CHAPTER 57 : THE SCROLL

Please put your earphone for immersive experience

Suatu tempat di bandar terbiar,Modred bersama Galahad berjalan memasuki pintu gerbang. Mereka berdua hanya memerhatikan keadaan bandar tersebut,angin bertiup jelas dirasai oleh Galahad yang bandar ini adalah pangkalan sebuah kumpulan. Tidak lama kemudian beberapa orang berpakaian sut,mengepung mereka berdua dan Modred menarik kedua pedangnya.

"Menarik..." Modred berkata tersengih dan Galahad menyeru tombak.

"Motif kita adalah cari ketua mereka,jangan bunuh sehingga dapat apa yang kita nak.." Galahad memberi arahan.

"I know I know,quit pestering me.." Modred berkata dengan geram.

Modred sedar salah satu orang berpakaian sut gear lengkap,menyerangnya dan Modred menahan serangannya. Dia terseret ketika menahan,Modred tersengih apabila menyedari perkara itu.

"INTERESTING!!" Modred menyeringai dan meluru ke arah orang berpakaian sut gear itu.

Lelaki dalam sut gear itu menghayunkan kaki,Modred pula melibas pedangnya dan impak yang kuat terhasil. Merosakkan rumah-rumah yang terbiar berhampiran dengan mereka.

Serangan mereka bertembungan tanpa henti,lelaki sut gear itu terkejut apabila melihat lelaki berzirah di hadapannya mampu menyaingi kuasa sut gear miliknya. Malah Modred mula menguasai pertarungan,lelaki sut gear itu mendecih lalu menarik pedang yang disimpan pada belakang badannya itu.

"Aku ingat pedang belakang tu cuma perhiasan je,menarik..menarik..." kata Modred menarik nafas pendek,lalu dihela dengan lembut.

"Kamu tiada urusan di sini,sila beredar dan jangan paksa kami!" ujar lelaki sut gear itu.

"Kalau kami tak nak,kau nak buat apa?" soal Modred mengajuk.

"Jangan salahkan aku..." lelaki itu memegang pedang jenis katana miliknya,garisan merah pada sut lelaki itu bersinar dan menjadi semakin terang.

Modred kehairanan dengan keadaan itu,lelaki sut gear itu pula lenyap dari pandangannya. Modred terkejut dan tidak dapat merasai daya ki milik lelaki sut gear tadi,dalam pada yang sama dia seperti dipukul dan terpelanting jauh. Galahad yang sedang bertarung dengan beberapa orang berkerudung,sedar akan apa yang berlaku dan dia mendecih.

"Modred tu,apa dia buat?" Galahad berkata sendirian,pada masa yang sama dia menahan serangan curi.

"Serang curi? Tak gentle langsung.." Galahad menyindir.

"Pergi dari sini Galahad The Wrath,kami tidak mahu ada apa-apa berkenaan tentang Marvus...!" salah seorang penjaga kawasan itu memberi amaran.

"Oh...jadi kau mestilah orang yang bernama Oracle bukan?" soal Galahad tersengih licik

"Malangnya dugaan kau salah..." balas penjaga itu.

"Apa?" soal Galahad kehairanan.

"Oracle telah lama hilang dari sini,sejak 100 tahun yang lalu...tiada siapa tahu di mana dia sekarang berada..." Jelas lagi seorang penjaga bertopeng.

Galahad hanya terdiam dan air muka dia kembali tidak berperasaan,kemudian menarik nafas panjang dan memusingkan tombaknya.

"Kalau macam tu,kamu semua akan mati.." Galahad menyeru ribuan tombak di udara,para pengikut yang turut menjaga di kawasan itu terkejut.

"Tiada keuntungan untuk kau membunuh kami..." kata penjaga itu.

"Ya aku tahu,tetapi aku cuma nak lepaskan geram..." Galahad menunjukkan muka kemarahannya,penjaga dan pengikutnya mendiamkan diri.

Pada masa yang sama lelaki sut gear itu jatuh di sebelah penjaga dan pengikutnya,lelaki itu tidak bernyawa dan Modred mendarat di sebelah Galahad sambil memusingkan pedangnya yang bilahnya penuh dengan darah menitik.

"Baiklah,nak aku tolong?" soal Modred menoleh ke arah Galahad.

"Tak perlu rasanya...aku seorang sudah cukup...." jawab Galahad dan bersiap sedia untuk menyerang.

Penjaga dan para pengikutnya mula risau,dan Galahad mengarahkan serangan tombak yang beratusan itu meluru ke arah mereka dengan laju. Saat tombak itu hampir mengenai penjaga serta pengikutnya,ratusan tembakan misteri menangkis semua serangan tombak yang beratus itu.

"Apa?..." Modred terkejut dengan keadaan itu,Galahad pula mendiamkan sebelum mendengar satu bunyi.

Pahlawan hebat mempertahankan dunia...

Gugur dan kecewa menguasai diri...

7 pahlawan dikuasai kegelapan..

Ditidurkan oleh sang pengasas...

Serangkap nyanyian cara lama bergema,Galahad dan Modred memandang ke satu arah. Penjaga dan pengikutnya turut menoleh,sepasang kaki melangkah tenang ke arah mereka. Derapan kaki berhenti dan Modred terkejut,Farhan berdiri megah di hadapannya.

