CHAPTER 35 : HOT SPRING & DARK ORB


FARHAN menongkat dagu dan hari ini dia berada di dalam bilik bersama-sama kerabat diraja,mendengar apa yang diucapkan oleh Ikhwan mengenai hal Marvus Raphael.

"Kurungan Raja Kegelapan semakin lemah?" Soal Reezal.

"Ya... Kini kita kena sentiasa alert,bila-bila masa sahaja dia akan bebas dan melakukan tindakan pertamanya.." Jelas Ikhwan.

"Dia kuat ke?" Soal Luqman mengangkat tangan.

"Lebih kuat dari apa yang kamu bayangkan..." Jawab Ikhwan.

"Sound like fun..." Aminudden menumbuk tapak tangannya sambil tersengih.

"This is not a game..abang..." Hikari mencelah dan Alia menggelengkan kepalanya.

"Hey Wyvern..." Tegur Farhan.

"Ada apa?...semacam nada kau...." Balas Wyvern.

"This Marvus guy,is he really that strong?" Soal Farhan.

"Oh... Aku tak pernah ceritakan mengenai dia ya?...." Wyvern menjawab sambil tersenyum.

"Yeah maybe? Kau cerita aku tak masuk dalam kepala...agaknya.." Balas Farhan selamba.

"Ya.. Marvus memang amat kuat,dia boleh membelah sebuah negara satu hayunan..." Wyvern mula bercerita.

"Satu hayunan? Mengarutnya..." Kata Farhan lagi.

"Kau belum bertemu dengan dia,boleh la cakap macam tu...jangan sampai Mentari terbelah sudah la..." Wyvern berseloroh.

Farhan terus senyap dan tidak lagi berbual dengan Wyvern,Tuzeman yang turut ada bersama sekadar memerhatikan puteranya itu. Ikhwan pula masih meneruskan penerangannya,Luqman,Reezal dan Aminudden serta yang lain-lain mendengar dengan tekun.

"Farhan... Kau ada dapat hubungi Amien Khaizo?" Soal Ikhwan menoleh ke arah sepupunya.

"Dapat dan dia dalam perjalanan pulang...paling lewat dalam masa dua hari..." Jelas Farhan.

"Dia dengan Laura?" Soal Ikhwan lagi dan Farhan mengangguk.

"Bahaya kalau The Rider serang dia,Ghost..!" Ikhwan memanggil skuadnya.

Lima spirit animal muncul dengan pantas di hadapan Ikhwan,Recca dan Felicia serta Milja tidak lupa Noir dan Aria.

"You call master?" Serentak mereka menjawab.

"Salah seorang dari kamu kena pergi cari Amien Khaizo,lindungi mereka takut jika The Rider menyerang hendap..." Arah Ikhwan dan mereka berlima mengangguk.

"Perlu ke Wan?" Soal Farhan dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Dia dengan isteri dia,kau rasa The Rider tak akan mengambil kesempatan tangkap Laura untuk ugut dia?" Penjelasan Ikhwan menyebabkan Farhan terdiam.

Menyedari Farhan yang terdiam,Ikhwan tidak berkata apa-apa dan mengarahkan Ghost bertindak. Fara pula pada masa ini bersama Alisa,menikmati kolam mandi air panas. Aila dan Alia turut bersama,mereka berempat menghela nafas lega.

"Istana banyak betul kelengkapan,bukan setakat bilik latihan dan bilik makmal. Kolam mandi air panas pun ada..ha..." Fara berkata sambil melurutkan tubuhnya ke dalam lagi.

"Cara Fara macam orang tua la..." Alisa mengusik.

"Nah... Saya baru 26 tahun,muda lagi la kak..." Balas Fara mengembung pipinya.

Air mandian kolam air panas memberi keselesaan,Aila dan Alia hanya banyak mendiamkan diri. Fara memerhatikan dua orang gadis itu,dia menjeling ke arah Alisa atau lebih tepat pada buah dada Alisa.

"Hey sis...awak punya semakin membesar ke?" Soal Fara tersengih dan Aila serta Alia tersentak.

"Huh? Hmm... Rasanya kot,sebab bra yang sedia ada ni semakin ketat..." Jawab Alisa selamba.

"....." Aila dan Alia menahan malu,dan hanya mendiamkan dirinya.

"Heh...untung la abang Ikhwan kan..." Usik Fara lagi dan Alisa memandang Fara dengan tanpa sebarang perasaan.

"Rasanya Fara,nak akak bekukan kolam dengan Fara sekali?" Soal Alisa tersenyum.

Fara tersentak dan aura menakutkan keluar dari tubuh Alisa,Fara hanya mampu tersengih dan mengangkat tangan tanda tidak mahu.

"Good.. And just sit and enjoy this onsen..." Alisa berkata sambil memejamkan matanya.

Fara hanya mampu tersengih sahaja,tidak lama lepas itu dia mendengar bunyi tapak kaki di bilik mandi kolam air panas yang satu lagi khas untuk lelaki.

"Lama betul tak berendam kolam air panas..." Suara Aminudden kedengaran,Alia menoleh ke dinding.

"Sekali sekala kita buat macam bagus juga..." Suara Luqman pula kedengaran.

"Hey korang jangan berla-..."

Suara Ikhwan pula mencelah namun belum sempat menghabiskan ayat,bunyi letupan kedengaran tanda mereka sudah terjun ke dalam kolam air panas itu. Aila dan Alia melihat antara satu sama lain,riak air mukanya jelas kelihatan malu dengan tindakan suami mereka.

