CHAPTER 4 : MASALAH?

Farhan P.O.V

Aku menekup muka menunduk,ketika itu si gadis berambut merah merenung ke arah aku. Dia tak percayakan kata-kata aku ke? Mana mungkin cam aku? Rambut putih pula tu,mata merah mustahil,mustahil...

"Jawab soalan saya..." soal gadis tersebut.

"Apa?"

"Awak kan yang selamatkan juruterbang tu kan?" Gadis mendekatkan dirinya ke arah aku.

"Hey perempuan,aku tak faham apa yang ko cakap,kedua aku baru sampai negara ni hari ini..." jawab aku mula hilang sabar.

"Huh? Ye ke?"

"Ye la! Sudah la....aku nak balik!"

"Hey sekejap..."

"Apa lagi kau nak,perempuan?" Ujar aku mula geram,gadis itu pula bereaksi dengan perkataan 'perempuan'.

"Saya ada nama okay....it's Fara,Fara Darweez..." ujar gadis memperkenalkan diri sebagai Fara,aku merenungnya lama dan memalingkan pandangan.

"Hey!"

"Farhan..." aku bersuara semula,dia kehairanan.

"Aku Farhan Tuzeman.." aku melompat tinggi meninggalkan Fara,aku menyedari dia memerhatikan aku pergi.

"Woo...like love at first sight huh?"

"Diamlah Wyvern....jangan nak buat lawak hambar" ujar aku bengang.

"Tak salah Han....kau pun bukan selamanya muda.."

"Bisinglah..."

Aku terus mendiamkan diri,malas ingin melayan usikan Wyvern yang tak betul. Akhirnya aku mendarat di tepi motorsikal kepunyaan aku semestinya,kemudian melihat jam waktu menunjukkan hari masih lagi panjang.

Aku nak buat apa lepas ni?

Merungut pun tak guna,jika aku tak fikirkan tindakan seterusnya dan akhirnya mengambil keputusan membuat panggilan. Telefon pintar aku capai dari poket tepi baju,biarpun zaman moden membolehkan aku menggunakan telefon visual,namun aku masih tetap menggunakan telefon pintar.

Sebaik sahaja mendail nombor telefon,lantas aku menekan butang panggilan. Lama juga berbunyi nada dering,siap bunyi lagu nyanyian artis terkini.

"Asalamualaikum? Hello...Han! Seminggu lepas kita jumpa,rindu ke? Hehe" usikannya tidak berubah sebaik dijawab panggilan.

"Waalaikumussalam,kau sempat nak melawak ye Wan..ni aku nak tanya info ni..." aku memulakan kata-kata,Ikhwan masih tergelak kecil.

"Haha...marah ke...ha? Apanya kau nak tanya..?" Soal Ikhwan nadanya berubah sedikit.

"Kau rasa di Neo Malaysia,ada cpu-biology yang kau beritahu minggu lepas?" Sebaik mendengar soalan aku,Ikhwan terdiam sebentar.

"Wan?" Aku memastikan dia masih dalam talian,mahal tahu talian ke luar negara.

"Ha...yes i'm still here,just asking my wife...she said.."

"What?''

''Herr....sabor la sedare..memang ada,dan sepatutnya perhentian kami yang terakhir di negara tu..."

"Ouh....." aku mengangguk faham.

"Jadi alang-alang kau ada kat sana,tolong la ye.." ujar Ikhwan di hujung corong speaker.

"Huh? Weh...!"

"Tolonglah ye..kuasanya adalah teleportasi..rare tu..chow! Aku kena tolong anak saudara aku..." talian dimatikan sebelum sempat aku berkata apa-apa,damn it you Ikhwan!

"Haha....tugasan putera bongsu untuk kau..." Wyvern bersuara sekali lagi.

"Just shut up Wyvern...."

*********************************************

Motorsikal kuasa tinggi milik aku memecut laju,keluar dari Kuala Lumpur Z dan memotong setiap kenderaan. Tidak kira besar atau kecil jenis kenderaan,ringan? Berat? Apa aku peduli,aku pulas pemutar minyak.

Jentera ini adalah rekaan daripada professor Zahari,aku sekadar dijadikan pemandu ujian. Namun setelah dia lihat aku berminat dengan motorsikal ini,dia memberikan kepada aku. Jadi jimat duit untuk membeli motorsikal seperti ini,ia lulus ujian untuk dipandu di atas jalanraya.

"Motorsikal kau ni besar la...orang dalam kereta asyik tengok je.."

"Lantak diorang la...tak kacau pun..." aku bersetuju dengan Wyvern mengenai saiz motorsikal ini,tapi ia membantu semasa berlawan dengan geng samseng jalanan di negara barat.

"Macam ni tarik perhatian..." kata Wyvern lagi.

"Jika diorang tidak kenal lambang ni..meh la cuba.." ujar aku menjeling ke arah lambang negara Mentari.

"Lagipun dengan title kita berdua..."

"Yea...yea,five elements Dragon...it's me..." balas Wyvern.

Teleportasi huh? Betul ke kuasa macam tu wujud?

Selamat Datang ke Bandar Neo

Bandar Neo adalah bandar baru yang dikatakan bakal menggantikan Kuala Lumpur Z,sejak pemerintahan baru Neo Malaysia boleh dikatakan stabil dalam segi ekonomi. Memang aku bukan warganegara Neo Malaysia,tetapi kena ambil tahu hal seperti ini.

Aku menghentikan motorsikal ditepi jalan,kemudian meninjau keadaan sekeliling. Boleh tahan hebat juga bandar ni ye? Siap ada landasan awam untuk orang bergerak tanpa menggunakan lif.

"Hey Han,aku rasa kau kena tengok sana..." Wyvern tiba-tiba menegur dan aku menoleh ke arah yang dia tunjukkan.

Bagus....

"Ha...awak!" Gadis rambut merah ada di sini sekali.

"Kau follow aku ke apa ni?" Soal aku mula bengang.

"Hey mana ada! Saya sampai sini dulu okay...?"

"Bohonglah macam mana kau boleh sampai sini lebih cepat dari aku?"

"Suka hati la saya nak datang dengan cara apa pun? Sibuk je nak tahu...!" Entah kenapa aku terasa mula menyampah dengan perempuan ni,

Motorsikal aku yag masih berderam,lantas pemutar minyak aku pulas dan kluc aku tarik perlahan-lahan. Kemudian aku pergi meninggalkan gadis rambut merah tersebut,kenapa la aku boleh terasa menyampah sangat ni?

Booommmmmm...!!!!!

Bunyi dan gegaran yang kuat berlaku,aku lantas melakukan brek kecemasan. Menoleh ke arah kiri di mana letupan itu berlaku,aku sudah mula rasa geram dan kini apa pula?

"Wyvern...." aku mula bersuara.

"Aku tahu...itu rompakan berlaku di sebuah bank.."

"Aku tengah bengang,dan ada yang sudi buat hal? Bagus!" Serentak aku berkata,dengan pantas aku memusingkan motorsikal dan menuju ke arah yang dimaksudkan.

"Mula-mula kena cari cpu-biology...ni kena pulak nak uruskan perompak....hmph!"

Sorry guys,cerita ni memang slow mula2..maklum la tengah blank otak...hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top