"Kau? Tak serik kena libas lagi ke ha?!" soal Modred.

"Selagi aku bernyawa rasanya..." Jawab Farhan tenang.

"Kau memang nak mati,kali ini tiada siapa dapat selamatkan kau.." Modred berkata angkuh dengan senyuman mengejek.

"Aku cuma tersilap sedikit,lagipun ajal maut bukan di tangan manusia sumpahan macam kau..." Farhan membidas dan Modred mengetap gigi,Galahad tersengih dan ketawa pendek.

"Galahad,kau!" Modred menghunuskan pedang ke arah Galahad,namun lelaki mata lebam itu hanya mendiamkan diri.

"Mister Greed,your opponent is in front of you...are you blind or something?" soal Farhan memerli sambil mencekak pinggang menjungkit-jungkitkan kepalanya.

Modred mula merasa geram dan terus meluru ke arah Farhan,Wyvern Fang diseru bersama Silver Katana dan menahan serangan Modred yang deras itu. Modred dan Farhan berbalas senyuman,kemudian lagaan pedang terjadi dengan deras dan pantas.

TANG!

KTANG!!

ZRANG!!

"Aku kagum kau masih mampu berdiri lagi!!...." kata Modred tersengih dan Farhan hanya mendiamkan diri masih tersenyum.

"Kali ni,kau akan mati! Itu yang pasti!" sambung Modred.

ZRASH!

Modred seakan terbeku apabila darah memercik dari badannya,Farhan dalam keadaan selepas melibaskan pedang. Modred terpana sebentar sebelum kembali ke dunia nyata,Galahad sedikit terkejut dengan keadaan itu.

"Rasanya tidak..." Farhan berkata dengan tersenyum tenang.

"Ergh sial!" Modred berundur ke belakang sambil menyentuh lukanya.

"Kau tengok mana Greed? Kau tak ada masa nak mengelamun..." Modred tersentak mendengar teguran Farhan.

Modred memandang semula ke hadapan,lalu terkejut apabila Farhan sudah berada di hadapannya. Modred muka berubah bengis dan meluru ke arah Farhan,lalu lagaan empat bilah pedang berlaku sekali lagi.Galahad dengan pantas berada di belakang Farhan dan menusukkan lembingnya,sedar akan tindakan Galahad dengan segera Farhan menahan lembingnya.

"Apa? Kau jangan ganggu buruan aku!" Modred berkata tidak puas hati.

"Kau dah cedera..." Galahad berkata tenang.

"Fuck it! I don't need your help!!" Modred mula geram.

Farhan menghela nafas pendek,dan melibaskan kedua bilah pedang. Dua orang pahlawan kegelapan itu tercampak ke belakang,Galahad dan Modred sedikit terkejut dengan tindakan Farhan.

"Sial!!" Modred meluru ke arah Farhan sekali lagi dengan kelajuan maksima.

"Hentikan Modred!" Galahad turut menyesal.

"Ha...." Farhan menghela nafas pendek,dua pahlawan kegelapan itu meluru ke arahnya.

"Secret Swordplay Technique,Dual-hand..DOUBLE SWING!!"

ZRASSHH!!!

Modred dan Galahad tercampak dengan luka pada badan mereka,Farhan memerhatikan dua pahlawan itu jatuh ke tanah dengan muka tiada perasaan.

"Teknik apa tu? Berbeza dengan Wyvern.." Galahad menyoal dan Farhan pula hanya mendiamkan diri.

Modred tidak sedarkan diri dan bulatan magis gelap berada di bawah Galahad,begitu juga dengan Modred yang tidak sedarkan diri. Farhan sedikit terkejut dan dua pahlawan kegelapan yang terus lenyap ditelan bayang.

Farhan yang berdiri tegak dan mendongak atas langit,kemudian dia menoleh ke arah beberapa orang berkerudung menghampiri dia. Farhan bersalaman dengan ketua kumpulan berkerudung itu,dan lelaki dalam sut gear memang tidak boleh diselamatkan.

"Maaf jika saya awal sedikit,tentu dia tidak akan mati..." Farhan menunduk di hadapan kubur tidak bernama.

"Jangan salahkan diri kamu,setiap hidup pasti ada kematian...takdir sudah tertulis.." ketua kumpulan menyentuh bahu Farhan.

"Maaf ketua,saya faham.." Farhan mengangguk.

"Tapi jarang kamu datang sini,ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal ketua kumpulan itu,Farhan berdehem sebelum menoleh ke satu arah.

Ketua kumpulan itu memandang ke arah yang Farhan toleh,dia terkejut apabila Ikhwan berjalan ke arahnya. Farhan pula hanya menghela nafas pendek,di belakang Ikhwan adalah Khaizo.

"Siol la korang,buat aku sorang-sorang berlawan..." Rungut Farhan geram.

"Bukan ada masalah pun,kau boleh lawan kan dua orang serentak..." Ikhwan menjawab dengan selamba.

"Apa yang tuan putera dari negara Mentari buat di sini?" soal ketua kumpulan itu dan Ikhwan tersenyum memandangnya.

"Saya datang ke sini sebab mencari skroll pusaka kepunyaan pengasas negara saya.." Jawab Ikhwan dan semua kehairanan.

"Skroll Magis Agung...."






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top