CHAPTER 72 : CHAOS LEGION
PAK!!
PAKK!!
ROSETTE terpelanting jauh berpusing,dia kembali mengimbangkan badan. Lantas dia mendongak dan merenung ke arah Luqman,dia mendecih dan terus menjerit lalu melompat serta meluru ke arah Luqman.
BAKK!!
PAKK!!
Rosette menumbuk dan Luqman menepis dengan mudah,pergelangan Rosette ditangkap dan satu tolakan deras mengenai perut Rosette. Saat Rosette menahan sakit,Luqman meneruskan serangan kombo dengan pantas.
Rosette menerima seratus pukulan daripada Luqman,kali ini Rosette dipukul teruk oleh Luqman yang melepaskan kuasa sebenarnya. Namun Rosette mengetap gigi dan mengaktifkan kuasanya,seluruh kawasan menjadi retak dan terbenam.
"AHH...!!!!" Rosette ternyata dia hilang sabar,Luqman pula hanya memerhatikan dari jauh sambil mengesat darah pada bibir.
Renungan Luqman membuatkan Rosette teringatkan akan seseorang,air muka Rosette berubah menjadi bengis dan meluat. Kuasanya diletuskan dan terus meluru ke arah Luqman,dia menghayun penumbuk dan Luqman turut berbuat demikian.
DUSHH!!
BRAAMM...!!!!
Sebaik dua penumbuk itu berlaga,letusan kuat berlaku dan butiran debu-debu tanah terapung. Rosette menghayunkan penumbuk dengan kelajuan yang pantas,Luqman mengalirkan arus kilat ungu dan menyambut tumbukan pantas daripada Rosette.
DUSH!!
DUSH!!
BAKK CHI!!
PRAKK!!
Rosette bagai tidak percaya seorang budak yang sedang dia lawan,mampu menyaingi kepantasannya dan kekuatan Luqman semakin lama semakin bertambah. Apatah lagi dengan kelajuannya,Luqman mula bosan dan terus menepis kedua tumbukan Rosette sehingga membuatkan perempuan itu terangkat ke atas tangannya.
"Ha...." Luqman menghalakan tapak tangan ke arah perut Rosette.
"Alamak..." Rosette tidak sempat menurunkan tangannya.
"HEK!!" Luqman terus mengepalkan penumbuk,dan Rosette terpelanting jauh merempuh pokok hutan.
Perlawanan itu disaksikan oleh Modred dan dia hanya mampu mendecih,kerana dia sedang bertempur dengan Farhan. Pedang mereka berlaga,kali ini Farhan cuma menggunakan sebilah sahaja.
"Kenapa cuma sebilah sahaja? Kau dah puas hidup?" soal Modred sinis.
"Nah,ia cara aku...hmph!!" Farhan melibas pedang,Modred menahan namun dia terkejut kerana libasan Farhan membuatkan dia tercampak ke belakang.
Modred membesarkan matanya,dia terkejut dengan apa yang Farhan lakukan. Modred tidak mahu menerimanya,lalu dia terus meluru ke arah Farhan.
TANG!
KTANG!!
ZWING!!
Farhan dan Modred berlaga pedang,mata mereka berbalas renungan. Farhan tersenyum sinis dan Modred turut membalas senyumannya,mereka berdua menambahkan kelajuan pada hayunan pedang masing-masing.
TANG!!
"This time you will die by my sword!!" ujar Modred.
KTANG!!
"Ouh... Yeah? Hmph!!" Farhan menepis dan melibas,Modred menahan sehingga tercampak ke belakang.
"Sorry,but I don't think so..." kata Farhan memusingkan pedangnya,Modred mendecih dan terus meluru ke arah Farhan.
"DIE!!" Jerit Modred.
"I REFUSE!!" balas Farhan turut menjerit.
Tetakan demi tetakan daripada Modred ditangkis oleh Farhan tanpa sebarang masalah,Modred tergamam dia diasak oleh pemedang sebilah pedang. Pada mulanya dia mendesak,kali ini dia pula didesak.
TANG!!
KTANG!!
ZRANG!!
Modred langsung tidak mampu mendesak Farhan,biarpun dengan dua bilah pedang dia tidak mampu menyaingi Farhan.
Apa yang berlaku?
Modred tertanya bagaimana orang yang dia kalahkan,dapat menyainginya pula pada waktu ini?
"Kau mesti tertanya bukan..." ujar Farhan sewaktu pedang mereka berlaga.
"Apa kau cakap?!" Modred kegeraman.
TANG!!
"Aku tak akan kalah buat kali kedua..!!" kata Farhan menetak pedangnya,Modred terkejut lalu menahan dan sebaik tetakan Farhan mengena.
Modred jatuh terhempas ke bumi,umpama roket dan impak jatuh ke bumi pula umpama kesan meteor. Modred menahan sakit dan terkial-kial bangkit,dia mendongak dan Farhan sudah siap sedia melakukan serangan seterusnya.
Dragon Killer melibas cakarnya,Ikhwan mengelak dan Aminudden menyalakan api pada penumbuknya.
