CHAPTER 52 : SEVEN DEADLY SINS

Suatu tempat yang jauh dari negara Mentari,kawasan yang gelap dan juga kilat menyambar di awan hitam. Corak magis gelap terhasil dan Marvus muncul,seiring dengan Irfit dan 7 Pahlawan Kegelapan yang baru sahaja dibangkitkan.

"Apa tempat ni tuan?" Soal Irfit menggigil dan memeluk tubuhnya.

Marvus tidak menjawab begitu 7 lagi pahlawan itu,mereka dingin umpama ais dan 7 pahlawan itu melibaskan pedangnya ke arah Marvus.

PRANG!!

"TUAN!!" Ifrit mula risau dengan keadaan itu,tapi Marvus sekadar tenang dengan menahan pedang pahlawan itu.

"Easy pal...aku tak nak bermusuh dengan kau..." ujar Marvus menahan

"Kenapa kau bangkitkan kami naga tak guna?..." soal pahlawan mewakili Pride itu merenungnya.

"Aku cuma nak berikan kau kebebasan sahaja..." jawab Marvus tersenyum.

"Kebebasan kami hanya malapetaka pada manusia dan spirit animal!!..." jerit pahlawan itu kegeraman.

"Bertenang Arthur...." kata seorang lagi pahlawan mewakili lambang Wrath,lelaki dipanggil Arthur itu hanya menoleh ke arahnya.

"Benar kata dia,apa kata kita dengar sebab lelaki ini...hmm..hehe..." ujar seorang lagi pahlawan,seorang perempuan dan mewakili Sloth.

"Kita tak sepatutnya dibangkitkan Echidna...Galahad..." ujar Arthur.

"Kita boleh lepaskan perkara itu,aku belum puas membunuh...." seorang lagi pahlawan berlambang Greed tersenyum sinis.

"That's enough Modred! Our existence only bring pain to people! We must stop this...." Athur menahan marah.

"Kenapa kau obses sangat nak melindungi mereka Arthur? Mereka mengkhianati kesetiaan kita...kenapa nak pertahankan mereka?..." soal seorang lagi pahlawan perempuan berlambang Envy.

"Tutup mulut kau Rosette...." ujar Arthur merenungnya.

"So scary...macam la aku nak ikut kata-kata kau..." ujar gadis bernama Rosetta itu.

"Aku setuju dengan Arthur,aku tak berminat untuk berperang sesama manusia...." seorang lagi pahlawan mewakili Lust,menyebelahi Arthur.

"Lancelot....kau..." Athur terkejut dengan apa yang dikatakan oleh pahlawan bernama Arthur.

"Kita dah janji dengan Iskandar bukan? Kita tidak akan membunuh manusia?..." kata Lancelot tersenyum.

"Arthur kau dah dikhianati oleh manusia,kenapa nak sebelahkan mereka? Ada baiknya naga depan kita ni bangunkan kita bertujuh untuk kemusnahan mereka..." pahlawan terakhir,Gluttony mencelah.

"Kita juga mempermainkan kepercayaan mereka,aku tidak mahu pertumpahan darah melibatkan orang yang tidak bersalah....." ujar Lancelot.

"What an empty words,they only think about themselves...its not worth for us to save them..." ujar Echidna.

"That's enough!..." ujar Lancelot.

"Kenapa kau nak pertahankan mereka Lancelot? Arthur?..." soal Galahad menyilangkan tangan pada dada.

"Sebab itu adalah tanggungjawab seorang pahlawan...." ujar Arthur dengan yakin.

"Pfft!..." Marvus menahan ketawa dan Arthur serta Lancelot menoleh ke arahnya.

"Kenapa kau ketawa naga?.." Soal Arthur.

"Tanggungjawab seorang pahlawan? Memang menarik kata-kata kau..." ujar Marvus tersenyum,Irfit pula hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Apa kau cakap? Kau memperlekehkan aku?...." soal Arthur menahan marah.

"Jangan buat aku ketawa...." ujar Marvus dan senyuman dia hilang,nada berubah dingin dan wajahnya bengis.

"Menarik naga di hadapan kita ni..." ujar Echidna tersenyum sinis.

"Ya...dia datang dari puak sama dengan Iskandar...." tambah Galahad.

"Lancelot...kuasa dia..." ujar Arthur.

"Aku tahu,dia berlainan dengan Iskandar..." Lancelot mengangguk.

"Jika kau berdua tidak mahu mengikut arahan aku..." kata Marvus mengaktifkan bulatan magis gelap di bawahnya.

"Apa kau nak buat?....." soal Arthur.

"Aku kena memaksa..." ujar Marvus.

Arthur dan Lancelot tidak faham akan maksud kata-kata Marvus,kemudian sang naga kegelapan itu mengaktifkan kuasanya. Arthur dan Lancelot kemudian menjerit kesakitan,Galahad dan Echidna serta Modred terkejut dengan keadaan itu.

"Apa yang berlaku?...." soal Modred.

"Naga nama Marvus tu telah kawal fikiran mereka berdua..." ujar seorang pahlawan simbol Gluttony.

"Nero...apa maksud kau?..." soal Modred.

"Marvus tu yang bangkitkan kita bukan? Jadi dia ada pegang Command Seal..jadi dengan simbol tu dia boleh kawal kita.." ujar pahlawan gluttony bernama Nero.

