CHAPTER 76 : TAUFEQ VS IRFIT
Taufeq berlari ke arah tentera tengkorak berzirah,dia tersengih menyeru dua senjata sebilah pedang pendek. Kilat mengalir dan berlari sepantas cahaya menghancurkan tentera tengkorak dengan sekali libasan sahaja.
ZRAKK!!
ZRASSH!!
Taufeq memotong musuh tanpa sebarang masalah,sedar sesuatu dia baling ke satu arah dan tepat mengenai mata ogre gergasi sebesar gajah. Taufeq mengeluarkan dua pucuk pistol,lantas dia mengacukan ke arah ogre yang menjerit kesakitan.
"Ayoo menembak!!"
BAMM!!
BLAM!!
BAMM!!
Ogre itu badannya berlubang dan hancur bagai menjadi debu,ditiup angin lalu hancur. Taufeq memusingkan pistolnya sebelum menembak askar tengkorak yang cuba menyerang hendap dari belakang.
"Nak serang hendap? Heh!" ujar Taufeq menukar peluru dengan pantas,lalu diacukan pada satu arah.
Puluhan askar tengkorak meluru ke arahnya,Taufeq tersenyum sinis dan dari pandangan kaca mata hitamnya salah seekor sudah melompat ke arahnya.
"Lets rock!!"
BLAM!!
BLAM!!
BAMM!!
Seluruh askar tengkorak hancur menjadi debu,Taufeq menyedari sesuatu dan puluhan lembing menyerang dari atas langit. Taufeq terus bergerak ke belakang,berundur terbalik sambil menembak lembing yang menyerangnya.
"HAHAHAHA!!"
Suara orang ketawa dengan kuat kedengaran,Irfit muncul dengan mengejut dan menyerang Taufeq. Rupa-rupanya Irfit yang membaling lembing tersebut,Taufeq mendecih lalu menyimpan pistol dan menarik keluar pedang katana.
TANG!!
"Hello mangsa aku..hahahaha..!!" jerit Irfit bagaikan menjadi orang gila,ataupun sudah gila?
Taufeq yang menahan senjatanya hanya terkebil-kebil,lantas ditolak Irfit ke belakang dan dia mendesak Irfit dengan libasan kilatnya. Irfit terseret ke belakang menahan serangan berarus kilat itu,dia mengangkat tangan ke atas.
Irfit tersengih besar dengan teruja,air mukanya penuh dengan kekejian. Bebola hitam dari kecil menjadi besar,Taufeq bersiap-sedia menunggu serangan daripada Irfit.
"Single Sword Art..." pedang jenis katana ditegakkan,Irfit menjerit sebelum membaling bebola hitam ke arahnya.
"NEGATIVE BURST!!"
Taufeq menarik nafas dan pegangan pedang digenggam erat,sebaik nafas dihelakan secara teratur dan masa berjalan bagaikan menjadi amat perlahan. Pedangnya dihunus dan dihayunkan,sekelip mata bebola hitam terbelah dua melepasi Taufeq dan melanggar askar tengkorak yang banyak itu.
BRAAAMMM!!!
"APA?!!" Irfit bagaikan tidak percaya..
"Oi apa la serang pihak sendiri,kau buta ke pe?" soal Taufeq selamba dan Irfit mengetap gigi kegeraman.
"SHUT YOU FUCK UP!!" Jerit Irfit meluru ke arahnya dengan laju.
"Mind your language bro...oh lupa orang jahat apa fikir..?" kata Taufeq selamba sebelum menahan tetakan lembing Irfit.
KTANGG!!
"I'll kill you bastard!!" kata Irfit marah.
"Sorry that will never happen..." jawab Taufeq yakin.
TANGG!!
Pedang dan lembing terpisah sebaik Taufeq menolak Irfit ke belakang,Irfit tidak percaya masih ada pahlawan dari negara Mentari yang handal selain Ikhwan serta yang lain.
TANG!!
TANG!!
"Sial kau,mati! Mati!! Matilah kau!!" jerit Irfit menujah lembing dan ditangkis oleh Taufeq.
"Kenapa kau marah sangat? Lagi satu kenapa kau menyanyi?" soal Taufeq selamba.
"SIAPA KATA AKU NYANYI CELAKA?!!!" Jerit Irfit sakit hati.
Taufeq menujah ke hadapan,dia menjadi hujung pedangnya sebagai alat menujah perut Irfit. Demon berambut putih terpelanting jauh,bergolek pada tanah sebelum terapung dan bergolek pada tanah lagi sebelum merempuh dinding batu gunung.
