CHAPTER 49 : FATHER OF CPU-BIOLOGY
Farhan duduk menyandar pada dinding,manakala Ikhwan pula menongkat pipi kiri di meja. Alisa hanya menelaah buku tebal,di sebelahnya Fara menyandar kepala pada rak buku.
"Kau ada abiliti hidupkan semula makhluk selain manusia?" Soal Farhan masih menyandar,tidak memandang sepupunya.
"Malas aku nak fikir..." ujar Ikhwan masih menongkat pipi kiri,memandang permukaan meja.
"Bukankah ia bagus,mampu selamatkan hidupan jarang dari pupus...?" Alisa memberi pandangan.
"Bagus juga,kau boleh hidupkan Arize?*" Farhan memberi cadangan dan Ikhwan terkejut.
(*Arize adalah Naga Aqua yang telah mati,kuasanya diberikan pada Alisa semasa dijadikan manusia biologi.)
Ikhwan memerhatikan Farhan yang tersenyum,Alisa terkejut kerana tidak terfikir mengenai hal itu. Farhan sekadar memandang Ikhwan yang sedang berfikir,Karma masuk bilik itu dengan tiba-tiba.
"That is impossible..." ujar Karma.
"Why?" Soal Farhan.
"You must find her bone...or anything from her body..." ujar Karma dengan serius.
"Senang,kita cari..." kata Ikhwan.
"Mana kau nak cari bangkai badan dia? Ia mustahil..." kata Karma.
"Karma,dari memori Iskandar..jelas aku tahu kau dan Arize menyintai satu sama lain.." kata-kata Ikhwan membuatkan Karma tersentak.
Alisa dan Fara terkejut dengan kenyataan Ikhwan,Farhan juga tidak terkecuali tetapi Wyvern tidak terkejut kerana dia juga rakan seperjuangan Karma seribu tahun yang lalu.
"Kau ingat dengan kata macam tu boleh ubah fikiran aku?" Soal Karma.
"Aku cuma nak lima magik agung,sebab tu aku akan hidupkan semula Arize...suka atau tidak,aku adalah raja naga sekarang.." ujar Ikhwan dan Karma mengetap gigi,mereka merenung antara satu sama lain.
Ikhwan tersenyum dan Karma mengetap giginya,menahan amarah dan Farhan segera berdiri di tengah-tengah mereka berdua.
"Sekarang ada krisis,boleh simpan tak perbalahan tak bermakna tu?" Farhan berkata tegas.
"Aku tak berbalah pun,cuma suarakan perancangan sahaja..." ujar Ikhwan beredar,segera Alisa menyusulinya.
Ikhwan beredar sambil diperhatikan oleh Karma dan Farhan,Fara hanya memerhati keadaan itu tanpa bersuara. Jika bersuara sekalipun hanya menyusahkan sahaja.
"Alisa..." ujar Ikhwan ketika itu berjalan melalui kaki lima istana.
"Ya bang?" Alisa menjawab.
"Kita akan jumpa ayah awak kejap lagi.."
"Ayah saya?"
"Darweez...father of all cpu-biology.."
Farhan melihat ke luar tingkap yang besar itu,dia perhatikan kumpulan askar berlari seperti mengejar sesuatu. Fara pula menguap mengantuk,Farhan sekadar tersenyum melihat gelagat isterinya.
"Marvus is gone...." ujar Karma dan Farhan memandang ke arahnya.
"For now..." sambung Karma lagi yang duduk di kerusi panjang.
"So do you have any suggestions?" Soal Farhan tenang.
"We'll find him..." cadang Karma.
"And fight him?" Farhan menyoal lagi.
"Yes...I don't wanna see people get hurt.." ujar Karma dengan riak air muka yang sayu.
"Even Ikhwan can't keep up with him,and you? The way you're right now is impossible,you don't stand a chance..." Farhan berkata tanpa selindung.
Farhan dan Karma berbalas renungan agak lama,Fara memandang dengan perasaan risau kemudian Karma tersenyum. Lalu si naga itu bangun dan berjalan ke arahnya.
"Wyvern,you got a fascinating partner..." ujar Karma dan beredar,Farhan serta Fara memerhatikan dia pergi.
"Abang tak elok kata begitu..." ujar Fara.
"Elok ke tak elok ke...apa yang abang kata memang benar..." balas Farhan.
Fara hanya menghela nafas pendek,dengan penjelasan suaminya. Farhan terasa telefon pintarnya bergetar,dia keluarkan dan membaca serta Fara turut menjengah.
"Ikhwan nak ke negara Rembulan?"