"Ouh macam tu..." ujar Modred mengangguk faham.

"Bagaimana dengan kau Modred?...kau tidak kasihankan Arthur? Bukankah dia ayah kau?...." soal Echidna dan Modred mencekak baju zirah perempuan itu.

"Jangan berani kau sebut pasal hubungan dia dengan aku perempuan,atau aku cincang kau hidup-hidup....." Modred memberi amaran.

"Okay...faham,tak perlu berkasar rasanya..." ujar Echidna mengangkat tangannya.

Arthur dan Lancelot terus terdiam lalu menunduk,kemudian anak mata mereka bertukar menjadi merah menyala. Irfit hanya kehairanan dengan apa yang berlaku,Marvus tersenyum sinis melihat dua pahlawan itu sudah berada dalam kawalan sihir.

Kamu berlima!..." Marvus memanggil lima lagi pahlawan kegelapan itu.

"Apa kau nak ?..." soal Modred.

"Adakah kamu nak jadi macam mereka berdua? Boneka suruhan..." ujar Marvus memberi amaran.

"Kau...." Modred cuba melangkah ke arah Marvus,namun dihalang oleh Nero.

"Jadi apa arahan kau tuanku?..." soal Nero dan Galahad serta menunduk hormat.

"Bagus...." Marvus senyum sinis dan ketawa dengan kuat sekali,memecahkan kesunyian di kawasan itu.

*********************

"Aku nak cakap...." ujar Farhan.

HACHIU..!!!

Karma bersin dengan kuat seiring api biru keluar dari hidungnya,dia diselubungi selimut menggigil kesejukan. Ikhwan memandangnya dengan tersengih kelat,Arize pula hanya ketawa kecil dan tersenyum kelat. Farhan memandangnya dengan muka blur,geram rasanya pada Karma.

"Itulah nak romantik sangat,berpelukan dalam hujan...amik! Demam,kelakar pulak naga boleh demam..." ujar Farhan berfikir secara meletakkan jari pada mulutnya.

"Oi..tak semua naga sempurna bang..." ujar Karma dalam keadaan menggigil.

Farhan menggelengkan kepala dan Karma memandang ke arah Arize,dia sedang didandankan oleh Alisa dan Fara. Rambutnya dikeringkan dan disikat,Arize tersenyum apabila dilakukan begitu.

"Tak sangka rambut awak begitu lembut.." puji Fara dan Arize tersenyum.

"Terima kasih...hehe.." ujar Arize girang.

Karma memerhatikan Arize masih kekal macam dulu,sifat malu bila dipuji oleh orang lain tetap ada. Karma tersenyum sendirian dan kembali menggigil sejuk,Ikhwan menghela nafas pendek.

"Nak aku tolong panaskan?" Soal Ikhwan dengan penumbuknya membara.

"Hentikannya,aku tahu kau bukan nak sejukkan tapi bagi tumbukan..." kata Karma dengan muka blur.

"Tch! Tahu pulak..." ujar Ikhwan mendecih.

"Oi..!" Karma bengang.

"Tapi Ikhwan..." wajah Farhan kembali serius dan Ikhwan memandangnya.

"Siapa 7 Dark Knight ni sebenarnya?" Soal Farhan dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Apa yang aku tahu,7 Pahlawan ni bukan la jahat dari awal asalnya..." Ikhwan membuka cerita dan Alisa serta Fara memandangnya.

"Arthur..Lancelot.." Arize memegang atas dadanya,dia mula risau kerana Arthur dan Lancelot adalah rakan rapat mereka.

"Mereka menjadi pahlawan kegelapan tanpa sedar,malah membunuh orang-orang yang tidak berdosa..." jelas Karma pula.

"Kenapa menjadi macam tu?" Soal Fara.

"7 simbol..." ujar Arize pula dan semua mata memandang ke arahnya.

"Pride,Wrath,Envy,Sloth,Lust,Gluttony dan Greed...setiap salah seorang itu ada simbol pada mereka seperti ini..." ujar Ikhwan menunjukkan satu gambar.

Farhan dan Fara memerhatikan setiap simbol pada gambar,simbol yang mewakili dosa yang tidak mampu dimaafkan. Arize memandang simbol Pride dan Lust,dia hanya menunduk kemudiannya dan menghela nafas pendek.

"Pride,Arthur..Lust,Lancelot mankala Wrath pada Galahad..Sloth diberi pada Echidna Gluttony pada Nero manakala Greed pula adalah Modred....Envy pula ialah Rosette..mereka adalah pahlawan yang hebat..." jelas Ikhwan.

"Arthur dan Lancelot sahaja yang mampu mengawal sifat mereka..." ujar Arize pula.

"Jadi apa yang berlaku seribu tahun lepas? Siapa yang tidurkan mereka?" Soal Farhan pula.

"Iskandar sendiri yang menidurkan mereka,atas permintaan Arthur dan Lancelot....akhirnya mereka tidur sehingga la Marvus bangunkan mereka semula.." jelas Karma.

"Jika kita tidak hentikan mereka,apa yang akan berlaku?" Soal Farhan.

"Senang je..." jawab Ikhwan dan semua menoleh ke arahnya.

"Everything will perish...."

















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top