CHAPTER 62 : I'M FASTER THAN YOU
Farhan memasuki bilik pejabat Ikhwan,kelihatan Aminudden dan Alia serta Hikari terlena. Hikari pula berbantalkan bahu Aminudden,Alia pula berbantalkan riba Aminudden. Fara pula matanya bersinar-sinar dan segera mengambil gambar mereka bertiga,Farhan pula hanya tersenyum dan Ikhwan serta Alisa sekadar ketawa kecil.
"So sweet..." kata Fara sambil memegang sebelah pipinya.
"Apa diorang buat di sini?" soal Farhan sambil duduk di hadapan meja Ikhwan.
"Semalam Am tak balik,buat paperwork dengan aku..so stayback la malam-malam..." kata Ikhwan.
"Tak nak bangunkan diorang ke?" soal Fara memandang ke arah Ikhwan.
"Biarkan mereka rehat,kan bang?" Alisa membalas.
"Ya..biar diorang rehat..lagipun aku nak rehat gak..paper work banyak sangat.." keluh Ikhwan menyandar pada kerusinya,Alisa pula menyediakan air dibantu Fara.
"Ada lagi belum siap ke? Meh aku tolong.." kata Farhan menawarkan diri.
"Siap dah bro...kau tidur nyenyak lepas pengsan tu.." jelas Ikhwan.
"Huh? Maksud kau aku tidak sedarkan diri selama sehari?" soal Farhan terkejut.
"Ya,Fara jaga kau sepanjang malam..dia tak cukup tidur rasanya.." balas Ikhwan nada mendatar.
"Apa?" Farhan terkejut dan memandang ke arah Fara yang membantu Alisa ketika itu.
"Masa kami bawa kau balik,Fara betul-betul risau...siap menangis lagi.." tambah Ikhwan lagi,Farhan menoleh semula ke arahnya.
"Kau patut beritahu aku semasa bangun tu..." Farhan berkata dengan nada tidak puas hati.
"Sepatutnya kau dah sedar sendiri pada lebam di mata isteri kau tu setan.." Ikhwan membidas dengan selamba.
"Ahahaha..." Farhan hanya mengusap belakang kepala.
"Ahahaha...SEPAK karang ha.." balas Ikhwan sambil mengajuk.
"Nanti aku tahu la nak buat apa..kecoh la kau..." balas Farhan sambil menggelengkan kepala.
Aminudden,Alia dan Hikari masih lena kemudian Alisa menyelimutkan mereka bertiga. Alisa hanya tersenyum melihat ketiga-tiganya,lena bagaikan bayi yang sedang tidur.
"Dah tu? Yang kau suruh ikut ni kenapa?" soal Farhan tidak faham.
"Kita lepak-lepak minum dulu.." kata Ikhwan dengan selamba,Alisa dan Fara datang semula dengan air di atas dulang yang dijunjungnya.
"Terima kasih sayang..." ujar Ikhwan mengambil cawan berisi air teh,Alisa sekadar tersenyum.
"Jadi apa yang kau nak cakap?" soal Farhan.
"Ada satu Ruin yang mempunyai kaitan dengan 7 Dark Knights..." jelas Ikhwan dan Farhan menoleh ke arahnya dengan tanda tanya.
"Ruin? Ada kaitan dengan 7 Dark Knights? Area mana?" soal Farhan ingin tahu,Ikhwan menghela nafas pendek.
"Jikalau tidak silap...ia berada berhampiran negara Rembulan.." jelas Ikhwan kemudian dia menghirup air teh dalam cawan.
"Negara Rembulan? Elok la tu.." ujar Farhan pula.
"Tapi..." Ikhwan menoleh ke luar tingkap,Farhan kehairanan.
"Kenapa ni bang?" soal Alisa.
"Abang terasa ada daya kuasa sedang bertempur..." ujar Ikhwan dan Farhan serta Fara terkejut.
"MUSUH?!" soal Farhan dan Ikhwan menggelengkan kepala.
"Jadi,siapa?" soal Fara pula.
"Anak murid kau Han..." jawab Ikhwan tersenyum simpul.
"Huh?.."
💠💠💠💠💠
TANG!!
TANG!!
Haikal terseret ke belakang apabila menahan libasan Luqman,Haikal tersengih teruja dan terus melepaskan libasan angin yang deras sekali. Luqman memusingkan pedang sebelum meluru ke arah libasan angin tersebut,lantas si naga kilat membelah angin dengan libasan kilatnya.
