CHAPTER 60 : SUCCESSOR OF SKY
FARHAN P.O.V
Aku merenung ke arah Minataurus yang menghembus nafas keluar dari hidung,dan tangan aku kepal sekuat hati serta memusingkan pergelangan bahu.
Minataurus mengaum sekali lagi,aku sedar kawasan bergegar dengan kuat sekali. Aku menarik nafas panjang,kemudian dihelakan secara berkala dan Minataurus mula berlari ke arah aku.
"Mari sini kau lembu hodoh! Biar aku cincang kau lima belas potongan..siap bungkus hiah!" aku menghayunkan penumbuk.
Minataurus itu turut menghayunkan penumbuknya,sebaik sahaja penumbuk kami bertembung. Gegaran kuat berlaku dan tanah merekah,lalu serpihan tanah terapung. Aku menumbuk dengan kelajuan deras,Minataurus itu tidak dapat mengelak dan menerima serangan aku yang bagaikan tembakan senjata gatling.
"THOUSANDS WAVE!!"
Tumbukan demi tumbukan aku lakukan dan rambut aku berubah sedikit demi sedikit menjadi warna putih salji,lalu aku menarik nafas panjang seiring penumbuk ditarik ke belakang dan sebaik nafas dilepaskan dengan segera tumbukan padu diberikan pada Minataurus.
"RODEO IMPACT!!"
Minataurus tersebut sebaik menerima tumbukan padu daripada aku,lantas raksasa itu terpelanting bergolek mencium tanah beberapa kali sebelum merempuh tanah berbatu dengan kuat sekali. Aku terus berlari dengan laju,meluru ke arah timbunan tanah yang hancur di mana Minataurus itu tertimbus.
Minataurus itu akhirnya bangkit dengan mengaum sekuat hati,aku pula menumpu semua kuasa pada kedua tapak kaki dan melompat ke udara. Aku menjulurkan kaki ke hadapan,lalu menjunam ke arah Minataurus dengan laju.
"TORNADO DRIVE!!..."
"GROAARR!!!..."
ZWOOSHH!!!
Aku menjunam sekali dengan pusingan badan,umpama taufan terbang menjunam ke bumi dengan kelajuan luar biasa. Minataurus itu menjerit seiring menahan tendangan putaran aku,agak mengagumkan dan dia berjaya menolak aku ke belakang dengan mudah.
"Not bad for animal like you..." kata aku mengibaskan kaki betis.
Minataurus itu meraung membuatkan permukaan di bumi bergegar,tumbukan dihayunkan oleh dia aku sambut dengan tumbukan. Sebaik dua tumbukan bertemu akhirnya menghasilkan impak bunyi yang begitu kuat.
"Semakin dia menerima pukulan,semakin bertambah kuat..." Wyvern bersuara.
Aku hanya mendecih dan menepis tumbukan Minataurus itu,sebelum satu sepakan tepat ke dahinya dan dia terpelanting sekali lagi.
"Kau ni bising la,bukan nak tolong pun..." aku mendesah kegeraman.
"Ni aku tolong la ni...." Wyvern berkata dengan nada tidak puas hati.
Minataurus itu melompat meluru ke arah aku dengan kasar,manakala aku hanya menghela nafas bengang. Lantas aku menarik badan ke belakang,kemudian menyepak tubuh raksasa berupa lembu melambung tinggi.
Aku mendepakan tangan dan tapak tangan dibuka seluasnya,aura hijau cerah menyelubungi seluruh tubuh aku dan corak magis naga angin terhasil di bawah tapak kaki aku. Aku merapatkan kedua tapak tangan,lalu menghalakan ke atas dan kedua tapak tangan aku bercahaya seiring kepala naga bercahaya muncul. Mulut meriam naga itu menganga,aku menghela nafas pendek dan melancarkan serangan.
"DRAGON GALE GIGA CANNON!!.."
ZROOMM...!!!
Tembakan meriam itu merempuh Minataurus,jeritan raksasa separuh lembu dan manusia kedengaran sehinggalah dia hancur. Aku termengah-mengah dan hampir separuh tenaga hilang,serangan tadi memang memakan banyak tenaga dan memang sial.
"Not bad bro,aku bangga dengan kau.." Wyvern berkata dengan tersengih.
"Shut up old geezer dragon,kewujudan kau tak boleh pakai!" balas aku geram dan Wyvern ketawa kecil mendengar makian aku.
"Kau jalan terus ke gua,nanti kau akan jumpa benda yang dimaksudkan..." Wyvern memberi petunjuk pada aku.
Aku hanya mendecih dan terus melangkah menuju ke destinasi yang ditetapkan,dan Wyvern hanya memerhatikan dari dalam tubuh Farhan. Gua yang dimaksudkan oleh Wyvern lubangnya agak besar,sebesar Minataurus itu rasanya dan jangan pula ia sarang makhluk lembu tu?
No way,aku tak nak bergelut lagi macam tadi!
"Kau nak tunggu apa lagi? Cepat la masuk!..." Wyvern menegur aku dengan nada yang agak kuat.
"Diamlah kau,aku tahu la!!" aku membalas sambil mengusap telinga,kerana nada suaranya menggegarkan gegendang telinga aku.
