CHAPTER 54 : ITS A PROMISE
*Imej Ikhwan pada media*
Asap tebal berkepul seluruh kawasan,Aswandy dan Khaizo menekup mulut. Karma pula mendiamkan diri sahaja,manakala Ikhwan pula mengibaskan tangan dan asap itu terus lenyap. Ikhwan terkejut apabila melihat Farhan melutut sebelah kaki,dadanya cedera akibat serangan daripada Modred.
Ikhwan menoleh ke arah Modred,lelaki itu meletakkan bilah pedang pada bahu. Dia tersenyum sinis dan pipinya sahaja cedera,dia memandang Farhan dengan penuh penghinaan.
"Kau orang pertama mampu cederakan aku..." Modred tersenyum sinis.
"Terima kasih atas pujian kau aku rasa..." Farhan membalas kemudian bangun,dia menekup lukanya.
"Masa untuk mati.." Modred cuba menghayunkan pedangnya.
Namun sebilah pedang tercacak di hadapannya,membuatkan Modred tersentak melihat pedang tersebut. Dia mengenali pedang itu,kerana pedang itulah yang pernah menewaskannya suatu masa dahulu.
"SACRED ROYAL BLADE...." Modred mengetap gigi dan Ikhwan muncul di hadapannya.
"Kau kenal pedang ni? Aku kagum..." soal Ikhwan mengangkat pedang tersebut.
"Pedang itulah yang mampu menembusi zirah aku...mana mungkin aku lupa!" Modred berkata geram dan Ikhwan memaparkan reaksi terkejut.
"Aku kagum...kau beritahu kelemahan kau.." Ikhwan berkata tersenyum selamba.
"Kau berani menghina aku?" Modred bersuara lantang.
"Rasanya tiada sebab untuk aku menghormati kau...." Ikhwan membidas.
Modred mula berang dan terus meluru ke arahnya dengan pantas,Farhan hanya diam dan melihat Ikhwan menangkis serangan pahlawan kegelapan itu. Modred terkejut Ikhwan menepis tetakan demi tetakan tanpa sebarang riak air muka tertekan.
Ikhwan segera mengangkat pedang dan dijulang ke langit,aura dilepaskan dengan daya kuasa yang kuat. Modred tersentak apabila merasai daya kuasa itu,malah dia dapat nampak jelas seperti seekor naga cuba membelahnya dengan cakarnya.
"Kau cederakan sepupu aku..." Ikhwan mula kembali berbicara.
"Ikhwan...." Farhan nafasnya lemah.
"Go to hell Greed!"
ZRAASHH!!!
BRAAMM!!!
Letusan kuat terhasil dan menghasilkan impak yang kuat,Ikhwan menyedari Modred sempat melarikan diri. Farhan pandangannya mula kabur dan rebag,Aswandy segera memanggil medic untuk merawat Farhan.
Fara memeluk Alisa sedih melihat keadaan yang terjadi pada suaminya,lukanya parah namun Ikhwan sempat membantu sedikit. Menjadikannya tidak terlalu serius,Farhan diletakkan dalam Hospital Utama Rembulan. Aswandy mundar-mandir di bilik menghadap raja,Ikhwan muncul dan Aswandy segera mendekati adiknya.
"Modred..." Aswandy memulakan kata-kata dan Ikhwan hanya menunggu,apa yang nak dikatakan oleh abangnya.
"Adakah dia berjaya kau bunuh?" soal Aswandy.
"Nope.." Ikhwan menjawab pendek.
"Ha? Apa maksud kau?!" soal Aswandy mula risau.
"Jangan risau,dia tidak terelak menerima cedera teruk..." Jelas Ikhwan memberi penjelasan sambil menoleh ke luar tingkap.
Pada masa yang sama di lorong gelap,darah kelihatan menitik di sepanjang lorong. Modred berjalan dengan bersusah-payah,langkahnya terhenti apabila Galahad berada di hadapannya.
"Galahad..." Modred berkata lemah.
"Kau menyedihkan Modred..." Galahad bersuara dan Modred hanya mendecih sahaja.