"FIRE RAGE!!"
BOOM..!!
Dragon Killer tergerak ke belakang,akibat penumbuk daripada Aminudden. Namun gerakan Aminudden tidak berhenti di situ,lantas tangan dihalakan ke udara kedua-duanya. Bebola api gergasi terhasil dan Ikhwan memerhatikan dari tepi.
"Apa pula yang budak tu nak buat?" soal Ikhwan.
"OREAH!!" Aminudden membaling bebola api yang besar ke arar naga tersebut.
Dragon Killer memerhatikan bebola api yang besar itu,Dragon Killer menahan serangan tersebut. Ikhwan hanya menghela nafas,dia tidak hairan namun Aminudden tersengih. Bebola api gergasi terus mengecil,tepat berada di perut naganya.
"Eh?" Ikhwan tersengih terkejut.
"EAT THIS DAMN IT!!" Aminudden muncul sepantas kilat,lalu menolak api sfera ke perut naga.
ZRAANGG!!!
BRAAMMM..!!!
"ROAARR..!!" Dragon menjerit kesakitan sebelum terpelanting merempuh gunung-ganang berhampiran.
Aminudden menghenjut penumbuknya selepas berjaya menjatuhkan naga tersebut,Ikhwan menghampirinya dengan muka penuh terkejut kerana Aminudden mengubahsuai gaya serangan Sun Destroyer.
"Wow...that something.." ujar Ikhwan.
"How's about that uncle?!" soal Aminudden tersengih menunjukkan gaya 'peace' dengan bangga.
"Heh,I'll give 100..." ujar Ikhwan dan berlaga penumbuk dengan Aminudden,pada masa yang sama Ikhwan mengesan satu daya kuasa.
"Kenapa uncle?" soal Aminudden.
Ikhwan belum sempat menjawab soalan anak saudaranya,naga ganas mengaum sekuat hati dan Aminudden tersengih
"Nampaknya tak berkesan sangat..." ujar Aminudden menggaru kepalanya.
"Cukup bercakap...kita kena selesaikan makhluk tak cukup umur ni dulu..." balas Ikhwan dan naga itu melibaskan cakarannya,mereka berdua mengelak.
"Tak cukup umur eh?" Aminudden tersengih dengan gurauan bapa saudaranya.
TANG!!
Galahad berlaga senjata dengan Arjuma,mereka berdua bertarung tidak jauh dari tempat Ikhwan berada.
Marvus berdiri di atas bulatan magis gelap,dia mula mengangkat tangan ke arah udara. Sambil diperhatikan Echidna dan Nero,Lancelot dan Arthur tidak memberikan sebarang reaksi.
Marvus menghalakan kedua tangannya ke hadapan,bulatan magis gelap berwarna hitam keunguan terhasil. Aura yang kuat mula jelas dirasai,Irfit hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan dari tepi.
From the dust into the bone..
From the light into the light...
Hear my call..
Wisdom of the darkness
Knowledge of Lucifer...
Hear my command..
Suasana menjadi sunyi dan roh-roh kegelapan terbang di sekeliling kawasan,Echidna menelan air liur dan Nero sekadar memeluk tubuh. Marvus kekal membaca mantera memanggil tentera kegelapan,yang terkubur beribu tahun jauh ke dalam pelusuk kejahatan.
This is your new commander..
I summon you!!
Legion of Hell!!
Sebaik sahaja Marvus menamatkan bacaannya,dia menepuk tangan dengan sekuat hati. Roh-roh yang berterbangan terus disedut ke satu lohong,suasana menjadi sunyi dan sepi. Echidna dan Irfit berbalas pandangan,Nero hanya menjeling ke arah Arthur dan Lancelot.
BRAAMM!!
Letusan berlaku dan Echidna mula terasa sesuatu,dia memandang ke satu tempat tidak jauh daripada mereka berada. Tanah mula bergegar dan sunyi semula,Echidna kehairanan dan Nero sekadar mendiamkan diri. Tidak lama lepas itu tangan tengkorak keluar dari tanah,Echidna menjerit dan Nero terkejut.
"Eekk!! Apa benda tu?!" ujar Echidna bersembunyi di belakang Irfit.
"Oi,kau pahlawan kegelapan.. Takkan takut benda macam ni?" sindir Irfit.
"Saya masih seorang perempuan okay?" balas Echidna geram.
Pada awalnya hanya seekor skeleton berzirah,kemudian muncul lagi seekor sehingga beribu jumlahnya. Marvus memerhatikan semua skeleton itu dengan tersenyum,askar tengkorak itu berhimpun di hadapan
Marvus dan melutut padanya. Marvus hanya tersenyum sinis,dan melangkah ke hadapan ke arah askar itu semua.
"Awake and Rise,CHAOS LEGION!!"
Hey guys sorry lambat update
Sebab author kurang sihat,nak mengarang memang x dpt.
Writer block?
No. No..
Only for certain Novel
Aku rasa korang dah tahu kan mana yang writer block kan...
Kay
Keep support you guys.
Love you..
Sickness Author
Wanzeneth
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top