Farhan berlari menuju ke arah lapangan terbang diraja,Fara turut menyusul dari belakang. Iris yang sedang duduk di taman bersama puluhan kucing,sedar perkara itu dan hanya memerhatikan sahaja Farhan serta Fara berlalu di hadapannya.
"Ikhwan!" Farhan akhirnya tiba di kawasan landasan,Ikhwan dan Alisa berada di situ menunggu mereka berdua.
"Kau nak ajak aku ke mana ni?" Soal Farhan.
"Kau tak baca mesej aku ke buat tak faham? Kita akan ke Rembulan..." jelas Ikhwan.
"What for?" Soal Farhan.
"To meet father in-law..." jawab Ikhwan dan Farhan terkejut.
"Hah?"
Kapal pesawat mula bergerak dan berlepas,Ikhwan duduk di kerusi sambil menyilangkan tangan pada dada. Farhan yang duduk di hadapannya,bingung dan tidak faham apa yang sepupunya fikirkan.
"Apa yang kau rancangkan?" Soal Farhan.
"Aku dah beritahu bukan?" Ikhwan membalas.
"Aku tak faham,kenapa kau nak buat macam tu?" Farhan menghela nafas pendek.
"Aku cuma nak hidupkan semula Arize,takkan itu pun salah..." ujar Ikhwan.
"Tapi kenapa?" Soalan Farhan hanya dibiarkan tidak terjawab oleh Ikhwan.
Farhan hanya menghela nafas pendek,dia tidak tahu apa yang dalam fikiran sepupunya itu. Alisa pula hanya memerhatikan suaminya,Fara sekadar menghela nafas pendek.
Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini.
Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan.
Tapi dia tahu dia harus tewaskan Marvus Raphael..
Atau dunia akan musnah..
Akhirnya dia terlelap dan Ikhwan pula hanya memandang ke luar,awan putih diperhatikan olehnya tanpa berkerdip. Fara dan Alisa hanya memerhatikan suami mereka,tidak tahu apa yang bermain di kepala suami masing-masing.
Pesawat mendarat di lapangan terbang diraja milik Rembulan,Aswandy dan Zaffrey menunggu ketibaan mereka. Pintu pesawat mula terbuka dan Ikhwan keluar,menuruni anak tangga disusuli Farhan kemudian Alisa dan Fara.
"Selamat datang dik.." Aswandy menegurnya dan Ikhwan bersalaman.
"Farhan..." Aswandy menunduk hormat,begitu juga Farhan.
"Professor Darweez ada?" Ikhwan menyoal.
"Jemput masuk ke dalam dahulu.." pelawa Anne isteri Aswandy.
Ikhwan menghela nafas pendek dan mengangguk,sahaja kemudian mengekori Aswandy dan Anne dari belakang. Farhan menoleh ke arah Alisa dan Fara,sebelum menyusul Ikhwan dari belakang.
Sebuah makmal kajian dan kelihatan beberapa pengkaji serta saintis,memeriksa mesin dan bahan kajian mereka. Aswandy memerhatikan sekeliling dan semua saintis serta pengkaji,menunduk hormat dan seseorang menghampiri Aswandy yang bersama Farhan serta Ikhwan.
"Prof.Darweez..." ujar Aswandy dan lelaki dipanggil professor Darweez mengangguk.
"Ya tuan,ada mahukan sesuatu daripada saya?" Soal Professor Darweez.
"There's someone like to meet you..." ujar Aswandy dan Professor Darweez mengerutkan dahi,dia memandang ke belakang Aswandy apabila Ikhwan menjengahkan diri.
"Flame Dragon....dan Wind Dragon?" Soal Professor Darweez apabila melihat Ikhwan dan Farhan di hadapan mereka.
"Hello Professor....I'm believed this is the first time we meet..."
Hey guys..
I'm here to introduce you extra character..
Here we go
ANNE IRISH AL'FIRDAUZ
Isteri kepada Aswandy dan bersifat penyayang pada keluarga,salah seorang dari pengguna kuasa Archangel Spirit selain Rumina dan Razeedah.
AEMAN ZAFFREY AL'ASWANDY (18)
Anak sulung Aswandy yang jenis selamba,tapi kadang-kadang menyakitkan hati lebih-lebih lagi pada Luqman.
ATHIRA NABELLA AL'ASWANDY (15)
Anak nombor dua Aswandy dan jenis lemah lembut,tidak suka bertarung jadi dia sekadar puteri biasa biarpun ada kuasa luar biasa.
AINA NAJWA AL'ASWANDY (11)
Anak ketiga Aswandy dan Anne,satu-satunya anak Aswandy yang mempunyai rambut kebiruan.
Okay that's it..
Aku dah double update jadi...
Puas hati?
Lazy Author
Wanzeneth.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top