar Qatariz mengangkat bahu.
Lancelot bangun membelakangkan Qatariz,dan pemuda berambut putih memasang kekuda. Lancelot menarik nafas panjang kemudian dihelakan secara teratur. Qatariz bersiap sedia namun dia tersentak,sebelum Lancelot dengan pantas menghentak kepala sehingga menghempas tanah.
Lancelot tidak membuang masa,lalu dia melepaskan pukulan bertubi-tubi sehingga tanah hancur. Qatariz menerima pukulan yang teruk,dia mengetap gigi dan darah mula mengalir keluar.
Dia tidak mahu Lancelot terus menerus mendesaknya,dia mengepalkan penumbuknya dan Lancelot sedar serta menghentikan tumbukannya. Lancelot dengan pantas bergerak ke belakang menjauhkan diri,dia merasakan sesuatu dan tanpa sempat Lancelot bertindak dengan pantas satu tumbukan mengenai muka Lancelot.
DUUUSSH!!
PRAAAKK!!
Lancelot berguling beberapa kali sebelum berhenti,lalu menghempas bekas runtuhan tanah. Habuk tebal terhasil dan Lancelot bangkit,dia berjalan sambil mengesat darah pada hidungnya.
"Good,you still alive.. Can we continue?" soal Qatariz meregangkan kedua tangannya.
"You not human aren't you?...." soal Lancelot dengan tiba-tiba sahaja bersuara.
"Woo kau boleh bercakap? Ingat bisu ke apa...lagi satu aku sememangnya manusia..." jelas Qatariz.
"Lebih kepada demi-dragon..." jelas Lancelot tanpa reaksi.
"So what?" soal Qatariz sedikit bengang.
"Tak.. Tak.. Tak sesuai.." ujar Lancelot menekup mukanya,Qatariz kehairanan dan senyuman sinis terukir.
"Faker..."
Sebaik mendengar perkataan itu,Qatariz melompat menghayunkan penumbuk dan Lancelot menahan. Impak angin yang bertiup kencang,akibat tumbukan Qatariz yang ditahan oleh Lancelot.
"Kau memang nak mati ya?" ujar Qatariz geram.
"Kau bukan Ikhwan Syah,jadi tak payah nak ugut aku.." Lancelot berkata sambil mengejek.
Qatariz menghela nafas dan Lancelot tersenyum sinis,dia ingin mengambil kesempatan namun Qatariz mengilas dan satu penumbuk tepat mengenai mukanya sehingga terpelanting jauh.
"WOI IKHWAN!! BOLEH AKU BUNUH DIA?!" Soal Qatariz melaungkan soalan.
"Huh? Hmph!" Ikhwan yang sedang berlawan dengan Arthur,menahan tetakan pedang Arthur kemudian dia menoleh ke arah Qatariz.
"Jangan kau buat sesuka hati,aku perlukan mereka..." jawab Ikhwan dan Qatariz menghela nafas pendek.
"Dah tu yang kau sibuk lawan Arthur tu pehal?!!" Qatariz tidak puas hati.
"Just do your job.." kata Ikhwan mengeluh dan Qatariz mendecih.
Ikhwan yang sedang menahan serangan bertalu-talu Arthur,menepis dan tangkis sehinggakan libasan pedang Arthur membelok ke arah lain.
"Sorry Arthur,aku ingat nak bermain-main lagi tapi..." ujar Ikhwan menangkap tangan Arthur,kemudian kepala pahlawan kegelapan itu dihempas ke tanah.
"Pure Blaze,Purification Flame.."
ZWOOSHH!!
ZRAASSH!!
Ikhwan mengaktifkan teknik penyucian api,tiang api yang sangat besar diselangi jeritan Arthur dan aura berbentuk seperti raksasa bertanduk keluar dari tubuh Arthur.
"QATARIZ!" Ikhwan memberi isyarat dan Qatariz tersengih.
Qatariz melompat ke arah bayangan raksasa tersebut,sambil terbang ke udara dan dihalakan tangan pada raksasa bayang itu. Cahaya merah menyelubungi tubuh raksasa itu,membuatkan raksasa itu tubuhnya dikunci.
"Salah satu raksasa Marvus? Heh! Your mine!!" ujar Qatariz melibas pedang dan raksasa bayang itu terbelah dua.
"Apa yang berlaku?" soal Arthur sebaik sedar,dia memandang ke arah Ikhwan.
"Iskandar? No,your power more stronger than him..." kata Arthur masih agak bingung.
"The name is Ikhwan Syah Al'Solleh dan ini my brutal twin,Qatariz Syah Al'Solleh.." ujar Ikhwan tersenyum selamba.
"Oi agak-agak la.." Qatariz bengang dengan usikan Ikhwan.
"Apa yang berlaku?" soal Arthur bangun.
Sebelum sempat Ikhwan dan Qatariz ingin menjelaskan,aura kuat dengan daya bunuh terasa. Ikhwan,Qatariz dan Arthur serentak menoleh. Lancelot dengan pandangan bengis,mengeluarkan aura membunuhnya.
"Lancelot?" soal Arthur terkejut.
"Dia dengan tuan dirasuk oleh raksasa Marvus..." jelas Ikhwan.
"Tapi kali ni,nampak dia sendiri mengawal raksasa dalam badannya.." kata Arthur pula.
"Tahu sesuatu?" soal Qatariz.
"Kebencian Lancelot pada umat manusia yang menganggap kami ni raksasa sudah di racun..." jelas Arthur lagi.
"Teruk ke?" soal Qatariz lagi.
"Memang teruk..." kata Ikhwan dengan selamba.
Qatariz tersengih licik dan berjalan ke hadapan,Ikhwan dan Arthur kehairanan dengan tindakannya. Qatariz menunduk ke bawah,matanya tersembunyi dari sebelah rambutnya.
"This make my blood boiled literally..."
FARHAN AL'TUZEMAN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top