"Err.. Did I overreact?" soal Taufeq sendirian.
"ARGH!!..." Irfit menjerit sambil menerbangkan batu-batu yang menimbuskannya.
Irfit mengetap gigi dan taringnya jelas kelihatan,tangannya dikepal kuat dan menumbuk satu persatu batu-batan yang terjatuh.
"Mampuslah kau!!"
BRAM!!
BRAM!!
"Ohoo.. Dia dah marah,demon memang menakutkan!" kata Taufeq menarik pedangnya dari sarung,air muka Taufeq menjadi serius dan dia melihat gerakan batu itu begitu perlahan.
"Tapi..."
ZRANG!
ZRING!!
ZRAMM!!
"Pedang aku amat tajam tahu?" kata Taufeq tersengih.
Libasan demi libasan membelah batu-batu yang ingin merempuh Taufeq,Irfit tergamam dan meningkatkan kuasanya. Aura gelap menyelubungi seluruh tubuhnya,dia tidak akan mengaku kalah dengan mudah pada manusia.
"Manusia angkuh!!" jerit Irfit.
Melihat keadaan Irfit membuatkan Taufeq menggosok belakang kepala,dia menghela nafas pendek kemudian mengangkat pedang ke arah langit. Awan menjadi gelap dan Irfit terkejut,Farhan yang sedang berlawan dengan Modred terkejut kemudian dia tersengih.
"Nature is my friend...clouds float into sky,in the name of Thunder..I summon you,defeat our enemy! THUNDER BLAST!!"
KZZTT..!!
TUUSH!!
KRASHH!!
Kilat memancar dari langit hitam menghapuskan para ribuan askar tengkorak,Irfit mengaktifkan perisai sfera manakala serangan kilat langsung tidak mampu menyentuh Marvus.
"This human...really make my blood boiled literally!!" Irfit meluru ke arah Taufeq,lembing berubah menjadi sabit dan melibas ke arah Taufeq.
"Come!" Taufeq turut meluru ke arah Irfit.
KTANG!!
KTASS!!
TANGG!!
Dua senjata berlaga dengan kelajuan maksima,hayunan tangan masing-masing begitu pantas sehingga bilah pedang langsung tidak kelihatan oleh mata kasar.
"Kau memang musuh yang menarik,jika kau mati di tangan aku..ia satu kemenangan yang berharga bagi aku!!" kata Irtit menghayunkan sabitnya,Taufeq dengan segera menarik keluar sesuatu.
ZRASH!!
Luka menyerong di atas dada Irfit dan membuatkan dia terbeku sejenak,Taufeq sekadar memusingkan pedang pendek miliknya dan membuang darah Irfit ke tanah. Irfit berundur ke belakang beberapa langkah,dia memandang luka dan mengetap gigi.
"Aku dicederakan oleh manusia?!! Sial kau!!" Irfit meluru ke arah Taufeq dengan laju,manakala Taufeq sudah bersiap-sedia untuk serangan susulan.
Namun dengan tiba-tiba Irfit hilang dari pandangan matanya,bagaikan dia warp ke tempat lain dengan sekelip mata. Taufeq mula bingung dan menggosok belakang kepala,dia terkebil-kebil melihat kejadian itu lalu mengangkat bahu.
"Argh!" Irfit terkejut apabila dia berada di tempat lain,lagi terkejut apabila Marvus berdiri di hadapannya.
"Tuan?" soal Irfit dan Marvus menghampirinya,lalu menyentuh dada Irfit.
Luka pada Irfit telah sembuh dengan sekelip mata,Marvus kembali ke arah tempat duduknya. Manakala di sekitar kawasan seperti monitor yang banyak di mana menunjukkan tempat peperangan berlaku.
"Apa yang tuan buat ni? Kenapa bawa saya balik semula ke sini?" soal Irfit tidak puas hati.
"Bertenang Irfit aku perlukan kau di sini..." kata Marvus lembut.
"Tapi tuan..."
"Kau berani persoalkan aku?"
"Tidak tuan..."
"Jadi setia bersama aku di sini..."
Irfit hanya mampu mendiamkan diri,dia tidak berani melawan dan berdiri tegak di hadapan Marvus. Pada masa yang sama,Taufeq menggaru-garu kepalanya.
"Ah come on,part menarik baru je nak bermula..." kata Taufeq merungut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top