"Satu..." Alisa mengira sambil memejam mata.

"Hmm? Kenapa akak mengira pula?" Soal Fara kehairanan.

"Dua...tiga... And now..." Alisa tidak menjawab tapi menyambung kiraan.

"KURANG ASAM PUNYA ANAK SEDARA!! KAU INGAT NI KOLAM RENANG KE HA?!"

Suara jeritan Ikhwan bergema membuatkan Aila dan Alia terkejut,begitu juga dengan Fara yang tersengih sambil menelan air liur. Tidak lama kemudian kedengaran jeritan kesakitan dua orang adik beradik itu,Farhan hanya ketawa kecil sambil tersengih.

"Oi Han...kau nak tercegat lama tu kenapa? Nak tayang angry bird sangat ke?" Soal Ikhwan selamba.

Alisa tersenyum menekup mulut menahan ketawa,Fara muka memerah dan asap keluar umpama keretapi yang menggunakan sistem kayu arang. Farhan mengerutkan dahinya geram,Ikhwan pula mukanya bersahaja. Wap dari kolam air panas menebal,kemudian sedikit demi sedikit mula menipis. Sebaik sahaja wap itu hilang,kelihatan tubuh seseorang dan dua beradik mengamati lalu terkejut.

"Siapa tu Am?" Soal Luqman.

"Rambut panjang...takkan la perempuan?" Soal Aminudden tersengih nakal.

"Kawal diri kau tu,tapi aku tak rasa tu perempuan..." Jawab Luqman mengusap dagunya.

Wap tebal dari kolam air panas mula menghilang,akhirnya mula kelihatan dan jelas kelihatan tubuh maskulin orang itu. Luqman mencebik mengangguk,dia kenal lelaki itu dan Aminudden hanya menghela nafas kecewa.

"Oi Jamel...bila kau masuk?" Soal Ikhwan dan orang itu rupanya Jamel Jawa.

"Putera Bongsu..yo! Awal 15 minit rasanya.." Jamel mengangkat tangan dan terkejut apabila sedar Farhan turut berada di situ.

"Waa... Muka jarang nampak,apa khabar tuan Farhan...?" Soal Jamel menunduk hormat.

"Khabar baik,tapi boleh tak jangan panggil 'tuan'? Tak selesa la..." Farhan membalas dan Jamel terkekeh ketawa.

"By the way Putera Bongsu,mengenai hal berkenaan yang putera inginkan..." Jamel berkata sambil menoleh ke arah Ikhwan.

"Ouh.. Hal tu? Kenapa dengannya? Dapat ke?" Soal Ikhwan.

"Ada maklumat mengatakan terletak di perairan negara Merongwahsa..." Jamel menjawab dan Ikhwan sedikit terkejut.

Suasana menjadi sunyi sepi dan Luqman serta Aminudden,hanya menjadi pendengar dan Farhan pula serta Ikhwan berbalas pandangan.

"Pulau yang menjadi tempat perlindungan penjenayah negara? Kenapa ia berada di situ..?" Soal Ikhwan kehairanan.

"Apa yang kau cari?" Soal Farhan.

"Dark Orb..." Jamel mencelah dan Farhan terkejut.

"Dark Orb? Woo..kenapa benda tu boleh berada di situ? Diorang rampas ke?" Soal Farhan.

"Tak Dark Orb tu memang berada di situ sejak sekian lamanya,asalnya pulau tu tak ada habitat tapi sebabkan dijadikan tempat berlindungnya penjenayah..." Jamel memberi penjenayah.

"Sebab itu kita kena ambil benda tu,sebelum mereka sedar kewujudan benda itu..." Ikhwan menyambung.

"Tapi kalau benda tu dah lama di situ,apa tidak mereka tu dah menjumpainya..?" Soal Farhan.

"Ada kemungkinan..." Jawab Ikhwan.

"Susah la macam tu,bagaimana kau nak menyusup masuk...?" Soal Farhan.

"Menyusup masuk?" Soal Ikhwan pula dan tersengih licik.

"Entah kenapa aku tak suka senyuman kau...tu dan aku rasa tahu plan kau dan juga aku tak rasa akan sukakannya..." Farhan berkata jujur.

Ikhwan dan Jamel hanya tersengih mendengar kata-kata Farhan,Luqman hanya menekup muka dan Aminudden melagakan penumbuk.

"Sound interesting...." Aminudden tersengih.

"Ah God...please help my brother..." Luqman menghela nafas kecewa.

"Memang aku ada plan..." Jawab Ikhwan dan Jamel mengangguk sambil tersenyum.

"Ah.... Tak boleh buat apa..." Farhan menekup muka.


































FARHAN AL'TUZEMAN

DIKENALI SEBAGAI WIND DRAGON DARI LIMA ELEMEN NAGA

MEMEGANG TIGA PEDANG KERAMAT DARI SEPULUH PEDANG,SACRED WIND BLADE DAN WYVERN FANG SERTA SILVER KATANA.

MENGAWAL KUASA ELEMEN ANGIN DAN NOMBOR KEDUA TERKUAT DALAM NEGARA MENTARI.

SEKARANG BERUSIA 28 TAHUN DAN BERKAHWIN DENGAN FARA DARWEEZ.

PERWATAKAN SELAMBA,TENANG KADANG KALA MENYAKITKAN HATI(HANYA PADA MUSUH) DAN JUGA OPTIMISTIC.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top