"Oi! ITU JE KE?!" soal Luqman sambil menjerit,Haikal tersenyum sinis.
Luqman kehairanan sebelum menyedari sesuatu,dia mendongak dan terkejut apabila puting beliung terhasil lalu menghempas ke arahnya. Siddiq yang berada di bilik kawalan itu bersiul,kagum dengan kemajuan Haikal.
Puting beliung itu memberi tekanan yang kuat pada Luqman,namun si naga kilat tidak mengalah dengan mudah lalu menumpukan kuasanya. Seraya dia menumpukn kuasa,dengan pantas dia melibaskan pedang membelah puting beliung tersebut.
"Kau nak bunuh aku ke apa?" soal Luqman.
"Ai,naga kilat sama-sama dengan guru aku...takkanlah senang mati kot.." sindir Haikal dan Siddiq ketawa mendengarnya.
"That's hilarious...kikiki.." kata Siddiq dan pintu bilik kawalan terbuka,dan Siddiq menoleh lalu terkejut.
Luqman memusingkan pedangnya sebelum terus meluru ke arah Haikal,mereka berlaga pedang dan wajah mereka rapat.
"Kau semakin kuat..." kata Haikal dan Luqman hanya mendiamkan diri.
"Sebab itu aku tidak mahu ketinggalan dari belakang,by the way Abyssal is not my spirit beast.." jelas Haikal dan Luqman terkejut.
Haikal sedar Luqman merendahkan pertahanannya,lalu mengambil kesempatan dan melibas pedangnya. Namun sangkaannya salah dan Luqman membalas libasannya,maka berlaku serang balas tetakan pedang yang berterusan.
Hisyam
"Sorry bro,aku bukan mudah dikalahkan!!" ujar Luqman dan melibas dengan sekuat hati.
Haikal menyedari libasan daripada Luqman tidak dapat dipatahkan,dia segera ke posisi bertahan. Namun tidak mengelakkan dirinya tercampak,menghempas pokok-pokok yang berada berhampiran.
Haikal segera melompat keluar dari timbusan pokok-pokok,lalu mendarat di atas batang pokok besar sudah tumbang akibat rempuhan kasar dari Haikal.
"Not bad bro,sememangnya setarat guru aku.." ujar Haikal.
"Guru kau lagi hebat dari aku,dan setanding dengan uncle aku..tapi.." ujar Luqman dan terhenti.
"Tapi apa?" soal Haikal.
Sekelip mata Haikal sedar Luqman sudah berada di hadapannya,si naga kilat melibas pedangnya dan Haikal tahan. Namun hayunan dan libasan itu begitu kuat,Haikal tanpa sedar sudah tercampak jauh.
"I see...." seseorang bersuara sambil tersenyum.
"Dia sudah semakin maju huh?" orang itu adalah Farhan,Ikhwan juga ada bersama.
"Yeah,abang Yusri pun tak kisah ajar dia bermain pedang..." tambah Ikhwan.
"Haikal akan okay ke?" soal Fara risau.
"Jangan risau..." kata Alisa masih mengesan daya kuasa milik Haikal.
Haikal memusingkan badannya semasa terapung di udara,kemudian mendarat dan Luqman sudah berada di hadapannya. Aura kilat pada pedang Violet Fang,Haikal menumpukan kuasanya dan terus membalas tetakan Luqman.
KTAANG!!!
ZUWOOSHH!!!
"Kau memang sudah semakin kuat.." ujar Luqman memuji.
"Terima kasih kerana pujian itu.." balas Haikal dan terukir senyuman sinis daripada Luqman.
"Tapi..." sebilah pedang sudah berada di sebelah leher Haikal.
Haikal terkejut begitu juga dengan yang lain,kecuali Ikhwan dan Farhan yang memahami gerakan Luqman. Haikal menoleh semula ke arah Luqman yang berada di hadapannya,dia terkejut apabila Luqman di hadapannya lenyap diiringi kilat ungu.
"Aku lebih pantas daripada kau.." ujar Luqman dan Haikal mengangkat tanda menyerah kalah.
Farhan yang memerhatikan dari bilik kawalan,hanya tersenyum melihat kemajuan oleh Haikal. Ikhwan pula sekadar menghela nafas pendek,dia hanya tersenyum sahaja.
"Checkmate huh?"
Hello guys!
Sorry for delay,sebab busy dengan kerja dan juga masalah dunia realiti.
So aku nak minta maaf banyak-banyak sebab lambat update
Again
Deeply sorry
Your author
Wanzeneth
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top