Aku melangkah masuk dan menghasilkan cahaya orb,berwarna hijau cerah dan terapung mengelilingi aku seperti bumi berputar mengelilingi matahari. Cahaya hijau itu menerangkan jalan,aku berjalan tanpa perasaan risau dan lorong gua agak panjang. Suasana amat sunyi sehinggakan bunyi tapak kaki jelas kedengaran,malah yang melebih menakutkan bunyi tapak kaki aku bergema seluruh kawasan gua itu.
"Cakap pasal menyeramkan..." kata aku tersengih sambil berpeluh.
"Pahlawan Naga takut tempat gelap ke? Lawak betul...."
Satu suara misteri menegur lantas aku bergerak pantas,dan mencengkam leher seseorang serta menghunuskan pedang katana pada leher sebelah kirinya. Seorang pemuda berambut blonde,dan aku kenal sangat mamat ni.
"Time out! Time out!!" pemuda berambut blonde berkata sambil tersengih kelat,dia mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah kalah.
"Apa kau buat di sini Z?" Soal aku dan pedang masih di sebelah lehernya.
"Aku akan jawab soalan tu,tapi pedang ni alihkan?" soal Z tersenyum kelat dan peluh mengalir di pipinya.
Aku hanya merenung mukanya,Z tersengih sahaja dan aku menarik pedang mengalihkan dari lehernya. Z hanya menghela nafas pendek,dia mengambil nafas panjang lalu tersenyum ke arah aku.
"So...care to explain?" soal aku.
"You see...aku sebenarnya tunggu kau sebenarnya..." jelas Z sambil mengibas bahunya.
"Untuk apa?" soal aku kehairanan.
"Untuk sana tu.." Z menuding jari ke satu arah.
Aku menoleh dan terkejut apabila melihat satu objek,berbentuk sfera berwarna putih salji diselubungi aura kebiruan. Aku bagai dipukau kerana kaku di situ,Z menepuk bahu barulah aku sedar semula.
"Huh? Apa?" soal aku pada Z.
"Jangan nak kagum,pergi ambil.." kata Z dan aku tidak faham.
"Pergi je la!" kata Z mendesak.
"Okay! Okay!..." aku menurut dan memandang ke arah sfera tersebut.
Langkah diorak dan bagaikan kaki aku menjadi berat,adakah kerana aura dari sfera itu?
"Farhan!" Z memanggil nama aku dan menoleh ke arahnya.
"Bertenang...." katanya pendek.
Aku hanya mendiamkan diri lalu menoleh ke hadapan semula,mata dipejam dan nafas diatur perlahan-lahan. Nafas aku hembus dan kembali melangkah,dan kaki aku kembali ringan.
Aku kini sudah berada seinci dari sfera itu,aku mencapai sfera itu dengan perlahan-lahan. Sebaik tangan aku memegang sfera itu,cahaya yang sangat terang menerangi kawasan itu. Aku tersentak dan tenggelam dalam cahaya,aku pandang ke arah Z dan terkejut.
Z hanya tersenyum sebelum cahaya menutupi kewujudannya,akhirnya aku tidak dapat lihat apa-apa lagi. Sehinggalah aku sedar di atas timbunan bunga tebal,aku bangun dan terkejut apabila seekor naga memandang aku dengan mata naganya.
"Oi! Kau kenapa?" soal aku tidak puas hati.
"Adakah kau pewaris baru?..." soal naga itu.
"Pewaris?" aku tidak faham.
Naga itu mengeluarkan sfera putih,aku terkejut dan hanya merenung naga tersebut. Naga itu kemudian hanya ketawa,aku kehairanan dan tertanya-tanya apa yang lawak sangat sial?
"Apahal kau gelak?!" soal aku geram.
"Ini kali pertama aku bertemu dengan manusia yang hatinya bersih,tiada kegelapan dalam dirinya..." kata naga itu dan sfera terapung lalu memasuki tubuh aku.
Aku terpana dan memeriksa setiap inci tubuh aku,ingin tahu juga jika ada perubahan pada tubuh aku. Namun masih selamat dan naga itu pula hanya tersenyum memandang aku.
"Kuasa itu kini aku sebatikan dalam tubuh kau..." jelas naga itu.
"Tiada apa perubahan pun?" soal aku.
"Kuasa itu memerlukan Strong Will barulah kau mampu aktifkan...dan bila ia terjadi kau akan jadi pahlawan sekuat raja naga..." jelas naga itu dan aku hanya mendiamkan diri.
"Jadi aku minta diri,tugasan aku dah selesai..." kata naga itu.
Sebelum sempat aku nak menghalang,dia bercahaya dengan terang sebelum hilag dari pandangan.
Cahaya itu membuatkan aku mengantuk,dan suasana menjadi gelap tanpa cahaya sedikit. Sayup-sayup kedengaran suara seseorang,pandangan aku kembali jelas dan wajah Fara kelihatan di hadapan aku.
"Abang!" Fara tersenyum lalu memeluk aku.
"Fara? Apa yang berlaku?" soal aku tidak faham,Fara tidak jawab dan menangis.
"Kau pengsan dan aku yang bawa kau balik..." Ikhwan muncul sambil menjawab soalan aku.
"Aku pengsan?" soal aku dan Ikhwan mengangguk kemudian tersenyum.
"By the way..." kata Ikhwan lagi dan aku mengerutkan dahi.
"Congrate bro,from now on you're the new successor of sky..."
"Apa?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top