"Get lost,aku tak mintak kau menyibuk hal aku..." Modred melangkah lemah melepasi Galahad.
Galahad pula hanya mendiamkan diri,dia membiarkan sahaja Modred pergi melepasi dia tanp melakukan apa-apa. Galahad menyedari hujan mulai turun,dia hanya tersenyum sendirian.
"Stubborn as usual..." Galahad berkata sendirian.
Farhan mula membuka matanya,dia sedar dan tahu kini dia berada dalam wad. Dia terkejut apabila sedar Fara sedang tidur di sisinya,Farhan tersenyum dan mengusap kepala isteri dia. Fara tersedar dan Farhan sedikit terkejut,kemudian Fara yang baru bangun itu terkedu melihat Farhan.
"Hey.." Farhan memberi sapaan.
Suasana koridor hospital yang agak lengang itu penuh dengan jururawat,tapi diganggu oleh jeritan tangisan yang amat kuat membuatkan fail dibawa doktor terjatuh.
"Geez...cuba la kawal perasaan tu.." Farhan mendesah dan Aswandy serta Ikhwan juga berada di situ.
"Ingat apalah tadi,rupanya Fara yang menjerit..." Aswandy berkata sambil ketawa kecil,Khaizo yang turut berada di situ hanya tersengih sahaja.
"Maaf..." Fara menundukkan kepala tanda minta maaf.
"Its okay,don't mind at all...its normal for worrying your husband..." Ikhwan mencelah sambil tersenyum.
"That Greed,he sure really strong.." Aswandy mula risau.
"Its because Farhan is holding back.." Ikhwan mencelah dan semua terkedu.
Semua yang berada di situ menoleh ke arah Farhan,termasuk Fara terkejut dan mencekak kolar Farhan. Semua terkejut dan Farhan tersenyum kelat,melihat air muka isterinya yang menahan dari menangis.
"Kenapa abang buat macam tu? Abang nak mati ke?!..." soal Fara mula risau.
"Cuba bertenang,abang tak mati kan?" Farhan membalas dengan nada biasa,Fara mengesat air matanya.
"Fara?" Farhan terkejut.
"And here goes drama..." Khaizo berkata selamba.
"Shut up.." Ikhwan membalas.
"Fara risau akan kehilangan abang..." Fara berkata dan air matanya mengalir,Ikhwan menarik Alisa dan menolak lembut Aswandy keluar dari bilik wad tersebut. Khaizo juga menyusul dan menutup pintu bilik wad,dia menoleh ke arah Ikhwan.
"So...kita nak buat apa ni?" soal Khaizo.
"Bang,kau kan raja...ada cadangan ini kan negara kau..." Ikhwan menoleh ke arah Aswandy.
"Kita lepak dulu kat cafe hospital..." cadang Aswandy dan Ikhwan tersengih.
"Sound cool to me..."
Pada masa itu Fara masih menangis dan Farhan mengesat air matanya,dia hanya menghela nafas pendek dan menarik lembut Fara ke dalam pelukannya.
"Abang minta maaf okay..." Farhan mula memujuk dan Fara hanya membalas pelukannya sahaja.
"Fara kena faham,perang akan berlaku..." Jelas Farhan sambil mengusap kepala isterinya.
"Nak atau tidak,abang kena berlawan..untuk masa depan kita.." Farhan menyambung lagi dan Fara meleraikan pelukan lalu memandang tepat ke anak mata keperakan Farhan.
"Janji dengan saya,abang kena balik dengan selamat..." Fara berkata dengan nada serius,Farhan terkejut melihat riak air muka isterinya kemudian dengan tiba-tiba mengucup bibir Fara.
Suasana bagaikan terhenti dan Fara hanya membiarkan sahaja,Farhan meleraikan bibirnya dan Fara seperti kebingungan. Dia menyentuh bibirnya dan memandang suaminya,Farhan tersengih dan Fara mengembungkan pipinya lalu menumbuk dada Farhan dengan lembut berulang-kali.
"Fara..." Farhan menyentuh pipinya,Fara sedikit terkejut dengan senyuman Farhan.
"Abang janji abang akan kembali dengan selamat..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top